Khamis, 25 April 2013

Bab 11 - Sekuel: Muzik, Irama & Lagu II


Kali nie adalah sambungan kisah seram yang pertama dan kedua iaitu “Hey! Kamu dengarkah lagu tu?” dan juga “Cabaran”.

Dengan berdasarkan sebuah bilik yang tersembunyi di dalam Sekolah St. Raphael, sebuah bilik muzik yang penuh dengan angker yang sentiasa dahagakan nyawa. Berdasarkan sebuah lagu yang mengerunkan dengan khabar barang siapa sahaja mendengar lagu tersebut bakal membunuh diri mereka sendiri dan lagu tersebut adalah Gloomy Sunday

Gloomy Sunday iaitu lagu yang paling berpuaka sebabnya sesiapa saja yang mendengarnya ada kemungkinan tinggi dia untuk menbunuh diri. Lagu ini dicipta oleh pemain piano dan composer Hungary yang bernama Rezso Seress pada tahun 1933. Nama asal lagu ini dalam Hungary adalah vege a vilagnak yang bermaksud End of the world dalam bahasa Ingerris. Dan liriknya pula oleh Laszlo Javor, beliau menulis lirik ini mampunyai maksudnya tersendiri iaitu berkabung demi kekasihnya yang meninggal dunia dan dia bersumpah untuk membunuh dirinya agar dia dapat bertemu semula dengan kekasih di akhirat kelak. Lirik asal untuk lagu ini memceritakan kisah peperangan yang melanda di Hungary dan lagu doa kepada Tuhan. Di Hungary lagu ini dikenali sebagai “Hungarian Suicide Song”, dimana sesiapa sahaja yang mendengar sahaja lagu ini akan mati dengan membunuh diri. Ada yang beranggapkan lagu ini berbahaya kepada sesiapa saja mendengarnya untuk menggelak daripada mendengarnya.

Kali nie bukan dua kisah bakal diceritakan akan tetapi tiga buat santapan malam Jumaat. Kisah pertama “Kebolehan” iaitu kisah seorang gadis ingin cara permainan pianonya menjadi baik dengan memberanikan dirinya untuk bermain piano angker di bilik yang tersembunyi pada waktu tengah malam. Adakah gadis tersebut bakal berjaya dengan muziknya ataupun menjadi mangsa bilik tersebut? Kisah kedua “Palsu” iaitu kisah seorang guru yang tidak mempercayai dengan kewujudan bilik tersembunyi tersebut. Dia ingin mencari sama ada khabar angin yang sering kali dia dengari adalah benar mahupun palsu. Dan terakhir kisah ketiga “Siasatan” iaitu kisah beberapa orang pelajar menyiasat bilik yang tersembunyi tersebut dengan bantuan seorang pelajar misteri. Adakah mereka bertiga dapat menyelesaikan misteri bilik tersebut?

Adakah bilik tersembunyi tersebut dapat diselesaikan ataupun ada mangsa baru bakal menjadi mangsa kepada lagu angker nie. Nantikan kisah seram nie pada malam Jumaat.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,
Bacalah kisah saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan