Khamis, 18 April 2013

Pelajar


Kedengaran bunyi titisan air jatuh membasahi lantai. Lorong gelap yang ditelan oleh kegelapan. Kedengaran bunyi bagaikan ada seseorang sedang berlari dengan setiap bunyi langkah bersama-sama dengan bunyi percikkan air pada lantai yang basah. Bunyi berlari berterusan dan dari jauh lorong gelap terdapat bunyi seseorang sedang bersiul berjalan perlahan-lahan mengejar orang yang berlari. Rain tidak tahu sejauh mana lorong gelap membawanya sambil mendukung kawannya Mick yang masih belum sedarkan dirinya.

Kedengaran dari jauh bunyi bersiul telah bertukar kepada ketawa yang menyeramkan. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai berambut putih bertocang dibelakang, mengetawakan mangsanya yang dalam berlari ketakutan.

“Rain. Jangan harap kamu akan terlepas daripada saya. Kau tak tau langsung lorong nie. Be a good boy serahkan kawan kamu tu kalau kau nak selamat.” Kata Mr Youth.

Rain mulai takut apabila dia terdengar apa yang dikatakan oleh Mr Youth, dia lebih sanggup melepaskan dirinya bersama-sama dengan kawannya Mick daripada menjadi mangsa Mr Youth.  Rain langsung tidak nampak apa yang dihadapannya yang ditengelami oleh kegelapan dan dia sentiasa tercium bau hanyir sepanjang dia berlari di lorong gelap.

***
2 bulan yang lalu,

Sekolah Tinggi Lelaki St. Benedict sering kali terdengaran pelbagai hal yang dilakukan oleh pelajarnya dari kes buli sehingga kes samseng. Dekat setengah dekad sekolah nie sudah disenarai hitam sebagai sekolah paling teruk di Negara. Dari pelajar nakal sehinggakan kepada pelajar bermasalah. Keadaan sekolah nie bagaikan penjara dengan pagar besi tinggi mengalahkan penjara. Guru-gurunya kesemuanya bekas askar dan polis datang mengajar dengan harapan pelajar-pelajarnya akan berubah akan tetapi masuk telinga kiri keluar di telinga kanan. 

Semua berubah dengan kedatangan seorang lelaki yang penuh dengan misteri, lelaki tinggi lampai, berambut putih bertocang ponytail di belakang serta berkaca mata. Ada pelajar berasa hairan dengan kedatangan lelaki misteri ketika memasuki perkarangan sekolah. Ada beberapa pelajar senior merapati lelaki misteri nie dengan cubaan memeras ugut akan tetapi belum sempat mereka berbuat demikian kelihatan mereka melarikan diri apabila kelihatan Mr Roger guru disiplin membawa rotan besi. Mr Roger, lelaki dalam era 50-an dengan rambut ala askar yang penuh dengan uban dan berbadan sasa terus bertemu dengan lelaki misteri tersedut. Kelihatan mereka berdua terus bersalam lalu Mr Roger menpelawa lelaki misteri tersebut berjumpa dengan Pengetua sekolah.

Rain adalah salah seorang pelajar di sekolah tersebut walaupun dia anak kepada seorang berpangkat Datuk tapi perangainya sememangnya tak sama dengan darjatnya. Rain di masukkan ke sekolah tersebut apabila dia memukul seorang pelajar sehingga koma atas alasan menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang dikacau oleh pelajar tersebut. Oleh kerna ibubapa pelajar koma tidak berpuas hati maka Ayah Rain terpaksa mengantar Rain ke Sekolah Tinggi Lelaki St. Benedict agar dia boleh terlepas daripada penjara kerna sekolah tersebut bagaikan penjara kepada pelajar-pelajarnya.

Rain sering kali terasa keganjilan sejak dia ternampak lelaki misteri menjejakkan kakinya buat pertama kali di perkarangan sekolah. Dia merasakan bahawa aneh kerna biarkan orang luar pun tidak berani menjejakkan kaki tetapi lelaki misteri nie masuk dengan tenang sekali.

Masa perhimpunan pagi,

Kelihatan pelbagai jenis pelajar mulai berhimpun di tapak perhimpunan kelihatan pengawas samseng cuba memaksa pelajar-pelajar lain untuk berbaris dengan bersama-sama dengan Mr Roger yang nampak garang sekali. Memang tidak sah ketika sesi perhimpunan pagi tanpa berlakunya pergaduhan diantara pelajar dengan pengawas sekolah dan perhimpunan ada berlangsung pada jam 7.30 pagi dekat setengah jam baru sesi perhimpunan baru dapat dilangsungkan. Apabila kemundangnya lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah; hanya kedengaran bunyi muziknya sahaja tanpa seorang pelajar pun menyanyikannya. Selesai sahaja baru la Pengetua memberikan ucapannya akan tetapi tiada satu pelajar pun ambil tahu apa yang dicakapkan olehnya. 

Dari barisan belakang pelajar, kelihatan Rain dan rakan-rakannya Mick, Dim dan Mal sibuk bercerita-cerita tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh Pengetua yang sibuk dengan celotehnya di hadapan. Dengan tiba-tiba tersemuanya terhenti apabila Pengetua memberitahu bahawa ada seorang guru baru memasuki sekolah nie.

“Pelajar-pelajar sekalian, hari nie kita ada seorang guru baru yang bakal mengajar kamu semua. Dia adalah Mr Youth seorang guru lelaki berkaliber dan dia pernah mengubah sekolah teruk kepada sekolah yang gemilang. Saya sendiri menjemputnya ke mari dengan harapan dapat mengubah kamu semua.” Kata Pengetua S sambil mempelawa Mr Youth naik ke pentas.

“Selamat Pagi semua. Nama saya Mr Benedictio Youth dan kamu boleh panggil saya Mr Youth sahaja. Kebetulan pula nama saya sama dengan nama sekolah nie. Saya akan mengajar kamu pengetahuan am, sejarah, geography dan saya juga guru kaunseling kamu juga. Saya pernah menerima guru terbaik dekat 10 tahun berturut-turut dan dekat 25 sekolah saya telah berjaya mengubahnya kepada sekolah cemerlang. Jikalau kamu ada sebarang masalah yang segan silu sila berjumpa dengan saya sendiri. Sekian dan terima kasih.” Kata Mr Youth sambil tersenyum.

“Terima kasih dengan introduction tadi. Saya berharap sangat kamu bakal berubah dengan adanya Mr Youth dan ya jangan segan silu apabila ingin berjumpa dengannya. Maka nie sekian dahulu perhimpunan kita buat pagi nie maka pelajar-pelajar sekalian sila ke kelas masing-masing.” Kata Pengetua S.

Selesai sahaja perhimpunan dan di dalam kelas 3A,

Sampah bertaburan di lantai, meja dan kerusi tidak terurus dengan rapi, beberapa pelajar bergusti dengan satu sama lain, papan hitam penuh dengan perkataan dan lakaran lucah; dan suasana kelas yang sangat bising. Sementara tiada seorang guru masuk mengajar, pelajar dengan hal masing-masing. 

Di bahagian belakang kelas kelihatan Rain dengan rakan-rakannya Mick, Dim dan Mal sedang sibuk berbual-bual diantaranya mengutuk Mr Roger akhirnya kepada Mr Youth.

“Kamu rasa berapa lama guru nie tahan?” soal Mal.

“Tak mungkin lama punya, lagi pun yang paling lama bertahan pun dalam seminggu sebelum cabut lari.” Jawab Mick.

“Dari paling garang pun kita boleh kasi dia lari nie lagi nampak macam lembik sahaja. Mesti senang saja.” Kata Dim menyokong apa yang dikata oleh Mick.

“Kamu bertiga tidak berasa ada kelainan pada Mr Youth nie. Kamu sedar ka apabila dia berucap tadi kita semua ambil perhatian padahal kebiasaan kita tak akan beri perhatian. Saya rasa dia nie berlainan dengan guru-guru yang kita kenakan dulu.” Kata Rain yang mulai rasa curiga.

Yala bila kamu ingat kan tadi. Tapi kita tak tau kepandaian dia macam mana pula.” Kata Mal.

Whatever la janji kita susahkan dia sudah cukup kalau dia blah lagi best.” Sindir Mick.

Belum sempat Dim nak membalas dengan tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi berlanggar satu sama lain. Pelajar mulai pergi ke tempat duduk masing-masing dan ia membuat Rain dan rakan-rakannya tersentak terkejut dengan suasana panik. Betul-betul di depan muka pintu kelas, kelihatan muka bengis Mr Roger yang bila-bila masa bakal meletup. Belum sempat Mr Roger hendak memarahi pelajar di dalam kelas 3A, dia sudah dihalang oleh Mr Youth yang kebetulan berada di belakangnya. Mr Youth hanya tersenyum dan meminta dirinya untuk masuk ke dalam kelas 3A.

“Mr Youth, baik kamu hati-hati dengan kelas nie walaupun kelas nie banyak yang bijak pandai tapi perangai mereka semua nie mengalahkan hantu.” Amaran Mr Roger.

Mr Youth hanya tersenyum dan masuk ke dalam kelas, manakala Mr Roger masih berada di luar kelas untuk memerhatikan Mr Youth untuk memastikan khabar angin yang didengarinya di luar adalah benar. 

Semestinya kelas 3A riuh-rendah apabila Mr Youth memasuki kelas tersebut. Kelihatan Mr Youth sentiasa tersenyum gembira dan ia membuat perasaan tidak senang di kalangan rakan-rakan Rain. Rain sentiasa memandang tepat ke arah Mr Youth dan dalam hatinya perasaan curiga terus bergelora bagaikan ada rahsia pada guru nie.

“Baik pelajar-pelajar semua, saya akan mengajar kamu semua dalam mata pelajaran sejarah. Ya saya tahu ia mata pelajaran yang paling membosankan tapi cara saya mengajar adalah lain daripada yang lain dan saya janjikan kepada kamu semua kamu akan terus hook dengan mata pelajaran nie. Sebelum kita mulakan pembelajaran buat pagi nie, apa kata kita berkenalan dahulu.” Kata Mr Youth dengan tenang lalu menunjukkan meja depan untuk memperkenalkan diri mereka dahulu.

Pada asalnya pelajar tu tidak mahu langsung berdiri dan nak perkenalkan dirinya kepada Mr Youth. Kelihatan Mr Roger di luar sudah merah padam menahan kemarahannya dan bila-bila masa sahaja dia akan masuk ke kelas tu lalu memaksa pelajar tu berbuat demikian. Tapi kali nie dihalang lagi oleh Mr Youth supaya bersabar.

Entah dari mana kedengaran bagaikan air jernih mengalir serta bau-bau air yang membuat seluruh kelas menjadi tenang. Angin bertiupan masuk ke kelas bagaikan persekitaran kelas nie aman sekali. Seperti bagai ditarik pelajar tadi terus berdiri dan memperkenalkan dirinya kepada Mr Youth dan ia berterusan dengan pelajar lain. Mr Roger bagaikan terkejut dengan apa yang dilihat di depannya dan ia sama buat Rain kerna ia sungguh menganjilkan sekali dengan tiba-tiba sahaja suasana berubah. 

Rata-rata pelajar dalam kelas nie mengambil perhatian dengan pembelajaran yang diajar oleh Mr Youth walaupun mata pelajaran sejarah cukup membosankan tetapi semua pelajar memberi perhatian sepenuhnya. Tiada langsung kelihatan pelajar tertidur mahupun berborak-borak. Mr Roger masih belum lagi percaya apa yang berlaku di depannya kerna kebiasaannya rata-rata akan tertidur dan berbuat bising dan dia merasakan khabar angin tu benar sekali ia membuat dia sendiri terkilan bukan main. 

Selesai sahaja kelas, Mr Youth tersenyum apabila mendapati semua pelajar masih lagi membaca nota yang dia berikan tadi. Dia hanya terus mengemas bukunya lalu keluar dari kelas tu tanpa disedari langsung oleh pelajar-pelajar 3A. Mr Youth terus berjumpa dengan Mr Roger yang masih kaku berdiri dengan perasaan tidak percayanya lalu dipanggil beberapa kali baru Mr Roger tersipu-sipu malu.

“Apa ilmu yang kamu gunakan nie? Saya sudah 5 tahun mengajar di sini dan belum pernah berlaku seperti kamu lakukan. Saya nak tau sangat.” Soal Mr Roger.

“Tiada sebarang ilmu hanya saya pentingkan kesabaran dan masa. Berikan masa kepada mereka dan mereka dengan sendiri akan lakukan ia.” Jawab Mr Youth dengan tenang sekali.

“Tak pa la kamu tak nak beritahu cara kamu, anyway apa kata saya bawa kamu ke bilik kaunseling kami nie.” pelawa Mr Roger.

Ketika mereka sampai sahaja, kelihatan bilik kaunseling sudah dirosakkan dengan teruk sekali. Dengan serta-merta Mr Roger mulai merah padam bagaikan seekor naga nak mengamuk sahaja. Apabila dia teringat bahawa Mr Youth berada di sebelahnya, dia terus cuba bersabar sedikit.

“Maaf la kerna kamu terlihat apa yang terjadi pada bilik nie. Bagaikan dilanda taufan. Hi hi.” Kata Mr Roger yang berasa serba-salah ketika berbicara dengan Mr Youth.

Herm, nie bukan dilanda taufan tapi kena langgar garuda ada la. Tapi tak pa lagipun bilik nie kecil sangat apa kata kita pindah ke rumah saya lagi pun ia dekat dengan asrama budak-budak nie. Kira mudah sedikit baik tukar sahaja bilik nie jadi stor kerna ia beyond repair.” Cadangan Mr Youth.

“Ya juga lagipun rumah tu kira besar dan dekat dengan asrama juga. Baik la nanti saya akan beritahu kepada Pengetua hal nie dan jikalau ada sebarang masalah sila tanya dengan saya.” Kata Mr Roger.

Mr Youth hanya mengganguk tanda bersetuju.

Manakala di kelas 3A pula, Mick berkali-kali mengaru kepalanya beberapa kali. Apa yang dia belajar tadi semuanya masuk ke kepalanya dengan fakta sejarah yang diajar oleh Mr Youth. Dim dan Mal masih lagi tergaman apa yang berlaku pada mereka tadi ia agak sukar kepada mereka untuk faham. Rain pula bertambah curiga dengan apa yang berlaku tadi dan dia beranggap adakah ia silap mata mahupun sihir kerna ia mustahil dengan senang sahaja Mr Youth mengajar mereka. Rain mengambil keputusan untuk membuat siasatan tentang guru yang bernama Mr Youth.

Berkumandang bunyi loceng menandakan tamatnya sesi persekolahan bagi hari nie. Dan semua pelajar kembali semula ke asmara sekolah dan tiada satu pun pelajar mengambil bahagian dengan aktiviti sukan mahupun kelab. Sekolah tu mengalahkan penjara dan pemikiran mereka pun sama seperti penjara. 

Rain dan rakan-rakannya terus ke belakang tandas asrama untuk menghisap rokok sambil lepak-lepak melepaskan geram mereka. Dari jauh kelihatan beberapa trak memasuki perkarangan sekolah dan berhenti di depan rumah guru.

Dude biar betul. Mr Youth tinggal di rumah tu memang dia nie berani bukan main.” Kata Dim sambil menunjukkan kepada rakan-rakannya yang lain, trak tersebut.

Kan baik di tinggal di flat guru daripada rumah tu memang saya salute dia nie.” kata Mal.

“Mr Youth mesti tidak tau rumah tu sudah lama ditinggalkan malah ia berpuaka. Kita sendiri pun tak berani nak jejak ke rumah tu nie pula dia, he got balls.” Kata Mick sambil melihat beberapa orang membawa masuk beberapa kotak besar ke dalam rumah tu.

“Kamu bertiga nak ikut saya ke gi tengok. Maybe Mr Youth mesti berada di sana.” Cadang Rain kepada rakan-rakannya akan tetapi semuanya tidak ingin pergi menjenguk.

“Kau pergi spy dahulu nanti kau beritahu kami sahaja.” Kata Mick yang ternyata pada mukanya ketakutan apabila diajak ke rumah berhantu tu dan kelihatan Dim dan Mal juga tidak mahu pergi.

Selepas sahaja mendapat tahu bahawa dia akan ke sana seorang diri, Rain terus berjalan pelahan ke rumah tu. Sampai sahaja dia mendapati trak yang menghantar barang tersebut sudah berlalu pergi. Rain semesti dalam ketakutan apabila dia menjejakkan kaki pada muka depan pintu rumah tersebut kerna pada dia sudah tahu bahawa rumah tu sudah lama ditinggalkan malah terdapat saksi mengatakan sering kali terdengar bunyi orang meminta tolong dan kelibat hitam di sekitar rumah tersebut. Belum sempat mengetuk pintu rumah tu dengan tiba-tiba pintu tu terbuka dengan luas secara tiba-tiba. Kaki Rain terus terkaku dan tidak dapat melarikan dirinya akan tetapi hanya sebentar sahaja. Kelihatan Mr Youth membuka pintu dan mengejutkan Rain dengan teruk sekali.

“Bukan ka kamu pelajar di kelas 3A bukan? Maaf la saya membuat kamu terkejut tadi. Kamu boleh bangun ke?” soal Mr Youth kepada Rain yang terduduk di lantai papan di depan pintu.

Rain hanya mengganguk sahaja sebelum menerima tangan Mr Youth, nie kali pertama bagi hidupnya dia terkejut bukan main malah dia hampir-hampir terkencing di dalam seluarnya jikalau berlaku mesti malu bukan main dia di depan Mr Youth.
“Maaf la rumah masih bersepah dan banyak lagi barang nak kemas. Mari masuk la.” Pelawa Mr Youth.

Apa asalnya Rain ingin menolaknya akan tetapi Mr Youth menegaskan dia masuk ke rumah tu. Kelihatan banyak perabot lama dibaluti dengan kain putih dan keadaan rumah agak usang selama ia ditinggalkan. Terdapat beberapa kotak bersaiz besar masih belum lagi dibuka. Mr Youth terus menarik beberapa kain putih yang menbaluti kerusi dan meminta diri dengan Rain ke dapur untuk mengambilkan air kepada dia. Rain merasakan bahawa Mr Youth nie peramah orangnya akan tetapi perasaan curiga mengenai Mr Youth masih lagi menebal. Rain terus berjalan-jalan di dalam rumah tu kerna ia pertama kali dia mengijak kakinya ke dalam rumah berpuaka nie. Keadaan rumah agak besar sekali dengan 2 bilik dan 1 tandas ia ada sedikit usang. Dengan tiba-tiba Rain disapa dari belakang, kelihatan Mr Youth membawakan dia segelas air.

Rain menerimanya lalu meminum air tersebut dan rasa air tu agak aneh sekali bagaikan ia datang daripada air mata air. Rain meminumnya sehingga habis kerna ia pertama kali dia meminum air yang tulen sekali. 

Kelihatan Mr Youth berada sebuah bilik pertama, lalu Rain memasukinya mendapati terdapatnya sebuah meja dan 2 buah kerusi. Warna pada bilik tersebut serba putih bagaikan ia baru sahaja dicat padahal warna pada seluruh rumah masih lagi dalam keadaan uzur ia cukup menimbulkan keganjilan pada Rain dan ia tak mungkin baginya Mr Youth untuk mengecat bilik tu dalam masa 1 jam sahaja. Lamungan Rain terhenti sebentar apabila dia terdengar Mr Youth berkata-kata.

“Kamu nak tahu nie adalah bilik kaunseling yang baru, bagaimana sesuai ka?” soal Mr Youth.

Rain hanya menanggukkan kepala tanda setuju tanpa mengatakan apa-apa dengan pertanyaan yang diberikan tadi.

Boy, you are quiet one. Kamu jarang bercakap ke? Anyway jikalau kamu ada sebarang masalah sila jangan segan silu berjumpa dengan saya ya Rain.” Kata Mr Youth.

Dengan tiba-tiba Rain bagaikan terdengar bunyi titisan air entah dari mana dan bulu romanya mulai menegak dengan tiba-tiba lalu dia meminta izin untuk balik dengan berkata dengannya. Mr Youth yang tersenyum dan menunjukkan pintu keluar. Rain terus meninggalkan bilik serba putih lalu dia hampir terkejut apabila entah dari mana arca air pancut sudah berada di tengah ruang tamu dan ketika Rain berjalan-jalan di rumah tu langsung dia tak nampak arca nie. Rain langsung tidak ingat adanya arca nie dan kira mustahil bagi Mr Youth mengeluarkan arca nie dari kotak kerna ia hanya ambil masa 5 minit.

Rain terus bergegas keluar daripada rumah tu lalu berlari ke rakan-rakan yang sedang menunggu akan tetapi dia mendapati bahawa mereka sudah tidak lagi berada di situ maka dia terus berlari ke bilik asrama. Kedengaran dari jauh dari rumah Mr Youth bunyi.

“Belum lagi masanya lagipun ia mengambil masa. Saya baru pertama kali di sini  dan benda yang kamu mahu tu belum lagi ada. Kamu jangan nak melampau kamu sudah lupa dengan perjanjian kita.... Hei kamu nie sudah melampau! Bukan ka baru 2 hari lepas saya sudah berikan kepada kamu.... Hoi perempuan! Kau dah sampai limit dia baik la perjanjian kita off!” marah Mr Youth.

Rain menjadi hairan apa yang dia dengar tadi ada kemungkinan ia ada kaitan dengan sekolah nie. Rain mendapati hari dekat malam lalu dia terus berlari ke arah asrama. Apabila sampai sahaja dia di bilik asrama yang terletak di tingkat 3, dia mendapati ia kosong. Rain mulai rasakan seram dengan keadaan bilik yang gelap lalu kedengaran bunyi bagaikan tapak kaki di dalamnya dan dia mengambil keputusan untuk masuk ke bilik.

BOO!

Rain terperanjat bukan main dan kedengaran bunyi ketawa datang dari sebalik pintu. Kemudian lampu dihidupkan dan kelihatan rakan-rakannya sedang mengetawakan dia.

Dude, you should see your face its so funny.” Sindir Dim.

hahahaha itu pun kamu boleh kena.” Gelak Mal.

Ha ha, nasib baik saya tak sempat rakam tadi jikalau ya memang kau kena beb setinggi dua.” Sindir Mick.

“Kamu bertiga memang nak kena ya! Saya akan buat my signature move pada kamu bertiga. Tengok kalau kau berani gi tandas masa gini.” Marah Rain lalu bangun terus mara ke arah mereka bertiga dan digusti terus.

Mereka bertiga tidak sempat nak melarikan diri apabila Rain terus menyerbu kearah mereka bertiga nie. Semestinya mereka bertiga bukan lawan Rain kerna signature move Rain mampu membuatkan mereka sakit perut yang teramat sekali dan terpaksa ke tandas yang jauh sekali daripada bilik mereka. Kira memang tidak sempat apabila sedar ia sudah terlambat memang bawa malu terus kepada mereka bertiga nie. Malah bukan itu sahaja malah kejantanan mereka akan tercabar apabila adik mereka akan bangun tegak meninggi dan membuat mereka bertiga tidak selesa langsung dan mereka terpaksa mengambil masa lama di tandas untuk selesaikan masalah tu. Mereka semestinya tidak tahu dari mana Rain mempelajari move yang angker.

“Kan sudah makan ubat. Baik kamu cepat nanti tak sempat. Oh ya ingat bawa spare seluar kecik jikalau tak sempat.” Sindir Rain ketika dia melihat rakan-rakannya mulai sakit perut dan terus ketawa apabila melihat mereka bertiga berlari ke tandas.

Mereka bertiga tidak sedar ketika mereka berlari keluar kebetulan Mr Roger dan Mr Youth membuat rondaan disana. Mr Roger terus memarahi budak bertiga nie tetapi hanya sebentar sahaja selepas ditenang oleh Mr Youth.

“Mr Youth kamu nie terlalu manjakan budak-budak nie. Nanti mereka naik kepala susah. Biar tegas janji mereka nie tau.” Tegas Mr Roger.

“Cara saya cukup lain daripada biasa. Mereka nie masih lagi membesar dan kira hormon mereka kian meningkat. Kita tidak boleh halang bukan lagipun kalau kita tegas dengan mereka ada kemungkinan kamu akan marakkan lagi api yang membara. Kita hanya bersabar dan masa akan menentukan ia.” Jelas Mr Youth.

“Maaf la Mr Roger saya kena unpack lagi dan saya takut later tak sempat.” Kata Mr Youth lalu meminta diriya.

Dari jauh kelihatan Rain melihat dari luar tingkapnya, kelibatan Mr Youth terus berlari ke rumahnya tetapi Mr Youth berhenti pada di depan pintu lalu berjalan ke arah pintu keluar sekolah. Rain menjadi hairan dengan perbuatan Mr Youth yang tiba-tiba dan bagaikan dia ada sesuatu perlu dia lakukan.

Pada keesokkan harinya, dikala waktu rehat selepas pelajar habiskan pembelajaran awal pagi.

Rain dan rakan-rakannya, menjamu selera di kantin sambil berborak-borak kosong. Kedengaran bunyi gempar oleh salah seorang kakitangan kantin meminta mak cik kantin untuk membuka television. Mak Cik kantin tergesa-gesa membukanya dan kelihatan berita gempar.

“Berita gempar, kematian seorang Diva sensasi Celesta telah ditemui mati di kondominium mewah awal pagi tadi. Keadaan mangsa ditemui oleh orang gaji pada awal untuk mengejutnya. Keadaan mangsa cukup mengerikan dengan kulit yang kering dan rupa bagaikan orang yang berusia 50-an. Pihak polis masih membuat bedah siasat dengan mayat Celesta untuk mengenali punca kematiannya.” Kata pembaca berita.

Dude. Bukan ka tu chick paling cantik tu kan?” soal Dim.

“Orang cantik begitu mati cukup mengerikan” jawab Mal.

“Namakan dah artis mesti dia ambil ubat mana kita tau bukan.” Kata Mick.

Ala bukan kau ka minat giler dengan artis nie siap ada gambar dia pakai bikini lagi di almari kau.” Perli Dim.

“Kau nak mampus ka?!” marah malu Mick.

“Sudah la tu. Diva tu dah meninggal dunia dan kalau difikirkan ganjil sangat kematiannya.” Kata Rain.

Belum sempat mereka berempat habis berborak-borak kedengaran bunyi dipanggil daripada belakang. Baik sahaja Mick berpaling ke belakang. Buk! Satu pukulan padu terus mengena ke pipi Mick. Dim dan Mal tanpa membuang masa terus menyerbu ke arah penyerang akan tetapi mereka tak sempat apabila ditendang tepat ke arah perut mereka berdua.

Hei! Pengawas! Apa masalah kamu nie tiba-tiba terus menyerang kami nie?!” Marah Rain ke arah 3 orang pengawas yang menyerang mereka dengan tiba-tiba.

“Kawan kau Mick nie berbuat bising so tumbukan tu hanya amaran.” kata salah seorang daripada pengawas dengan sombong sekali.

“Amaran? Gila. Mari la kalau berani!” gertak Rain yang tengah marah.

“Baiklah budak berhingus.” Kata pengawas berbadan besar.

Apabila pengawas berbadan besar terus mara dan mulai menanamkan buku lima ke muka Rain, Rain mampu menepis lalu menyelitkan kaki ke kaki pengawas berbadan besar dan menyebabkan dia terjatuh. Tak sempat Rain ingin menumbuk ke dada pengawas berbadan besar, entah dari mana salah seorang pengawas tinggi terus menedang Rain dari belakang. Rain terus terjatuh di atas meja dan menjerit kesakitan. Lalu datang pengawas yang memukul Mick dan bersama-sama dengan pengawas tinggi terus menyepak Rain bertalu-talu. Datang pula pengawas berbadan besar ke arah Rain yang sudah dipegang erat oleh dua pengawas tu manakala rakan-rakan Rain cuba menyelamatkan Rain dengan menyerbu pengawas berbadan besar akan tetapi usaha mereka gagal dan mereka tidak mempunyai kekuatan untuk berlawan dengan pengawas berbadan besar nie. Senang-senang sahaja pengawas berbadan besar nie belasah rakan-rakan Rain lalu berubah pandangannya ke arah Rain yang masih kesakitan dipukul berterusan oleh dua pengawas tu. Pengawas berbadan besar tu dengan pantas sekali terus menumbuk ke arah Rain.

Dengan tiba-tiba bagaikan ada hembusan angin yang kuat sekali meniup kencang ke arah mereka. Hanya kedengaran bunyi Buk! Bagaikan ada sesuatu telah jatuh ke lantai kantin. Dua pengawas tergamam apa yang berlaku sepastas lalu di depan muka mereka. Kelihatan Mr Youth menepis pukulan pengawas berbadan besar nie lalu menumbang jatuh ke lantai. Rakan-rakan Rain juga tergamam apa yang berlaku tadi sehinggakan tidak dapat berkata-kata dengan kehebatan Mr Youth.
Boys, tolong lepaskan Rain sekarang nie juga.”kata Mr Youth sambil tersenyum.

Dengan serta-merta dua pengawas tu terus melepaskan Rain dan Rain terus dipapah oleh Mick yang kebetulan di belakangnya.

Good boy. Now kamu berdua berdiri di situ dan manakala kau yang masih di lantai nie berdiri kerna bapak kamu sudah nak meletup di belakang mereka berdua nie. I know he will not take excuse apa yang kamu lakukan tadi kerna ia happen di depan dia. Kira kamu bertiga nie dead meat.” Kata Mr Youth bersahaja.

Tiga pengawas bagaikan mulai angker apabila mereka melihat Mr Roger yang sudah merah padam dan mereka bertiga seperti seekor naga yang ingin membaham mereka nie. Mr Roger terus menangkap mereka bertiga nie pada kolar leher lalu menheret mereka keluar daripada kantin sekolah.

Mr Youth terus mengeluarkan sapu tangannya dan menyerahkan kepada Rain yang memegang perutnya yang masih kesakitan. Dim terus menerima sapu tangan Mr Youth dan menyapu darah pada bibir Rain. Manakala Mal dan Mick mengucapkan terima kasih kepada Mr Youth kerna menyelamatkan mereka berempat. Mr Youth meminta mereka berempat segera ke bilik rehat dan dia sendiri akan memeriksa kecederaan mereka nie.

Ketika di bilik rehat, rakan-rakan Rain hanya berdiri di luar menunggu. Di dalam kelihatan hanya Mr Youth dan seorang petugas kesihatan sibuk meletakkan ubat pada Rain. Apabila selesai Rain hanya mengucapkan terima kasih kepada Mr Youth dan ingin meminta diri berehat di asrama. Mr Youth ingin memimpin Rain ke asrama akan tetapi Rain menolak. Ketika di luar pintu bilik rehat kelihatan Mr Roger sudah di sana manakala kelibatan rakan-rakan Rain sudah tidak lagi kelihatan. Rain hanya terus menunduk sekali kepada Mr Roger sebelum meninggalkan dia seorang diri. Keluar sahaja Mr Youth, dia mendapati Mr Roger menunduk meminta maaf dengan Mr Youth dengan kelakuan anak didiknya sendiri.

“Mr Youth saya benar-benar minta maaf dengan perbuatan anak didik saya sendiri. Saya tak percaya apa yang dikatakan oleh pelajar-pelajar lain adalah benar sekali. Mereka bagaikan samseng. Dan saya berjanji dengan kamu saya akan handle semuanya.” Kata Mr Roger.

“Tak perlu kamu berasa bersalah lagipun ia bukan salah kamu juga. Begini la bukan ka saya nie guru kaunseling biarkan saya handle semuanya sekali bukan sahaja pengawas terlibat maksud saya semua sekali. Suruh malam nie berjumpa dengan saya di rumah saya dan saya akan buat mereka semua nie berubah, percaya la.” Cadangan Mr Youth.

“Betul ka. Baik la malam nie saya akan suruh semua pengawas-pengawas nie datang ke rumah kamu dan saya akan pastikan mereka semua datang. Itu janji saya.” Kata Mr Roger dengan gembira sekali.

Pada malamnya, kelihatan kira-kira 40 pengawas semuanya berada di rumah Mr Youth dan Mr Roger memastikan semuanya berada di situ.

Ok Mr Roger. Biar saya handle di sini kamu tak perlu risau-risau lagi. Esok their will be fine that’s I promise you. Have a good night sleep ya Mr Roger.” Kata Mr Youth sambil melambai-lambai ke arah Mr Roger lalu dia mengunci pintu rumahnya.

Kebetulan Rain mengambil angin sambil berjalan-jalan berdekatan dengan tempat mereka selalu lepak. Dia nampak Mr Roger meninggalkan rumah Mr Youth dan dia ternampak bilik kaunseling terang-menderang. Sebelum Rain ingin meninggalkan tempat tu kedengaran.

Argg! Tolong! Tolong selamatkan kami! Tolong! Jangan biarkan dia dekat dengan kami! Tolong!” pinta pertolongan dari rumah Mr Youth.

Rain mulai rasa seram apa yang didengarinya tadi, dia ingin menengoknya akan tetapi dia terus seram sejuk. Akhirnya dia terus berlari ke bilik asramanya dan memberitahu perihal kepada rakan-rakannya. Apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Rain, lalu mereka berempat terus keluar dari bilik dan terus menengok keluar. Suara meminta tolong tu sudah tidak didengari lagi dan apa mereka hanya nampak satu per satu pengawas tu balik ke bilik asrama masing-masing.

Dude maybe kau dengar bunyi hantu kot.” Perli Mick.

Tanpa membuang masa Rain terus merah padam menahan marahnya kerna diperli oleh rakan-rakannya. Dengan serta-merta rakan-rakannya terus masuk ke dalam bilik asrama sambil bergelak ketawa manakala Rain masih diluar lagi. Rain tahu bahawa ada sesuatu yang ganjil bakal berlaku nanti dan apa yang dia tahu ia ada kaitan dengan Mr Youth.

Pada keesokkan harinya, pintu bilik asrama mereka berempat diketuk. Dalam keadaan mengantuk Dim bangun lalu mengejutkan Mal, Mick dan Rain. Apabila Dim membuka pintu dia mendapati 3 pengawas yang membelasah mereka kemarin berada di muka pintu. Dengan secara spontan mereka berempat sudah stand-by jika berlakukan pergaduhan. Akan tetapi tiada apa-apa yang berlaku bukan sebarang pergaduhan akan tetapi 3 pengawas nie datang untuk meminta maaf dengan mereka dan berjanji mereka tidak akan berbuat demikian lagi. Mereka berempat terasa terkilan dengan apa yang berlaku di depan mereka nie bagaikan pengawas nie sudah berubah pada satu malam sahaja malah pengawas nie menangis meminta maaf dengan mereka berempat. Dari situ sifat curiga Rain terus menebal.

 Dahulu pelajar-pelajar yang bermasalah dan yang nakal semuanya berubah satu per satu selepas berjumpa dengan Mr Youth. Tak kira betapa ganasnya pelajar tersebut apabila berkaunseling dengan Mr Youth semuanya akan berubah dalam masa satu hari. Pelajarnya mulai menjadi matang dan mulai berkelakuan baik. Malah stress guru-guru semuanya menurun dan hubungan guru dengan pelajar juga baik daripada kebiasaannya yang penuh dengan jeritan.

Dan dalam setiap malam, Rain adakala perasaan bahawa ada beberapa kereta mewah masuk ke perkarangan sekolah dan semuanya berhenti di depan rumah Mr Youth. Kebanyakkan tetamunya adalah wanita lingkungan 40 dan 50-an. Rain mulai curiga apa yang dilakukan oleh Mr Youth bagaikan dia mempunyai satu rahsia besar dan dia ingin menyiasatnya. 

Dikelas 3A dahulunya ia sentiasa bising dan kelihatan ada sahaja pelajar mencari pasal akan tetapi keadaan ada sedikit tenang dan tidak seteruk dahulu. Dari jauh hanya kedengaran perbualan diantara Rain dan rakan-rakannya sahaja.

“Kamu dengar ka Giant sudah beberapa hari hilang?” tanya Mal.

“Giant budak kelas sebelah yang dipanggil taiko tu ka?” soal Dim.

“Ya Giant tu la.” Kata Mal balik.

“Ya saya ada dengar yang dia berjaya lari keluar dari sekolah nie. Apa yang saya dengar yang guru-guru lain masih belum berjaya menjumpai dia semula. Rasanya dekat seminggu sudah dia hilang.” Jawab Mick.

“Mesti dia sudah melarikan diri bukan kita tak tau bahawa dia pernah ditangkap polis dahulu lagipun keluarganya langsung tidak mempedulikan dia juga.” Kata Rain.

Ketika mereka sibuk berborak-borak, luar kelas mulai riuh-rendah. Mereka berempat terus keluar dari kelas lalu untuk mengetahui apa penyebab riuh-rendah tu. Mereka berempat kelihatan terperanjat apabila mendapati Giant disamping Mr Youth. Manakala Mr Roger dan pengetua juga berada disitu malah mereka berdua kelihatan gembira apabila Mr Youth dapat menjejaki pelajar yang hilang tu. Pelajar-pelajar berpusu-pusu untuk melihat sesuatu yang aneh berlaku di depan mereka sendiri. Terdapat juga beberapa guru  menanya bagaimana Mr Youth menemui kerna yang gagal mencari pelajar tersebut. Mr Youth hanya tersenyum lalu mengatakan dia ada caranya tersendiri menemui pelajar nie malah dia sendiri sudah berjaya mengubah pelajar nie dan dia berjanji pelajar nie tidak akan menyusahkan sesiapa pun malah dia akan menjadi pelajar yang baik.

Rain mulai sangsi kerna Giant nie pandai memboloskan dirinya akan tetapi Mr Youth boleh menemuinya dengan senang sekali. Apabila semuanya selesai yang dia sendiri akan menanya dengan Giant dengan kehilangannya. Pada waktu rehat Rain terus ke kelas Giant dan tergamam melihat kelakuannya yang dahulunya bagaikan gangster tetapi sekarang pendirian seperti orang yang alim. Tanpa membuang masa Rain terus berjumpa dengan dia lalu direct to the point dia menanya ke mana dia menghilang selama seminggu. Giant hanya mengatakan dia langsung tidak ingat apa yang telah berlaku dan apa yang dia ingat apabila dia berjaya keluar dari pintu pagar sekolah dia terus tak sedar diri bagaikan ada sesuatu telah menyentuhnya. Lepas tu dia ingat tempat tu serba gelap dan hanya kedengaran bunyi air menitis bagaikan dia didalam gua. Lepas tu dia tidak ingat apa yang berlaku hanya dia tahu disudah di samping Mr Youth lalu dia membawa dia berjumpa dengan Mr Roger dan pengetua. Rain memang tak berapa percaya dengan apa yang diceritakan oleh Giant malah ia kira aneh dan sukar untuk dipercayai. Rain terus menegaskan Giant berkata benar akan tetapi Giant menegaskan itu sahaja yang dia ingat dan selebihnya dia langsung tidak dapat meningatinya. 

Rain terus keluar dari kelas tu dengan geram sekali kerna dia tidak dapat info yang dia mahu. Dengan tiba-tiba Buk! Rain berlanggar dengan seseorang lalu membuatkan dia terjatuh ke lantai. Rain merasakan yang dilanggar tadi semesti keras bagaikan batu akan tetapi pada bahunya sendiri telah basah dengan tiba-tiba. Apabila dia memandang ke atas kelihat Mr Youth mengosok-gosokkan lengannya yang kelihatan telah basah juga. Rain terus berdiri dan meminta maaf kepada Mr Youth kerna dia tak sengaja berlanggar dengan dia tadi. Manakala Mr Youth hanya tersenyum lalu mengatakan dia tidak ada apa-apa sambil mengosok-gosokkan lengannya akan tetapi ia mulai mengering dan ia tidak lagi kelihatan basah lagi. Padahal bahu Rain masih basah dan belum lagi mengering. Mr Youth lalu mengatakan kepada Rain agar berhati-hati dan dia ingin Rain menyampaikan kepada rakan kelasnya yang lain dengan mengatakan esok mereka ada ujian dalam mata pelajaran sejarah dan diminta semua untuk membuat ulang kaji dengan sendiri kerna dia ada hal hendak dilakukan.

Apabila tamatnya sesi persekolahan. Rain dan rakan-rakan semuanya masih didalam perpustakaan untuk mengulang kaji untuk ujian sejarah pada keesokkan harinya.

Argg! Dekat setengah jam saya mengadap buku teks nie satu tak nak masuk.” Geram Mick.

“Tiada gunanya satu pun nak masuk ke dalam otak kamu nie. Tengok kami berdua cool sahaja. Lain la macam Rain ka dia pandai.” Perli Dim melihat gelagat Mick.

“Lagipun mesti kamu lupa ka cara kami berdua lulus dalam ujian jikalau bukan mencuri kertas ujian tu bukan.” Kata Mal sambil menguyah gula-gula getah yang dia seludup.

“Ya tak ia bukan kan kamu berdua pro dalam hal nie. Bila kamu berdua dapat kertas tu boleh dapat untung juga.” Cadangan Mick.

“Lagipun nanti kami mesti jual dengan kamu juga kan. Herm.. RM25? Cukup?” tanya Dim.

Hoi! Mahal giler tu.”terking Mick.

Hello. Kamu lupa ke nie ujian Mr Youth lagipun dari spy kami kata dia simpan di rumahnya. Jadi kerja nie ada susah sedikit la.” Kata Dim.

“Baik kamu berdua lupakan sahaja la, berani kamu berdua masuk ke rumah puaka tu plus kamu tak tau keadaan rumah tu juga.” Kata Rain.

“Bukan ka kau pernah masuk ke rumah tu Rain kira senang bagi info sedikit tentang rumah tu juga kan.”kata Mal.

Hello kamu lupa ka masa saya masuk tu keadaan masih berselerak dan saya sendiri pun tak berani masuk pada masa sekarang nie.” kata Rain.

Tak sempat Mal membalas kedengaran dari jauh.

Hoi budak-budak di belakang tu tolong diam boleh! Sini bukan teater kalau nak bising keluar dari sini. Menyemak sahaja.” Marah pengawas perpustakaan.

Ssh. Anyway kamu berdua jadi ka nak curi juga.” Kata Mick.

“Mestilah nie kira misi kami.” Kata Dim dengan angkuh sekali.

“Biar ada challenge baru mencabar. Lagipun apa yang Rain katakan bahawa Mr Youth tiada buat sehari nie jadi peluang kita cerah buat malam nie.” kata Mal.

Rain hanya mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

Pada malamnya, kelihatan dari jauh rumah Mr Youth dalam keadaan gelap menandakan Mr Youth masih belum balik dari halnya. Dim dan Mal melangkah ke rumah tu dengan hati-hati apabila sampai sahaja ke muka pintu. Dim mendapati pintu tu tak berkunci langsung lalu dia melihat ke arah Mal dengan memberitahu bahawa mereka berdua dapat masuk ke rumah dengan senang sekali. Berbekal lampu suluh, mereka berdua masuk ke rumah tu dengan berhati-hati dan mereka mengelak daripada Mr Youth menyedari rumah sudah dipecah masuk. Dom dan Mal terus mencari kertas ujian tu akan tetapi tak menpunyai sebarang hasil lalu mereka berdua mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik-bilik rumah tersebut.

Dim tak sengaja termasuk ke bilik mandi dan kedengaran bunyi Blop! Bagai ada sesuatu masuk ke dalam air. Dim menyuluh kesemua bahagian bilik mandi semestinya tiada apa-apa langsung hanya dia mendapati bahawa tub mandi penuh dengan air. Belum sempat Dim memasuki bilik mandi kedengaran Mal sudah memanggil dia yang mengatakan dia sudah jumpa kertas-kertas ujian tu. Tanpa membuang masa Dim terus berlari ke arah Mal, ketika Dim keluar dari bilik mandi kedengaran bunyi Blop! Buat kali kedua.

Mal mulai tersenyum apabila dia sudah terjumpa apa yang dia kehendaki. Apabila Dim memasuki ke dalam bilik kaunseling tu kelihatan Mal sibuk mengambil beberapa kertas ujian lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Ketika Dim berjalan ke arah Mal kedengaran papan diantara meja longgar. Dim terus menyuluh pada papan tu dan merasa bahawa papan kayu tu boleh dibuka. Dim terus menyuluh lampu suluhnya ke arah Mal sambil menunjukkan jari penunjuk ke arah papan longgar tu. Belum sempat Mal berjalan ke arah Dim, kedengaran bunyi ketawa yang menyeramkan datang dari luar pintu bilik kaunseling. Dengan serta-merta papan yang dipegang oleh Dim terlepas daripada pegangannya lalu ia terhentak ke lantai. Mereka berdua sudah dalam penuh dengan ketakutan kerna kedengaran bunyi sesuatu yang basah merangka ke arah pintu bilik tersebut. Dim dan Mal mulai panik lalu mereka berdua mencuba membuka tingkap pada bilik tersebut akan tetapi ia sudah dipalang dengan batang besi. Dengan keberanian yang tinggal pada dirinya, Mal terus mengunci pintu dengan harapan benda tu tidak memasuki bilik tersebut walaupun mereka berdua sudah terperangkap. 

Lalu kedengaran bunyi tombol pintu bilik dicuba untuk dibuka akan tetapi ia terkunci dari dalam. Dengan tiba-tiba ia terhenti, Dim dan Mal mulai rasa lega kerna benda tu tak mampu masuk ke dalam bilik tu. Mereka berdua merasakan sesuatu yang basah pada kaki mereka lalu mereka menyuluh ke arah lantai dan ia ternyata mula basah. Air terus menitis daripada siling malah air mengalir tanpa henti dari dinding bilik tersebut. Air mulai penuhi bilik tersebut dan paras air sudah mencapai ke paras pinggang mereka berdua. Kedengaran semula suara ketawa yang menakutkan tu semula dan ia datang betul-betul di depan mereka berdua. Mereka berdua dengan serta-merta menyuluh lampu suluh di depan. Dengan penuh angker keluar satu lembaga putih dengan rupa seperti tengkorak dengan bola mata yang hilang dan tubuhnya bagaikan air. Mereka berdua terus menjerit ketakutan apabila lembaga tu mulai datang merapati mereka berdua.

“Nampaknya dua ekor masuk perangkap.” Kata lembaga tersebut sambil membuka rahangnya dengan seluas-luasnya untuk membaham mereka berdua.

Manakala di dalam bilik asrama, kelihatan Mick sudah mulai resah apabila Dim dan Mal masih lagi belum pulang dari rumah Mr Youth. Cuaca malam sudah hujan dengan lebat sekali manakala batang hidung mereka berdua masih belum lagi timbul-timbul.

Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman guruh berdekatan dengan asrama dan pancaran kilat memancar pada dua bayang hitam pada muka pintu bilik asrama. Kelihatan Dim dan Mal sudah balik, Mick cukup gembira apabila melihat mereka berdua sudah balik dengan sepenuhnya basah. Rain terus mencapai dua helai tuala dan dia berikan kepada Dim dan Mal. Mereka berdua mencapainya lalu mengucapkan terima kasih kepada Rain. Manakala Mick mulai hilang sabar kerna dia belum mendapat berita yang dia mahu dengar dari tadi sama ada mereka berdua berjaya mendapatkan kertas ujian tu.
“Kamu berdua, mission success ka?” tanya Mick bersungguh-sungguh.

“Maaf la Mick kami tidak dapat buat la.” Kata Mal.

“Kami tak sanggup buat sudah, kami fikir kami nak berusaha dengan sendiri daripada menipu.” Kata Dim.

What the Hell?! Jadi kamu langsung tidak mengambil untuk saya ka?! Mengapa tiba-tiba jadi alim nie.” marah Mick sambil memegang bahu Dim dan Mal dengan kuat sekali.

Tanpa membuang masa Rain terus menepis pegangan Mick pada mereka berdua. Dia meminta mereka berdua untuk menyalin pakaian mereka yang basah manakala dia terus bersemuka dengan Mick yang menumbuk beberapa kali pada dinding bilik asrama mereka nie.

“Sabar sahaja la kau Mick. Mereka berdua sudah insaf tak nak menipu lagi. So kau pun harus berbuat demikian juga. Lagipun hanya beberapa bab sahaja kau kena baca pun.” Pujuk Rain.

Arh! Kau tu lain la kan pandai gila. Saya nie susah nak masuk. Dan masa ujian nanti kau mesti bagi saya tiru nanti jika tak putus sahabat kita.” Marah Mick 

“Baiklah nanti esok saya bagi tiru akan tetapi kau kena juga baca sedikit. Tak nak terkantoi sudah.” Kata Rain secara terpaksa.

Mick terus tersenyum dengan apa yang dia mahu dengar terus naik ke katilnya bunker dengan geramnya dia terpaksa membuka buku teks lalu membacanya. Rain hanya mengeleng-gelengkan kepalanya lalu menjenguk keadaan Dim dan Mal.
Pada keesokkan harinya, selepas sahaja habis ujian sejarah Mr Youth. Mick kelihatan sakit kepalanya bukan main kerna dia terpaksa menggunakan otaknya untuk menjawab soalan ujian tu kerna Rain ditukarkan tempat duduknya ke hadapan kelas dan meninggalkan Mick pula di belakang kelas oleh Mr Youth. Bagaikan Mr Youth sudah tahu dengan rancangan Mick dan adakala Mr Youth tersengih melihat Mick rimas ketika memjawab soalan tu. Mick masih lagi sakit kepalanya dan masih lepak di tempat mereka berempat selalu lepak. Rain seperti biasa menahan gelaknya melihat gelagat Mick dari tadi manakala Dim dan Mal pula hanya terdiam sahaja.

Ah! Adoh! Sakit kepala aku. Kenapa la pula Mr Youth nie tukar tempat duduk kau Rain. Sakit habis otak saya nie.” geram Mick.

“Sekurang-kurangnya ada guna juga otak kamu nie bukan daripada kamu guna untuk benda lain.” Perli Rain.

Hoi! That’s no funny. Kamu bertiga baik kamu blah, saya nak ponteng kelas nak rehat otak saya nie.” Marah Mick lagi.

Akhirnya mereka bertiga berlalu pergi ke kelas. Rain ingin menanya sesuatu kepada mereka berdua mengapa mereka tidak jadi mencuri kertas ujian tersebut. 

“Kami hanya ingat bahawa ketika mereka mencari kertas ujian tersebut entah kami boleh terkunci di dalam bilik kaunseling tersebut apabila sudah lewat kami terdengar bahawa pintu dibuka dan kami diselamatkan oleh Mr Youth.” Kata Dim.

“ Apabila Mr Youth mendapati bahawa kami ingin mencuri kertas ujiannya lalu dia memberi kami berdua a long speech dan ia membuat kami insaf daripada dari menipu lagi. Apabila kami mendapati di luar sudah hujan jadi kami berdua terus berlari terus ke bilik asrama walaupun Mr Youth offer kami payung kerna kami menggangap asalnya salah kami kerna memecah masuk ke rumahnya jadi ia kira sebagai hukuman buat kami.” Jelas Mal.

“Adakah ka tu sahaja kamu ingat?” tanya Rain kepada Dim dan Mal.

Kelihatan mereka berdua mengangguk serentak dengan apa yang berlaku pada mereka malam semalam. Selebihnya mereka langsung tidak ingat tapi apa mereka ingat adalah Mr Youth yang kelihatan seperti kering padahal dia tak membawa payung walaupun dibasahi hujan ketika mereka diselamatkan.

Belum sempat Rain ingin menanya lagi kelihatan Mr Roger menunjuk ke arah mereka bertiga mengatakan kelas bakal mula sebentar lagi. Kerna kelas yang seterusnya adalah mata perlajaran sains dengan Mr Roger. Lalu mereka bertiga terus berlari ke arah kelas mereka dan membuat mereka tidak langsung melupakan perihal Mick yang sekarang nie ponteng kelas.
Pada malamnya iaitu pada malam hari Jumaat. Rain terus termenung dari tingkap biliknya memikirkan perihal Mr Youth. Dia masih tak tau siapa sebenarnya Mr Youth nie walaupun dia sudah membuat kajian melalui internet dan apa yang balik-balik dia dapat hanya la dia seorang guru yang terhebat dan memenangi beberapa tahun sebagai guru terbaik. Akan tetapi tiada langsung mengenai sejarah dan kelahirannya Mr Youth hanya memberitahu kebaikannya sahaja. Rain sudah frust mencari apa-apa yang berkaitan dengan Mr Youth. Yang aneh yang paling dekat mengenai Mr Youth adalah berkaitan dengan air sahaja dan manakala apabila Rain menukar youth kepada bahasa melayu adalah muda. Itu pun Rain sendri masih tidak faham dengan rahsia teka-teki Mr Youth.

Renungannya terhenti apabila dia ternampak sebuah kereta Merdeces perak memasuki perkarangan sekolah lalu menuju ke rumah Mr Youth. Rain cukup kenal sekali kereta tu kerna ia kepunyaan ayahnya sendiri. Kelihatan sepasang lelaki dan perempuan keluar daripada kereta tersebut lalu mengetuk pintu rumah Mr Youth. Rain berasa hairan mengapakah ibubapanya ingin berjumpa dengan Mr Youth maka dia mulai rasa curiga. Tanpa membuang masa Rain terus berlari turun dari asramanya lalu berlari terus ke rumah Mr Youth. Rain ingin mengintip apa tujuan ibubapanya ingin berjumpa dengan Mr Youth akan tetapi ia terhenti apabila kedengaran bunyi pintu terbuka dan kelihatan Mr Youth memanggil Rain untuk masuk. Walaupun Rain mulai ragu-ragu oleh kerna dia ingin tahu mengapa ibubapanya bertemu dengan Mr Youth maka dia terpaksa masuk ke rumah tu.

Belum sempat Rain menjejakkan kaki ke dalam ruang tamu rumah tu, dia terus dipeluk oleh ibunya Datin Maimun kemudian dipeluk pula oleh ayahnya Datuk Ahmad. Kelihatan ibubapa Rain memeluknya dengan erat sekali kerna mereka sudah lama tidak bertemu satu sama lain. Walaupun Rain ada sedikit jengkel kerna ibunya masih lagi memeluk dia semasa mereka duduk di kerusi antik di ruang tamu Mr Youth. Sememangnya sekali Rain berasa cukup malu kerna ia jelas sekali pada mukanya yang menjadi merah padam menahan malu. Kelihatan Mr Youth membawa 3 gelas perak ke ruang tamu lalu memberikan kepada ibubapa Rain dan dia sendiri. Rain melihat bahawa tiada sebarang air di dalam gelas tu akan tetapi ibubapanya kelihatan gembira lalu membawa gelas tu ke arca air pancut. Mereka terus mengambil air dari arca tu lalu meminumnya segelas lalu mereka meminta Rain untuk menceduk gelasnya ke air arca. Rain ada rasa musykil yang teramat sangat dan sering berfikir dua kali sama ada untuk meminum air tu atau tidak. Apabila Rain mendapat pujukan daripada ibubapanya lalu dia meneguk air tersebut dan airnya rasa seperti pertama kali dia datang ke rumah Mr Youth dengan itu dia meminumnya habis segelas tu. Apabila dia ingin menceduk lagi, dia dihalang oleh ibubapanya atas alasan air tu hanya boleh diminum sekali sahaja dalam masa sebulan. Dengan hampa sekali Rain terus duduk di samping ibubapanya.

Semestinya ibubapa Rain akan menanyakan kepada Mr Youth bagaimana pretasi anak tunggal mereka dan kemajuannya apa yang Mr Youth katakan adalah semua baik ia dapat melegakan ibubapa Rain serta Rain sendiri. Dekat satu jam mereka berbicara dengan Mr Youth lalu Mr Youth memberikan cadangan kepada ibubapa Rain untuk membawa Rain balik pada hujung minggu dan ternyata keriangan terpancar pada wajah ibu Rain manakala Ayah Rain juga bersetuju dan Mr Youth mengatakan bahawa dia akan urusan hal Rain keluar dari sekolah tu pada hujung minggu. Malah Mr Youth memberitahu kepada ibubapa Rain untuk membawa Rain balik sekarang dan meminta Rain balik ke asramanya untuk mengemas untuk balik hujung minggunya. Pada asalnya Rain ingin bantah pada cadangan tersebut kerna ia tidak adil bagi pelajar lain yang tidak mempunyai peluang seperti dirinya. Kelihatan Mr Youth hanya tersenyum lalu mengatakan pada keesokkan harinya semua pelajar di sekolah nie dibenarkan untuk balik ke rumah masing-masing pada hujung minggu nie atas persetujuan dengan pengetua sekolah dan ibubapa pelajar yang lain. Maka Rain terus berasa lega dengan apa yang dengar daripada penjelasan Mr Youth, dengan gembiranya dia terus balik ke bilik asramanya lalu berkemas.

Pada hari Isnin, kelihatan kegembiraan terpancar pada wajah setiap pelajar di sekolah malah semua pelajar lebih ceria sekali.Perhimpuan pagi dapat dilaksanakan dengan baik sekali malah kelihatan semua pelajar dapat menyanyikan tiga buah lagu dengan jayanya. Semua pelajar memberikan perhatian kepada ucapan Pengetua kecuali seorang iaitu Mick hanya dia seorang sahaja bermasalah. Dim dan Mal sudah menjadi pelajar yang baik dan mereka sering kali  mengajak Mick untuk berbuat demikian akan tetapi dia betul-betul keras kepala.

Semua pelajar sudah tidak lagi seperti pelajar yang bermasalah kini mereka menjadi mangsa buli dan peras ugut Mick kerna dia beranggapan dia la ketua samseng di sekolah tersebut apabila tiada lagi mereka yang berkuasa di sekolah. Walaupun sudah banyak kali Mick dipanggil untuk bertemu dengan Mr Youth akan tetapi dia pasti dapat memboloskan dirinya daripada bersemuka dengan Mr Youth.

Rain sudah berkali-kali meminta Mick supaya berhenti dengan kelakuannya akan tetapi mereka akan berbalah satu sama lain. Walaupun Rain sudah beberapa kali dipukul oleh rakan baiknya akan tetapi dia tetap memaafkannya atas kerna Mick adalah orang pertama yang dia berkawan pada masa pertama Rain dimasukkan kesekolah nie sebelum dia berkenalan dengan Dim dan Mal.

Ketika dalam kelas Bahasa Malaysia, pintu kelas diketuk oleh pengawas dan meminta kebenaran dengan guru yang mengajar di kelas 3A. Beberapa pengawas ingin memanggil Mick agar dibawa berjumpa dengan Pengetua. Kelihatan pada Mick mulai risau lalu dia cuba untuk melepaskan dirinya. Kedua-dua pintu keluar sudah ditahan oleh beberapa orang pengawas. Keadaan kelas mulai riuh-rendah apabila Mick mulai bertukar ganas untuk mengelak daripada ditangkap oleh pengawas. Habis kesemua meja dan kerusi berjatuhan ke lantai, pelajar di dalam kelas mulai berpusu-pusu keluar daripada kelas. Beberapa pengawas menerima kecederaan yang teruk dibelasah oleh Mick ketika mereka ingin menangkap Mick. Kelihatan Mr Roger sudah berada di kelas tu lalu cuba menangkap Mick akan tetapi Mr Roger tercedera apabila dihentak oleh meja yang dilontarkan oleh Mick. 

Keadaan kelas sememang huru-hara, walaupun beberapa pengawas tercedera akan tetapi mereka berjaya mengepung Mick pada sudut kelas. Mick masih dalam keadaan mengamuk lalu dia memecahkan tingkap kelas dan memgambil kepingan kaca untuk menjadi senjata. Keadaan mulai menjadi ganas apabila Mick terus menyerbu ke arah pengawas-pengawas nie dengan cara menikam kepingan kaca tersebut. 

Belum sempat Mick menikam Mr Roger, dengan hembusan angin yang kuat sekali. Tangan kanan Mick sudah dilipat kebelakang dan kelihatan kepingan kaca tu sudah berada di lantai. Semestinya Mick mengerang kesakitan dan meminta dia dilepaskan. Mr Roger cukup bersyukur sekali kerna Mr Youth sempat menangkap tangan Mick daripada menikam Mr Roger. Dengan satu tangan memegang tangan Mick yang dilipat kebelakang dan juga tangan kiri Mr Youth pada kolar baju Mick. Dengan senang sekali Mr Youth berjaya menangkap Mick lalu dia membawa Mick berjumpa dengan pengetua sekolah.

Kelihatan Mick masih merah padam ketika dia dialam bilik pengetua serta kelihatan Mr Roger dan Mr Youth juga berada di dalam pejabat. Gelagat mereka dilihat jelas sekali dari luar tingkap pejabat pengetua. Bagaikan mereka bersua dengan Mick cukup tegas sekali.

Antaranya pelajar-pelajar lain melihat gelagat tu adalah Rain, dia ingin tahu mengapa Mick dibawa ke bilik pengetua lalu dia menyanya kepada salah seorang daripada pengawas sekolah apa sebabnya. Lalu pengawas tu mengatakan bahawa Mick mencuri tabung derma yang diletakkan dalam bilik pengetua. Buktinya ternyata benar apabila litar cctv yang pengetua sembunyikan di dalam bilik tu menunjukkan Mick yang mencurinya serta pada hujung minggu hanya dia seorang sahaja yang tidak balik maka dia adalah semestinya pencuri tersebut.

Ia ada kemungkian selamanya kecurian yang berlaku di asrama ada kaitan dengan Mick malah dia sering menjadi mangsa kerna duitnya selalu dicuri. Rain memang tidak menyangkakan yang Mick adalah pencurinya malah dia tak pernah nampak sekali pun Mick mencuriga akan tetapi siapa tau apabila harapkan pagar, pagar makan padi.

Dengan tiba-tiba kedengaran bilik pengetua dibuka maka keluar Mick bersama-sama dengan Mr Youth. Lalu kedengaran Mr Youth mengatakan malam nie dia nak Mick berjumpa dengannya juga dan dia pastikan Mr Roger akan mengiring Mick ke rumahnya. 

Dengan keadaan marah Mick terus berjalan terus ke bilik asrama, Rain cuba merapatinya akan tetapi dia dihiraukan. Sepanjang hari kelihatan Mick hanya berbaring pada atas katil bunk manakala Rain, Dim dan Mal ingin berbicara dengannya akan tetapi Mick hanya berdiam diri.

Pada malammnya, kelihatan Mr Roger pada muka pintu bersama-sama dengan beberapa pengawas yang datang untuk mengiringi Mick ke rumah Mr Youth. Dim dan Mal hanya menundukkan kepala mereka kerna tak sanggup melihat wajah Mick yang kelihatan bengis. Rain ingin berkata-katanya akan tetapi dia ditolak jatuh ke katil oleh Mick yang kelihatan marah sekali. Kelihatan dari belakang poket seluarnya, Mick memasukkan pisau lipatnya sememang dia ada tujuannya tersendiri mengapa dia membawa pisau lipatnya. Akan tetapi perbuatannya dilihat jelas pada Rain yang mulai risau apa yang Mick bakal lakukan apabila dia berjumpa dengan Mr Youth.

Rain terus mengekori rombongan Mr Roger dari belakang yang berjalan ke arah rumah Mr Youth. Pada muka pintu rumah kelihatan Mr Youth berdiri dengan keadaan tersenyum. Mr Roger terus menyerahkan Mick kepada Mr Youth lalu dia meminta dirinya. Lalu Mr Youth membawa Mick ke dalam rumah dan terus membawanya ke bilik kaunseling. Rain terus masuk ke rumah Mr Youth dengan berhati-hati sekali dengan harapan dia ingin menyelamatkan kawannya dan malam nie juga dia bakal bongkarkan rahsia Mr Youth.

Apabila Rain berada di dalam ruang tamu Mr Youth kelihatan air pada arca tu sudah kering lalu dia berjalan ke arah bilik kauseling. Kedengaran dari dalam bunyi bagaikan perabot pada bilik tu dijatuhkan dan kedengaran beberapa bunyi tapak kaki berlari.

Man, you are the tough one. Maybe I should be playing with you first.” Kata Mr Youth.

“Jangan harap la kamu nak tukar saya jadi baik. Orang Tua!” marah Mick.

Lalu kedengaran bunyi Mick menjerit dengan kuat sekali bagaikan dia terjatuh ke bawah. Dan kedengaran bunyi ketawa yang menyeramkan mengiringi bunyi jeritan Mick.

Rain terus menedang pintu bilik tu dan terus masuk ke dalam bilik tu, kelihatan tiada seorang pun di dalam bilik tu hanya kelihatan lubang pada lantai papan. Lubang tu cukup gelap sekali dan apabila Rain melihat dengan jelas rupa-rupanya lubang tu adalah bekas perigi. Rain terus melihat kelilingnya untuk melihat sama ada tali yang boleh dia gunakan untuk turun ke dalam perigi dan apa yang dia nampak adalah kain langsir maka dia terus mengikatnya kesemuanya lalu gunakan sebagai tali.

Rain mengikat hujung langsir tu pada palang besi dan selebih langsir tu ke dalam perigi. Dengan pelahan-lahan Rain turun ke dasar perigi dan dia mendapati perigi nie sudah lama tak digunakan lagi. Sampai ke dasarnya Rain mendapati terdapat lorong gelap yang menghubungkan perigi tersebut. Dengan berhati-hati Rain terus masuk ke lorong gelap tu dengan harapan dia dapat bertemu dengan Mick. 

Kedengaran bunyi air menitis ke lantai suasana serta bunyi kelawar bagaikan Rain berada di dalam gua batu. Dalam kegelapan Rain berjalan ke dalam lorong tu dengan berhati-hati dengan tiba-tiba dia tertendang sesuatu yang keras lalu dia cuba meraba-raba lantai basah tu. Dalam rabaan tersebut dia terasa sesuatu yang keras seperti satu batang paip walaupun dalam keadaan samar-samar, Rain mendapati ia adalah lampu suluh Mal. 

Lalu Rain mencuba membukanya dan ia masih menyala lagi. Dengan cahaya daripada lampu suluh sedikit sebanyak ia dapat menerangi lorong gelap tu. Rain merasakan lampu suluh tu mungkin tercicir ketika Dim dan Mal mencuri kertas ujian tempoh hari. Dengan pelahan-lahan Rain terus berjalan ke dalam lorong gelap.

Kedengaran dari jauh bunyi seperti seseorang sedang berlari di dalam lorong gelap nie. Rain terus berlari ke arah bunyi tersebut dengan tiba-tiba kelihatan seperti ada satu lembaga hitam berlari tepat ke arah Rain. Dengan bantuan lampu suluh, dia mendapati lembaga tu tak lain tak bukan Mick yang sudah kelihatan pucat sekali. Mick dengan gembira sekali apabila dia bertemu dengan Rain dengan memeluknya.

“Mick kau tidak ada apa-apa ka?” tanya Rain.

“Tak tapi kita mesti lari dari sini.” Kata Mick dengan cemas sekali.

Kelihatan Mick sudah basah kuyup pada tubuh serta pakaiannya. Dia hanya terus menarik-narik Rain untuk meninggalkan tempat tu. Belum sempat Rain ingin menyoal sebabnya, kedengaran bunyi air mengalir ke arah mereka dan juga lantai basah bagaikan diinjak bagaikan ada seseorang berjalan ke arah mereka berdua.

“Mick mana kamu nak lari tempat nie tempat saya dan tak mungkin kamu dapat melarikan diri.” Kata bunyi tu.

Dengan cahaya lampu suluh Rain dapat melihat air mengalir ke arah mereka dan lembaga gelap berjalan ke arah mereka berdua. Apabila Rain menyuluh pada wajah lembaga tu, ia adalah Mr Youth. 

My my, What we got here? Rain is that you?” soal Mr Youth.

Ha. Is really you my dear. Why are you here?” soal Mr Youth lagi.

Rain yang membisu sahaja dengan Mick berada di belakangnya yang dalam ketakutan. Kelihatan Mr Youth terus berjalan ke arah mereka berdua dengan pelahan-lahan sekali dengan tersenyum. Apabila Mr Youth berhenti di depan mereka, kelihatan air yang mengalir tu terhenti dan bertukar kepada satu lopak air dimana kaki Mr Youth berdiri. Rain merasakan kakinya sudah kaku, entah mengapa kakinya tidak ingin melarikan diri walaupun Mick masih menariknya untuk larikan diri.
“Rain kau bukan saya nak tetapi saya nak kawan kau. Dia sudah terlampau bad boy. Bully satu hal, menipu dah dua hal, memeras ugut dah tiga dan akhir sekali mencuri memangnya banyak dia dah buat silap. Rain be a good boy just stay there. Its only took me a few minute.” Kata Mr Youth dengan tersenyum.
 
Dengan sepantas kilat, tangan Mr Youth sudah menyambar lengan Mick lalu di menarik ke arahnya. Mick dan Rain tergamam apa yang berlaku pada depan mereka bahawa tangan Mr Youth menjadi panjang sekali dalam 4 kaki dari tempat Mr Youth berdiri serta kelihatan air menitis dari tangan Mr Youth. Dengan pelahan-lahan Mr Youth mulai berubah bentuknya yang lebih kepada air. Kelihatan tengkoraknya di dalam lapisan air yang menjadi isinya serta rambutnya menjadi jaringan air sehelai demi sehelai. Dengan perlahan-lahan Mr Youth menarik Mick dengan tanganya serta kukunya yang panjang lutsinar seperti ais kedepannya. Mick kelihatan sudah menangis ketakutan ketika dia berdepan dengan mahluk yang menakutkan di depannya. Rahang Mr Youth mulai terbuka seluas-luasnya dengan memandang ke arah Mick dengan bola matanya yang serba hitam. Belum sempat Mr Youth membaham Mick, tengkoraknya pecah apabila Rain membaling lampu suluh tu.

Dengan serta-merta Mr Youth melepaskan Mick menyebabkan dia terjatuh pada lantai. Rain mengambil keputusan untuk menarik Mick yang sudah tak sedarkan dirinya kerna ketakutan. Mr Youth masih lagi memegang tengkorangnya yang pecah dan apabila dia mendapati Rain sudah mendukung Mick ke belakangnya dengan geram sekali Mr Youth mencuba mencapai ke arah Mick akan tetapi dia hanya mengoyakkan baju Mick kerna pada masa tu Rain sudah melarikan diri ke dalam lorong gelap.

Dengan pelahan-lahan Mr Youth kembali kepada bentuk manusianya lalu berjalan-jalan pelahan-lahan mengejar Rain.

***
Di dalam kegelapan, Rai berlari tanpa henti sepanjang lorong gelap dan dia masih lagi tak dapat melupakan apa yang berlaku didepannya semestinya dari tadi kedengaran bunyi ketawa yang menyeramkan masih lagi kedengaran. Sambil memikul Mick di belakangnya yang masih belum lagi sedarkan dirinya dengan apa yang berlaku didepannya.

“Rain be a good boy already just give me your friends.” Kata Mr Youth sambil ketawa.

Apabila Rain terdengar apa yang dikatakan oleh Mr Youth, dengan tiba-tiba dia terus tergelincir dan terhumban Mick ke depannya. Ketika Rain sedar, dia mendapati di berada satu ruang yang besar dan kelihatan ruang tersebut satu-satunya tidak ditengelami oleh kegelapan. Keadaannya cukup menyenangkan dengan bau-bauan air yang menyegarkan dan bunyi air mengalir dengan tenang. Rain melihat kelilingnya dan dia mendapati terdapatnya lubang pada atas ruang gua tersebut yang ternyata bulan purnama menerangi ruang gua tersebut. Pancaran bulan betul-betul terpancar pada tengah-tengah tasik dengan cahaya keemasan. Kecantikan tu hanya sementara apabila dia melihat pada gigi air tasik berlonggok rangka-rangka manusia bagaikan mereka cuba mencapai air tersebut akan tetapi mereka mati pada gigi air. Malah kelihatan seperti arca batu ikan duyung menjerit sambil menangis kelihatan pada wajah mereka nie dan kesemua 8 arca nie mengadap ke arah tasik tersebut.

Rain merasakan sesuatu yang menakutkan tinggal di dalam tasik bawah tanah nie malah dia mulai takut dengan rangka-rangka manusia yang tak terkira banyaknya. Renungan Rain terhenti apabila dia terdengar suara Mick yang baru sedar daripada pengsan tadi. Rain terus berlari ke arah Mick dan terus berada disisinya. Mick masih lagi mamai kerna baru sahaja terbangun apabila dia terlihat sesuatu di depannya dengan segera dia terus merangka ke depannya lalu mengorek sesuatu depannya. Rain berasa hairan lalu menjenguk apa yang membuat Mick berbuat demikian. Mick terus tersenyum apabila dalam pegangannya satu gelang emas bertatah belian serta beberapa siling emas, dengan tamaknya dia terus mengambil satu per satu dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Apabila Rain menarik Mick untuk melarikan diri akan tetapi Mick hanya menepis dan terus mengambil kesemua emas didepannya. Rain mulai risau jikalau Mr Youth bakal menangkap mereka.

Tiba-tiba air tasik bergoncang dengan kuat sekali sehinggakan mengegarkan gua tersebut. Rain masih cuba menarik rakannya Mick akan tetapi perbuatannya sia-sia. Dengan tiba-tiba bahu Rain dipegang dari belakangnya, Rain mulai dihantui dengan ketakutan apabila dia dengan pelahan-lahan berpaling ke belakang. Kelihatan Mr Youth sudah berjaya mengejar mereka berdua.

“Rain, kamu tahu apabila manusia menjadi tamak mereka akan lupakan apa yang bakal menimpah pada mereka walaupun maut. Sama seperti rangka-rangka manusia di sini yang semuanya tamak. Apabila tamak mulai memasuki jiwa ia semestinya bakal membawa kesengsaraan kepada mereka di keliling mereka.” Kata Mr Youth sambil berjalan ke arah tasik tersebut.

Tubuh Mr Youth terus bertukar menjadi air lalu dia mengambil tengkoraknya yang sudah pecah dari kepalanya dan membuangnya ke dalam tasik. Entah dari mana dengan tiba-tiba, timbul pula tengkorak kepala yang lain di atas tasik. Dengan berhati-hati, Mr Youth mengambilnya dan diletakkan di atas tengkuknya. Krak! Krak! Kedengaran apabila tengkorak tersebut berhubung dengan tengkuk leher.

That’s much more better.” Kata Mr Youth apabila berubah kepada bentuk manusianya.

“Rain saya tak nak apa-apakan kamu dan saya hanya mahukan kawan kamu nie. Jiwanya sudah corrupt dan saya ingin memakannya sekali.” Kata Mr Youth berjalan ke arah mereka berdua.

Dengan segera Rain berlari ke arah Mick sambil menariknya untuk berdiri, apabila Mick nampak bahawa Mr Youth sudah dekat di depannya dia terus menjerit ketakutan  dan terus berdiri. Mick ingin berlari dengan beban daripada emas-emas di poket seluarnya telah menghalang dia daripada melepaskan dirinya. Lalu Mick mengeluarkan pisau lipatnya lalu meletakkan pada tengkuk Rain, Rain berasa terkilan apabila rakan baiknya sanggup berbuat demikian.

“Lepaskan saya dan saya nakkan emas nie. Sebagai pertukaran saya bagi kamu budak nie lagipun dia sudah tiada gunanya lagi kepada saya selepas saya ada emas nie.” kata Mick kepada Mr Youth dengan harapan Rain mengantikan tempatnya.

“Mick! Bukan ka saya kawan baik kamu mengapa kamu sanggup berbuat begini?” soal Rain tersekat-sekat apabila lehernya dikepit kuat oleh Mick.

“Kau tu kaya berada, saya orang miskin. Saya hanya berkawan dengan kau sebab kau banyak duit. Maka tak hairan apabila senang-senang saya curi duit kamu.” Kata Mick menjulurkan pisau lipatnya ke arah leher Rain.

Nie la manusia apabila ada kekurangan mesti mereka akan berubah. Manusia akan menjadikan ketamakkan satu kepentingan manakala persahabatan pula bukan kepentingan kepada mereka lagi.” Kata Mr Youth sebelum bertukar menjadi gumpalan air lalu jatuh terpecik ke lantai gua.

Mick mula panik apa yang berlaku di depannya dan secara tak segaja dia mencalar leher Rain menyebabkan dia berdarah lalu melepaskannya. Rain terus memegang lehernya yang sudah terluka sambil melihat ke arah Mick yang sudah tidak tentu arah dengan menhayungkan pisau lipatnya dengan mencucuk udara di depannya.

Dengan tiba-tiba Mr Youth muncul dibelakang Mick terus membaham Mick dengan sekali baham. Satu gumpalan air menyelembungi tubuh badan Mick dan kesemua emas terkeluar daripada poket seluarnya. Mick masih meronta-ronta melawan kuasa air yang menyelembungi dirinya sehinggakan dia lemas. Rain cuba melepaskan Mick akan tetapi perbuatannya dihalang dengan satu lilitan air membelit badan Rain.

“Jangan risau dia masih hidup lagi, sekarang nie dia hanya dibersihkan dahulu sebelum saya memakan awetnya dan saya akan lepaskan dia.” Kata Mr Youth sambil dia memasukkan tangannya ke dalam gumpalan air yang menyelembungi Mick. Dengan pelahan-lahan dia menanggalkan seluar Mick dan membuatkan keadaannya berbogel.

Rain yang tergaman melihat apabila ada sesuatu keluar daripada mulut Mick seperti dua butir mutiara dengan satu warna keemasan dan satu serba hitam. Mr Youth terus mengambil dua butir mutiara dan menurunkan gumpalan air ke lantai gua. Dengan tiba-tiba gumpalan air terus pecah apabila ia menyentuh lantai. Mick masih dalam keadaan tak sedar dirinya tanpa seurat benang bagaikan dia sedang tidur. Dengan pelahan Mr Youth mengerakkan air yang membawa seluar Mick lalu menyarungkanya. Manakala dua butir mutiara, Mr Youth terus memasukkannya ke dalam mulutnya dan memakannya.

“Mick akan sedar semula pada pagi esok dan saya cukup yakin bahawa dia akan berubah menjadi baik kerna jiwanya saya sudah bersihkannya. Jarang sekali ada dua mutiara keluar tapi ia cukup kepada saya selama 6 bulan lagi.” Kata Mr Youth ketika dia bertukar kepada bentuk manusia.

Rain masih kelu lidahnya yang berlaku didepannya, kejadian nie cukup tidak masuk akal kerna bagaikan ia silap mata. Dengan tiba-tiba dia terus menangis dalam ketakutan ada kemungkinan dia tak dapat keluar daripada tempat nie.

Tish, kan tadi saya beritahu kamu tadi yang saya tak akan apa-apakan kamu nie. Lagipun ia termaktub dalam perjanjian saya dengan ibubapa kamu. Kamu sudah meminum air tu maka kamu sudah terselamat.” Kata Mr Youth sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi Rain lalu menjilat air tersebut.

“Biar saya pulihkan luka kamu.” Kata Mr Youth sambil menitiskan beberapa titik air pada luka pada leher Rain.

Rain berasa terkejut apabila dia mendapati kesakitan pada luka di lehernya telah sembuh malah tiada langsung parut padanya. Ia sesuatu yang mustahil sekali dari kejadian tu sehinggakan Mr Youth menyembuhkan kecederaannya tadi.

“Ingat ya Rain apa yang kamu nampak tadi mesti dirahsiakan jika tak kamu bakal menerima nasib yang sama seperti Diva Celesta.” Kata Mr Youth sambil menghulurkan tangan kepada Rain yang masih terduduk di lantai.

“Siapa kamu? Adakah kamu hantu air? Bagaimana kau kenal Diva Celesta?” Soal Rain apabila dia menyambut tangan Mr Youth.

“Saya adalah Youth yang lebih dikenali sebagai air keramat awet muda atau dalam bahasa Inggeris Fountain of Youth. Saya bukan hantu air saya adalah semangat air kepada air keramat nie. Saya cukup kenal sangat Diva Celesta tu kerna dia macam kamu juga iaitu meminum air saya.” Jawab Mr Youth lagi.

“Kamu mesti ingin tahu mengapa Diva gila tu mati bukan?” Soal Mr Youth.

Rain hanya menganggukkan kepalanya kerna dia ingin tahu sebabnya.

Diva Celesta nie adalah salah seorang yang meminum air saya. Pada asalnya dia seorang yang baik akan tetapi dia sudah membongkarkan rahsia saya  kepada mereka yang tidak layak meminum air. Malah Diva gila melanggar kesemua syarat saya malah mengugut saya bahawa dia akan memberitahu kepada semua orang tentang kewujudan saya dan juga dimana saya boleh dicari. Maka saya hanya terus ke rumahnya dan menarik pemberian saya kepadanya dan menukar diva tersebut kepada umur asalnya dalam 50-an. Perempuan yang tidak tahu bersyukur kerna saya memberikan air saya malah memaksa saya berikan air saya setiap minggu.” Kata Mr Youth.

“Dia mesti tahu bahawa air saya nie perlukan korban bukan boleh diambil begitu sahaja. Orang yang meminum air saya hanya dibenarkan meminumnya selepas sebulan dua dan ia boleh tahan selama setahun. Dia akan sentiasa kelihatan muda sehinggakan mereka meninggal dunia kerna masa mereka sudah terhenti. Syarat saya cukup mudah sekali dengan memastikan rahsia saya tidak terbongkar, datang apabila saya memanggil, berbuat baik kepada yang lain dan memastikan saya ada sumber korban yang baik.” Sambung Mr Youth lagi.

“Korban? Korban apa yang dimaksudkan itu.” Soal Rain.

“Saya mengurniakan kepada mereka awet muda tetapi dengan korban awet muda dari mereka yang jahat dan mereka yang bermasalah. Bagi saya korban saya ada pelajar-pelajar yang nakal dan bermasalah adalah korban pilihan saya untuk saya membuat air keramat nie. Selepas saya saya ambil awet muda mereka maka saya akan menyucikan jiwa mereka untuk menjadi baik malah mereka tidak akan ingat kejadian tadi pernah berlaku.” Jawab Mr Youth.

“Kamu kata perjanjian dengan ibubapa saya dan apa kaitan mereka dengan kamu?” soal Rain.

“Ibubapa kamu adalah salah seorang mereka yang layak meminum air keramat saya malah mereka adalah keturunan orang kampung yang menjaga saya. Boleh dikatakan mereka adalah paling setia diantara meraka yang meminum air saya malah mereka adalah paling tua sekali antara semua rasanya mereka dalam 70-an. Lupa nak katakan pada asalnya mereka nie mandul dan sukar sekali mendapatkan cahaya mata. Saya berikan air mata saya bercampur dengan air mata duyung kepada ibumu, ia membolehkan dia mengandungkan kamu Rain. Apabila kamu Rain dilahirkan maka mereka membuat perjanjian dengan saya untuk membenarkan kamu meminum air saya kerna kamu hanya satu-satunya darah daging mereka.” Jawab Mr Youth.

“Saya nak tau bagaimana kewujudan kamu?” soal Rain.

“Kejadian saya ingat dengan jelas sekali, ia berlaku pada ribuan tahun yang lalu. Saya pada asalnya mata air di dalam gua nie. Pada satu malam, kelihatan seekor burung merah keemasan turun dari lubang siling gua. Ia terus menjejakkan kaki pada gigi tasik nie, saya mendapati burung nie kehausan maka saya berikan air mata saya kepadanya. Kelihatan burung nie meminumnya dengan baik sekali dan dia mengurniakan sesuatu yang besar kepada saya iaitu ia menitiskan setitik darahnya pada mata saya sebagai balasan. Dengan itu saya boleh memberikan air keramat kepada orang yang layak sahaja. Selepas sahaja ia memberikan kepada saya entah dari mana kelihatan ada manusia membaling tombak ke arahnya dan dia sempat mengelak lalu dia memberitahu kepada saya setitik darah manusia akan menukarkan saya kepada bentuk yang lain. Kemudian ia melebarkan sayapnya dan terbang melarikan diri. Ia adalah burung keramat, Burung Cenderawasih ataupun dengan nama lain Pheonix.” Jawab Mr Youth. 

“Nanti bukan kamu katakan kamu nie Fountain of Youth jadi yang diuar-uarkan di Florida tu apa?” soal Rain yang kelihatan musykil.

Oh tu adalah abang saya, dia juga salah satu air keramat tapi bukan memberikan awet muda seperti diceritakan tetapi airnya dapat menanugerahkan nyawa atau menyelamatkan nyawa iaitu Fountain of Lives. Manakala bukan saya seorang malah terdapat lain juga iaitu kakak saya Fountain of Death yang satu-satunya boleh menghapuskan mereka yang hidup abadi dan membunuh juga, abang saya seorang lagi adalah Fountain of Wisdom yang memberikan ilmu pengetahuan yang tiada batasnya, adik perempuan saya adalah Fountain of Beauty dan yang terakhirnya adalah adik lelaki saya adalah Fountain of Cure. Kesemuanya macam saya bebas dan saya sendiri pun tidak tahu dimana mereka berada. ” Jawab Mr Youth.

“Adakah mereka nie mereka tak layak dan arca ikan duyung nie?” tanya Rain sambil menunjukkan jarinya pada rangka-rangka manusia dan juga arca ikan duyung.

“Mereka nie manusia yang tamak dan penuh dengan keangkuhan pada diri mereka. Mereka ingat air keramat boleh memberikan hidup abadi ka? Air Keramat bukan semudahnya saya akan berikan hanya mereka yang layak sahaja saya akan berikan. Kebanyakkan mereka adalah penguasa, ketua, raja yang zalim dan orang biasa yang inginkan hidup yang kekal. Tiada dalam dunia nie apa yang hidup pada satu hari nanti akan mati juga, tiada gunakan manusia ingin melarikan diri daripada genggaman maut bukan? Mereka mati pun sebab meminum air nie juga kerna mereka yang tidak layak bukan akan menerima kehidupan yang abadi tetapi maut menanti sebabnya saya melihat pada jiwa mereka. Akan saya makan awet muda mereka dan masa mereka untuk saya menghasilkan air keramat nie. Malah ada mahluk lain juga inginkan kehidupan yang abadi iaitu ikan duyung nie. Apa yang kamu nampak adalah yang sebenarnya kerna mereka melanggar sumpah iaitu mereka tidak dibenarkan memberikan air mata cinta mereka sebarangan selepas mereka menjadi manusia. Ikan duyung tahu mengenai lagenda air keramat yang akan memberikan mereka kehidupan abadi serta kecantikkan yang tiada bandingan akan tetapi untuk mereka menjadi manusia, mereka kena mengorbankan air mata cinta abadi. Ya memang ada banyak berjaya dalam kehidupan akan tetapi apabila ketamakkan menghantui jiwa maka mereka akan mencari air keramat demi kehidupan abadi. Saya akan meminta mereka air mata cinta tetapi mereka tidak mampu memberikan dan menyebabkan mereka berubah menjadi asal dan pelahan-lahan menjadi batu hanya mereka mampu mengeluarkan adalah air mata penyesalan.” Kata Mr Youth sambil menyentuh pipi salah satu arca ikan duyung.

“Bagaimana kamu boleh bergerak bebas macam sekarang nie bukan kamu adalah mata air?” soal Rain yang hairan dengan Mr Youth dalam bentuk manusianya.

“Jika tak silap saya ia berlaku pada semasa kedudukan Jepun, apabila kampung keramat akhirnya dicerobohi oleh tentera Jepun. Orang kampung sanggup mempertahankan saya daripada kekejaman Jepun yang tahu mengenai air keramat nie. Seorang gadis berlari ke dalam gua nie untuk mempertahankan ia buat kali terakhir daripada askar Jepun yang mencerobohi gua keramat dengan mengorbankan dirinya iaitu ditembak tepat pada jantungnya. Dengan darah dari gadis perawan nie membuatkan saya bebas untuk memakan kesemua askar Jepun  dengan merampas awet muda dan masa mereka. Sebahagian rangka manusia yang kamu nampak adalah tentera Jepun dan yang berlonggok berdekatan dengan arca ikan duyung tu adalah askar komunis. Apabila British kembali memerintah gua keramat dibom oleh mereka kerna tidak percaya kewujudan air keramat di gua nie. Atas jasa ibubapa kamu Rain, mereka mengali perigi di rumah puaka tu atas nak keluarkan saya kerna pada masa tu saya ada bentuk manusia dengan mengunakkan rangka manusia korban saya sebagai jasad. Selepas tu rumah tu dibina pada atas perigi untuk menyembunyikan kewujudannya.” Kata Mr Youth.

“Sekarang saya bebas mencari mangsa saya dan saya bebas daripada gua tu. Sekolah nie betul-betul dibina di tas gua keramat nie dan kerna jasa baik ibubapa kamu juga la saya dihantar ke sini semula.” Sambung Mr Youth lagi.

“Apa yang kamu lakukan kepada pengawas-pengawas sekolah, saya dengar pinta pertolongan mereka pada malam kamu kaunseling mereka semua.” Tanya Rain dengan ragu-ragu.

“Kau rupanya diluar sana apabila saya nak menangkapnya dia sudah cabut. Pasal pengawas tu kira macam saya berpesta kerna 40 kesemuanya saya letak dalam bilik kaunseling tu. Pada asalnya saya nak satu per satu kerna bilangan mereka sangat ramai sekali saya terus letak dalam sekali gus. You should see their faces, apabila saya mula bertukar bentuk air dengan tengkorak terkeluar daripada lapisan air. Dengan perlahan-lahan bilik kaunseling mulai dipenuhi dengan air sehingga ke paras perut mereka semua. Mereka semua dalam ketakutan dengan teramat sekali sehingga hampir kesemuanya terkencing kerna ketakutan. Apabila air penuhi bilik tu saya terus membaham mereka semua sekali gus memang tiada gunanya mereka meronta-ronta menyelamatkan diri akhir semuanya menjadi lemas. Kamu tidak tahu berapa banyak saya kena bogelkan untuk dibersihkan malah semuanya seperti bayi yang baru dilahirkan ketika kesemuanya tidak sedarkan diri. Memang mengecewakan apabila semuanya hanya memberikan sebiji sahaja mutiara bukan dua seperti yang diharapkan. Apabila selesai satu per satu pengawas tu saya sarungkan pakaian mereka semula dengan aliran air saya akhirnya memecahkan gumpalan air tersebut. Sedar sahaja mereka semua, mereka langsung tidak ingat apa yang berlaku kepada mereka tadi malah hanya terus balik. Nasib baik pakaian mereka tidak basah kerna saya sempat sedut air tersebut sehingga kering.” Kata Mr Youth sambil ketawa dengan seram sekali.

Rain mulai merasakan ketakutan pada dirinya apabila kedengaran bunyi ketawa yang menyeramkan malah Mr Youth mulai berubah kepada bentuk angkernya dengan berbentuk seperti gumpalan air dan kelihatan jelas sekali satu rangka manusia di dalam gumpalan air tersebut. Mr Youth dengan pelahan-lahan bergerak pada tasik tersebut lalu memasuki ke dalam air tasik. Hanya seketika sahaja Rain fikir ingin melarikan dirinya akan tetapi ia tergendala apabila kedengaran dengusan yang kuat keluar daripada tengah-tengah tasik. 

Dengan penuh ketakutan Rain merasakan kakinya menjadi kaku dan dia tak mampu melarikan dirinya. Entah dari mana keluarnya beberapa pusaran air pada tasik tersebut dan keluar satu lembaga serba putih dari tengah tasik. Dengan pelahan-lahan lembaga putih bercahaya berjalan ke arah Rain yang sudah terduduk ketakutan. Cahaya putih cukup menyilaukan dan ia memerangi keseluruhan gua dengan cahaya. Apabila lembaga putih berada didepan Rain, dia terus membukakan mulut Rain lalu menitiskan beberapa titis air ke dalam mulut Rain dari mulutnya sendiri. Rain tergamam apa yang berlaku kepadanya dan kesemua pergerakkan pada tubuhnya menjadi kaku.

Dengan sepantas kilat lembaga tersebut berubah bentuk kepada Mr Youth. Kelihatan Mr Youth tersenyum sambil memegang pipi Rain. Rain merasakan dia seperti orang yang baru malah dia rasakan dia lebih bertenaga daripada biasa. Malah ketakutannya turut hilang sama sekali. 

“Rain dengan secara rasminya kamu menjadi mereka yang layak meminum air saya dan kamu juga bakal menjadi pengikut setia saya. Kamu sudah tahu kesemuanya maka kamu seperti ibubapa kamu yang menjaga saya maka saya nak kamu berjanji dengan saya.” Kata Mr Youth dengan lembut sekali.

 “Saya akan berjanji dengan kamu. Saya berjanji akan..” kata Rain dengan tenang sekali.

***
Selepas 6 bulan sejak kejadian tersebut ketika perhimpuan pagi buat kali terakhir buat akhir tahun.

Kelihatan Pengetua berucap dengan penuh bangga dan gembira apabila sekolah mereka mencapai markah tertinggi dan mendapat tempat pertama dalam kesemua peperiksaan. Malah mereka menjadi sekolah contoh daripada sekolah paling tercorot kepada sekolah yang terbaik sekali dan ia adalah jasa Mr Youth. Kelihatan pelajar-pelajar kesemuanya menepuk tangan dengan penuh bangga sekali kepada Mr Youth. Sambung pengetua sekolah lagi ingin menanugerahkan kepada pelajar terbaik buat pertama kali iaitu kepada Mick yang berjaya menjadi pelajar cemerlang selepas berubah sikapnya.

Kelihatan Rain, Dim dan Mal juga bersorak kepada Mick yang memgambil anugerah tersebut di atas pentas. Rain semestinya berbangga dengan perubahan tersebut Mick akhirnya menjadi insan yang berguna manakala dia ada sedikit cemburu dalam dirinya kerna mendapat tempat kedua tetapi ia berbaloi melihat rakannya berjaya.

Apabila Mr Youth naik ke atas pentas untuk memberikan ucapannya kepada semua pelajar. Dia mengatakan dia cukup berbangga dengan pencapaian mereka dan cukup berpuas hati kerna dapat berhikmat pada sekolah nie. Lalu dia memberitahu bahawa masanya disekolah nie sudah tamat dan dia bakal berpindah lagi. Semestinya seluruh sekolah terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Mr Youth malah ia memeranjatkan guru-gurunya juga. Mr Youth amat diperlukan di sebuah sekolah yang serupa dengan sekolah nie dan dia ingin membantunya.

Kelihatan kesemua pelajar dan guru-guru bersedih dengan pemergian Mr Youth kerna jasanya menukarkan sekolah tersebut. Masa Mr Youth ingin meninggalkan sekolah tu berbaris pelajar berdiri di sisi jalan keluar sekolah untuk mengucapkan salam perpisahan kepada Mr Youth.

Dari rumah Mr Youth kelihatan Pengetua, Mr Roger dan Rain berada disitu untuk mengucapkan salam perpisahan. Pengetua hanya bersalaman dengan Mr Youth lalu mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya. Manakala Mr Roger bersalaman serta memeluk Mr Youth kerna menyedarkan dirinya untuk mengajar pelajar tersebut dengan penuh kesabaran seperti ditunjukkan oleh Mr Youth. Manakala Rain pula terus bersalam dengan Mr Youth.

“Ingat janji kamu, jangan sesekali kamu lupakannya.” Bisik Mr Youth sambil memegang bahu Rain sehingga basah.

Akhirnya Mr Youth pergi meninggalkan Sekolah Tinggi Lelaki St. Benedict atas kerja murninya dan akan berbakti kepada sekolah lain yang mempunyai masalah yang sama.

***
40 tahun telah berlalu,

Kelihatan sesorang lelaki misteri, tinggi lampai dengan rambut putih panjang bertocang dibelakang. Ia memakai cermin mata perak melangkah masuk ke perkarangan Sekolah Tinggi Lelaki St. Benedict. Perjalanannya terhenti apabila dua pelajar samseng menghalangnya akan tetapi dua pelajar tersebut melarikan dirinya apabila kelihatan pengetua sekolah berdekatan.
Lalu pengetua sekolah tersebut terus bersalaman dengan lelaki misteri tersebut sambil tersenyum dan menyambutnya seperti seorang kawan yang sudah lama tidak bertemu. Lalu dibawanya lelaki misteri tersebut ke dalam bilik pengetua. Perbuatan tersebut dilihat jelas oleh pelajar-pelajar disitu malah ada yang bertanya-tanya siapakah lelaki misteri tersebut.
Apabila pengetua dan lelaki misteri tersebut memasuki ke dalam bilik pengetua lalu pengetua menguncinya.

“Selamat pulang Benedictio Youth atau lebih jelas Mr Youth. Nampaknya kamu bakal hands full kelak.” Kata Pengetua sekolah yang kelihatan pada berumur 30-an padahal umurnya dalam 50-an.

“Nampaknya kamu menepati janji kamu Pengetua Rahman atau lebih saya kenali Rain. Sudah sekian lama akhirnya kamu menepati janji kamu malah kamu sudah menjadi pengetua sekolah nie, taniah.” Kata Mr Youth yang kelihatan tiada perubahan sekali pun selama 40 tahun.

“Mesti la saya pastikan pelajar di sini sesuai menjadi korban kepada kamu. Sekolah nie menjadi paling teruk semula selepas 30 tahun pemergian kamu. Dan saya sendiri pastikan mereka nie paling sesuai sekali menjadi korban.” Kata Rain sambil tersenyum.

“Bagus, apabila saya dapat apa yang nak dan saya pastikan kamu mendapat habuaannya nanti. Tak sabar saya nak rasakan awet muda mereka nie.” Kata Mr Youth sambil melihat keluar gelagat pelajar-pelajar di luar tingkap dengan mata hitamnya sambil menjilat bibirnya.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan