Khamis, 25 April 2013

Kesunyian


Kedengaran bunyi ombak memukul pantai dengan tiupan angin sepoi bahasa. Kedengaran dari jauh suara tawa keriangan pasangan kekasih berjalan-jalan di persisiran pantai. Permandangan yang cukup romatik sekali dengan terbitnya sang matahari dari pantai. 

Kelihatan seorang permuda duduk di bawah pokok renyai pada persisiran pantai, pada rupanya ternyata wujudnya perasaan pilu ketika melihat pasangan berjalan-jalan berjabat tangan. Dean semestinya merasakan dirinya jikalau cintanya kepada gadis pujaanya bakal menerimannya dengan keadaan dirinya ataupun dia bakal menghabiskan sisa hidupnya dalam penuh kesunyian.

Dean merasakan adakah dirinya layak menerima kasih cinta daripada kekasih hatinya jikalau bukan kelebihan yang ada pada dirinya yang orang lain menganggap ia satu sumpahan.

Dean kelihatan memegang satu kotak kecil berwarna merah dan pada dalamnya ada sebentuk cincin belian yang Dean melamar kekasih hatinya Samathan. Akan tetapi perasaan ragu-ragu masih menghantui dirinya jikalau kekasihnya bakal menolaknya dan kesunyian bakal terus menghantuinya. Dean memegang erat kotak kecil sambil melihat senjanya sang matahari pada ufuk barat.

Dean sudah lama hidup dengan penuh kesunyian sebelum dia berjumpa dengan kekasih hatinya, nie bukan kerna kelebihan pada dirinya yang membezakan diri dengan prang lain iaitu dia mempunyai kelebihan deria ke-6. Dean semestinya tidak meminta dirinya mempunyai kelebihan yang dianugerahkan kepadanya yang membuatkan diri hidup penuh dengan kesunyian.

Ia semua bermula ketika di baru sahaja berusia 5 tahun, apabila ibubapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Pada usia yang sangat muda sekali dia sudah menjadi anak yatim piatu akan tetapi dia bernasib baik kerna neneknya sanggup menjaganya. Nenek Dean cukup dihormati serta digeruni oleh penduduk kampungnya sebagai seorang pengantaran diantara dua dunia iaitu alam roh dan alam manusia. Nenek Dean banyak membantu penduduk kampung akan tetapi baktinya sering kali disalah erti walaupun pertolongan itu adalah dari ikhlas hati. Ia membuatkan Dean sering kali diejek malah tiada seorang pun budah-budak ingin berkawan dengannya.

Nenek Dean semestinya memahami cucu kesayangannya apabila dia dianugerahkan kelebihan yang sama seperti dirinya sendiri. Nenek Dean sentiasa menasihatkan cucunya agar percaya kelebihan tu ada gunanya untuk membantu mereka yang memerlukan bukan menanggap ia sebagai sumpahan.

Akan tetapi sayang sekali tak sampai setahun Dean kehilangan ibubapanya, neneknya meninggalkan dunia. Kehidupan Dean terus berubah dari situ apabila dia sering kali berpindah dari satu saudara-mara ke satu yang lain. Tiada satu pun saudaranya ingin menjaganya kerna kelebihan yang ada pada dirinya malah Dean sering kali terdengar perbualan dari mereka yang pernah menjaganya, menanggap dia anak membawa bala mahupun anak nasib malang. Tiada satu pun saudara-maranya memahaminya ataupun berasa kasihan kepada Dean yang menjadi yatim piatu pada usianya yang muda sekali.

Dean sering kali dipanggil penipu, penarik perhatian dan freak tak kira dari saudaranya sendiri mahupun budak-budak lain. Dean sering merasakan kelebihan pada dirinya membuatkan dirinya penuh dengan kesunyian yang terus menghantuinya.

Bukan niat Dean apabila dia melihat benda yang orang lain tidak mampu melihatnya adakalanya Dean cuba segala upayanya tidak mengambil peduli ketika dia melihat benda tersebut akan tetapi usahanya sering kali tidak berhasil. 

Pernah pada satu ketika Dean tidak mampu membezakan yang mana satu antara manusia dan hantu. Ketika dia berumur 10 tahun Dean sentiasa duduk di bawah pokok sambil memandang ke arah sungai. Walaupun kelihatan anak-anak keseronokkan bermandi-manda akan tetapi tiada seorang pun mengajaknya mengikuti keseronokan mereka nie. Walaupun dalam sudut hatinya dia memang ingin sekali bermain-main bersama-sama dengan budak-budak yang sebaya dengannya. Ketika dia duduk seorang diri dibawah pokok, dia tersedar bahawa ada seorang kakak berambut ikal mayang duduk diatas dahan pokok yang dia sedang berteduh. Lalu dia memanggil kakak tersebut agar berhati-hati agar tidak terjatuh. Kelihatan kakak tersebut berasa terkejut apa yang dikatakan oleh Dean tadi lalu kakak tersebut tanpa membuang masa terus turun dari pokok dengan mudah sekali. Dari situ la bermulanya seorang kawan yang sudi berkawan dengannya.

Hampir setiap petang Dean akan berada di bawah pokok tersebut sambil bercerita dengan kakak nie, apabila selesai sahaja sesi persekolahan dia akan terus ke pokok tersebut untuk bertemu dengannya. Semestinya kelakuan Dean akan diperhatikan oleh budak-budak dari sekolahnya yang berasa hairan dengan kelakuannya ketika bersendirian di bawak pokok tersebut dengan adakala kelihatan dia berbicara dan bergelak ketawa dengan seseorang padahal pada masa tu hanya kelihatan Dean seorang diri. Dari situ la Dean sering kali diejek dan dibuli oleh budak-budak sekolahnya dengan merosakan pokok tersebut dan diejek dengan teruk sekali.

Akhirnya apabila Dean mendapati kakak tersebut bukan manusia semestinya dia langsung tidak mempercayainya selepas dia ternampak kakak tersebut terbang bergentayang menakutkan budak-budak membuli Dean. Semestinya ia sukar sekali buat Dean untuk menghadapinya kerna kakak tersebut sudah lama berkawan dengannya sejak Dean dihantar tinggal dengan saudara-maranya. Daripada manusia mempulaukan dirinya akan tetapi mahluk lain sudi berkawan dengannya. Akhirnya mereka berdua terpaksa berpisah apabila saudara-mara yang menjaganya ingin menghantarnya ke saudara yang tinggal di kampng sebelah, ia cukup menyedihkan sekali apabila buat pertama kalinya kakak tersebut menangis dengan pemergian Dean malah menonjolkan dirinya ketika Dean diambil oleh saudaranya itu.
Akhirnya Dean kembali ke kehidupan yang  penuh dengan kesunyian.

Akhirnya Dean terpaksa dihantar ke rumah anak-anak yatim apabila Dean memgunakan kelebihannya untuk mencari sepupunya yang hilang. Saudara-maranya yang terakhir dengan terpaksa mengambil Dean untuk dijaga semestinya layanan mereka cukup buruk sekali malah sepupu perempuannya lebih melayannya kebih teruk sekali. Pada masa tu Dean berusia 12 tahun, sejak dua tahun dia tinggal bersama-sama dengan saudaranya kehidupannya penuh dengan kesedihan sekali. Selepas sahaja habis baljk dari sekolah, Dean akan dipaksa membuat kerja di kebun malah membuat segalanya kerja rumah padahal saudaranya langsung tidak pedulikan halnya dan adakala Dean dipukul teruk oleh mak ciknya sendiri yang semuanya sebab mulut sepupu perempuannya. 

Pada satu hari, sepupu perempuan tersebut curi-curi keluar dari rumah padahal pada masa tu emaknya tidak membenarkan dia keluar. Entah sebabnya sepupu perempuan tersebut boleh tersilap jalan apabila dia keluar pada waktu malam. Apabila emaknya mendapat tahu bahawa anaknya sudah mengilangkan dirinya secara tak langsung dia meminta pertolongan daripada penduduk kampung untuk memcari anaknya. Kira keseluruhan kampung diperiksa sehinggakan masuk ke dalam hutan akan tetapi mereka masih tidak dapat mencarinya.

Walaupun layanan buruk Dean terima selamanya dia hidup bersama-sama dengan saudaranya, dia secara bersembunyi dia memgunakan kelebihannya untuk mencari sepupunya. Semestinya dia langsung tidak mengetahui ke mana hilangnya sepupunya itu, akan tetapi terdapat beberapa mahluk hutan yang dia kenal ketika dia diarah oleh sepupunya untuk mengambil kayu api di hutan. Pertama dia menanyakan dengan penunggu daun sirih emas lalu mengatakan bahawa dia ternampak sepupu Dean berjalan ke arah sungai selepas dia mematahkan beberapa dahannya. Apabila Dean sampai ke sungai lalu dia menanyakkan dengan pari-pari yang tinggal di kawasan sungai tersbut memang ya sepupunya ada lalu sungai tersebut malah dia lebih masuk ke dalam hutan. Semestinya hutan lebih tebal dan terdapat satu penunggu ditakuti yang mengelarkan dirinya pendeta hutan. Walaupun adanya sedikit perasaan takut pada jiwanya dengan berani Dean bertanya dengan pendeta hutan mengenai perihal sepupunya, walaupun rupanya cukup mengerunkan akan tetapi pendeta hutan menjawabnya dengan sopan sekali bahawa sepupunya berada di kawasan Nenek Ja iaitu hantu kopek. Sepupunya telah mencerobohi kawasannya dan menjadi tawanannya. Pendeta hutan berasa gembira apabila hanya Dean seorang sahaja berani sapanya lalu dia memberitahu bagaimana Dean nak selamatkan sepupunya.

Dengan petua yang Dean dapat daripada pendeta hutan, dengan berhati-hati Dean memasuki kawasan Nenek Ja. Bersama-samanya adalah beberapa mercun ditangan, Dean memastikan perjalanannya sentiasa bergerak pelahan untuk mengelak daripada Nenek Ja tahu kehadirannya. Kelihatan dari jauh Nenek Ja, dia sedang duduk mencangkung dan dari celah buah dadanya kelihatan sepupunya yang kelihatan pucat lesu. Tanpa membuang masa Dean terus memasang beberapa mercun lalu membalingnya ke arah Nenek Ja. Bunyi dentuman mercun yang bertalu-alu kedengaran tanpa henti dan ia mengejutkan Nenek Ja dengan teruk sekali sehinggakan dia melarikan dirinya. Apabila sepupu Dean terlepas daripada cengkaman Nenek Ja, dia terus ditarik oleh Dean lalu membawanya terus ke rumah mak ciknya.

Semestinya keadaan rumah mak cik Dean riuh-rendah dan terdapat beberapa penduduk kampung berada disitu untuk memastikan berita bahawa Dean berjaya memjumpai sepupunya padahal mereka tidak dapat mencarinya. Kelihatan pada wajah mak cik Dean yang sedang menangis kegembiraan apabila dia memeluk anak kesayangannya dengan erat sekali. Apabila sepupu Dean tersedar semestinya dia terpinga-pinga mendapati dirinya sudah berada dirumahnya dan dia tak sanggup berterima kasih dengan Dean kerna menyelamatkannya sebaliknya dia menfitnah Dean dengan mengatakan bahawa Dean yang menyembunyinya di dalam hutan dan menbuat dia tidak dapat bertemu dengan ibunya. Mak Cik Dean berang tanpa mmebuang masanya terus memukul Dean dengan teruk sekali walaupun Dean menidakkan fitnah yang ditaburkan oleh sepupunya sendiri. Kedengaran pinta Dean yang semangkin teruk dibelasah oleh mak ciknya. Terdapat beberapa orang kampung cuba menyelamatkan Dean yang kelihatan sudah berlumuran darah. Belum sempat mak cik Dean memukulnya dengan sebatang kayu,  kedengaran bunyi jeritan yang kuat sekali dan kelihatan batang kayu sudah berada di bawah. Seorang paderi menyelamatkan Dean dengan menghalang mak cik Dean daripada memukulnya dengan teruk sekali yang sudah terkulai lemah. Father Thomas terus mendakap Dean yang sudah nyawa-nyawa ikan yang teruk dibelasah oleh mak ciknya. Beberapa orang kampung juga memegang mak cik Dean dengan kuat sekali dengan menunduknya. Kelihatan Father Thomas cukup marah sekali apa yang dilakukan oleh mak cik Dean yang menpelakukan Dean seperti binatang lalu dia meminta beberapa orang kampung membawa mak cik Dean ke balai polis bersama-sama dengan sepupunya kerna Father Thomas dengan mata sendirinya menyaksikan kelakuan mereka berdua terhadap Dean.

Dean terus dihantar ke hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan dan ketika tu Father Thomas sentiasa berada bersama-samanya untuk memastikan keadaan Dean dijaga dengan rapi. Semestinya saudara Dean didakwa kerna kelakuan mereka iaitu Children Abuse kepada Dean dengan dihukum dipenjarakan.

Apabila Dean sembuh, dia dihantar ke Sunny Orpanage yang dibawah oleh Father Thomas. Dengan keperluan Dean dijaga dan dia tak perlu berpindah-pindah atas semua jasa Father Thomas. Akan tetapi kehidupan Dean masih hidup dengan kesunyian kerna tiada seorang pun anak-anak di sana ingin berkawan dengannya malah kesunyian masih lagi terus menghantuinya.

Dean banyakkan bersendirian dan adakala dia akan menolong Father Thomas ketika upacara keagamaan di gereja St. Mary. Hanya Father Thomas sahaja yang dia berani memberitahu mengenai perihal yang dia mempunyai kelebihan deria ke-6. Semestinya Dean terkejut dengan reaksi Father Thomas yang berbeza sangat yang kebiasaan yang Dean bakal terima iaitu beliau hanya kelihatan gembira dan sering kali bersyukur dengan anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepadanya dengan menggunakannya untuk kebaikan walaupun cabarannya agak sukar baginya. Dari situ la hubungan Dean dan Father Thomas menjadi arkab sekali akhirnya kesunyiannya sudah terubat.

Apabila Dean selesai pembelajarannya di U, dia mendapat berita buruk dengan kematian Father Thomas yang dia sayangi. Father Thomas meninggal dunia kerna kanser otak apabila mengetuai upacara keagamaan. Dean menerima tamparan yang kuat sekali dengan perginya seorang yang menyayanginya dan akhirnya Dean kembali ke kehidupan yang lalu iaitu kesunyian.

Dengan kelebihannya, Dean menjadi lebih rendah diri, kurang bercakap malah sukar sekali buatnya untuk berkawan dengan orang lain kerna dia risau yang dia bakal menerima akibatnya yang dia bakal dipulaukan atas anugerah tersebut.

Apabila Dean bertemu dengan kekasih hatinya di tempat kerjanya, hanya Samathan sahaja melayannya dengan baik sekali malah hubungan mereka berdua bagaikan pasangan kekasih yang penuh dengan kasih cinta satu sama lain akan tetapi Dean masih belum lagi memberitahu perihal dirinya iaitu kelebihan deria ke-6.

***
Dean sentiasa merenung sepanjang kehidupannya yang sering kali berasa kesunyian dengan anugerah yang dia tidak mengharapkan yang dia ingin kelebihan itu. Dengan kehidupan yang rendah diri serta kerisauan pada hatinya yang dia akan dipulaukan. Dean bagaikan tidak tahu apa yang dia harus lakukan malah dia sudah buntuh dengan gaya kehidupannya yang penuh dengan trauma.

Kehadiran Samathan pada hidupnya amat sukar sekali apabila Samathan mengetahui perihal yang sebenarnya mengenai diri Dean. Apa yang harus dia lakukan adakah dia sanggup melepaska cintanya kepada kekasih hatinya Samathan daripada dilukakan apabila yang sebenarnya mengenai perihal dirinya terbongkar. Adakah dia sanggup untuk teruskan lagi kehidupannya jikalau Samathan mengetahuinya?

Dalam hati kecil Dean, dia tidak ingin hidup dalam kesunyian lagi walaupun terdetik pada hatinya untuk menjadi normal seperti orang lain akan tetapi ia mustahil. Adakah ia sudah takdir pada dirinya yang dia akan menghabiskan sisa kehidupannya dengan hidup tanpa berteman dan dia mati tanpa diingati?

Cintanya pada Samathan cukup dalam akan tetapi Dean masih risau yang teramat sangat. Adakah cinta terbalas? Adakah Samathan sudi menjadi pasangan hidupannya jikalau dia tahu perihal yang sebenarnya mengenai Dean?

Dean terus berfikir dengan soalan yang sentiasa berlegar-legar dalam otak fikirannya sambil melihat permandangan terbitnya sang matahari sambil memegang erat kotak kecil.

Sekian.

******************************************************************************************
Apakah pendapat kamu luahan perasaan Dean? Apakah yang harus dia lakukan? Apakah pendapat kamu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan