Amat sukar saya nak memberitahu bahawa blog ini kurang mendapat sambutan ada kemungkinan saya akan berhenti kongsikan penulisan saya ini.
Nampaknya penulisan saya bagi blog nie saya akan hentikan manakala yang di FB akan diteruskan kerana di sana masih mendapat sambutan. Bukan saya kecil hati atau apa, sebab saya langsung tidak menerima sebarang maklum balas daripada pembaca blog ini. Dari segi comment mahupun reaction pembaca.
Walaupun saya masih kurang sihat atas kerana kesakitan yang saya alami pada kedua-dua telinga saya. Tapi saya masih lagi postkan cerita penulisan saya pada blog ini tanpa rasa jemu. Saya hanya ingin tahu siapa ka pembaca saya sahaja dan kira ingin berikan harapan kepada saya untuk terus menulis.
Saya sedar bahawa penulisan kisah seram saya agak panjang sekali kerana apabila ada idea yang bernas saya akan masukkan ke dalam penulisan saya ini. Ada berita baik bahawa selepas Bab 11 dalam penceritaan saya ini adalah kesemuanya 100% cerita pendek sehinggakan kepada Bab 15. Dengan ini saya ingin maklumkan kepada pembaca bahawa kisah pendek ini kesemuanya direct to the point.
Diharapkan pembaca bersabar menanti kisah pendek ini dan pada Bab 11 adalah kisah panjang yang terakhir sebelum disambungkan di Bab 16.
Saya berharap para pembaca ada maklum balas dengan penceritaan saya ini. Dengan maklum balas daripada pembaca sekurang-kurangnya saya akan setia post cerita seram daripada penulisan saya buat kamu semua. Tak kira kamu menjadi pengikut saya atau pun tidak malah bukan pengikut pun boleh memberikan pandangan dan cadangan kamu.
Sekian dan Terima Kasih.
Hi. saya amat tertarik dgn cerita2 dari blog ko ni. Janganlah bah berhenti menulis.. -Die
BalasPadam