Khamis, 25 April 2013

Kesilapan


Perasaan Julia bercampur-aduk apabila dia melihat pada kaca television, kelihatan berpuluhan penunjuk perasaan memasuki bangunan station tv Telling dah kelihatan beberapa orang perusuh menarik keluar seorang perempuan. Dari kaca television nampak jelas sekali perempuan tersebut menjerit-jerit pinta kasihan kepada dirinya yang ditarik keluar secara paksa. Malah terdapat beberapa penunjuk perasaan membaling batu ke arah perempuan tersebut dengan penuh perasaan marah dan benci. 

Julia terus menukar ke rancangan tv yang lain akan tetapi kesemua siaran adalah berkenaan dengan kisah perusuh. Julia berasa takut sekali apabila dia melihat berpuluh-puluh penunjuk perasaan membawa perempuan tersebut ke padang lalu mengikat perempuan tersebut pada palang besi. Kelihatan darah mengalir deras daripada kepala perempuan tersebut akibat dibaling batu ke arahnya. Malah penunjuk perasaan  kelihatan berang sangat dengan perempuan tersebut bukan main sekali serta terdapat beberapa NGO tempatan turut serta dalam perhimpuanan “Merah Darah”. Beribu-ribu menjadi mangsa korbannya jika bukan berpunca daripada mulut perempuan tersebut.

Hati Julia adakala bercampur perasaan puas hati, marah serta serba salah. Jika Juniper tidak besar-besarkannya semestinya dia tak akan dipasung di palang besi. Kerana ingin menjadi terkenal bukan daripada kebolehan diri sendiri akan tetapi mengambil kesempatan daripada Julia iaitu kelebihan deria ke-6. Julia berasa ia satu kesilapan baginya apabila dia dipergunakan oleh Juniper atas sebab persahabatan yang palsu.

***
Julia mempunyai kelebihan yang orang biasa yang tidak mempunyainya, iaitu kelebihan deria ke-6. Julia sudah mendapatnya ketika dia berumur 13 tahun ketika dia menerima derma organ daripada hospital. Selama 12 tahun Julia buta penglihatannya apabila dia mendapat tahu ada orang menjadi penderma mata kepadanya semestinya Julia tersenyum kegembiraan apabila dia dapat melihat buat pertama sekali.

Selepas pembedahannya, Julia mengambil masa untuk membiasakan dirinya dengan mata yang diderma kepadanya walaupun dia sendiri tidak tahu siapa yang memdermakan mata tersebut kepadanya akan tetapi dia cukup bersyukur dengan nikmat tersebut. Kehidupan Julia terus berubah apabila dia terlihat sesuatu yang orang biasa tak mampu melihat iaitu roh yang sudah meninggal dunia, pada asalnya ia mengejutkan Julia dengan teruk sekali ketika dia masih menjalani perubatan di hospital tersebut. Julia mulai takut sekali kerana ia diluar jangkaannya malah dia sering kali merasa pening kepala tanpa dia sedari dia nampak bayang-bayang sesuatu yang bakal berlaku nanti contohnya, jiran katil sebelah mendapat perubatan yang salah kerana sakitnya bukan di bahagian kanan tetapi di bahagian kiri badannya. Akhir pada yang Julia nampak dari bayangan tersebut menjadi benar apabila pihak doktor meminta maaf dengan pesakit tersebut kerana cara pengubati sakit pingang adalah salah maka mereka akan mengubati pesakit dengan cara yang betul. Dari situ kehidupan Julia terus berubah.

Dengan kelebihan pada dirinya, Julia ingin mengetahui siapa sebenarnya pendermanya walaupun ia agak mustahil buat Julia tetapi dia bertegas untuk menemui pendermanya. Dengan kerjasama keluarga Julia, akhir mereka mendapat tahu bahawa penderma Julia sudah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya malah Julia mendapat tahu bahawa beliau adalah seorang medium yang terkenal dalam membantu satu kumpulan paranormal terkenal serta membantu mereka yang memerlukan dengan ramalannya. Julia mulai terkilan apabila matanya adalah mata medium tersebut bagaikan dia adalah pewaris kepada medium tersebut. Julia mulai bimbang sekali ingin memberitahu pengalaman yang dia alami kepada keluarganya takut dia bakal dipinggirkan mahupun dipulaukan oleh keluarganya sendiri. 

Daripada kecacatannya dahulu, Julia sering kali kesunyian kerana tiada seorang pun ingin berkawan dengannya malah cara keluarganya melayannya bagaikan beban kepada mereka. Dengan adanya mata yang diderma kepadanya, Julia mulai risau dengan kelebihan yang dia terima bakal mengubah kehidupannya lebih memilukan sekali apabila dia mengetahui mereka yang ada kebolehan ini bakal dipulaukan dan dipinggirkan.

Akhirnya Julia mengambil keputusan untuk hidup dengan merendahkan dirinya serta merahsiakan kelebihan dirinya. Sebaik-baik tupai melompat akhirnya ia jatuh ke tanah juga, apabila Julia tak sengaja memberitahu sesuautu perkara yang belum lagi berlaku kepada adiknya secara tak sengaja dan apabila perkara tersebut berlaku habis heboh satu keluarganya. Mahu tidak mahu, Julia terpaksa memberitahu rahsia hidupnya kepada keluargannya dari situ kehidupan Julia berubah terus dengan kebolehan meramalnya sering kali disalah gunakan oleh ibubapanya dalam perjudian nombor ekor serta dalam pelaburan saham. Semestinya kehidupan keluarganya penuh dengan kekayaan akan tetapi mata mereka menjadi buta dengan duit.

Layanan Julia menjadi buruk sekali dengan kasih sayang palsu dicurahkan kepadanya demi kelebihan dirinya. Dalam hati Julai hanya terasa kesunyian juga walaupun dilayan seperti puteri.

Malah ketika Julia memasuki sekolah menengah, dia tidak mendapat satu kawan kerana tiada sudi berkawan dengannya. Bukan kerana apa rakan-rakan sekelas hanya cemburu dengan kekayaan yang ada pada keluarga Julia dengan tidak berkawan dengan Julia sahaja caranya. Julia sering kali menjadi mangsa buli dengan perwatakkan yang rendah dirinya dan ia menjadi lebih teruk apabila khabar angin mengatakan ramalan yang dibuat olehnya menjadi benar. Selama Julia di sekolah tersebut, dia hanya kelihatan berseorang diri tanpa tiada seorang pun kawan bersama-sama dengannya. Julia terus direndung dengan kesunyian.

Apabila Julia memasuki kolej, dia mengambil keputusan untuk mencari kawan dan dia tidak ingin berasa seorang diri lagi. Atas sukar baginya untuk berbicara malah dia menghadapi masalah bergaul dengan orang lain akhirnya dia menjadi kekok mencari kawan. Dia tahu yang dia akan terus dihantui oleh kesunyian. 

Sesuatu diluar jangkaannya apabila ada seorang kawan sudi berkawan dengannya. Kawan tersebut bernama Juniper, asalnya Julia menjadi kekok apabila berkawan dengannya akan tetapi Julia merasakan dia bakal tidak lagi berasa kesunyian lagi dengan adanya Juniper. 

Selama Julia bersama-sama dengan Juniper dengan kepercayaan yang dibina dengan teguh sekali, akhir Julia membuka hatinya memberitahu kelebihan dirinya kepada Juniper. Pada asalnya Juniper terkejut akan tetapi dia hanya memberitahu dia menerima Julia seperti dirinya yang sebenar bukan dengan kelebihan pada dirinya.

Ia mulai berubah sekali apabila Juniper sering kali meminta Julia untuk meramalkan sesuatu bukan sekali-sekala akan tetapi ia terus- menerus. Pada asalnya Julia memikirkan bahawa Juniper hanya berasa ingin tahu sahaja akan tetapi Julia mulai merasa rimas sekali dia ditanya bertubi-tubi tanpa henti.

Apabila mereka berdua tamat pengajian mereka, Juniper sering kali bersama-sama dengan Julia dan sering kali meminta nasihat ramalan Julia atas sebab tertentu. Walaupun Julia berasa berat sekali, dia terpaksa beritahu ramalannya kepada Juniper iaitu satu-satunya kawan baiknya.

Sesuatu kejadian malang yang Julia tak dapat lupakan apabila kesemua keluarganya mati dalam kemalangan kapal karam ketika mereka bercuti di kapal percutian mewah. Julia mendapat tahu apabila pihak polis memberitahunya daripada panggilan telefon. Julia semestinya terkilan sangat kerana dia tahu bahawa keluarga pergi melawat saudaranya akan tetapi rupa-rupannya mereka bercuti tanpa membawa Julia bersama-sama. Akhirnya mereka semua mati bersama-sama dengan ketamakkan dan kasih sayang palsu mereka.

Juniper menjadi tempat Julia bergantung selepas perginya keluarga Julia. Julia menjadi waris utama dengan kekayaan keluarganya. Kelihatan kawan baik Julia mulai berubah secara mendadak dengan kekayaan Julia yang berjutaan ringgit, Juniper sering kali mendesak Julia untuk membuat parti besar, belanja besar dari segi shopping dan akhir sekali meminta Julia untuk melabur kepada syarikat station tv yang Juniper telah bina.

Seperti ada udang dibalik batu, Julia akhirnya mendapat tahu ketika dia melihat siaran baru television yang dihoskan oleh Juniper. Dalam rancangan tersebut memberitahu bahawa Juniper boleh meramal dan apa yang diramalnya bakal menjadi benar dengan memberi gelaran Mdm J. Dengan berpakaian seperti peramal nasib, Juniper menghoskan rancangan tersebut dengan ramalan-ramalan yang bakal berlaku. Julia menjadi terkilan sekali apabila kelebihan pada dirinya telah disalah gunakan buat kali kedua. Dari situ keluarnya perasaan ia adalah satu kesilapan pada dirinya mempercayai Juniper.

Apabila rahsia sudah terbongkar, Julia terus bersemuka dengan Juniper dengan harapan dia menasihatkan Juniper agar tidak mempergunakan kelebihannya demi menjadi terkenal. Pada asalnya Juniper hanya tersenyum lalu terus menerkam ke arah Julia sambil mengugut untuk putus persahabatan jika Julia tidak meneruskan ramalannya. Julia terus menjadi pucat dikala dia terdengar bahawa Juniper bakal menutuskan persabahatan mereka berdua malah Juniper sering kali ungkit-ungkit kisah lama untuk membuatkan Julia serba salah. 

Dengan berat hati, Julia terpaksa bersetuju untuk membantu Juniper demi menjadi orang yang terkenal. Julia mulai rasa terpinggir kerana Juniper mangkin lama menjauhi dirinya daripada Julia yang sekarang ini menjadi terkenal dengan mudah sekali. Hanya kelebihan Julia diperlukan sahaja, Juniper akan mencarinya.

Rancangan Mdm J mendapat sambutan yang baik sekali tak kira orang kebanyakkan sehingga mereka yang kuat berpolitik. Apabila Mdm J ditanya soal mengenai cinta ketika rancangan diudarakan, Julia akan menjawab pertanyaan tersebut dengan melihat dalam bayangan ramalannya selepas itu dengan bantuan perhubungan tanpa wayar terus ke telinga Juniper yang berlakon macam meramal nasib dengan memegang kepalanya mahupun melihat di berbola kristalnya. Setiap ramalan yang dibuat semuanya menjadi nyata sama ada yang baik mahupun sesuatu yang tidak menyenangkan.

Kejayaan Juniper berakhir apabila, Julia mendapat satu bayangan yang sungguh mengerikan yang menakutkan Julia dengan teramat sekali. 

Di dalam bayangan ramalannya, kelihatan beribu-ribu penonton menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium utama, kelihatan mereka menyokong padu tuan rumah bersaing untuk mendapatkan piala kejuaraan. Apabila tuan rumah akhir menjaringkan gol lalu memenangi piala, kelihatan beribu-ribu penonton menjerit kegembiraan. Kelihatan dari jauh bunga api mulai memancar cahayanya berwarna-warni menerangi langit stadium. Dengan tiba-tiba beberapa bunga api tersebut bagaikan peluru sesat meluru ke arah tiang stadium lalu meletup. Dengan serta-merta keseluruhan stadium bergegar kuat dan kelihatan siling stadium mulai jatuh satu per satu menhendap pemain bola sepak. Penonton mulai panik dengan kejadian tersebut lalu cuba menyelamatkan diri mereka sendiri akan tetapi pintu keluar sudah ditimbuni dengan serpihan siling stadium yang jatuh. Kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat sekali apabila tempat bunga api mulai meletup kerana masalah teknikal. Beberapa bunga api terbang bagaikan roket berpandu mulai memasuki stadium lalu meletup dimana adanya penonton. Letupan kedengaran bersertakan bunyi jeritan meminta tolong daripada beribu-ribu penonton yang terperangkap. Ada beberapa penonton bergelimpangan mati terkena tolak mahupun diinjak malah kedengaran beberapa penonton menjerit kesakitan apabila salah satu bunga api meletup didepannya. Tiada yang bernasib baik kerana kelihatan mayat-mayat yang berkecai akibat daripada letupan bunga api. Ia berakhir apabila tiang-tiang yang menyokong stadium mulai retak lalu runtuh sebalik dihentak letupan bunga api lalu runtuh menyembah bumi bersama-sama menimbus beribu-ribu penonton tersebut. 

Julia melihatnya dengan penuh ketakutan yang teramat sekali serta dia mulai menangis teresak-esak kerana beribu-ribu bakal terkorban. Hanya satu perkara yang Julia nak lakukan iaitu memberitahu kepada Juniper dengan harapan dia dapat mengelakkan kejadian tersebut daripada berlaku.

Hanya beberapa minit lagi rancangan Mdm J bakal diudarakan, Julia terus berjalan ke arah bilik persalinan Juniper secara tergesa-gesa. Belum sempat Julia mengetuk pintu, kelihatan pintu tersebut dibuka dengan tiba-tiba dan keluar beberapa orang lelaki berpakaian formal bersama-sama dengan beg tangan yang kelihatan berat berisi. Kelihatan Juniper sambil mengisap rokok seolah-olah diva yang tersohor, terus berjalan ke arah Julia lalu menarik Julia masuk ke biliknya. Dia memberitahu beberapa orang yang keluar tadi adalah mereka yang memerlukan ramalannya sama ada stadium yang baru dibina tu selamat digunakan. Tanpa berfikir panjang Juniper mengatakan ia selamat tanpa menanya perkara tu dengan Julia ini hanya kerana apabila duit beribuan ringgit diletakkan di atas mejanya untuk bayaran ramalannya. 

Julia terpaksa meninggikan suaranya dengan Juniper yang sibuk mengira wang ringgit dari upah tadi. Dia ingin memberitahu bahawa dia ada perihal penting sekali mengenai stadium. Juniper terasa seperti terpaksa dia mendengar apa yang harus Julia katakan kepadanya. Kedengaran bunyi pintu sudah diketuk lalu kedengaran bunyi pemberitahuan kepada Juniper bahawa rancangan bakal bermula dalam satu minit lagi. Juniper terus bersiap-siap dah mulai tidak pedulikan apa yang bakal dikatakan oleh Julia. Sebelum Juniper keluar, Julia menariknya lalu mengatakan bahawa tuan rumah bakal menang besar dalam perlawanan bola sepak, tetapi belum sempat Julia nak mengatakan habis kelihatan Juniper tersenyum gembira sebelum mengarahkan Julia ke bilik audio untuk jalankan tugasnya. 

Julia masih menegaskan bahawa ada lebih penting lagi yang dia nak memberitahu mengenai stadium tu akan tetapi belum sempat Julia ditampar kuat oleh Juniper sambil memaki hamum dengan Julia. Julia sudah terjatuh terduduk sambil memegang pipinya yang sakit ditampar oleh Juniper. Juniper mengatakan sesuatu yang bakal menghancurkan hati Julia sehinggakan berkecai bahawa dia hanya berkawan dengan Julia sebab dia ini kaya dan dia boleh pergunakan kelebihan untuk menjadi dia sekarang nie. Lagipun Julia hanya alat atau buah catur apabila selesai tugasnya maka dia akan dibuang begitu sahaja. Dengan angkuhnya Juniper mengatakan bahawa dia tak perlukan Julia lagi selepas sahaja rancangan ini selesai dia akan memecat Julia dan dia akan mencari orang lain yang lebih baik daripada Julia. Dengan angkuhnya dia menuruh Julia menjalankan tugasnya yang kali terakhir sebelum meninggal Julia yang masih kesakitan.

Julia betul-betul kecewa apa yang dikatakan oleh kawannya Juniper tadi, dengan perlahan-lahan Julia berjalan ke bilik audio dan menjalankan kerjanya buat kali terakhir bersama-sama dengan Juniper. Kelihatan pada screen kecil di depan Julia, Juniper tersenyum lebar dengan tepukkan gemuruh daripada penonton studio dengan muka gembira dia memberitahu bahawa tuan rumah akan memang dalam bola sepak dan dia meminta kesemua penyokong tuan rumah untuk ke studium utama yang baru untuk menontonnya malah dia mengalakkan mereka untuk menontonnya di sana. Julia membesarkan matanya apabila dia dengar Juniper berkata demikian dan dia ingin memberitahu yang sebenarnya akan tetapi dia tak mampu berbuat demikian. Dengan perasaan pilu dia menjalankan kerjanya.

Julia mulai tidak sedap hati apabila Juniper sudah tidak menghiraunya lagi akan tetapi dia masih memaksa Julia untuk menulis ramalan dalam forumnya. Walaupun Julia mulai serba salah kerana dia gagal memberitahu Juniper dengan eksiden yang paling mengerikan yang bakal berlaku pada malam nanti. Dia tanpa membuang masa terus menaip yang perihal yang sebenarnya dengan harapan forum itu dapat menghalang eksiden tersebut daripada berlaku. Akan tetapi takdir sudah tidak dapat dielakkan walaupun ramalan yang sebenarnya sudah diberitahu pada umum. Ramalan itu menjadi benar dan kejadian tersebut menjadi berita utama dan ia adalah eksiden yang paling mengerikan yang pernah berlaku buat negara.

Pada keesokkan hari beribu-ribu penunjuk perasaan mulai berkumpul di depan bangunan station tv Telling. Ia adalah perhimpunan “Merah Darah” yang menjadikan Juniper sebagai dajal yang mengorbankan beribu-ribu nyawa. Akibat Juniper mencadangkan mengenai perlawanan tersebut maka ramai menyaksikan akan tetapi kesemuanya menyaksikan kematian mereka sendiri malah apabila ramalan yang sebenarnya keluar sebelum kejadian tersebut eksiden tersebut dapat dielakkan akan tetapi Juniper masih mengalakkannya. Penunjuk perasaan mulai berang dengan tindakan Juniper kerana beribu-ribu telah terkorban.
Juniper mulai dilanda ketakutan apabila beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di depan bangunan, dia mulai kesal dengan perbuatannya yang menghiraukan apa yang Julia nak katakan kepadanya kerana wang didepan matanya dia mulai tamak dan tidak langsung mempedulikan Julia. Keadaan penunjuk perasaan mulai tidak terkawal lagi apabila mereka mulai merusuh masuk ke dalam bangunan. Juniper dengan penuh ketakutan yang teramat sekali apabila beberapa penunjuk perasaan menedang pintu biliknya lalu menarik dia keluar dengan cara paksa.

Berkali-kali Juniper mengatakan bukan dia membuat ramalan tersebut akan tetapi apa yang dikatakan oleh Juniper langsung tidak dihiraukan oleh penunjuk perasaan. Malah Juniper diheret keluar lalu membawanya ke arah padang yang bersebelahan dengan tempat eksiden sebagai mengajar Juniper secukup-cukupnya. Kerana marah yang teramat sekali ada beberapa penunjuk perasaan membaling batu ke arahnya dan salah satunya mengentak kepalanya lalu berdarah. Juniper masih lagi merayu meminta dilepaskan kerana apa yang berlaku bukan kerja dia tetapi ia masih dihiraukan.

Akhirnya Juniper dipasung pada palang besi ditengah-tengah padang. Kelihatan beribu-ribu penunjuk perasaan menjeritkan kemarahan mereka kepada Juniper malah terdapat beberapa memanggil Juniper sebagai syaitan yang dahaga darah manusia dengan mengorbankan beribu-ribu penonton bola sepak demi memuaskan dahaganya. Juniper hanya menidakkan apa yang dikatakan kepadanya dan tanpa henti-henti menjerit kesakitan apabila ramai penunjuk perasaan membaling batu ke arahnya. 

Bak! Salah satu batu mengena kepalanya lagi dan membuat Juniper mulai pitam. Balingan batu masih berterusan merejam Juniper. Dalam kesakitan yang teramat sekali Juniper menangis menyesal dengan perbuatannya mempergunakan kawannya demi menjadi terkenal dan dia juga menyesal yang dia sendiri tidak mendengar betul-betul apa yang dikatakan oleh Julia. Rejaman tanpa henti daripada penunjuk perasaan ke arah Juniper, dengan nafas yang terakhir Juniper menutup matanya dengan mengalirkan air mata kesilapan.

***
Mayat Juniper masih belum lagi diturunkan dan kelihatan mulai mereput di bawah matahari yang terik sekali. Walaupun pihak berkuasa ingin menurunkan mayat Juniper akan tetapi mereka akan dihalang oleh perusuh penunjuk perasaan akhir mereka terpaksa membiarkannya mengelakkan berlakunya pergaduhan besar. Walaupun ia cukup memilukan keadaan mayat Juniper yang mulai mereput pada palang besi akan tetapi ia adalah pengajaran buat tontonan ramai syaitan manusia dengan ramalan syaitannya.

Dari jauh kelihatan seorang perempuan berambut panjang serta berpakaian serba hitam sambil berpayung berwarna merah berjalan kearah mayat Juniper. Perempuan tersebut adalah Julia yang kelihatan membawa setangkai mawar hitam lalu meletakkan pada bawah palang besi tersebut. Julia melihat mayat Juniper penuh dengan pilu sekali dengan keadaan Juniper.

Walaupun hatinya penuh dengan kemarahannya terhadap Juniper kerana mempergunakannya akan tetapi dia bakal kembali ke kehidupan lamanya yang penuh dengan kesunyian.  Julia terus memandang ke arah muka mayat Juniper sambil mengalirkan air mata kesilapan.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan