Apa kamu faham dengan perkataan kewujudan? Hanya
sesetangah sahaja yang faham dengan maksud perkataan nie. Buat malam nie ada
kaitan dengan perkataan kewujudan.
Ada benda yang kita selalu dengar tak kira apa media
sekali pun, kita tak selalu mengetahui adakah perihal tu benar mahupun palsu. Apa yang palsu pun boleh jadi benar
jikalau pendengaran yang menhayati membuat andaian yang salah dengan menganggap
ia sebagai benar. Kita manusia sememang sukar sekali untuk kita menerima apa
yang benar manakala apa yang tak benar tu
lebih diterima daripada kebenaran bukan?
Balik ke kisah yang saya bakal ceritakan nie adalah kisah yang kisah selalu
dengar tak kira wayang mahupun cerita sahaja. “Penganti” adalah kisah seorang wanita telah dihantar berkerja di
salah satu branch syarikat. Dengan berat hati Hikari terpaksa atas kesempitan
hidupnya yang dibebankan dengan hutang kad kredit yang banyak sekali.Dia
terpaksa melakukan untuk menyelesaikan hutangnya kerna gajinya lebih mahal daripada tempat kerja asalnya. Hikari
tidak tahu bahawa ada kisah tersembunyi di bangunan lama yang yang bakal
menakutkan Hikari.
Manakala satu kisah lagi adalah dari salah satu siri
cerita rekaan saya sendiri yang saya tak pernah kongsikan kepada sesiapa pun. Asalnya cerita nie tidak menyeramkan akan tetapi bagi bab nie saya akan membuat ia seram khas untuk pembaca. “Pelajar” adalah kisah pelajar mengenai
seorang guru yang cukup misteri sangat. Apabila Mr. Youth dihantar ke sekolah
pelajar nakal dan bermasalah, dia mampu menukar pelajar tu menjadi baik dan mampu menukar sekolah tu menjadi sekolah contoh. Hanya Rain, pelajar sekolah tu menganggap ia ganjil apabila
pelajar yang pembuli dan bermasalah, selepas bertemu dengan Mr. Youth semuanya
telah berubah. Ada pelajar nie
hilang selama 1 minggu kemudian ditemui kelihatan tidak ingat ke mana mereka
hilang selama 1 minggu dan apabila bersemuka dengan Mr. Youth, mereka akan
menyapa dengannya baik sekali. Rain ingin menbongkarkan rahsia Mr. Youth.
Interesting bukan? Cerita yang saya bakal sajikan kepada kamu semua.
Nantikan kisah nie pada malam
Jumaat. Kamu bakal faham apa maksudnya perkataan nie.
Ingat matikan
lampu,
Nyalakan
lilin,
Dengan suasana
yang sepi,
Bacalah kisah
saya nie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan