Khamis, 18 April 2013

Hi

Salam malam Jumaat semua para pembaca saya.






Ia sudah tiba masanya untuk memasuki ke bab 10 dalam penulisan kisah seram saya buat blog ini. Agak lama juga saya mulai menulis semula blog iaitu khas untuk penulisan kisah seram saya serta kisah pengalaman seram yang pernah saya alami dahulu. Atas permintaan peminat kisah seram dan peminat penulisan kisah seram saya di Facebook, membuatkan blog khas untuk kisah-kisah yang saya pernah kongsikan di alam sosial tersebut.

Saya mulai berminat untuk menulis kisah seram bukan kerana terpaksa akan tetapi ia adalah minat saya sendiri dan idea untuk menulis kisah seram ini selalu sahaja muncul tanpa diundang. Pada asalnya saya menulisnya hanyalah sekadar hobi sampingan apabila ia menimbulkan keseronokkan apabila mendapat kepujian daripada peminat penulisan saya ini, ia terus menjadi pengalak saya untuk terus menulis.

Kisah-kisah seram yang saya sampaikan ada kaitan rapat yang apa berlaku dikeliling kita ini malah ada beberapa kisah yang saya sampaikan ada cerita disebaliknya. Setiap cerita ada moralnya tersendiri dan kita sebagai pembaca boleh translate maksudnya tersendiri.

Saya ingin memohon maaf dengan bahasa mahupun perkataan yang saya gunakan termasuk juga dengan ejaan. Bukan 100% saya perasan dengan kesalahan pada ejaannya malah ketika saya sekolah menengah, saya bukan aliran sastera tetapi aliran sains. Maka perkataan saya sukar disusun seperti mereka aliran sastera. Dan saya adalah orang yang old school dan perkataan saya gunakan agak lama bukan macam sekarang adakalanya membuat kita sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan. 

Dalam Bab 10 saya akan mengkongsikan kepada pembaca sesuatu lebih dalam mengenai mereka yang mempunyai kelebihan deria ke-6. Seperti cerita sebelumnya yang ada kaitan dengan perihal bab nie tetapi ia lebih mencerita lebih mendalam lagi. Ingin membacanya nantikan ceritanya minggu hadapan.

 Bagaimana dengan penceritaan saya ini? Adakah ia seram atau pun? 
Saya ingin tahu apa respon kamu dengan kisah-kisah seram yang saya kongsikan ini bukan apa untuk memastikan ia masih memengang genre utamanya iaitu misteri, fiction, gore dan angker. Jika ada sebarang komen sila komen kerana saya menghargainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan