Kisah nie
adalah kisah mereka yang mempunyai kebolehan iaitu deria ke-6. Kisahnya bukan
mengenai mereka yang boleh melihat mahupun mendengar yang manusia biasa tak
mampu buat. Nie adalah kisah luahan
perasaan mereka yang ada kelebihan nie.
Semestinya bagi mereka yang tidak mempunyai kelebihan nie selalu akan ditepikan sehinggakan
mereka nie dilayan tidak seperti
manusia yang lain. Daripada diejek, dibuli sehingga sesuatu diluar
perikemanusian langsung. Golongan nie
mempunyai kelebihan nie tidak
meminta mahupun inginkan kelebihan nie
dan kebanyakkan ingin kehidupan seperti orang lain. Mereka akan dipanggil
sebagai orang yang inginkan perhatian, penipu dan gila. Ia cukup membebankan
mereka nie sehinggakan mereka nie cukup rendah diri dan tidak selesa
dengan orang lain atas sebab kelebihan nie.
Apabila ia menjadi lebih buruk berlakunya kemurungan dan akhir sekali mereka
akan mengambil nyawa mereka sendiri dengan membunuh diri. Golongan nie cukup sensitif dengan keadaan
mereka apabila masyarakat menghiraukan mereka nie maka mereka tidak lagi wujud kepada masyarakat tersebut. Maka
tak hairan la, mereka sanggup
berbuat apa-apa demi kelebihan nie
dibuang dengan harapan kehidupan yang normal. Ada pula yang mengawal kelebihan
dan hidup bersembunyi di dalam masyarakat. Golongan nie akan membantu mereka yang memerlukan pertolongan mereka akan
ditolong secara tersembunyi.
Kisah pertama adalah “Kesunyian”, kisah seorang yang mempunyai kelebihan nie hidup penuh dengan kesunyian
selepas dipulaukan oleh saudara-mara serta masyarakat sebab kelebihan pada
dirinya. Dia pernah menyelamatkan seseorang akan tetapi baktinya langsung tidak
dikenang malah menjadi lebih teruk lagi. Sekarang nie terjumpa dengan seseorang yang dicintai buat dirinya akan
tetapi dia takut dengan kelebihan yang ada pada dirinya malah dia takut yang
dia bakal hidup bersendirian. Kisah kedua pula adalah “Kesilapan”, kisah seorang yang mempunyai kelebihan deria ke-6 yang
membuat kesilapan menggunakan kelebihannya untuk menolong seorang kawannya.
Yang dia tidak tahu bahawa dia bakal dipergunakan oleh kawan tersebut demi
menjadi bintang dengan ramalan yang sentiasa menjadi benar. Dia takut sangat
kawannya akan meninggalkannya dan membuatkan dia dilayan teruk sekali oleh
orang lain kerna dia sudah lama
kesunyian dan hidup seorang diri. Apabila ramalannya menjadi benar apabila
kemalangan terbesar berlaku, kawannya dipersalahkan walaupun kawan tu menyalahkan semua kepada dia.
Tinggal sekarang apa yang dia harus lakukan, haruskan dia menerima kesalahan
tersebut ataupun sebaliknya?
Nie adalah luahan perasaan mereka yang mempunyai kelebihan
deria ke-6. Nantikan kisah nie pada
malam Jumaat.
Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,
Bacalah kisah saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan