Khamis, 4 April 2013

Spam Mail


Keadaan Universiti mulai sunyi apabila tibanya waktu malam, setiap bangunan dan kelas kesemuanya dalam kegelapan. Akan tetapi kedengaran bunyi papan kekunci komputer masih berbunyi dan makmal komputer kelihatan terang bagaikan ada seseorang menggunakan ia sekarang. Kelihatan seorang pelajar, Ben sedang sibuk menyiapkan kertas kerjanya yang pada keesokkan harinya bakal dihantar. Jam dinding mulai menandakan waktu yang mulai dekat jam 12 tengah malam.

Akhirnya kertas kerja Ben sudah selesai, ternyata kegembiraan terpacang pada wajahnya apabila ia sudah selesai. Ben merengangkan badannya sudah keras kerna dekat 6 jam dia membuat kertas kerjanya. Dia tak akan berbuat demikian kerna bukan laptop kepunyaannya dibaiki atas sebab diberi percuma kepadanya. Tak sampai 4 hari digunakan ia sudah membuat hal dan dia terpaksa membuatnya di makmal komputer. Nasibnya baik sekali kerna penjaga makmal komputer membenarkan Ben membuat kerjanya di sana serta memberikan dia kunci agar Ben dapat mengunci makmal tersebut apabila dia sudah selesai. Setelah Ben menyimpan kertas kerjanya dalam tumbdrive lalu dia mematikan komputer yang dia gunakan.
Ketika Ben berjalan ke pintu keluar dan menuju ke sius lampu untuk mematikan lampu. Dengan tiba-tiba, Ben ternampak komputer paling hujung masih lagi hidup belum dimatikan lagi. Ben berasa hairan kerna dia sudah pastikan semua sudah dimatikan dan ia tak mungkin dia boleh terlepas pandang. Walaupun makmal tu sudah bergelap, Ben terus ke arah komputer tu tanpa menghidupkan lampu makmal dan dia nak lakukan dengan segera untuk membolehkan dia balik ke asramanya. 

Ben hampir mematikan komputer apabila dia ternampak bahawa screen komputer menunjukkan incoming email di bahagian Spam Mail. Ben berpendapat ada kemungkinan orang terakhir yang menggunakan komputer tersebut terlupa nak log out atas sebab tertentu. Walaupun Ben berasa serba-salah ingin melihat mail tu tetapi ia berubah apabila dia ternampak email tu untuk dirinya. Tanpa membuang masa dia membukanya dan mendapati ia memang untuk dirinya manakala tiada tertulis nama dan alamat pengantar email tu

“Encik Osman jatuh sakit” baca Ben.

Eh? Betul ka apa yang ditulis dalam mail nie?” soal Ben menanya dirinya sama ada benar apa yang dibacanya kerna apa yang dia tahu kertas kerja ada kaitan dengan Encik Osman dan kertas kerja tu bakal dihantar esok.

Ben berasa ada kemungkinan seseorang membuat lawak dengan dia. Tanpa membuat masa dia log out dan mematikan komputer tersebut. Ben mengemaskan barangnya lalu memastikan kali terakhir kesemua komputer telah dimatikan lalu mengunci makmal komputer lalu berjalan pulang ke asramanya. Ketika tu ada satu lembaga berambut panjang dengan rupa yang mengerikan berdiri sambil tersenyum melihat Ben keluar dari makmal komputer tu sebelum dia menghaibkan dirinya daripada pandangan.

Keesokkan harinya,

Ben kelihatan tergegas-gegas berlari ke kelas kerna dia sudah terlebih tidur dan dikirakan dia sudah terlewat. Apabila sampai sahaja ke kelas kelihatan pensyarah belum lagi memasuki kelas dan dia menarik nafas lega. Tanpa membuat masa dia berjalan menuju mejanya dan dia mulai perasan bahawa kelihatan di depan meja setiap rakan sekelasnya ada kertas kerja yang bakal diserahkan kepada pensyarah. Ben menjadi cemas apabila dia teringat bahawa dia sudah menyiapkan ia akan tetapi dia belum lagi print kertas kerja tu dan apa yang tahu Encik Osman tidak akan menerima sebarang alasan dengan serta-merta mengagalkan pelajar tersebut. 

“Ben mengapa awak nie? Nampak macam cemas sahaja saya tengok kau nie.” tanya Ken, rakan baik Ben.

“Habis la saya nie. Kerja dah siap tapi saya terlupa nak print.” Jawab Ben yang kelihatan cemas bukan main.

Dude, baik kau pergi print sekarang nie nanti Encik Osman masuk susah kau nanti. Masa mengambil kedatangan nanti saya akan tolong kau.” Kata Ken.

Belum sempat Ben berlari keluar, dengan tiba-tiba pintu kelas dibuka. Ben mulai cemas bukan main. Kelihatan wakil pelajar bagi kumpulan mereka masuk.

“Kawan-kawan semua, Encik Osman sudah jatuh sakit maka semua kertas kerja tu kena hantarnya ke pejabatnya dan dia bakal memeriksa ia apabila dia sudah sembuh. Sekarang kamu semua boleh bersurai dan kelas Encik Osman batal.” Kata wakil pelajar tu.

Ben tergaman sebentar dan dia bagaikan tidak percaya bahawa apa yang dia baca dalam email tu. Dia tersentak apabila Ken menepuk belakangnya.

“Kira nasib kau baik la kawan.” Gurau Ken.

Ben hanya tersenyum sahaja tanpa membuang masanya lalu dia berlari ke kedai print untuk print kertas kerjanya. Apabila ia selesai dia terus mengantar kertas kerjanya ke pejabat Encik Osman dan kelihatan dia cukup gembira apabila ia menjadi benar.

Pada malamnya, kelihatan Ben di dalam makmal komputer menunggu sama ada email tu bakal keluar lagi atau tak. Bagi membuang masanya, dia menbuka Fbnya yang hampir tiada peluang dia membukanya sejak dia sibuk menyiapkan kertas kerjanya. Ben tidak sedar bahawa masa telah berlalu dengan lajunya ketika dia melayan Fbnya. Ben hanya tersedar apabila dia terpandang pada jam dinding yang mulai menunjukkan masa dekat tengah malam. Tanpa membuang masa dia mematikan komputer yang dia gunakan lalu mulai berjalan keluar hampa. Dengan tiba-tiba komputer paling hujung makmal tu terhidup dengan sendirinya, Ben tanpa membuang masa terus ke komputer tersebut lalu membuka email tersebut. 

Pop Quiz jatuh pada bahagian bab.4” baca Ben.

Tanpa membuang masa dia matikan lalu menguncikan makmal tersebut. Nampaknya Ben sudah tahu apa dia nak lakukan dan hanya dia seorang sahaja yang mengetahuinya. 

Satu lagi kebetulan berlaku apa yang dikatakan di dalam email tu menjadi benar. Ben tersenyum gembira apabila dia mendapat markah tertinggi di kalangan rakan-rakan di kelasnya di dalam kelas Business. Malah pelajar cemerlang, Ken tidak mendapat markah yang baik seperti Ben. 

“Ben bagaimana kau tau hari nie Mr. Mack bagi pop quiz sama kita? Plus senang saja saya tengok kau menjawab soalan tu?” soal Ken yang kehairanan kepada Ben yang mendapat markah tinggi.

Ala saya hanya kebetulan saya terbaca bab tu semalam.” Jawab Ben sambil tersenyum.

“Kebetulan tu tak mungkin kira tak logik sangat. Atau kau sempat menanya dengan Mr. Mack ka kemarin?” soal Ken yang masih tak puas hati dengan jawapan yang dia dengar dari Ben.

“Memang kebetulan sahaja lagipun lepas saya hantar kertas kerja saya terus di makmal komputer membuat kajian kertas kerja terus kalau kamu tidak percaya kau boleh tanya Lily kerna dia berada di sana juga. Kalau kau nak puas hati baik kau tanya dengan Mr. Mack sendiri.” Jawab Ben.

Untuk memastikan apa yang dikatakan oleh Ben benar, Ken terus menanya Lily dan selepas dia mengetahui bahawa alibi Ben benar baru pergi menanya dengan Mr. Mack. Apa yang benar apa yang Ben katakan dan pop quiz tu memang Mr. Mack rancangkan dibuat pada hari tu dan tiada orang diberitahu. Akan tetapi Ken masih lagi belum pada dirinya puas kerna Ben boleh mendapat markah tinggi dalam pop quiz tu kira dalam hatinya dia ada perasaan cemburu pada kawan karibnya.

Ketika tu Ben sedang sibuk mencari sumber untuk kertas kerjanya di makmal komputer. Dengan tiba-tiba dia ditepuk dari belakangnya, Ben tersentak kerna terkejut lalu berpaling ke belakang kelihatan Ken di belakangnya.

“Maaf la saya soal kau bertubi-tubi tadi. Apa yang kau katakan benar.” Kata Ken dengan sedih padahal hatinya masih belum mengetahui lebih lanjut.

Ok kan kita nie kawan baik, apa yang lepas tu lepas. Apasal kau disini bukan ka laptop kau masih berfungsi dan apasal kau disini.” Soal Ben yang mendapati kedatangan Ken ke makmal komputer cukup menganjilkan.

“Apa salah ka saya disini. Kan line di sini lebih baik daripada broadband dan juga wifi asrama yang selalu pandai terputus.” Jawab Ken.

Ben hanya mengganguk tanda setuju. Ben mempersilakan kawannya duduk di sebelahnya. Ken terima pelawa tu lalu menghidupkan komputer lalu melayari website untuk kerta kerjanya juga.

Kedua-dua kelihatan masih lagi sibuk mencari sumber dan mereka berdua sudah tidak sedar masa berlalu dengan cepatnya. Pengguna yang lain satu per satu meninggalkan makmal komputer. Ken berasa dah tiba masa dia mendapatkan apa yang mahu lalu bertanya dengan Ben yang sebenarnya. Ben berasa seba-salah lalu dia memberitahu yang sebenarnya. Ken semestinya terkejut apabila dia mendengar penjelasan daripada Ben lalu dia berdiri melihat komputer paling hujung makmal tu dan melihat keadaan komputer tu mendapati ia sudah rosak.

“Biar benar apa yang kau katakan tu kerna saya sendiri tengok komputer tertera kertas mengatakan ia sudah rosak.” Kata Ken.

“Komputer nie la saya dapat email tu dan dah dua kali sudah saya mendapat email misteri tu dari komputer tu.” Kata Ben dengan tegas.

“Rasanya maybe kau berkhayal kot? Masa tu kau dah mengantuk jadi mesti kau lihat bukan-bukan.” Kata Ken.

“Kalau kau rasa saya nie berkhayal, baik kau tunggu sama-sama dengan saya di sini. Nanti kau tau ia benar-benar berlaku.” Kata Ben dengan tegas sekali.

Jam pada dinding mulai menunjukkan hampir tengah malam. Ken mulai mengantuk kerna menunggu apa yang dimaksudkan oleh Ben. Ken juga berasa sedikit seram sekali dengan keadaan keliling yang sudah gelap hanya makmal komputer sahaja yang masih terang. Dia tidak menpercayai wujudnya hantu maka apa yang dimaksudkan oleh Ben juga pada dirinya karut. Ken kelihatan sudah hilang sabar lalu dia mengemaskan nota-notanya lalu dimasukkan ke dalam begnya. Ben cuba menghalang Ken dari balik akan usahanya gagal apabila Ken berang dengannya hanya mengatakan bahawa dia hanya membuang masanya dan dia hanya la berkhayal sahaja. Ben berasa sedih apabila kawan karibnya bergatakan sebegitu rupa kepada dirinya dan dia hanya boleh melihat Ken meninggalkan dia. Ben berasakan ada kemungkinan dia berkhayal kerna mengantuk dan dia mengambil keputusan untuk balik. Dia mengemas kesemua barangnya dan memeriksa kesemua komputer di makmal tu sudah tertutup. Akhirnya Ben berjalan ke arah komputer paling hujung makmal tu dengan tiba-tiba screen komputer tu hidup dan menunjukkan ada email untuk dia. Ben berasa ia benar-benar berlaku lalu memeriksa email tersebut.

“Ken jatuh” kata Ben ketika dia membaca email tu.

“Apasal pendek saja email dia nie?” soal Ben kerna dia cukup hairan lalu dia mematikan komputer dan menguncikan makmal tersebut.

Ken masih kelihatan menaiki satu per satu anak tangan di asramanya. Ken kelihatan letih yang teramat sekali apabila dia mendapati lif sudah rosak maka dia terpaksa menaiki tangga untuk sampai ke biliknya di tingkat 10. Ketika dia menaiki anak tangga, dengan tiba-tiba dia kedengaran bunyi perempuan menangis teresak-esak di tangga tu. Ken berasa seram sekali dan dia menganggap ada pelajar perempuan mungkin baru putus cinta. Dengan hati-hati dia menuju ke arah bunyi tu. Kelihatan pelajar perempuan tu menangis teresak-esak berdekatan dengan pintu biliknya. Dengan pelahan-lahan, Ken berjalan ke arah pelajar perempuan tu dengan kasarnya dia mengusir pelajar perempuan dari jalannya. Ken berasa ketakutan yang teramat sekali apabila dia ketika dia nampak pelajar perempuan tu mengangkat mukanya ke arah Ken. Pelajar perempuan tu sedang menangis darah dengan rupa yang mengerikan dengan ulat-ulat merayap pada wajahnya yang sudah mereput. Pelajar perempuan mulai berdiri dengan pelahan-lahan sebelum berlari ke arah Ken. Ken terus menjerit sekuat hatinya lalu berlari menuruni tangga. Perempuan tu masih mengejar Ken dari belakang. 

Dengan tiba-tiba, Ken tersilap langkah lalu terjatuh dari tangga. Krak! Kaki Ken terkena palang besi tangga lalu kakinya terpatah ternampak tulangnya terkeluar dari isinya dan darah keluar dengan banyak sekali. Ken berasakan kesakitan yang teramat sekali belum dia sempat melarikan diri kelihatan perempuan tu sudah di depannya. Dengan tangannya yang reput, perempuan tu mengangkat Ken ke atas palang besi lalu menolak Ken jatuh ke bawah.

Kebetulan Ben berjalan ke asramanya, dengan tiba-tiba Ben terdengar bunyi jeritan lelaki dari atasnya. Bak! Krak! Kelihatan Ken jatuh dari tangga dan terjatuh dari tingkat 8, Ken mati serta-merta dan kelihatan tulang pada badannya patah, darah terpencik di lantai konrik dan otaknya berderai. Ben tergaman dengan apa yang berlaku didepannya sehingga dia terduduk dan matanya masih melihat mayat Ken di hadapannya. Pelajar-pelajar lelaki lain mulai keluar daripada asrama malah ada beberapa pelajar berlari ke arah Ben.

Apa yang berlaku semalam, Ben menjadi trauma apa yang berlaku didepannya. Dia masih lalu tergaman apabila dia disoal oleh pihak polis kerna dia menyaksikan apa yang berlaku kepada Ken. Hanya pihak polis boleh mengatakan bahawa Ken membunuh diri kerna stress lalu menutup kes tersebut.

Ben apa asalnya dia ingin memberitahu mengenai email tu akan tetapi ada kemungkinan dia bakal diberitahu dia hanya berkhaya mahupun tidah siuman atas trauma. Ben tidak tahu apa dia harus lakukan dekat 2 minggu dia tidak melawat ke makmal komputer tersebut. 

Dengan sokongan daripada rakan pelajar lain dan juga teman wanita Ben, Jane membantu Ben yang trauma dengan pemergian Ken. Jane sentiasa bersama-sama dengan Ben dengan harapan Ben boleh teruskan hidupnya. Akhirnya pada satu hari, Ben memberitahu yang sebenarnya kepada Jane dan Jane berasa terkejut apa yang diberitahu oleh Ben.

“Betul ka apa yang kau katakan nie?” soal Jane.

“Ya memang benar sekali, saya jadi serba-salah tidak memberitahu hal sebenarnya kepada pihak polis tapi ia kira tidak logik bukan? Nie sebab email misteri tu.” Jawab Ben.

“Memang tidak logik juga. Oh ya saya pernah terdengar dengan satu kisah lama di U nie. Dulu pernah pelajar IT mati membunuh diri di luar tingkap makmal komputer tu. Apa yang saya tahu ada salah satu komputer tu berhantu dari roh pelajar membunuh diri tu tapi saya tak tau yang mana satu dalam makmal komputer kerna ia pandai berubah-ubah kedudukannya.” Kata Jane.

Selepas sahaja Ben mendengar kisah tu dari Jane, dia terus meminta dirinya dan berlalu ke makmal komputer tu. Dia mendapati komputer di hujung makmal tu sudah tiada lalu dia bertanya dengan penjaga makmal komputer ke mana sudah komputer di hujung sana. Apa yang diberitahu bahawa komputer tersebut sudah dibuang dan pihak makmal bakal mendapat komputer baru untuk mengantikan komputer rosak tu. Ben berasa tenang sekali apaila dia mendapati komputer tu sudah tiada.

Akhirnya Ben berjalan ke arah komputer yang dia selalu gunakan. Ben terus memeriksa kesemua emailnya kerna sudah 2 minggu dia tidak periksa ia. Dengan tiba-tiba, Ben mendapati dia menerima email baru lalu dia membukanya. 

“Jane jatuh.” Baca Ben yang terkejut mendapati email misteri masih ada. Tanpa membuang masa dia mematikan komputer tu lalu berlari keluar untuk mencari teman wanitanya.

Pada masa tu Jane terlihat ada pelajar perempuan membawa buku-buku tebal yang banyak sekali berdekatan dengan dewan terbuka. Jane terus berjalan ke arah pelajar perempuan tu dan membantunya pelajar tu. Pelajar perempuan tu terus tersenyum dengan Jane kerna sudi membantunya. Jane ingin menanyakan pelajar perempuan dan mendapati pelajar tu sudah ghaib. Jane tidak sedar bahawa dia sudah berada penjuru tangga, dengan tiba-tiba dia terasa bagaikan ditolak lalu terjatuh. Buku-buku tebal satu per satu mengena muka Jane dan Jane masih tergolek di tangga. Dengan tiba-tiba, Tong! Bak! Bak! Bak! Kepala Jane berlanggar dengan palang besi dan darah keluar membasahi tangga tu. Akhirnya sekali Jane mengentak kepalanya pada lantai marmar pada akhir tangga. 

Kebetulan Ben berlari ke arah Jane kerna dia nampak Jane di penjuru tangga. Akan tetapi usahanya gagal kerna Jane sudah terjatuh. Dengan menakutkan sekali dia melihat Jane bergolek dari tangga. Ben tak membuang masa terus berlari ke arah Jane yang kelihatan berdarah dengan parah sekali lalu dia menjerit meminta tolong.

Jane tidak dapat diselamatkan. Ben mendapat berita sedih apabila diberitahu oleh doktor apabila keluar dari bilik kecemasan. Ben sudah tidak dapat mengawal perasaannya dengan apa yang dia hadapi sekarang nie. Dengan perasaan marah sekali dia terus berlari ke arah makmal komputer, dengan keadaan hujan turun dengan lebat sekali dan masa tu malam sudah menjelang. Dia terus menendang pintu makmal apabila dia mendapati ia sudah berkunci. Kedengaran bunyi dentuman petir di luar makmal komputer, Ben cuba menghidupkan lampu akan tetapi ia tidak dapat dihidupkan bagaikan black-out. Dengan tiba-tiba dia terpandang pada screen komputer di tempat dia selalu gunakan, ia sudah terhidup dengan sendirinya walaupun pada masa tu black-out

Dengan pelahan-lahan, Ben berjalan ke arah komputer tu lalu duduk mengadap di screen komputer tu. Kelihatan dia menerima email baru kepadanya. Pancaran cahaya dari petir di luar makmal, Ben berasa seram apabila dia membaca email tersebut.

“Ben jatuh.”

Dengan serta-merta bulu tengkuk Ben terus meremang dan kedengaran bunyi ketawa di makmal komputer tu. Kali nie bunyi dentuman guruh kedengaran dengan kuat sekali. Petir terus memancar tidak henti diluar makmal komputer. Ben terasa seram sekali apabila dia ternampak kelibat lembaga berambut panjang di belakangnya yang dia nampak ketika petir memancar dari tingkap makmal dan dia nampak jelas sekali lembaga tu dari screen komputer dihadapannya.

Ben ingin berdiri daripada tempat duduknya akan tetapi ia terhenti apabila, lembaga tu memeluk Ben dari belakangnya. Bau mayat mereput cukup meloyakan dan kedengaran bunyi ketawa yang menakutan kedengaran dari telinga Ben. Dengan segala tenaganya yang dia ada, Ben cuba menboloskan dirinya dari pelukkan lembaga tu. Akhir dia berjaya dan cuba berlari ke pintu keluar makmal komputer tu.

Cubaannya gagal apabila almari kaca di tepi pintu makmal tu dengan tiba-tiba terjatuh menhalang Ben daripada melarikan diri. Dengan satu- satunya jalan keluar sudah dihalang, Ben sudah tidak tahu apa yang harus dia nak lakukan lagi. Lembaga menakutkan tu terus berlari ke arah Ben, dengan tiba-tiba petir memanah tepat di luar makmal pada pokok perhiasan. Kesemua tingkap pecah dari dentuman guruh yang teramat kuat sekali dan Ben sudah dipelukkan lembaga angker tu. Kedengaran hilaian yang menakutkan daripada lembaga tu.

“Akhirnya kau boleh mengantikan saya selepas kau termakan dengan umpan saya.” Kata lembaga tu sambil berjalan perlahan-lahan ke tingkap pecah tu.

Ben hanya menjerit sekuat hati untuk melepaskan dirinya daripada pelukkan lembaga tu. Ben terus menjerit apabila lembaga yang memeluk melepaskan Ben apabila sampai ke tingkap pecah tu. Akhirnya Ben jatuh dari tingkap pecah tu, Ben tidak dapat berbuat apa-apa kerna dia jatuh dari tingkat 4. Tiba-tiba, Bak! Ben terjatuh pada tepat ranting patah yang dipanah petir. Ranting menusuk pada jantungnya dan darah keluar membuar-buar keluar dari tusukkan tu. Dengan nyawa sudah di hujung tanduk, Ben melihat ke atas kelihatan seorang pelajar perempuan tersenyum ke arahnya sebelum ghaib daripada pandangan matanya.

Kematian Ben tersebar ke seluruh U, pihak polis hanya mengatakan bahawa Ben hanya membunuh diri atas sebab tekanan perasaan dengan kematian kawan karibnya dan juga kekasihnya sebelum menutup kes tu.

Akan tetapi ada beberapa pelajar sering kali ternampak kelibat Ben di makmal komputer tersebut bagaikan menunggu sesuatu dan komputer yang pernah digunakkan oleh Ben sudah rosak dan akhirnya diletakkan pada hujung makmal komputer. 

Ada pelajar baru di U, kebetulan menggunakan komputer pada waktu malam. Apabila pelajar tu ingin mengunci pintu makmal tu, dia mendapati komputer paling hujung bercahaya lalu berjalan ke arahnya untuk memeriksanya. Kelihatan ada email untuknya lalu membukanya dan membacanya. Setelah membacanya, pelajar tu terus mematikan lalu mengunci makmal komputer tu. Kelihatan lembaga dengan lubang besar pada dadanya tersenyum dengan mengerikan.

“Akhirnya umpan sudah mengena” kata lembaga tu sebelum ghaib meninggalkan hilaian ketawa yang menakutkan.

***
Nampaknya Ben sudah menemui ajalnya dan menjadi mangsa kepada spam mail nie. Jikalau dia tidak membuka email tu tak mungkin dia bakal menemui ajalnya bukan?

Semua mesti tertanya-tanya dengan kisah sebenarnya bukan? Kisah tentang pelajar IT adalah punca ia bermula kisah seram nie. Pelajar tu dikira sebagai nerd dan selalu dibuli dengan teruk sekali. Ia berakhir pada malam kematiannya ketika dia menyiapkan kertas kerjanya, dia menulis email kepada pensyarahnya tentang kes buli yang berlaku pada dirinya. Akan tetapi dia tak kesampaian untuk menghantarnya apabila pembuli mendapat tahu apa yang pelajar bakal lakukan. Berlakunya pergelutan sebelum pelajar tu jatuh daripada tinkap yang terbuka di makmal tu. Dengan serta-merta pelajar tu mati disitu juga manakala pembuli tidak terlepas dari hukuman karma iaitu kesemuanya mati dalam kemalangan jalan raya ketika cuba melarikan diri. 

Pihak polis hanya mengatakan bahawa pelajar tu membunuh diri dan ia membuat roh pelajar tu tidak berpuas hati. Lalu dia menggunakan asalan tu mencari mangsa lain untuk mangsa tu merasakan tidak puas hati apa yang diberitahu mengenai kematiannya. Satu per satu mangsa perlu mencari seseorang untuk menganti mereka agar mereka boleh pergi dengan aman. Ia berlaku sepanjang 20 tahun sejak kes pertama email misteri.

Ingat dunia kita sudah maju, dunia internet nie cukup besar sekali. Apa-apa pun boleh berlaku sama ada kita sedar mahupun tak. Ada kemungkinan email misteri bakal muncul di spam mail kamu. Alamat pengantar tidak dinyatakan tetapi ia email untuk khas untuk kamu. Ingat jika ia berlaku kepada anda, jangan membukanya.

Jatuh?

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan