Keadaan bangunan 18 tingkat, Dan Holding kelihatan pada
waktu malam semestinya wujudnya perasaan seram dengan keadaan bangunan yang
lama. Ia salah satu daripada branch
kepada syarikat yang menjual gajet keperluan harian di bahagian pusat bandar
Tokyo, Jepun. Hampir kesemua tingkat pada bangunan nie sudah dalam kegelapan hanya pada tingkat 14 sahaja yang masih
bercahaya.
Kelihatan seorang gadis muda 20-an masih tekun menjawap
aduan pelangan di telefon. Hikari kelihatan berkali-kali meminta maaf kepada
pengadu mengenai masalah dengan gajet komputer yang dibeli dari syarikat tu. Selesai sahaja Hikari meminta maaf
kali terakhir, dia mencadangkan kepada pengadu bahawa syarikat tu akan menganti semula barang tersebut
apabila pelanggan tu datang pada
keesokkan harinya.
Hikari kelihatan letih selepas mendengar aduan pelangan
sebentar tadi. Semestinya dia menyesal kerna
bersetuju dengan kerja nie akan
tetapi ia sudah sebati dengan kehidupannya. Hikari semestinya menyesal bukan
main apabila dia bersetuju untuk berpindah ke bangunan nie atas gajinya lebih mewah daripada tempat kerja sebelumnya. Kerna bukan sebabnya hutang kad
kreditnya yang melampau, semestinya dia tak sudi berpindah ke branch Dan Holding di banguan lama.
Malah kawan-kawan sekerjanya lain cuba menghalang Hikari berpindah ke bangunan
lama tu kerna bangunan tu mempunyai kisah gelap tetapi ia tak
mampu menhalang dari Hikari berpindah juga.
Hikari sentiasa berasa seram apabila dia pertama kali
menginjak kakinya ke bangunan lama nie.
Dahulunya bangunan lama adalah pusat syarikat apabila bangunan nie mulai usang maka pengerusi
syarikat Dan Holding berpindah ke bangunan yang baru di pusat bandar Tokyo. Kerna pengerusi menggangap bangunan tu masih berguna maka dia menjadikan
bangunan tu menjadi salah satu
daripada branchnya kira kitar
semula.
Nasib Hikari apabila mendapati bahawa dia akan dihantar
ke bahagian aduan pelangan dan dia di bahagian shift malam. Semestinya Hikari risau kerna dia seorang sahaja bakal kerja malam apabila dia mendapati
bukan dia seorang sahaja malah terdapat beberapa pekerja lain juga berkerja
malam tetapi mereka akan selesai pada jam 8 malam berbeza dengan bahagian
Hikari yang sampai jam 11 malam. Dengan adanya Sakura rakan sekerjanya di
bahagiannya semestinya perasaan seram tu dapat dilupakan sebentar yang
bersama-sama menharungi shift malam.
Dekat seminggu Hikari berkerja di sana, dia mulai berasa
hairan dengan rakan sekerjanya yang tekun mendengar aduan pelangan berjam-jam
lamanya tanpa bercakap balas. Hikari menrasakan bahawa Sakura tekun dengan
kerjanya dan apabila sudah tiba masa rehatnya Hikari sering kali terperanjat
apabila mendapati Sakura lalu di depannya ketika dia mengambil air di tempat
rehat pekerja. Dan apabila masa untuk balik pula tidak kelihatan Sakura bakal
meninggalkan mejanya dan dia hanya tekun mendengar telefon. Hanya apa yang dia
dengar bahawa daripada Sakura ketika dia ingin meninggalkan pejabat.
“Tolong matikan lampu
tu biar saya bergelap” kata Sakura.
Akhirnya Hikari mengambil keputusan untuk berkenalan
dengan rakan sekerja tu Sakura.
Apabila tiba masanya masuk kerja pada jam 3 petang dan Hikari mendapati meja
Sakura masih kosong walaupun sudah tiba masanya waktu kerja. Walaupun hampa,
Hikari mengganggap ada kemungkinan Sakura mengambil cuti sakit dan selama
seminggu dia kerja di sana tak pernah pun dia perasaan Sakura masuk kerja pada
masanya. Apabila jam menunjukkan 9 malam, dan keadaan pejabat tu mulai sunyi apabila satu per satu
rakan pekerja yang lain mulai meninggalkan pejabat. Akhirnya Sakura memasuki
pejabat, Hikari akhirnya dapat juga dia berkenalan dengan Sakura.
“Hi, walaupun
ada sedikit ganjil kerna baru hari nie saya
berkenalan dengan kamu nie. Salam
perkenalan” sapa Hikari sambil menunduk tanda hormat apabila Sakura baru duduk
mejanya.
“Oh hi, salam
perkenalan juga. Maaf la saya pun
sedar apabila kamu pertama masuk ke pejabat nie. Kerna sibuk maka
saya sendiri pun tidak mempunyai berkenalan dengan kamu juga.” Kata Sakura dan
juga tunduk hormat.
“Maaf kerna
menanya mengapa kamu selalu masuk kerja jam 9 malam bukan jam 3 petang?” soal
Hikari.
“Oh kamu akan
rasa ia ganjil sedikit kerna pejabat
nie mempunyai 3 shift kerja iaitu pagi, malam dan tengah malam. Saya pula bekerja
pada waktu shift ke-3.” Jawab Sakura yang kelihatan dalam usia 30-an.
“ Oh ya ka saya langsung tidak diberitahu
perihal nie. Dan saya nampak kamu
betul-betul tekun dengan kerja kamu nie
dan saya tak dengar langsung bunyi panggilan telefon daripada kamu sahaja.”
Kata Hikari.
“Yang sebenarnya saya telah matikan bunyi tu kerna memang annoying sekali jadi apabila saya mendapat panggilan daripada
pelangan, lampu merah akan berkelip-kelip pada telefon tu.” Kata Sakura sambil menunjukkan telefon mejanya sudah
berkelip-kelip menandakan ada panggilan.
“Maaf la saya
nak buat kerja nie, pelangan nie selalu telefon saya nie kira kuat complain.” Kata Sakura ketika dia mengambil panggilan telefon yang
kelihatan model lama.
Hikari hanya tersenyum dan berlalu pergi ke mejanya.
Hikari berasa cukup ganjil kerna
telefon milik Sakura adalah model lama dan sudah tidak digunakan lagi di
pejabat tu. Hikari merasakan ada
kemungkinan bahawa Sakura lebih suka memakai model lama. Dengan tiba-tiba
kedengaran bunyi panggilan telefon dari meja Hikari, dengan secepat mungkin
Hikari tergesa-gesa berlari ke meja lalu menjawap panggilan tu. Kelihatan Sakura tersenyum ke arah Hikari apabila menjawab
telefon tadi dan Hikari membalas ia semula.
Apabila Hikari selesai sahaja dengan panggilan aduan
daripada pelangan, telinga cukup letih dengan complain tanpa henti daripada pelangan yang dia anggap bodoh sangat
kerna silap pelangan tu sendiri menggunakan peralatan tu salah dan tak langsung syarikat pula
dipersalahkan. Dengan pelahan-lahan Hikari berjalan ke tempat rehat pekerja
untuk membuatkan dia teh panas. Kelihatan Sakura sudah duduk di meja di tempat
rehat lalu tersenyum apabila dia
ternampak Hikari memasuki tempat rehat. Selesai sahaja Hikari menyiapkan teh
panasnya lalu dia duduk di sebelah Sakura.
“Maaf saya menanya berapa lama Sakura sudah berkerja di
syarikat nie kerna saya tengok kamu
sudah terbiasa dengan menjawab panggilan pelangan nie.” tanya Hikari.
“Saya sudah lama kerja di syarikat nie dan mendengar aduan daripada pelangan saya sudah biasa. Biar
mereka melepaskan kemarahan mereka lalu akan meminta maaf dengan mereka dan
menganti rugi walaupun ia silap mereka juga. Apa nak buat kira procedur syarikat dan kita kena ikut
juga la.” Jawab Sakura sambil
menghirup segelas kopi panas.
“ Maaf kalau saya menanya kamu tak rasa takut ka apabila
kamu berpindah ke bangunan nie. Kamu
bukan tidak tau bangunan ada kisah gelapnya. Dahulu bangunan nie banyak pekerja syarikat nie membunuh diri kira setiap tahun
mesti ada yang membunuh diri.” Kata Sakura.
“Ya saya tau
perihal nie apa nak buat kalau bukan
kerna duit saya bukannya nak
berpindah ke bangunan nie juga. Dan
kamu Sakura bukan sudah lama bekerja di sini mesti kamu anggap ia karut bukan?”
soal Hikari.
“Pada asalnya saya sama macam kamu apabila kerja di
bangunan nie dan saya sendiri pernah
tengok setiap tahun mesti ada orang mati membunuh diri di bangunan nie. Lagipun dulu saya tak percaya
dengan cerita tu akan tetapi apabila
ia benar sememangnya kita akan percaya bukan.” Jawab Sakura.
Tak sempat Hikari mengatakan sesuatu kepada Sakura
apabila dengan tiba-tiba bangunan tu
telah black out apabila kedengaran
bunyi guruh berdentum berdekatan dengan bangunan lama nie. Hikari terkapai-kapai mengambil telefon bimbitnya lalu
memasangkan lampu kecemasannya. Kelihatan Sakura tidak lagi di tempat duduknya
tadi dan Hikari mulai seram apabila dia tersuluh ke gelas Sakura. Kelihatan
seperti darah pekat bukan kopi biasa yang dia nampak tadi. Hikari hanya
menggangap kegelapan nie hanya
bermain-main dengan matanya sahaja kerna
kopi dengan darah pun dia boleh tak boleh bezakan. Hikari hanya menggangap
mungkin Sakura pergi ke meminta tolong dengan meninggalkan dia seorang diri di
pejabat.
Dengan cahaya daripada lampu kecemasannya, Hikari
menyuluh ke arah pejabat. Entah mengapa Hikari terdetik untuk ke meja Sakura.
Dengan pelahan-lahan Hikari ke meja Sakura, dia mendapati tiada sebarang barang
kepunyaan Sakura di sana hanya meja dan telefon lama tu. Hikari terlihat bahawa telefon tu tidak bersambung langsung ke talian kerna tiada langsung wayar sambungan yang menyambung telefon tu. Dengan tiba-tiba lampu merah
berkelip-kelip menandakan ada panggilan, Hikari mulai dilanda ketakutan kerna apa yang dia tahu bahawa telefon
tak akan berfungsi ketika black out.
Dengan pelahan-lahan, Hikari menjawap panggilan telefon tu. Kedengaran daripada corong telefon tu suara ketawa yang menyeramkan seperti perempuan ketawa mengilai
kedengaran.
“Hikari, sekarang dah tiba masanya kamu mengantikan
saya.” Kata suara sambil ketawa mengilai.
Tanpa membuang masa Hikari terus melepaskan pegangan
telefon tu lalu berlari keluar
daripada pejabat tu dan tanpa henti
menekan butang turun dengan harapan lif sampai tapi ia sia-sia kerna bangunan tu masih black out.
Kedengaran di telinga Hikari bunyi ketawa mengilai bagaikan ia perlahan-lahan
mengejar dia dari belakang. Dengan ketakutan yang teramat sekali, Hikari terus
berlari ke tangan kecemasan dan terus berlari turun malah suara mengilai masih
lagi kedengaran.
Dengan keadaan yang gelap-gelita, Hikari terus berlari ke
lobi dan dia terhenti apabila didepan pintu utama. Hikari cuba segala upaya
untuk membukanya akan tetapi usahanya gagal bagaikan ia terkunci. Apabila dia
cuba meminta tolong dia telah disapa oleh seseorang dari belakang. Hikari terus
menjerit dan kedengaran suara meminta dia menyenangkan dirinya sebentar. Dengan
pelahan-lahan Hikari membuka matanya kelihatan Sakura sudah berada disisinya. Sakura
terus mencapaikan tangannya kepada Hikari, lalu Hikari menyambutnya dengan
perlahan-lahan dan tangan Sakura cukup sejuk sekali mengalah ais apabila Hikari
mencapai ia.
Sakura mengatakan bahawa bekalan elektrik tak dapat
dihidupkan semula kerna fius telah
terbakar. Dan pintu utama tak dapat dibuka tanpa bekalan elektrik. Lalu dia
memberi pendapat bahawa kita perlu ke tingkat paling atas kerna disana ada generator yang boleh mengidupkan semula bekalan
elektrik ke bangunan nie.
Hikari terus bersetuju dan lalu mengikuti Sakura ke
tingkat paling atas sekali. Hikari apa yang dia tahu yang ingin meninggalkan
bangunan tu secepat mungkin.
Apabila mereka berdua sampai ke bumbung, Sakura terus ke
generator usang lalu cuba mengidupkannya akan tetapi tiada ada apa-apa yang
berlaku. Dia mendapati generator tu
kehabisan gas dan mengatakan bahawa dia akan pergi mengambil tong gas di bilik
stor lalu meminta Hikari menunggunya di sana.
Dengan perlahan-lahan Hikari memeriksa generator dan
mendapati ada setong minyak gas disebelahnya. Lalu dia mengisi ke generator
lalu menghidupkannya. Generator usang akhir dapat dihidupkan dengan
perlahan-lahan bekalan elektrik mulai menerangi bangunan tu.
Dengan tiba-tiba angin kuat meniup dari belakang Hikari
bagai sesejuk salji. Hikari berasa seram sejuk bagaikan ada benda memandang
tajam ke arahnya. Apabila ketakutan mulai menghantui dirinya, Hikari cuba
membuka pintu besi akan tetapi ia tak dapat dibuka sama sekali. Hikari mulai
cemas pintu besi usang tu tak dapat
dibuka walaupun segala tenaganya telah gunakan. Dengan tiba-tiba kedengaran
telefon bimbitnya berdering dan Hikari mendapati managernya telah menelefon dia.
“Mushi-mushi,
Hikari dimana kamu?” soal Gen-sama.
“Gen-sama,
tolong saya terkunci di atas bumbung bangunan dan saya langsung tak boleh
keluar.” Pinta Hikari.
“Hikari kamu tunggu di sana, nanti saya akan beritahu
kepada penjaga bangunan nie pergi ke
kamu.” Kata Gen-sama.
“Tapi rakan sekerja saya masih lagi di dalam bangunan nie, mungkin dia masih belum tahu lagi
yang saya terkunci.” Kata Hikari.
“Apa yang kau mengarut nie? Hanya kau seorang sahaja yang berkerja shift malam. Mana ada lagi orang lain selain daripada kamu dan
penjaga bangunan tu.” Kata Gen-sama.
Dengan tiba-tiba hubungan panggilan terputus lalu Hikari
cuba membuat panggilan semula kepada Gen-sama
akan tetapi usahanya gagal walaupun banyak kali dia mencubanya bagaikan
telefon sudah tidak berfungsi.
Kedengaran bunyi mengilai datang daripada belakang
Hikari. Dengan perlahan-lahan Hikari terus memandang ke arah belakang. Hikari
tergaman apabila depannya ada Sakura yang memberikan senyuman yang menakutkan
sekali. Dan kedengaran bunyi ketawa tu keluar
daripada mulut Sakura dan hujan terus turun dengan kuat sekali membasahi
bumbung bangunan tersebuat.
Sakura mulai berubah wajah dengan muka penuh dengan calar
dan terselit kaca pecah. Darah mengalir deras daripada kepalanya yang
menampakkan otaknya berderai dan matanya tersembul keluar manakala mata kirinya
hanya meninggal lubang. Tubuh Sakura penuh dengan darah dan kelihatan tulang
tersembul keluar daripada isinya. Hikari tergamam apa yang nampak didepannya,
suaranya tersekat dan tak mampu dia keluarkan walaupun beberapa kali
mencubanya.
Kedengaran bunyi guruh terus-menerus dan cahaya daripada
petir terus menerangi keadaan Sakura yang cukup mengerikan. Hikari mulai
menangis dan masih mencuba membuka pintu besi tu akan tetapi ia masih sia-sia.
Dengan perlahan-lahan Sakura mulai berjalan ke arah
Hikari sambil mengilai.
“Dah tiba masanya kamu mengantikan saya nie.” kata Sakura sambil mengilai.
Dengan ketakutan yang teramat sekali, Hikari sudah
terperangkap dan dia tak dapat melepaskan dirinya. Dia sudah tidak sedar bahawa
dia cuba melarikan dirinya daripada Sakura, bahawa belakangnya ada pagar besi
yang menghalang daripada jatuh daripada bangunan tu. Tanpa disedari ketika Hikari memegang pagar besi tu, dengan tiba-tiba besi tu patah dan
Hikari menjerit dengan sekuat hatinya apabila dia terjunam jatuh daripada
bangunan tu.
Bak! Boom! Tubuh Hikari mengendap tepat di atas bumbung kereta yang
berada berdekatan. Darah keluar tanpa henti manakala Hikari tercungap-cungap
dengan kesakitan yang teramat sekali dengan perlahan-lahan Hikari menutup
matanya dengan pandangan yang terakhir pada atas bangunan. Kelihatan Sakura
tersenyum lalu ghaib.
***
Pada keesokkan hari pada muka depan surat khabar gambar
Hikari kelihatan. Ia mengatakan Hikari telah mati membunuh diri di bangunan
usang tu dan menjadikan dia mangsa
yang ke 25. Setiap tahun pada 4 haribulan 4 mesti ada orang membunuh diri pada
tarikh tu. Walaupun desakkan orang
ramai agar bangunan dimusnahkan akan tetapi Pengerusi masih berdegil tidak akan
merobohkan bangunan tu dan
mengatakkan ia tetap selamat walaupun tempat tu sering kali berlaku kes bunuh diri. Akhirnya bangunan masih berdiri
teguh.
***
Setahun telah lepas sejak kejadian tu.
Kelihatan ada seorang lelaki dalam 20-an memasuki
bangunan usang tu buat pertama kali
dan kelihatan dari atas bumbung bangunan seorang perempuan tersenyum iaitu
Hikari.
“Nampaknya sudah tiba masanya saya ada penganti.
Nampaknya tarikh hanya tinggal seminggu lagi biar dia menjadi penganti ku.” Kata Hikari sambil ketawa mengilai
lalu ghaib daripada pandangan mata.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan