Kedengaran bunyi jeritan perempuan terus-menerus tanpa
henti. Di lorong yang gelap, 2 perempuan menjerit ketakutan sambil berlari
bagaikan mereka berdua cuba melarikan diri dari sesuatu yang mengejar mereka
berdua dari belakang. Mia dan Lia sudah tidak lagi melihat ke belakang mereka
untuk memastikan benda tu berlalu
pergi akan tetapi kedengaran bunyi ketawa yang menyeramkan datang dari belakang
mereka berdua.
“Ke mana kamu berdua ingin larikan diri. Tak kira dimana
kamu berdua bersembunyi saya tetap akan mengambil kamu.” Kata lembaga hitam
sambil membawa sabit yang panjang.
Mia dan Lia cukup ketakutan dengan teramat sekali apabila
lembaga hitam tu yang mengejar mereka
berdua dari belakang. Nie tak akan
berlaku bukan kerna mereka berdua
yang mulakan dahulu.
***
Sebulan yang lalu.
Mia dan Lia adalah sahabat yang baik, mereka berdua akan
selalu menghabiskan masa mereka dengan melayari laman web untuk mencari apps
untuk Iphone mereka berdua nie akan tetapi mereka akan mencari apps yang percuma. Kakak Mia cukup
berang apabila kad kreditnya dipakai oleh Mia untuk membeli apps di apps store lalu dia melarang Mia dari mengunakan ia lagi. Manakala
Lia juga dilarang oleh ibubapanya dengan mengunakan kad kredit mereka tanpa
pengetahuan.
Mia dan Lia sekarang
nie sudah cukup taksub dengan apps yang
baru di apps store dengan
memuat-turunnya. Mereka berdua cukup suka membeli apps tu tak kira mahal sekali pun selepas sahaja mereka berdua kena
cut-off maka mereka berdua memilih
mencari yang percuma sebagai ganti.
Pada satu malam, Mia bermalam di rumah Lia kira sebagai slumber party la bagi mereka berdua nie. Dari bergosip mengenai kawan
mereka di sekolah dan juga musuh mereka. Lepas tu baru mereka berdua kemaskinikan FB mereka apabila ia selesai mereka akan melayari laman web dengan harapan mencari apps yang percuma.
“Boring la balik-balik
benda yang sama saja tiada yang unik ka?”
soal Lia yang sudah kebosanan mencari apps
yang dia minat di laman apps store.
“Apa kata kita masuk ke laman web, mana kita tau ada
yang tiada dalam apps store boleh
kita cari.” Kata Mia memberi pendapat kepada Lia.
Lia terus setuju dengan pendapat kawan baiknya Mia,
mereka berdua terus melayan satu per satu website
apps yang mereka boleh dapatkan secara percuma. Mereka terus melayan tanpa
mengetahui masa sudah berlalu dan jam mulai menandakan tengah malam, Lia mulai
rasa mengantuk dan mengambil keputusan berbaring di katilnya manakala Mia masih
mencari di laptop Lia.
“Hey Lia, mari kau sini. Saya sudah jumpa nie website ada apps unik nie.” kata Mia
bersungguh-sungguh.
Dengan keadaan malas Lia terpaksa bangun dari baringan
dia lalu berjalan ke arah Mia.
“Biar saya tengok. Death
Prediction? Apa benda nie? Website dia cukup ganjil nie, Angel of Death?” soal Lia yang berasa kehairanan.
“Memang ganjil bukan? Tadi website nie tiada dalam
search bila tengah malam pula website
nie wujud di depan saya pula. Katanya tentang apps nie, ia boleh membuatkan kita meramal kematian seseorang
dengan menaipkan nama dan sebab kematiannya. Lagipun apps nie percuma.” Jawab Mia.
“Saya rasa tak sedap hati la dengan apps nie. Kau
ok ka?” soal Lia.
“Apa kata kita cuba dahulu kalau kita tidak mahu lagi
kita hanya delete ia dari phone kita macam kita selalu lakukan.”
Jawab Mia sambil memberi pendapat untuk mencuba ia dahulu.
Lia akhir bersetuju lalu mereka berdua memuat-turun ke
kedua-dua Iphone mereka. Apabila ia
selesai dimuat-turun, mereka berdua apa asalnya tidak tahu apa yang harus
dilakukan apabila mereka mengunakan apps
tersebut. Tertera pada apps tu
cara-cara mengunakan ia dan juga menyatakan nama baru kena dimasukkan selepas 2
hari selepas nama terdahulu dimasukkan. Mereka berdua berasa hairan dengan apps yang ternyata mudah sekali untuk
digunakan.
Mereka berdua ragu-ragu nama yang mereka berdua bakal
gunakan. Akhir mereka bersependapat untuk meletakkan nama musuh mereka iaitu
Kira. Kira adalah rakan sekelas yang selalu bermulut laser kepada semua orang. Lia mengambil keputusan meletakkan nama tu pada apps tu dan Mia menyatakan cara kematiannya adalah jatuh dari
tangga. Apabila selesai Lia menekan send
dengan tiba-tiba screennya menjadi
gelap lalu keluar lilin merah dan kelihatan apinya yang menyala dengan
tiba-tiba terpadam. Lia berasa seram apa yang lihat tadi lalu memberitahu Mia.
“Maybe kesan
efek dia sahaja nie kira nak
memberitahu kita dengan cara seram.” Kata Mia.
“Kau nak cuba ka
dengan apps kamu nie? Saya sudah gunakan dahulu.” Soal
Lia.
“Nanti la saya
baru gunakan apps nie nak tau juga effective ka atau main-main sahaja.” Jawab Mia.
***
Keadaan di Sekolah Menengah Convent St. Catherine,
pelajar-pelajar perempuannya riuh-rendah apabila mereka diberitahu dengan
kematian seorang pelajar yang bernama Kira. Apa yang diberitahu bahawa Kira
telah meninggal dunia apabila terjatuh dari tangga bus dan diberitahu punca
kematian kerna ditolak sebelum
dilanggar oleh sebuah van. Kematian ia cukup ganjil sekali apabila saksi
mengatakan Kira menekan loceng berhenti akan tetapi ia tidak berbunyi lalu dia
berjalan ke arah pemandu bus tersebut untuk memberhentikan bus kerna dia sudah terlepas tempat yang
dia ingin turun. Apabila bus tu
berhenti, Kira bagaikan ditolak keluar dari bus tu lalu sebuah van tak sempat brek lalu melanggarnya. Ketika ditolak tu tiada sesiapa pun dibelakang Kira
apabila ia berlaku.
Apabila Mia dan Lia mendengar perihal tersebut, mereka
berdua berpandang pada masing-masing lalu tersenyum bahawa ramalan yang pada apps tu benar-benar berlaku.
Satu per satu musuh dan orang yang mereka tidak minat,
satu per satu meninggal dunia dengan cara misteri sekali sehinggakan salah
satunya membingungkan pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes dengan mangsa mati
terjerut pada tali di atas tangki air yang setinggi 10 tingkat dan kedudukan
terletak ditengah-tengah. Manakala ada pula mati dilanggar lari dan beberapa
lagi hilang beberapa hari sebelum ditemui mati dengan badan mereka
bercerai-berai.
Mia dan Lia sekarang nie
sangat tabsub dengan apps nie dan
mereka kelihatan gembira apabila mengetahui kematian orang yang menjadi mangsa
mereka.
Berlaku pada satu hari, Mia mengambil keputusan untuk
meletakan nama teman lelaki Lia yang meninggalkannya. Lia menghalang Mia dari
berbuat demikian dan menyebabkan pergaduhan yang teruk diantara mereka berdua.
Dengan keadaan marah, mereka berdua tidak sedar bahawa mereka meletakkan nama
Mia dan Lia ke dalam apps nie tanpa
meletakkan sebabnya lalu mengantarnya.
Apabila mereka
berdua mengetahui apa yang mereka berdua telah lakukan, mereka terus ketakutan
yang teramat sekali. Mereka mencuba untuk menarik apa yang mereka telah
lakukan, mereka berdua terus mengambil keputusan untuk memadamkan apps tu dari Iphone mereka. Malah mereka berdua cuba melayari ke laman web yang
mereka berdua mendapatkan apps
tersebut namun usaha mereka gagal mencarinya dan akhirnya mereka memcubanya
buat kali terakhir dengan mencarinya pada tengah malam.
Akhirnya mereka berdua berjaya memasuki website tu akan tetapi website tu cukup berbeza sekali seperti
kali terakhir mereka memasuki laman web
tersebut. Kelihatan lilin merah bernyala-nyala kelihatan ia bagaikan terapung
manakala lantainya merah bagaikan darah. Keadaan ia gelap cukup menyeramkan
dengan nyalaan lilin-lilin merah. Dengan tiba-tiba kedengaran suara ketawa yang
menyeramkan datang dari tengah-tengah screen.
Mia dan Lia mulai menjerit ketakutan apabila kelihatan dua pasang mata merah
menyala memandang tepat ke arah mereka berdua. Dengan tiba-tiba, kelihatan
darah pekat mengalir di depan screen
mereka lalu keluar lembaga hitam bermata merah dan bertopeng putih memandang
tepat ke arah mereka berdua.
Mia dan Lia terus menjerit sekuat hati mereka akan tetapi
suara jeritan langsung tidak didengari oleh Kakak Mia.
Dengan tiba-tiba, lembaga tu bersuara.
“Tiada gunanya kalian menjerit bukan ada sesiapa pun akan
dengan jeritan kamu berdua. Apa yang sudah kalian letakkan tak boleh ditarik
balik dan kalian bakal saya ambil.” Kata lembaga tu sambil ketawa.
Dengan ketakutan, Mia terus mencabut plug daripada laptopnya
akan tetapi screen tu masih hidup
walaupun battery sudah dicabut.
Dalam keadaan kelam-kabut, Lia terus mengambil laptop Mia lalu memhempasnya ke lantai akan tetapi screen tu masih hidup lagi.
“Ingat apa yang sudah berlaku ia tak boleh ditarik balik.
Ingat saya akan bakal datang mengambil kalian berdua.” Kata lembaga tu lalu screen tu mati dengan
sendirinya.
Mia dan Lia berpeluk ketakutan dengan apa yang berdua
telah alami. Pintu bilik Mia dibuka oleh Kakak Mia kerna dia terdengar bunyi jeritan mereka berdua dan juga ada benda
dihempas kuat. Kakak Mia terus berlari kearah mereka berdua lalu cuba
menyenangkan mereka berdua yang masih dalam ketakutan. Kelihatan laptop Mia sudah hancur berkecai di
atas lantai, Kakak Mia hanya memandang ke arah laptop tersebut dan berasa hairan mengapa ia berkeadaan begitu dan
dia membiarkan ia dahulu sebelum dia menanya adiknya selepas Mia sudah tenang.
Lia sudah dihantar balik manakala Mia masih belum tenang
lagi. Kakak Mia terus membawa Mia ke bilik tidurnya dan meminta dia berehat di
situ.
Apabila Mia sudah dibuai mimpi, dia berasakan dirinya di
sebuah tempat yang penuh dengan lorong-lorong gelap. Dia terus berlari-lari
mencari jalan keluar dengan memasuki satu per satu lorong gelap tu. Mia mulai berasa takut yang
teramat sekali apabila dia mendengar bunyi gelak ketawa yang menyeramkan
bagaikan suara yang dia dengan di website
tersebut. Mia terus berlari-lari dengan harapan dia dapat melarikan diri
daripada bunyi menyeramkan tu.
Mia terus berlari-lari bagaikan tiada tempat tuju, dengan
tiba-tiba dia berlanggar dengan sesuatu. Didepannya kelihatan Lia, dengan
serta-merta mereka berdua terus berpeluk satu sama lain. Mia terus menanyakan
mengapa Lia boleh berada di sini manakala Lia tahu apabila dia tertidur dan apa
yang dia ingat dia sudah berada di sini. Belum sempat mereka menanya satu sama
lain dengan tiba-tiba mereka tersentak apabila mereka terpandang pada satu
sudut di lorong tersebut, mereka bagaikan lihat sesuatu yang mengerikan.
Kelihatan sabit panjang yang berlumuran dengan darah
pekat malah ia menitis ke lantai. Dengan pelahan-lahan ada satu lembaga hitam
keluar entah dari mana dan lembaga tu serba
hitam dengan tompok-tompok darah kering pada pakaian yang labuh ke lantai. Tanpa
disangka lembaga hitam tu menoleh ke
arah mereka berdua, dengan penuh angkernya kelihatan darah merah mengalir
keluar dari mulut dan mata topeng tu.
Lembaga tu mulai berjalan ke arah
Mia dan Lia.
Mia dan Lia terus melarikan diri bagaikan mereka tak
pernah larikan diri dengan ketakutan yang teramat sekali.
***
Mia dan Lia bagai berlari dekat berjam lamanya akan
tetapi mereka masih belum dapat melepaskan diri mereka daripada lembaga tu. Malah mereka berdua cuba segala
upaya untuk bangun dari mimpi ngeri nie akan
tetapi mereka tidak mampu. Akhirnya Lia sudah tidak larat untuk berlari dan dia
menyuruh kawan baiknya untuk melarikan diri malah dia meminta maaf dengan Mia kerna dia telah meletakkan nama Mia
dalam Death Prediction. Sama bagi
Mia turut berminta maaf dengan Lia kerna
dia sendiri turut berbuat demikian. Mia tidak mempeduli dia cuba membimbing
Lia dengan harapan mereka bersama-sama melepaskan diri daripada lembaga tu.
Belum sempat mereka bangun, kelihatan lembaga hitam sudah
berada di hadapan mereka. Kaki mereka bagaikan dikunci dan tak mampu bergerak
untuk melarikan diri. Dengan pelahan-lahan lembaga hitam tu berjalan ke arah mereka berdua bersama-sama dengan sabitnya tu.
“Kalian berdua memang cepat sangat kamu berlari, tak sama
dengan mangsa yang terdahulu yang saya dapat mengambil dengan mudah sekali.
Sekarang nie saya sudah puas bermain
dengan kamu berdua dan tiba masanya saya tamatkan permainan nie.” kata lembaga hitam tu sambil berketawa dengan angkernya.
Mia dan Lia masih mencuba mengerakkan kaki mereka tetapi
tak berjaya sama sekali bagaikan kaki mereka sudah dirantai ke lantai. Keadaan
lorong gelap nie mulai berubah
apabila lantai malah dinding mulai berubah warna kepada merah darah dan juga
kelihatan titisan darah menitis ke lantai.
Lembaga hitam tu mulai
perlahan-lahan berjalan sambil mengengam sabit panjang ke arah mereka berdua.
Apabila tiba di depan Mia dan Lia, lembaga hitam tu berdiri dan berkata-kata.
“Sapa dulu
saya nak ambil. Herm.. biar saya
ambil Lia dahulu. Tapi ia tak seronok langsung kalau salah ambil kamu dengan
topeng muka nie. Biar saya lihatkan
kamu rupa asal saya.” Kata lembaga tu.
Lembaga hitam tu mulai
menanggalkan topengnya, dengan penuh gerunnya kepada Mia dan Lia apabila mereka
berdua nampak rupa asal lembaga hitam tu.
Dalam hood lembaga hitam tu, ada dua bebola mata merah saga dan
tengkorak yang cukup mengerikan dengan darah berlumuran pada tengkorak tu.
“Dengan rupa saya yang sebenarnya dah tiba masanya Lia. Ha ha ha ha!” gelak lembaga hitam tu.
“Siapa kamu nie?
Tolong lepaskan saya.” Pinta Lia.
“Saya adalah malaikat kematian dan saya datang mengambil
nyawa kamu.” Kata lembaga hitam tu
sambil menghayunkan sabitnya tepat pada Lia.
Mia tergamam dengan Lia diambil di depan matanya sendiri.
Lembaga hitam tu menghayunkan
sabitnya pada Lia lalu kelihatan rohnya kelihatan tersangkut pada sabit tersebut
manakala jasad Lia mulai berkecai dengan isi badannya hancur malah organ-organ
pada tubuh Lia berderai keluar manakala darah Lia terpecik ke badan Mia.
Mia terus menangis dan menjerit sekuat hatinya dengan apa
yang dia lihat didepannya. Kelihatan lembaga hitam tu mengesat sabitnya lalu memandang ke arah Mia yang masih menjerit
ketakutan. Lembaga hitam hendak menghayunkan sabitnya ke arah Mia.
“Is your turn”
kata lembaga hitam tu.
Belum sempat sahaja, Mia sudah terbangun dari mimpinya.
Peluh mulai membasahi tubuhnya dan nafasnya turun naik bagaikan dia sudah
berlari maraton. Mia sudah berasa lega
kerna dia terlepas daripada lembaga hitam tu. Dengan tiba-tiba Mia merasakan kepalanya bagaikan ada air menjatuhi
kepalanya dan apabila dia menyentuh kepalanya lalu melihatnya dengan dekat. Mia
mulai ketakutan apabila dia melihat air iaitu darah pekat dengan pelahan-lahan
Mia memandang ke atas. Dengan serta-merta Mia tergamam apabila lembaga hitam tu berada di atas dia sambil mengengam
sabitnya.
“Kau ingat kamu boleh terlepas daripada saya ka? Pernah ka Malaikat Maut terlepas daripada tugasnya?” soal lembaga hitam tu.
“Dah tiba masanya saya mengambil kamu!” jerit lembaga
hitam sambil menghayunkan sabitnya tepat ke arah Mia yang kelihatan menjerit.
Keesokkan harinya,
Mayat Mia dan Lia masih di atas meja bedah, keadaan mayat
mereka berdua cukup mengerikan yang teramat sekali. Mayat mereka berdua hancur
berkecai dan darah hitam pekat keluar dari organ-organ mereka nie. Pihak polis masih belum dapat
memastikan kematian mereka nie sama
ada bunuh diri mahupun dibunuh. Keadaan mayat yang dijumpai oleh waris mereka
cukup mengerikan dan keadaan bilik mereka penuh dengan darah. Keadaan mayat Mia
dan Lia hampir sama dengan kes terdahulu dekat 20 tahun dahulu dan akhirnya
siasatan terpaksa dihentikan apabila tiada sebarang petanda baru.
***
Nampaknya Mia dan Lia semestinya tak menyangka bahawa
mereka sendiri bakal menerima nasib yang sama dengan mangsa-mangsa sebelumnya.
Mereka tidak tahu bahawa mereka bermain dengan nyawa seseorang bukan.
Memang tertanya-tanya tentang kes 20 tahun tu bukan? Yang sebenarnya ia pernah
berlaku dahulu sebelum wujudnya smartphone
dan internet. Cara
menggunakannya dengan menulis surat pada sampul khas yang berwarna merah dan
orang tu kena menulis nama dan sebab
kematian pada sekeping kertas lalu seal
sampul surat tu dengan lilin merah. Surat
tu kena dihantar kepada satu alamat misteri. Dalam masa dua hari nama orang tu bakal menerima nasibnya. Hanya
segelintir yang senasib dengan Mia dan Lia dan hanya sedikit sahaja yang mati
pada masanya.
Tiada orang tahu dari mana sumber mengenai Death Prediction nie datang dan apa
tujuannya. Apabila datangnya kemajuan maka Death
Prediction juga mengikut perkembangan semasa ke dalam dunia internet. Angel Of Death akan muncul kepada sesiapa sahaja yang bakal menjadi
mangsanya dan ia sentiasa mencari mereka yang bakal menjadi taksub dengan
permainan nyawa nie.
Ingat di luar sana, ada kemungkinan apps nie masih wujud di luar sana. Tiada yang tahu bukan? Adakah ia
akan muncul di depan kamu pada satu hari? Tu
kisah yang lain.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan