Salam Malam
Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan kepada kamu semua
kisah terakhir sekali iaitu berkenaan dengan loceng. Kisah nie berlaku
kepada saya sendiri dan ia membuatkan saya tidak berani lagi pakai sebarang
loceng sampai ke hari nie (tak mungkin la saya
nak buang loceng-loceng kira mahal gila juga hasilnya saya buka semua
loceng tu buat wind chain lagipun tu takkan
berbunyi punya la).
Berbalik kepada
kisah yang saya ingin kongsikan kepada kamu semua, ada sebab mengapa orang
tua-tua melarang kita untuk memakai loceng di rumah mahupun pada diri sendiri.
Kebiasaannya alasan yang diberikan akan mengatakan kamu menjemput hantu masuk
ke rumah. Semestinya rata-rata akan mengatakan ia tipu sahaja apabila alasan
yang sebenarnya ia kira bising sangat. Akan tetapi ia adalah benar sekali
dimana ia berlaku kepada diri sendiri. Dahulunya saya nie suka
sangat bunyi loceng dan secara tak langsung saya ada pakaikan di handphone kira accessory la
gitu, masih ingat lagi apabila beliau saya ada mengatakan pesanan orang
tua-tua nie memang la kira mana percayakan
jadi saya terus pakai loceng nie.
Satu malam nie masa tu saya nie baru
habis tengok tv kira lewat sudah rasanya dekat tengah malam
sudah. Lepas off semua elektrik saya terus ke bilik, dengan
tiba-tibsa saya terdengar bunyi loceng dari belakang saya padahal masa tu handphone saya
di bilik dan kira mustahil tu bunyi loceng tu saya
dengar. Tanpa membuang masa saya terus ke bilik dan tanggalkan loceng tu daripada
handphone saya terus tapi saya masih boleh dengar bunyi
loceng tu di luar pintu bilik dan luar tingkap. Kerana saya
menjadi takut saya terus cuba tidur dengan harapan benda tu akan
pergi dan ternyata ia pergi..
Sejak tu saya
tidak lagi berani pakai loceng kerana ia mengingatkan saya pada kejadian
malam tu. Ada sebab mengapa orang tua-tua pesan kita tidak pakai
loceng apabila benda-benda halus nie minat sangat kepada bunyi
loceng apabila ia memanggil mereka datang. Kemana kita ada maka benda tu akan
ikut jika kita tidak memakai bererti benda tu akan pergi, tapi
bukan semua akan pergi ada kemungkian ada yang tinggal.
Tamatlah kisah
buat malam nie dan pada minggu hadapan saya akan
kongsikan info-info menarik di hometown saya
sendiri yang kebanyakkan orang Sandakan pun tidak tahu mengenainya. Jadi
nantikan info menarik itu pada minggu hadapan.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan