Kedengaran bunyi riuh-rendah datang daripada setiap kelas
di Sekolah Antarabangsa St. Rapheal,
pelajar kelihatan penuh dengan aneka ragam dari mereka yang berbangsa Cina,
Melayu dan India serta juga beberapa pelajar dari negara luar datang menimbah
ilmu di sekolah yang bersejarah ini. Akhirnya sekolah berjaya dinaik taraf ke
peringkat antarabangsa dengan kemasukan pelajar dari negara asing itu bukan
kerana muzik yang menaikkan mereka. Tak kira bangsa mahupun umur, mesti ramai
yang diluar berharap sangat untuk bersekolah di sekolah paling prestige di dunia dalam mata pelajaran
muzik.
Keadaan sekolah tidak seperti dahulu lagi dengan
kerjasama kerajaan untuk membesarkan sekolah bersejarah ini sampai memasuki ke
dalam hutan simpan. Ia satu-satu sekolah yang bersifat hijau dengan
mengambungkan lama dengan baru malah kelasnya juga berada di keadaan penuh
dengan kehijauan dengan harapan ia dapat menambah tumpuan pelajar dalam
pendidikan.
Akan tetapi walaupun dalam keadaan serba baru, kisah
menyeramkan mengenai sebuah bilik yang tersembunyi di dalam bangunan sekolah
lama masih lagi kedengaran dan masih menjadi bual mulut yang diturunkan pelajar
terdahulu kepada yang kini. Kedengaran
khabar angin mengatakan bahawa jika kamu memainkan piano usang di dalam
bilik tersembunyi tersebut kamu bakal menjadi pemuzik terbaik yang tiada
bandingannya.
***
Kelihatan dari jauh seorang gadis Cina berambut panjang
hitam paras bahu, masih lagi tercegat di depan papan kenyataan melihat sesuatu
yang menarik perhatiannya untuk membacanya. Walaupun beberapa pelajar lalu pun
gadis tersebut masih tercegat walaupun ia menghalang perjalanan beberapa
pelajar. Lamunan gadis tersebut terhenti apabila dia dipanggil dari
belakangannya. Gadis tersebut terus berpaling ke belakang lalu tersenyum apabila
seorang pelajar lelaki berambut blonde
yang berbangsa British menyapanya.
“Lily, lama kamu tengok poster tu apa kamu nak cuba ka?”
Soal John sambil tersenyum melihat gelagat rakannya.
“Oh, John. Ah mungkin saya akan memcubanya.” Jawab
Lily sambil menahan malu kerana gelagatnya diperhatikan oleh John.
“Saya dah agak kamu mesti tengok poster nie, dalam masa 3 minggu lagi pertandingan syampony alam bakal diadakan dan saya
pasti kamu bakal mengikutnya.” Kata John sambil tersengih.
“Cara main saya masih lagi perlu dibaiki bukan kamu tidak
tahu yang mereka yang bakal menyertai pertandingan nie bukan calang-calang.” Kata Lily sambil memegang erat beberapa
buku teks tingkatan 1.
“Bukannya kamu selalu berlatih dan saya yakin kamu mesti
boleh punya.” Kata John cuba mengalakkan Lily.
“Ya saya tahu akan tetapi saya rasakan cara permainan
saya masih belum bagus sangat.” Kata Lily Dengan ragu-ragu.
“Tak apa nanti saya sertai juga pertandingan nie bersama-sama dengan kamu dan jika
ada peluang mungkin kita berdua boleh duet
juga.” Kata John mencuba menaikkan semangat Lily.
Kelihatan Lily mulai berseri-seri apabila mendengar kawan
baiknya berkata begitu belum sempat Lily nak berkata-kata, kedengaran dari jauh
bunyi teriakkan pelajar-pelajar perempuan dari pinggir lorong perjalan kaki.
Kelihatan satu kumpulan pelajar perempuan berkumpul-kumpul bagaikan menantikan
seseorang yang terkenal malah suasana bagaikan menyambut seorang bintang.
Lily hanya membuat seperti biasa sahaja bagaikan dia tahu
siapakah bintang yang dinanti-nantikan. John sudah mulai bermasam cuka kerana
dia tahu pencabarnya sudah datang. Kedengaran bunyi sorakkan dan juga jeritan
pelajar-pelajar perempuan tu tanpa henti dan keadaan mulai merimas kepada Lily
dan John.
“Senpai!
Pandang sini! Senpai, saya suka kamu!
Senpai, I love you! Senpai!” bunyi
jeritan tanpa henti daripada kumpulan pelajar perempuan apabila kelihatan
seorang pelajar lelaki Cina berambut hitam terpacak serta tinggi kacak bergaya
berjalan perlahan-lahan ke arah papan kenyataan.
Pelajar lelaki lalu tersenyum apabila dia melihat Lily
disitu.
“Hei adik
kesayangan.” Sapa Allen.
“Hei abang,
nak selalu begini ke selalu. Menyemak sahaja peminat kamu nie.” sindir Lily.
“Ladies, boleh
kamu bagi kami ruang ka? Sesak
rasanya apabila saya tengok kejelitaan kamu semua.” Pinta Allen pelajar
tingkatan 4 kepada peminatnya.
Bagaikan satu tiupan taufan kesemua peminat Allen rebah
pengsan bagaikan kesemuannya ditembak terus oleh mesingan Cupid tepat ke dada mereka. Lily mulai berasa geram dengan
tindakan abangnya yang dikirakan playboy
sangat.
“That’s close
enough.” Sindir Lily lagi.
“Nampaknya ada lagi pertandingan nie lagi, mungkin saya akan ikut juga bersama-sama dengan adik
kesayangan saya nie juga. Tapi apa
la nasib saya hanya boleh sertai di bahagian Senior sahaja.” Kata Allen sambil mencuit pipi adiknya.
“Hey! Cukup ia
betul-betul annoying tengok gelagat
kamu melayan Lily.” Marah John.
“Oh! Tak
perasaan pula kamu di situ John. Saya sangkakan tiang tadi rupa-rupanya kamu
rupanya.” Sindir Allen.
Muka John mulai merah padam menahan marahnya, Allen masih
lagi tersengih-sengih melihat gelagat John. John tahu bahawa abang Lily bukan
calang-calang orangnya kerana sudah tiga tahun berturut-turut dia memenangi Syampony Alam malah dia juga boleh
bermain 3 jenis alat muzik iaitu piano, violin dan cello. Manakala John hanya
tahu bermain satu sahaja alat muzik iaitu violin malah Lily hanya tahu bermain
hanya satu iaitu piano jadi mereka masih lagi ada kekurangan pada diri mereka
sendiri.
Belum sempat John ingin membalas balik sindiran Allen
kedengaran bunyi loceng telah berbunyi menandakan kelas bakal bermula. Allen
menyampaikan senyumannya kepada adik kesayangan dan berlalu ke kelasnya
diiringi peminat-peminat yang kelihatan sedikit mamai yang baru sedar daripada
pengsan tadi.
John terus berpaling ke arah Lily dan memberitahu Lily
untuk bersama-sama balik ke kelas.
***
Selepas sahaja selesai sesi persekolahan, setiap pelajar
yang mengambil bahagian dalam pertandingan sympony
alam akan diberikan bilik khas untuk digunakan untuk latihan. Ia adalah
bilik khas yang serba lengkap untuk membantu pelajar yang mengambil bahagian
dalam pertandingan tersebut malah ia terbahagi kepada 2 blok bangunan dengan
pelajar junior berada di dalam
perkarangan sekolah manakala untuk pelajar senior
pula di bangunan baru berdekatan dengan bangunan hijau. Walaupun pelajar junior selalu mengadu bangunan tersebut
sudah usang tetapi keluasan bilik tersebut agak besar daripada bilik khas untuk
pelajar senior.
Walaupun hari mulai senja dan satu per satu pelajar mulai
berpulangan ke rumah masing-masing, kedengaran dari blok bangunan lama bunyi
piano masih lagi berkumandang. Lorong untuk berjalan ke bilik khas tersebut
mangkin samar-samar ditelan kegelapan apabila matahari mulai terbit fajarnya.
Kelihatan Lily masih lagi berlatih bersungguh-sungguh untuk pertandingan
tersebut malah kawan baiknya John sudah lama balik hanya tinggal Lily seorang
diri berlatih. Pihak sekolah membenarkan pelajarnya untuk berlatih sehingga
lewat akan tetapi apabila tepat jam 7 malam, kesemua aktiviti perlu dihentikan
dan diminta pulang.
Dang! Bunyi hentakkan yang kuat sekali pada papan kekunci
piano, Lily mulai berasa geram sekali kerana gaya mainan dia tidak sehebat yang
Lily nakkan. Lily berasakan beban yang dia perlu pikul cukup berat sekali
kerana harapan keluarganya dan pandangan orang ramai cukup membebankan baginya.
Ayahnya seorang kondoktor orkestra negara manakala ibunya pula permain violin
negara malah kakaknya pula seorang penyanyi soprano yang terkenal serta
abangnya sendiri Allen digelarkan sebagai pemuzik celik. Lily merasakan dia
perlu berada di standard yang setaraf
dengan kebolehan keluarganya.
Lily merasakan dah tiba masanya dia bersiap untuk balik
kerana masa sudah menunjukkan 6.30 petang. Ketika dia sedang mengemas-gemas
kedengaran bunyi geselan violin yang sungguh merdu sekali setiap geselan
dimainkan ia adalah Ave Maria. Lily
mulai tercari-cari siapa empunya yang memainkan violin tersebut, dengan
perlahan-lahan Lily keluar daripada biliknya lalu berjalan ke arah bunyi
tersebut. Di bilik paling hujung sekali, Lily melihat ada seorang gadis
berambut hitam panjang ke paras pingangnya yang kelihatan cukup asik bermain
violinnya.
Selesai sahaja gadis tersebut bermain dia mendapati Lily
berada di hadapan pintu tersebut kerana ia nampak jelas dari tingkap kaca pada
pintu tersebut. Gadis tersebut tersenyum lalu mempelawa Lily supaya masuk ke
dalam bilik tersebut. Lily tersipu-sipu malu apabila gelagatnya yang dia
mencuri dengar sudah diketahui, dengan muka yang merah kerana malu dia
perlahan-lahan memasuki bilik tersebut.
***
Lily mendapat tahu bahawa gadis tersebut bernama Anna dan
dia adalah pelajar tingkatan 3. Anna hanya memberitahu kepadanya bahawa dia
tidak menyertai pertandingan tersebut
hanya berlatih di bilik tersebut ini hanya kerana Lily menanya
dengannya.
Lily tidak menyangka wujudnya pelajar macam Anna yang dia
anggap cukup berbakat sekali agak sayang sekali dia tidak menyertainya. Apabila
Lily ingin menanyanya mengapa Anna tidak menyertainya akan tetapi dia membatal
menyoal soalan tersebut ada sesuatu sebab mengapa Anna tidak mahu menyertainya.
Mereka berdua berborak-borak apabila ia terhenti apabila
kedengaran bunyi pengumuman daripada wakil pelajar meminta kesemua pelajar
diminta pulang kerana masa sudah menunjukkan tepat 7 malam dan diharap kesemua
aktiviti disambung pada keesokkan harinya.
Maka mereka berdua terus berkemas dan mulai keluar
daripada bilik tersebut. Mereka terus berborak-borak ketika berjalan keluar ke
pintu gerbang sekolah.
“Saya selalu dengar kamu bermain kira sedap sekali kamu
bermain piano.” Kata Anna.
“Tidak la saya
hanya main macam biasa lagipun saya masih banyak lagi perlu dibaiki.” Kata Lily
dengan rendah diri.
“Pertandingan tu
tinggal dua minggu lagi rasanya masih sempat lagi kamu menjadi lebih baik
bukan.” Kata Anna lagi.
“Pressure ia
sangat tinggi sekali malah pencabar saya bukan yang calang-calang orangnya.
Rasanya ia mustahil bagi saya untuk menang pertandingan tu.” Kata Lily dengan sedih sekali.
“Rasanya kamu pernah dengar khabar angin mengenai sebuah bilik
tersembunyi di sekolah kita bukan?”soal Anna.
“Saya belum pernah dengan mengenai khabar angin tu.” Jawab Lily yang mulai
tertanya-tanya.
“Begini, di dalam sekolah nie terdapat sebuah bilik muzik yang tersembunyi kira pihak
sekolah nak menyembunyi bilik tersebut. Sebabnya saya sendiri pun tak pasti
apa. Ada khabar angin mengatakan jikalau kamu masuk ke dalam bilik tersebut
pada tengah malam dan bermain alat muzik lama yang terdapat pada bilik
tersebut, kamu bakal menjadi lebih hebat daripada kamu sekarang nie dikirakan yang tiada bandingannya.”
Kata Anna bersungguh-sungguh.
“Saya tidak tau la
khabar angin tu betul atau tidak.
Lagipun bukan kamu tidak tahu sekolah
nie pernah ada sejarah hitam dimana pelajarnya sering kali membunuh diri
bukan? Dan saya sendiri pun takut bila sekolah nie malam-malam.” Kata Lily ragu-ragu.
“Tiada salahnya ia hanya khabar angin sahaja. Lagipun ia
sudah lama diturunkan daripada senior
kepada pelajar junior bukan. Saya
sendiri pun tidak berani berada di sekolah pada malam hari memang menyeramkan.”
Kata Anna.
Mereka mendapati mereka berdua sudah tiba pada pintu
gerbang sekolah dan kelihatan sebuah kereta mewah berwarna putih sudah
menunggu. Lily meminta dirinya kerana kenderaannya sudah tiba, dia memberikan
senyumannya kepada senpainya lalu pergi
ke kereta tersebut. Apabila Lily memasuki ke dalam kereta tersebut dia melihat
keluar tingkap, dia mendapati Anna terus duduk diperhentian bus untuk menunggu
bas untuk pulang. Akhirnya kereta yang membawa Lily pergi, dari jauh kelihatan
Anna tersenyum dengan sendiri apabila dia melihat kereta Lily mulai berlalu
pergi.
***
Hanya tinggal seminggu lagi sebelum bermulanya
pertandingan syampony alam. Kesemua
peserta kelihatan sibuk berlatih untuk memenangi pertandingan tersebut. Di
salah satu kelas khas berlatih buat pelajar junior,
Lily masih lagi berlatih dengan gigih sekali bersama-sama dengan kawan baiknya
John yang bersama-sama berduet
bermain.
Tiba-tiba,
Dang! Kedengaran bunyi hentakkan pada papan kekunci piano.
Lily mulai naik geram sekali kerana walaupun beberapa kali dia sudah berlatih
dia masih belum mencapai niatnya untuk menjadi lebih baik.
“Lily lebih baik kamu bertenang. Dekat 5 jam kita
berlatih, rasanya kita sudah yang terbaik bukan?” kata John yang mencuba
menenangkan Lily.
“Huh! Saya
masih belum berpuas hati cara saya bermain. Hanya tinggal seminggu lagi tapi
masih belum ada perubahan lagi.” Marah Lily dan mulai menangis teresak-esak.
Apabila John melihat keadaan Lily, dia terus berjalan ke
arah kawan baiknya lalu duduk disebelah Lily dan cuba menenangkan Lily. Tanpa
disuruh Lily terus menangis pada bahu John melepaskan kesedihannya. John agak
terkejut lalu dia meletakkan tangannya pada kepala Lily dengan harapan
menenangkan Lily yang masih menangis.
Dalam beberapa minit, kelihatan Lily mulai tenang dengan
mengesat air matanya menggunakan tisu yang diberikan oleh John tadi. John masih
berada disisi Lily dengan memastikan Lily benar-benar menjadi lebih tenang.
Dengan tanda berterima kasihnya kepada John, Lily memberikan ciuman pada pipi
John kerana sentiasa berada disampingnya apabila dia dalam kesusahan. John
tersentak apabila Lily mencium pipinya tanpa pemberitahuan lalu mukanya terus menjadi
merah menahan malu.
“John, kamu pernah ka
dengan mengenai satu khabar angin.” Soal Lily dengan tiba-tiba.
“Khabar angin? Mengenai apa?” tanya John yang kelihatan
kelam-kabut menjawab pertanyaan Lily selepas dicium tadi.
“Nie saya
dengar yang dalam sekolah nie
terdapat sebuat bilik yang tersembunyi dimana letaknya bilik muzik lama.
Sesiapa sahaja memainkan alat muzik di dalam bilik tersebut pada tengah malam
dia bakal menjadi yang terbaik sekali.” Kata Lily.
“Bilik muzik lama, rasanya saya pernah dengar ada orang
katakan ia berada di bahagian blok lama berdekatan dengan bilik ERT dan
disebalik dinding terdapat satu pintu yang berkunci. Rasanya bagi pandangan
saya ia hanya cerita legenda sekolah sahaja. Lagipun ia hanya la khabar angin sahaja tu pun kamu percaya ka?” soal John sambil tersenyum.
“Aha. Cuba nak
tahu pandangan kamu sahaja.” Kata Lily dengan nada hampa.
“Mari kita berkemas dahulu nanti saya bawa kamu ke blok
lama tu dan saya pastikan ia hanya
la khabar angin sahaja.” Kata John dengan bersemangat.
Muka Lily seperti mereka yang masih kecewa, lalu dia
terpaksa buat-buat ceria untuk tidak menghampakan cadangan kawan baiknya.
Mereka berdua terus mengemaskan lalu terus berlalu pergi.
***
“Bukan ka
benar kata saya. Lepas bilik ERT nie
ada satu dinding besar dan mengenai perihal pintu berkunci tersebut hanya
cerita lagenda sahaja. Apabila saya ketuk dinding nie seperti saya mengetuk dinding simen sahaja.” Kata John
bersungguh-sungguh.
Lily terus berjalan ke arah dinding lalu mengetuk dinding
tersebut ternyata ia benar apa yang dikatakan oleh John. Lily pasti bilik yang
berkunci berada disebelah dinding akan tetapi dia tahu semestinya dia tiada
peluang la untuk mencuba khabar angin tersebut.
Hari mulai senja, John terus meminta dirinya untuk balik
jikalau dia balik lewat ayahnya bakal menjadi risau. Ayah John adalah ayah
tunggal maka John adalah segala-galanya kepadanya. Lily hanya tersenyum dan
terus mengucap terima kasih kepada John kerana memberitahu bahawa khabar angin
tersebut hanya kisah lagenda sahaja. Apabila John mengajak Lily untuk pulang
bersama-sama, Lily hanya menolaknya kerana kenderaannya akan mengambilnya pada
jam 7 malam dan dia akan berlatih lagi.
John hanya tersenyum apabila permintaannya telah ditolak
walaupu dalam hatinya ada sedikit hampa akan tetapi dia terpaksa hormati
pendirian Lily. John hanya melambai-lambai ke arah Lily ketika dia berjalan ke
arah pintu gerbang sekolah.
Dengan perasaan hampa, Lily terus berjalan ke arah blok
bilik khas pelajar Junior. Apabila
dia berjalan ke arah biliknya kedengaran bunyi violin dimainkan ia cukup
menyeramkan sahaja ia kerana Lily tahu bahawa lagu tersebut paling angker
sekali ia adalah Gloomy Sunday. Kedengaran lagu tersebut dimainkan di bilik
paling hujung sekali dan kelihatan Anna bersungguh-sungguh memainkan lagu
tersebut pernuh dengan perasaan.
Selesai sahaja Anna mendapati Lily berada di hadapan
pintu lagi dan keadaannya bagaikan berada dalam ketakutan lalu dia mempelawa
Lily untuk masuk kedalam bilik tersebut.
“Kamu tahukan lagu tersebut paling berbahaya sekali. Kamu
cukup berani sekali memainkannya.” Kata Lily yang kelihatan risau.
“Lagu nie
mempunyai maksudnya tersendiri bukan lagu yang boleh menyebabkan seseorang itu
membunuh diri bukan? Lagipun saya suka lagu nie apabila ia bermula dengan kegembiraan dan berakhir dengan
kekecewaan yang menyedihkan sekali.” Kata Anna sambil tersenyum.
“Lily nampaknya kamu seperti kecewa sahaja?” soal Anna.
“Nampaknya khabar angin tu hanyalah kisah lagenda semata-mata kerana saya telah lihat sendiri
ada satu dinding menutupnya.” Jawab Lily dengan keadaan hampa.
“Ha ha!
Dinding tu tak menghalang sesiapa
nak ke bilik berkunci tu. Dan ia ada
jalan lain untuk ke bilik tersembunyi. Biar saya beritahu kepada kamu di dalam
bilik ERT terdapat sebuah pintu yang tersembunyi di sebalik rak penyimpan
barang. Pintu tersebut menyambungkan ke dalam sebuah bilik kecil dimana ia ada
stor yang sudah tidak digunakan lagi dan ada sebuah pintu kecil disebalik kotak
tv. Dari pintu kecil tu kamu akan
keluar dan kamu akan nampak sebuah pintu berwarna merah dan ia adalah bilik
yang tersembunyi.” Kata Anna sambil terketawa.
“Bukan ka
pintu tu berkunci macam mana kita
nak masuk dan ia mesti ada caranya bukan?” soal Lily.
“Ya ia memang berkunci tetapi ada satu teknik dimana kamu
kena ketuk pintu tersebut empat kali pada pintu tersebut barulah kamu dapat
memasuki bilik tersebut. Jangan buka lampunya tetapi kamu harus gunakan
sebatang lilin merah yang kamu bawa dari rumah. Nyalakan lilin tersebut dan
berjalan ke arah alat muzik yang kamu ingin gunakan. Alat muzik tersebut tak
akan mengeluarkan sebarang bunyi jikalau masa sudah tengah malam baru la ia
akan berbunyi. Mainkan sebuah lagu sehingga ia selesai walaupun kamu dengar seperti
sesuatu bagaikan mengiring kamu teruskan bermain sehingga selesai. Jangan takut
teruskan sahaja walau macam mana pun jangan berhenti. Selesai sahaja kamu
bermain, ambil lilin merah kamu dan bawa ia keluar daripada bilik tersebut dan
jangan berpaling ke belakang. Apabila kamu diluar tutup pintu tu, matikan api lilin kamu dan terus
balik.” Kata Anna bersungguh-sungguh.
“Berhasil ka?”
soal Lily untuk mendapatkan kepastian.
“Jangan risau saya sendiri berjanji yang kamu bakal 100%
berhasil. Lagipun saya sendiri pernah dan tengok la cara saya bermain. Hebat bukan.” Kata Anna sambil tersenyum.
Kelihatan pada wajah Lily satu harapan yang sudah dapat
ditunaikannya. Lily melihat bahawa jam sudah menunjukkan 6.45 petang dan dia
terus meminta dirinya dengan Anna kerana sudi berkongsi caranya. Lalu dia
mengatakan bahawa dia sendiri akan mencubanya.
Apabila Lily berlalu pergi kelihatan Anna tersenyum lalu
ketawa seperti mereka yang tidak siuman.
***
Keadaan sekolah cukup menyeramkan malah kedengaran angin
bertiup lagi membuatkan keadaan menjadi lebih mengerikan sekali. Lily berjaya
curi-curi keluar daripada rumah dan berjaya masuk ke perkarangan sekolah
selepas memanjat pagar sekolah. Berbekal lampu picit yang dibawa dari rumah
serta sebatang lilin berwarna merah dan sekotak mancis. Lily terus berjalan ke
destinasinya di blok lama iaitu bilik yang berkunci.
Perasaan Lily sentiasa dalam ketakutan yang teramat
sekali apabila dia berjalan masuk ke dalam blok lama. Fikirannya sering kali
teringat-ingat kisah mengenai bilik berkunci tersebut serta khabar angin
mengatakan sekolah ini berhantu. Lily terpaksa menolaknya ke tepi dengan
harapan dia bakal menjadi yang terbaik daripada peserta-peserta yang lain dan
dia dapat memuaskan harapan keluarganya.
Dalam keadaan berhati-hati, Lily memasuki bilik ERT dan
terus berjalan ke arah rak penyimpan barang. Dengan memgunakan kekuatannya dia
menolak rak sekuat hatinya dan dia mendapati apa yang dikatakan oleh Anna
semestinya benar sekali.
Lily buat seperti yang Anna katakan kepadanya apabila dia
berada didepan pintu merah tersebut. Lily mulai berada ketakutan apabila dia
terbau sesuatu yang hanyir sekali lalu dia terus memberanikan dirinya kerana
matlamatnya berada didepan matanya. Lily terus mencuba membuka pintu tersebut
dan dia mendapati pintu tersebut berkunci lalu dia mengetuk 4 kali dan
kedengaran bunyi pada tombol pintu bagai ada sesuatu menbukanya. Lily terus
menyalakan lilin merah tersebut daripada cahaya lampu lilin dia terus berjalan
memasuki bilik tersebut. Dia mendapati ada sebuah piano berwarna hitam berada
ditengah bilik tersebut lalu Lily terus berada pada piano dan dia mendapati
piano tersebut tidak mengeluarkan sebarang bunyi walaupun dia menekan kekunci
yang lain.
Suasana bilik tersebut cukup menyeramkan sekali adakala
Lily berfikir untuk melarikan dirinya akan tetapi kerana ingin menjadi yang
terbaik dia teruskan. Berpandukan jam tangannya dia mendapati hanya tinggal
seminit lagi tengah malam. Jantungnya terus berdebar-debar menantikan masa
untuk menjadi tengah malam. Pada tepat tengah malam, Lily mencuba menekan
kekunci pada piano tersebut dan mendapati ia sudah berbunyi. Tanpa membuang
masa Lily terus memainkan Minuet in G
pada piano tersebut kerana ia lagu paling mudah sekali dan ia paling pendek.
Ketika Lily sedang bermain kedengaran seperti ada sesuatu
di belakangnya dan mulai mengiringi dia bermain. Dengan petua yang Anna
berikan, Lily teruskan bermain dan dalam fikirannya dia mendapati cara bermain
piano bagaikan menjadi lebih baik sekali malah sesuatu yang mengiringnya
bagaikan seorang guru memimpinnya.
Apabila selesai sahaja, secara tak sengaja jari Lily
terluka walaupun ia masih dalam kesakitan dia terus membawa lilin merah
tersebut sambil bergetar-getar kerana kedengaran bunyi seperti sesuatu bernafas
pada lehernya. Dengan perlahan-lahan, Lily meninggal bilik tersebut tanpa
berpaling ke belakang lalu dia menutup pintu tersebut dan memadamkan lilin tersebut
dan berlalu balik dengan perasaan puas hati.
Dari dalam bilik berkunci, satu per satu lilin berwarna
merah terus menyala sambil terapung-apung pada udara. Keluar satu lembaga putih
seperti seorang lelaki berambut panjang sambil bertocang pada belakangnya,
berjalan perlahan-lahan pada piano lalu duduk depannya. Dia terus mengambil
titisan darah Lily lalu dijilatnya dan terus bermain pada piano tersebut Gloomy
Sunday.
“Nampaknya kamu bakal ada kawan baru lagi. Another apprentice for me.” Kata lembaga
lelaki tersebut apabila dirinya mulai berubah dengan sebelah bertukar menjadi
kerangka manakala separuh mulai mereput.
Kelihatan pada belakangnya satu lembaga seperti seorang
gadis terus memeluk lembaga lelaki dari belakang sambil berketawa yang cukup
menyeramkan. Malah lembaga lelaki turut berketawa bersama-sama dengan dengan
lembaga gadis malah kedengaran disebalik ketawa tersebut bunyi jeritan
menanggung kesakitan.
***
Pada hari pertandingan, kelihatan peserta-peserta
pertandingan mulai memasuki ke dalam auditurium Syampony Alam yang semestinya sebuah dewan yang dihiasi dengan
tumbuh-tumbuhan dan kedengaran bunyi air terjun pada atas pentas yang
semestinya mengagungkan sesiapa sahaja yang melihatnya bagaikan kamu berada di
dalam hutan. Para jemputan tetamu mulai memasuki perkarangan auditurium untuk
menyaksikan pertandingan yang sudah dinanti-nantikan.
Apabila semua sudah bersedia dan ucapan selamat datang
diucapankan oleh Pengetua sekolah maka bermulanya pertandingan tersebut.
Pertandingan bermula dari pelajar Senior
dahulu dan berakhir dengan pelajar Junior
kerana bilangan pelajar Junior yang menyertai lebih ramai daripada pelajar senior maka ia didahulukan.
Kelihatan John mulai risau kerana dia masih belum melihat
kelibatan Lily dimana-mana. Dekat seminggu Lily menyisihkan dirinya daripada
John malah mereka tidak lagi bersama-sama berlatih. John cukup hampa apabila
dia mendapat panggilan telefon daripada Lily iaitu duet mereka dibatalkan kerana dia mencari seseorang yang paling
sesuai berduet dengannya. Lily hanya
meminta maaf dengan John sebelum mematikan panggilannya.
Hanya sebentar lagi abang Lily bakal naik ke pentas, John
terus bertemunya untuk menanyakan perihal Lily. Ternyata pada wajah Allen dia
masih risau kerana adik kesayangan masih belum lagi menunjukkan dirinya.
“Oh maaf John
saya tak sedar kamu memanggil saya. Kamu ada nampak Lily ka? Apasal dia masih belum sampai-sampai lagi.” Kata Allen yang
mulai risau.
“Saya fikir kamu lebih tahu kerana bukan ka kamu bersama-sama tinggal dengan
Lily bukan. Dekat seminggu Lily menyisihkan daripada saya malah saya tidak
dapat hubunginya sehingga kini.” Kata John yang turut risau.
“Memang ya saya bersama-sama tinggal dengan Lily malah
dia sendiri juga mulai menyisihkan dirinya daripada kami sekeluarga. Apabila
saya mendapati dia menjadi hebat sekali ketika dia berlatih di rumah malah
keluarga saya memuji dia. Langsung tiada nampak keceriaannya seperti tiada
emosi langsung. Selepas itu dia hanya didalam berkurung di biliknya.” Kata
Allen lagi.
“Lily memutuskan duet
kami berdua yang kami bakal mainkan di pertandingan nie. Rasanya dia nak berduet
dengan kamu agaknya?” soal John.
“Cadangan saya pun ditolaknya untuk berduet bersama-sama dengannya. Katanya dia
sudah berjumpa yang lebih baik sekali untuk berduet dengannya.” Jawab Allen.
“Jadi sama siapa yang dia bakal berduet nanti?” soal John.
Belum sempat Allen ingin menjawabnya kedengaran nama
Allen sudah dipanggil untuk membuat persembahan. Allen terus meminta dirinya
kerana gilirannya sudah tiba dan naik ke pentas.
John masih tertanya-tanya siapa yang bakal berduet dengan
Lily nanti. Dia menjadi lebih rungsing kerana Lily masih belum lagi kelihatan
walaupun giliran Lily yang paling terakhir sekali.
***
Keadaan masih kacau-bilau kerana Lily masih belum memunculkan
dirinya dan giliran mulai tiba. Allen terus mencuba menelefon Lily tetapi masih
tak berhasil kerana panggilan tersebut tidak dijawabnya. Manakala John
kehulur-kehilir mencari Lily akan tetapi usahanya juga tidak mendatangkan
hasil.
Entah dari mana, dengan tiba-tiba Lily telah memunculkan
dirinya. Allen dan John terus menyerbu ke arah Lily dengan satu per satu
pertanyaan mengenai kehilangan Lily. Lily hanya tersenyum lalu berminta maaf
kerana risau dengannya, dia hanya mengatakan bahawa giliran dia membuat
persembahan agak jauh sekali maka dia berlatih di bilik khas lagipun dia tak
ingin berasa risau menunggu.
Belum sempat Allen dan John ingin membalasnya, kedengaran
nama Lily sudah dipanggil untuk dipersilakan membuat persembahannya. Lily terus
menaiki atas pentas sambil menhulurkan senyuman kepada abangnya dan John.
Daripada cahaya lampu spotlight
terus menyuluh ke arah Lily yang memakai gaun berwarna hitam bersama-sama
dengan seutas rantai mutiara pemberian ibunya dan reben berwarna hitam diikat
pada rambutnya. Suasana auditurium mulai menjadi senyap menantikan Lily
berjalan ke arah piano lalu menunduk sebagai tanda hormat dan duduk didepan
piano.
Lily cuba menenangkan dirinya lalu menarik nafasnya
sekali lalu, tangan mulai mencapai kekunci piano dan dia terus mainkan Winter Sonata yang digubah oleh Beethoven. Lily bermain seperti seorang
yang pro sekali dan ia mengagumi
pendengarnya dengan perasaan yang dicurahkan olehnya. John and Allen turut
berasa kagum dengan cara Lily bermainnya bagaikan ia menusuk tepat pada hati
mereka.
Apabila selesai sahaja Lily bermain, dia terus memberikan
tunduk hormatnya sekali lalu dia mempelawa seseorang dari tepi pentas untuk berduet dengannya. Kelihatan seorang gadis
berambut hitam panjang sehingga paras pingangnya dengan memakai gaun singkat
berwarna hitam dengan satu reben merah sebagai rantainya. Gadis tersebut
membawa ditangan sebuah violin berwarna serba hitam manakala talinya berwarna
merah darah. Penonton berasa cukup aneh dengan kehadiran gadis misteri ini
malah mereka tak pernah melihat gadis yang begitu jelita sekali di dalam
sekolah tersebut.
Allen masih belum lepaskan pandangannya ke arah gadis
tersebut bagaikan dia pernah melihat gadis tersebut sebelumnya dan dia tidak
menyangka bahawa gadis tersebut yang akan berduet dengan adiknya. John masih terkilan dengan kehadiran gadis
tersebut yang baginya kejelitaannya tiada bandingannya.
Gadis tersebut terus memberikan tunjuk hormatnya kepada
para penonton yang hadir sebelum berjalan ke sisi piano Lily. Kelihatan mereka
berdua berpandangan satu sama lain seperti ada sesuatu rahsia yang mereka dua
hanya mengetahuinya.
Akhirnya mereka berdua terus memainkan sebuah lagu dengan
serta-merta keadaan auditurium mulai gelisah dengan lagu yang dimainkan malah
Allen dan John mulai berasa lain dengan pilihan lagu mereka berdua pilih untuk
berduet. Lily dan gadis tersebut dengan penuh mengasikkan memainkan lagu
tersebut iaitu Gloomy Sunday.
Sebaik sahaja mereka selesai,suasana auditurium masih
lagi sunyi seperti terkilan dengan lagu yang dimainkan oleh mereka berdua malah
para pengadil turut tersentak apabila lagu tersebut dimainkan. Mereka berdua
terus memberikan tunduk hormat lalu turun daripada pentas. John dan Allen masih
lagi terkilan dengan lagu tersebut yang dimainkan tadi malah mereka berdua
tidak sedar apabila Lily dan gadis tersebut sudah turun daripada pentas.
“Terima kasih Anna kerana sudi berduet dengan saya.” Kata Lily.
“Sama-sama Lily, saya memang ingin berduet dengan kamu juga.” Kata Anna sambil
tersenyum.
Apabila deria John dan Allen kembali, mereka melihat Lily
dan gadis tersebut berada di bawah pentas. Lalu mereka berdua terus berjalan ke
arah Lily dan gadis tersebut.
“Tak sangka kamu boleh bermain dengan indah sekali.” Kata
John yang terpaksa menahan risaunya di dalam hatinya.
“Kamu gila ka?!
Berani betul kau main lagu sumpahan tu!”
Marah Allen bukan main.
“Boys, ia bukan
hal besar juga lagipun saya sendiri yang pilih lagu tu. Alang-alang saya perkenalkan yang berduet dengan saya iaitu Anna Sonata.” Kata Lily seperti biasa dan
memperkenalkan Anna kepada John dan Allen.
John ingin menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Anna
akan tetapi Anna hanya memberikan tanda hormat kepadanya manakala Allen seperti
terkejut apabila dia pernah mendengar nama tersebut tetapi dia sendiri tak
ingat dimana dia telah mendengarnya.
“Baik kita semua duduk di tempat penonton kerana pengadil
bakal memberitahu pemenangnya.” Ajakan Lily.
Allen dan John hanya menunduk tanda setuju manakala Anna
meminta dirinya dia ada hal perlu dilakukannya. Maka hanya Lily, Allen dan John
terus menuju ke tempat duduk penonton.
Dari jauh kelihatan Anna terus tersenyum lalu ghaib
disebalik pintu keluar.
***
Jantung Lily terus berdebar-debar apabila dia melihat
abangnya telah menang dibahagian pelajar senior
manakala pemenang bagi kategori pelajar junior
masih belum lagi diberitahu keputusannya. Lily mulai risau sekali malah dalam
otaknya sering kali terfikir adakah dia bakal kalah dan dia bakal menghampakan
keluarganya. Dia tak sanggup memalukan keluarganya kerana harapan yang perlu
dia capai cukup tinggi sekali dan ia agak sukar baginya dengan pressure yang dikenakan pada dirinya.
Apabila Lily mulai cemas dia mengambil keputusan untuk ke
tandas. Lily tak habis-habis mencuci tangannya malah dia mulai bergetar-getar
ketakutan kerana ada kemungkinan tinggi yang dia bakal kalah dan dia bakal
memalukan keluarganya.
Tanpa membuang masa dia mengambil keluar satu botol kecil
daripada beg tangannya. Ia adalah racun yang dicurinya daripada makmal sains
tadi. Tanpa membuang masa dan tanpa perasaan bersalah dia terus meminum
kesemuannya racun tersebut. Dia terus menunggu bila masanya dia bakal menemui
kematiannya akan tetapi kesan racun tersebut agak lambat sekali dengan
tiba-tiba kedengaran bunyi ketukkan pada pintu tandas.
Kedengaran bunyi John mengatakan keputusan bakal
diputuskan dan dia meminta Lily untuk terus ke tempat penonton. Lily mulai risau
apabila kesan racun tersebut masih belum lagi memberikan kesannya dengan
panggilan daripada John, dia tak membuang masa terus keluar daripada tandas dan
bersama-sama dengan John pergi mendengar keputusannya.
Sesuatu yang tidak disangka oleh Lily bahawa dia mendapat
tempat pertama dalam kategori pelajar
Junior. Lily cukup terharu apabila dia mendengarnya keputusan yang
memberitahu bahawa dia pemenangnya malah ia membuat di terlupa yang dia sudah
meminum racun tadi. Lily menang atas keberaniannya untuk memainkan lagu
sumpahan tersebut dan dia turut diberitahu untuk membuat persembahan sekali
lagi.
Lily terus naik ke atas pentas, dia mulai rasanya perut
mulai sakit yang teramat sekali. Entah mengapa Lily rasakan tangan dengan
sendirinya mulai memainkan sebuah lagu. Para penonton mulai ketakutan entah
dari mana kedengaran bunyi violin bermain di dalam auditurium bagaikan menduetkan lagu yang dimainkan oleh Lily.
Kedengaran lagu Gloomy Sunday berkumandang dengan keadaan yang menyeramkan
sekali malah terdapat beberapa penonton mulai berlari keluar daripada
auditurium dalam ketakutan malah kedengaran dari jauh bunyi ketawa yang cukup
menyeramkan sekali.
Allen dan John mulai berasa seram yang teramat sekali
apabila mereka berdua melihat keadaan Lily seperti dalam kesakitan manakala
tangannya terus memainkan lagu sumpahan terus-menerus tanpa henti. Para
pengadil mulai rasa kesakitan yang teramat sekali pada telinga mereka malah ada
beberapa mulai terjerit-jerit meminta tolong.
Lily mulai menangis dan air matanya deras mengalir
seperti darah pekat sambil menjerit kesakitan yang teramat sekali. Allen cuba
naik ke atas pentas apabila usahanya gagal kerana tangga untuk naik ke atas
pentas dengan tiba-tiba roboh. Entah mengapa John boleh memandang ke arah atas
pentas, dengan gerunnya kelihatan satu lembaga separuh rangka dan separuh
mereput memandang tepat ke arah Lily.
John terus melompat naik ke atas pentas untuk
menyelamatkan Lily yang mulai pucat kerana darah keluar dengan deras sekali
dari mata dan mulutnya. Usaha John terhenti apabila kedengaran bunyi ketawa
yang amat menyeramkan.
“Your time is up
come to me my dear apprentice.” Kata lembaga lelaki tersebut sambil ketawa
dengan menyeramkan sekali.
Selesai sahaja Lily bermain, dia terus berdiri sambil
memadang ke arah atas sebelum terus tersungkur jatuh ke lantai pentas sambil
air mata darah mengalir keluar daripada matanya dan Lily sudah tak bernyawa
lagi. Bunyi jeritan kedengaran daripada salah satu pengadil perempuan yang
melihat kejadian tadi. Darah mulai memercik pada lantai pentas manakala John
sudah terduduk dengan kejadian yang mengerikan berlaku pada depan matanya
bahawa Lily sudah mati di depannya. Allen terus menjerit sekuat hati dan terus
berlari ke arah tempat kejadian sambil memeluk adik kesayangan yang sudah
terkulai. Ibubapa Lily terus meraung apa yang terjadi pada anaknya yang sudah
tidak lagi bernyawa.
***
Kematian Lily cukup menyayat perasaan pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa St. Raphael serta
para pengajar turut bersedih dengan berita kematian yang cukup mengerikan.
Allen masih tidak ke sekolah kerana trauma dengan
kematian adik kesayangannya manakala John turut sama-sama berkabung semasa pengebumian
Lily dijalankan. John betul-betul tidak menyangka bahawa yang Lily telah
membunuh dirinya dengan mengambil nyawanya dengan meminum racun.
Tamparan paling besar sekali adalah ibubapa Lily yang
masih berduka dengan pemergian Lily. Dan mereka menyangkakan kematian Lily ada
kaitan dengan tekanan yang mereka berikan serta harapan yang cukup tinggi yang
membebankan puteri mereka. Jika mereka tidak memaksa Lily semestinya kematian
Lily dapat dielakkan.
Suratan takdir sudah tak dapat dielakkan dengan pemergian
Lily yang mati dengan penuh seksa sekali semestikan ia akan terus tertanam pada
mereka yang menyayangi Lily kerana perginya Lily bagaikan satu lubang pada hati
mereka yang sukar diisi semula.
***
Di sebuah bilik iaitu di bilik yang terkunci kedengaran
bunyi ketawa yang cukup menyeramkan sekali. Di dalam bilik yang hanya diterangi
oleh lilin merah yang terapung-apung di udara. Kelihatan satu bayang-bayang
memainkan sebuah lagu pada piano dengan penuh semangat sekali sambil menangis
darah.
“Keep the good work,
Lily. Sekarang kamu bakal menjadi perantis saya dan kamu akan menjadi yang
terbaik.” Kata lembaga lelaki sambil memeluk lembaga seorang gadis.
Kelihatan roh Lily bagaikan ingin menjerit akan tetapi
tiada langsung suara keluar dan berada disamping berpuluh-puluh bayangan roh
berkumpul sambil mengiringi bagaikan satu orkestra memainkan lagu tersebut
iaitu Gloomy Sunday.
Sekian.
Salah satu daripada cerita daripada penulisan saya yang mendapat sambutan yang memberansangkan di Facebook. DAn ia adalah salah satu daripada siri misteri daripada penulisan pertama saya. Saya mengambil Gloomy Sunday kerna lagu tersebut mempunyai kisah gelapnya tersendiri apabila sesiapa sahaja mendengarnya bakal membunuh diri. Bagi menambahkan keseraman kisah ini saya sendiri mendengar lagu tersebut untuk memberikan saya inspirasi ketika menulisnnya. Diharapkan pembaca dapat memberikan maklum balas dalam comment mahupun reaksinya.
BalasPadamSekian dan terima kasih kerna sudi mengorbankan masa kamu untuk membacanya.