Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan kepada kamu semua 2
kisah mengenai Hantu Tinggi yang saya dengar daripada arwah pak cik saya serta
kisah daripada mak saya sendiri. Jika tidak silap saya la yang saya pernah
posting di salah sebuah group FB yang saya jaga tetapi agak lama sudah, jadi kira
ia kali kedua saya ceritakan di sini.
Hantu Tinggi semestinya antara hantu paling ditakuti di Nusantara nie dengan
ketinggian yang teramat tinggi dan tiada satu manusia pernah melihat wajah
hantu nie serta tubuh yang hitam dan penuh dengan bulu-bulu yang kasar. Hantu
nie mempunyai banyak nama seperti Hantu Pemburu, Hantu gigi jarang dan ada
beberapa lagi yang lain (maaflah saya sudah terlupa apa benda tu). Kebiasaannya
hantu nie sering kali ditemui di sekitar kawasan hutan lebat serta
kawasan-kawasan yang berair. Alamat tidak baik la buat sesiapa yang dilangkah
oleh hantu nie apabila maut akan tiba tidak lama ataupun nie kisah lisan
mengatakan hantu nie minat sangat kepada daging manusia juga. Hantu nie sering
kali dilihat berlegar-legar bersendirian adakalanya ia ditemani dengan beberapa
anjing gergasi yang akan mengikuti hantu nie memburu.
Akan tetapi hantu nie boleh ditangkap mahupun dijadikan saka (maaflah saya
terlupa caranya), asal usul hantu nie banyak sangat variasinya sehinggakan
tidak terkira banyaknya. Satu hal lagi hantu nie boleh dijadikan kawan (nanti
saya akan ceritakan).
Baiklah tanpa membuang masa saya akan ceritakan kisah daripada Mak saya
dahulu, iaitu kisah mengenai mendiang datuk saya pergi menjala ikan bersama
rakannya dahulu. Hobi mendiang datuk saya nie suka sangat menjala ikan tak kira
masa siang mahupun malam kira datuk saya nie orangnya memang berani sangat dan
ia perkara biasa pada masa tu orang-orang tua ada pegang ilmu dikala di tempat
baru terutamanya menjadi peneroka. Walaupun datuk saya nie orang cina tapi apa
nak dihairankan bukan? Berbalik kepada kisah nie, dia bersama rakannya berdayung
ke arah sungai hanya mereka berdua sahaja. Sampai ke satu tempat nie mereka
sibuk menjala ikan dan tidak sedar hari mulai menjadi gelap. Masa sibuk
menjala, mereka berdua terdengar bunyi bising dari arah hujan seperti ada bahan
berpatahan dari jauh. Mendiang datuk bagaikan tahu apa benda yang datang lalu
mengarahkan rakannnya itu untuk menterbalikkan sampan mereka nie dan mereka
berdua bersembunyi di bawahnya. Adakalanya mereka berdua mencuri lihat,
kelihatan satu lembaga hitam dengan ketinggian yang teramat sangat sambil
mendukung seekor anjing gergasi pada bahunya. Mereka berdua hanya mendiamkan
diri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Kira nasib mereka baik apabila mereka
terselamat daripada menjadi mangsa buruan hantu nie apabila anjing itu tidak diturunkan
jika tidak semestinya nyawa mereka akan melayang.
Kisah kedua la pula adalah kisah yang arwah pak cik saya menceritakan
kepada saya pada saru ketika dahulu. Saya nie suka sangat mendengar
cerita-cerita daripada arwah pak cik saya terutamanya kisah-kisah masa dia
menjadi askar sehinggakan kisah-kisah mengenai alam mistik nie (rasanya saya
minat dengan nie disebabkan apa yang saya dengar pada masa itu kira terbawa-bawa
sehinggakan ke hari nie). Berbalik kepada kisahnya itu, arwah pak cik saya nie
memang berani orangnya jadi tidak hairan la masa dia menjadi askar dahulu. Dia
ceritakan kepada saya la yang dia pernah terjumpa dengan hantu tinggi pada satu
ketika dahulu. Pada masa tu dia baru balik daripada keramaian bersama-sama
dengan rakannnya, dalam pertengahan jalan dia ternampak seperti ada dua batang
gelap sekali berada di tengah-tengah jalan. Mereka berdua nampak jelas sekali
benda tu apabila mereka mendekatinya, ia adalah sepasang kaki berkulit gelap
bulu-bulu yang lebat sekali. Rakan pak cik saya nie nak lalu sahaja melalui
celah kaki hantu tu tak dihalang oleh arwah pak cik saya nie dengan menyuruhnya
untuk lalu pada siring (sebelah) mengelak daripada hantu nie melangkah mereka nie. Ketika
pak cik saya nie lalu dia nampak sangat bulu-bulu kaki hantu nie dia memang
tahu satu petua apabila dia cabut bulu kaki hantu nie, hantu tu akan mengecil
dan secara tak langsung hantu tu akan menjadi kawan pak cik saya nie. Akan
tetapi dia tidak melakuan petua tersebut dan berlalu pergi.
Sampai itu sahaja kisah mengenai hantu nie, rasanya hantu nie kira jarang
sekali ditemui apabila dunia manusia mulai menjadi moden dan banyak pokok
ditebang dan habitat hantu nie musnah.. Akan tetapi ada juga kisah-kisah
menyeramkan buat penguna jalan raya apabila mereka sering terlihat kelibat
hantu nie di sepanjang jalan tersebut. Tidak pasti sama ada petua orang tua-tua
menjadi ataupun tak, tiada yang berani menceritakannnya.
Hantu Tinggi ternyata tinggi sekali...
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan