Khamis, 27 Ogos 2015

Bab 24 : Siri infomasi dan kisah seram di Sandakan


Salam Malam Jumaat semua, maka tamatlah sudah kisah pendek mengenai kisah yang saya dengar serta pengalaman seram yang lain yang saya belum pernah kongsikan. Ada sebab mengapa ada beberapa kisah-kisah nie saya tidak kongsikan apabila ia tidak berbau seram mahupun ia terlampau pendek sangat. Baiklah saya akan kongsikan kisah-kisah dan infomasi yang kebanyakkan orang Sandakan tidak tahu mengenainya.

Ingatkah lagi pada masa yang lalu saya akan kongsikan mengenai "Sandakan War Memorial Park" bukan? Kalau sudah lupa saya sarankan kamu membacanya pada kisah terdahulu sebelum membaca yang apa saya bakal kongsikan pada minggu hadapan. Ada sebahagian tu sambungan kisah mahupun sejarah. Kisah mahupun infomasi yang saya kongsikan akan bersertakan dengan gambar sekali.

Sandakan dahulunya pernah menjadi ibu negeri Sabah sebelum dipindahkan ke Jesselton (Kota Kinabalu) maka ada banyak sejarah mengenainya. Walaupun Sandakan tidak mempunyai banyak bangunan lama terselamat daripada Perang dahulu hanya segelintir sahaja yang terselamat. Maka ada beberapa bangunan di Sandakan ternyata mempunyai sejarah gelap serta kejadian yang menyayatkan perasaan yang menghantui kita sehingga sekarang nie. Lupakan balik-balik mengenai kisah hantu Jepun sahaja, malah ada beberapa kisah seram yang lain bakal menghantui kamu semua.

Di sini saya akan sertakan kepada semua kisah-kisah dan infomasi yang bakal saya kongsikan kepada kamu semua.

  1. Tangga seribu.
  2. Muzium Warisan Sandakan.
  3. Menara MPS.
  4. Pejabat di MPS.
  5. Rumah Agnes Keith.
  6. Pulau Berhala.
  7. Bulatan simpang masuk Jalan Sibuga.
  8. Jalan Lintas Sibuga.
  9. Jalan Aman.
  10. Jalan Labuk Lama.
  11. Batu Sapi.
Sila nantikan kisah-kisah serta infomasi nie pada minggu hadapan kerna ada banyak kisah yang kamu sendiri tidak tahu mengenainya malah ada orang Sandakan pun tidak tahu mengenainya hanya anak jati Sandakan sahaja yang tahu mengenainya.


Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,
Bacalah kisah saya..





Bunyi Loceng



Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan kepada kamu semua kisah terakhir sekali iaitu berkenaan dengan loceng. Kisah nie berlaku kepada saya sendiri dan ia membuatkan saya tidak berani lagi pakai sebarang loceng sampai ke hari nie (tak mungkin la saya nak buang loceng-loceng kira mahal gila juga hasilnya saya buka semua loceng tu buat wind chain lagipun tu takkan berbunyi punya la). 

Berbalik kepada kisah yang saya ingin kongsikan kepada kamu semua, ada sebab mengapa orang tua-tua melarang kita untuk memakai loceng di rumah mahupun pada diri sendiri. Kebiasaannya alasan yang diberikan akan mengatakan kamu menjemput hantu masuk ke rumah. Semestinya rata-rata akan mengatakan ia tipu sahaja apabila alasan yang sebenarnya ia kira bising sangat. Akan tetapi ia adalah benar sekali dimana ia berlaku kepada diri sendiri. Dahulunya saya nie suka sangat bunyi loceng dan secara tak langsung saya ada pakaikan di handphone kira accessory la gitu, masih ingat lagi apabila beliau saya ada mengatakan pesanan orang tua-tua nie memang la kira mana percayakan jadi saya terus pakai loceng nie

Satu malam nie masa tu saya nie baru habis tengok tv kira lewat sudah rasanya dekat tengah malam sudah. Lepas off semua elektrik saya terus ke bilik, dengan tiba-tibsa saya terdengar bunyi loceng dari belakang saya padahal masa tu handphone saya di bilik dan kira mustahil tu bunyi loceng tu saya dengar. Tanpa membuang masa saya terus ke bilik dan tanggalkan loceng tu daripada handphone saya terus tapi saya masih boleh dengar bunyi loceng tu di luar pintu bilik dan luar tingkap. Kerana saya menjadi takut saya terus cuba tidur dengan harapan benda tu akan pergi dan ternyata ia pergi..

Sejak tu saya tidak lagi berani pakai loceng kerana ia mengingatkan saya pada kejadian malam tu. Ada sebab mengapa orang tua-tua pesan kita tidak pakai loceng apabila benda-benda halus nie minat sangat kepada bunyi loceng apabila ia memanggil mereka datang. Kemana kita ada maka benda tu akan ikut jika kita tidak memakai bererti benda tu akan pergi, tapi bukan semua akan pergi ada kemungkian ada yang tinggal.

Tamatlah kisah buat malam nie dan pada minggu hadapan saya akan kongsikan info-info menarik di hometown saya sendiri yang kebanyakkan orang Sandakan pun tidak tahu mengenainya. Jadi nantikan info menarik itu pada minggu hadapan.

Sekian. 

Ada benda diatas pokok

Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan berkongsikan kisah nie berlaku kepada saya semasa sekolah rendah dahulu. Saya tak pasti pernah menceritakan ataupun belum pada posting terdahulu yang berkaitan dengan Sekolah rendah saya nie. Ia berada dinotes saya jua yang bertajuk "Ganjil". Disini saya ingin menyatakan bahawa kisah nie pendek sangat dan tidak menyeramkan tapi ia menyeramkan bagi saya pada masa itu, apa saya nak buat sebab saya ada memory yang kuat sangat maka boleh mengingatinya dengan jelas sekali.

Berbalik pada kisah saya nie, maaf sangat saya tak ingat tarikh mahupun tahun dah kira lama sangat. Klu tidak silap pada masa tu saya masih lagi sesi petang dan kejadian nieberlaku pada petang hari. Pada masa kejadian tu terkenal di hometown saya nie kejadian penampakkan Pontianak dimana ramai ternampak di sebuah jalan di Sandakan (Maaf tak ingat yang mana satu pada masa tu). Malah ada beberapa penduduk terdekat pada sekolah rendah saya nie turut mengatakan mereka terlihat kelibat hantu terkenal nie pada kawasan sekolah. Memang pada hari tu menjadi riuh-rendah apabila berdekatan dengan tandas sekolah ada mereka ternampak ada benda diatas pokok seperti satu kain putih panjang bergantung pada dahannya. Saya sempat melihatnya kain tu di sana bukan hantu tu la, kelihatan jelas kain tu putih dengan tompokkan tanah padanya serta ada secebis daripada kain itu pada bawah pokok. Nie saya nak beritahu bahawa belakang sekolah rendah nie ada sebuah sungai dan ia berdekatan dengan sebuah gua kecil. Belum sempat saya nak tengok lagi rapat secara tak langsung beberapa guru datang ke sana dan mengarahkan kami pelajar-pelajar untuk balik ke kelas. 

Itu sahaja la kisahnya memang tidak seram pun malah ia sekadar kenangan semasa saya kecil dahulu serta masih menjadi persoalan apa sebenarnya benda di atas pokok tu serta apa yang sbenarnya berlaku. Nampaknya persoalan nie belum ada jawapan sehingga kini..


Sekian.

Pintu Jiran diketuk

Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan satu kisah yang berlaku kepada diri saya sendiri semasa saya remaja dulu dan kisah nie belum pernah dikongsikan mahupun diceritakan lagi..

Kejadian nie berlaku pada satu malam nie saya menonton tv seorang diri masa tu dekat tengah malam, apa nak hairan kan tu masanya saya dapat tengok tv dan keesokkan harinya sekolah sesi petang.. Balik ke kisah saya nie, masa menonton tv nie memang sunyi mati semua orang dah tidur. Dengan tiba-tiba terdengar bunyi ketukkan pada pintu jiran saya nie kuat sangat, sangkaan saya ada orang lain bila saya jenguk di luar tingkap untuk lihat rumah jiran saya nie ternyata tiada orang langsung dan rumah jiran saya nie ternyata gelap sekali bererti semua sudah tidur. Lalu saya sambung tengok tv la, tak sampai beberapa minit pintu jiran saya kena ketuk lagi dengan kuat sekali. 

Tanpa membuang masa saya terus matikan tv serta lampu terus lari ke dalam bilik. Maaflah kisah buat malam nie pendek sangat dan masa tu saya nie masih la penakut bukan macam sekarang nie ada berani sedikit la. Baik sampai di sini sahaja buat malam nie ingat pada minggu depan ada lagi kisah yang belum pernah dikongsikan mahupun diceritakan buat kamu baca jadi nantikan sahaja la..


Sekian.

Ketukkan di tingkap tandas

Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan satu kisah yang sudah lama berlaku dan belum pernah diceritakan lagi. Nie berlaku kepada kakak sepupu saya ketika bermalam di rumah saya. Bukan kakak sepupu saya seorang sahaja yang menumpang malah dia ada bawa 2 kawannya lagi atas urusan kerja.

Balik ke kisah yang saya bakal ceritakan kepada kamu semua, ia terjadi satu hari sebelum berakhirnya puasa dan pada keesokkan harinya Hari Raya. Kejadian nie sudah lama berlaku rasanya saya masih lagi kecil dekat masuk remaja rasanya la. Berbalik kita la, Les (kakak sepupu saya nie bahagian mom side) pada masa mandi dekat tengah malam la.

Masa tu dia mandi terdengar bunyi ketukkan tapi bukan pada pintu tandas sebaliknya dari tingkap tandas, tanpa membuang masa dia terus cepatkan mandiannya lalu keluar dan mendapatkan kami la. Memang pucat muka Les bila ia terjadi kepadanya malah malam tu dah malam terakhir bulan puasa.

Semestinya ramai akan katakan apa nak hairan kan? Tapi cuba kamu bayangkan la tandas tu berada di tingkat 1 dan diluar tingkap tandas tu tiada tempat berdiri mahupun tembok serta bumbung. Semestinya seram kalau ia berlaku kepada kamu sendiri bukan. Selepas kejadian tu Les tidak berani lagi mandi dikala lewat malam.

Maaflah pendek sangat kisah nie itu la sebabnya saya tak kongsikan kisah nie kerna itu laBaik itu sahaja kisahnya.

Sekian.
 

Maaf semua

Minggu lepas saya tak mampu posting apabila saya dalam mood nak berkongsi, adakalanya masalah ini sukar sekali untuk diubah mahupun dielakkan. Internet line selalu membawa masalah, walaupun service ia tak pernah berubah mahupun upgrade. Dari tahun lepas katakan Internet akan upgrade sehinggakan ke hari ini masih belum ada perubahan. Haish.. sesuatu yang tak akan berubah yang hanya berubah harga service apabila ia terus naik tambah lagi gst bertambah mahal daripada biasa tapi line tu tetap lambat juga. Service teruk kena bayar cukai lagi.. Menyusahkan.. Kalau lebih2 kita faham2 sahaja la.. ada kena masuk lokap.. free speech di Malaysia, rata2nya kita tahu juga..

Sekali maaflah tak dapat posting, hari ini saya akan posting seperti biasa.

Khamis, 13 Ogos 2015

Hantu Tinggi


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan kepada kamu semua 2 kisah mengenai Hantu Tinggi yang saya dengar daripada arwah pak cik saya serta kisah daripada mak saya sendiri. Jika tidak silap saya la yang saya pernah posting di salah sebuah group FB yang saya jaga tetapi agak lama sudah, jadi kira ia kali kedua saya ceritakan di sini.

Hantu Tinggi semestinya antara hantu paling ditakuti di Nusantara nie dengan ketinggian yang teramat tinggi dan tiada satu manusia pernah melihat wajah hantu nie serta tubuh yang hitam dan penuh dengan bulu-bulu yang kasar. Hantu nie mempunyai banyak nama seperti Hantu Pemburu, Hantu gigi jarang dan ada beberapa lagi yang lain (maaflah saya sudah terlupa apa benda tu). Kebiasaannya hantu nie sering kali ditemui di sekitar kawasan hutan lebat serta kawasan-kawasan yang berair. Alamat tidak baik la buat sesiapa yang dilangkah oleh hantu nie apabila maut akan tiba tidak lama ataupun nie kisah lisan mengatakan hantu nie minat sangat kepada daging manusia juga. Hantu nie sering kali dilihat berlegar-legar bersendirian adakalanya ia ditemani dengan beberapa anjing gergasi yang akan mengikuti hantu nie memburu.

Akan tetapi hantu nie boleh ditangkap mahupun dijadikan saka (maaflah saya terlupa caranya), asal usul hantu nie banyak sangat variasinya sehinggakan tidak terkira banyaknya. Satu hal lagi hantu nie boleh dijadikan kawan (nanti saya akan ceritakan).

Baiklah tanpa membuang masa saya akan ceritakan kisah daripada Mak saya dahulu, iaitu kisah mengenai mendiang datuk saya pergi menjala ikan bersama rakannya dahulu. Hobi mendiang datuk saya nie suka sangat menjala ikan tak kira masa siang mahupun malam kira datuk saya nie orangnya memang berani sangat dan ia perkara biasa pada masa tu orang-orang tua ada pegang ilmu dikala di tempat baru terutamanya menjadi peneroka. Walaupun datuk saya nie orang cina tapi apa nak dihairankan bukan? Berbalik kepada kisah nie, dia bersama rakannya berdayung ke arah sungai hanya mereka berdua sahaja. Sampai ke satu tempat nie mereka sibuk menjala ikan dan tidak sedar hari mulai menjadi gelap. Masa sibuk menjala, mereka berdua terdengar bunyi bising dari arah hujan seperti ada bahan berpatahan dari jauh. Mendiang datuk bagaikan tahu apa benda yang datang lalu mengarahkan rakannnya itu untuk menterbalikkan sampan mereka nie dan mereka berdua bersembunyi di bawahnya. Adakalanya mereka berdua mencuri lihat, kelihatan satu lembaga hitam dengan ketinggian yang teramat sangat sambil mendukung seekor anjing gergasi pada bahunya. Mereka berdua hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Kira nasib mereka baik apabila mereka terselamat daripada menjadi mangsa buruan hantu nie apabila anjing itu tidak diturunkan jika tidak semestinya nyawa mereka akan melayang.

Kisah kedua la pula adalah kisah yang arwah pak cik saya menceritakan kepada saya pada saru ketika dahulu. Saya nie suka sangat mendengar cerita-cerita daripada arwah pak cik saya terutamanya kisah-kisah masa dia menjadi askar sehinggakan kisah-kisah mengenai alam mistik nie (rasanya saya minat dengan nie disebabkan apa yang saya dengar pada masa itu kira terbawa-bawa sehinggakan ke hari nie). Berbalik kepada kisahnya itu, arwah pak cik saya nie memang berani orangnya jadi tidak hairan la masa dia menjadi askar dahulu. Dia ceritakan kepada saya la yang dia pernah terjumpa dengan hantu tinggi pada satu ketika dahulu. Pada masa tu dia baru balik daripada keramaian bersama-sama dengan rakannnya, dalam pertengahan jalan dia ternampak seperti ada dua batang gelap sekali berada di tengah-tengah jalan. Mereka berdua nampak jelas sekali benda tu apabila mereka mendekatinya, ia adalah sepasang kaki berkulit gelap bulu-bulu yang lebat sekali. Rakan pak cik saya nie nak lalu sahaja melalui celah kaki hantu tu tak dihalang oleh arwah pak cik saya nie dengan menyuruhnya untuk lalu pada siring (sebelah) mengelak daripada hantu nie melangkah mereka nie. Ketika pak cik saya nie lalu dia nampak sangat bulu-bulu kaki hantu nie dia memang tahu satu petua apabila dia cabut bulu kaki hantu nie, hantu tu akan mengecil dan secara tak langsung hantu tu akan menjadi kawan pak cik saya nie. Akan tetapi dia tidak melakuan petua tersebut dan berlalu pergi.

Sampai itu sahaja kisah mengenai hantu nie, rasanya hantu nie kira jarang sekali ditemui apabila dunia manusia mulai menjadi moden dan banyak pokok ditebang dan habitat hantu nie musnah.. Akan tetapi ada juga kisah-kisah menyeramkan buat penguna jalan raya apabila mereka sering terlihat kelibat hantu nie di sepanjang jalan tersebut. Tidak pasti sama ada petua orang tua-tua menjadi ataupun tak, tiada yang berani menceritakannnya.
Hantu Tinggi ternyata tinggi sekali...

Sekian.

Tanpa Sedar

Salam Malam Jumaat semua, malam nie ada berbeza sedikit kira ia terjadi kepada saya sendiri tanpa saya sendiri sedari. Kisah yang saya bakal kisahkan nie saya dengar daripada Mak cik saya yang membuatkan sepupu saya dalam ketakutan.

Saya pernah kisahkan dahulu yang saya menumpang di rumah mak cik saya di Dongonggon dulu bukan? Sila lihat pada kisah-kisah pengalaman saya terdahulu. Berbalik kepada kisah yang saya akan ceritakan nie, asalnya sepupu saya sendiri yang ceritakan kepada mak cik saya kemudian memberitahu saya sendiri dan kejadian nie berlaku pada keesokkan harinya selepas kejadian tersebut.

Asalnya saya sendiri pun tidak sedar mengenainya pada malam tu, pada malam tu saya masih ingat sangat adik sepupu (masa tu gatal sangat tak tau la sekarang nie masih gatal ke tidak) masih sibuk bermain sms dengan kekasihnya jadi oleh kerana saya ada kelas pada keesokkan harinya maka saya tidur dahulu.

Nie apa yang saya dengar, pada masa tu masa dah dekat tengah malam. Sepupu saya nie masih lagi sibuk sms tanpa henti dan belum lagi tidur-tidur. Dengan tiba-tiba dia dalam ketakutan apabila dia terdengar saya bersuara dengan garau dengan mata merah ke arahnya untuk pergi tidur. Tanpa membuang masa dia terus matikan lampu dan pergi tidur.

Selepas kejadian tu dia tidak lagi berkongsi bilik dengan saya lagi, mentang-mentang budak nie penakut bukan main walaupun lelaki. Akhirnya dia terpaksa tidur di bilik mak cik saya nie kerana tidak ingin lagi mengalaminya lagi. Rasanya saya mengigau sahaja tu boleh dia takut. Rasa saya ia perkara lucu sangat, maaflah jika tidak seram ya.


Sekian.

Kisah daripada Ruby Hotel

Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan kepada kamu semua sebuah kisah yang saya dengar daripada my mom sendiri mengenai ketika mereka bermalam di Ruby Hotel. Semestinya ramai tidak tahu di mana hotel nie bukan? Ia berada di Kota Kinabalu, Sabah berdekatan dengan Kampung Air sana. Kebanyakkan akan tertanya-tanya apa kaitan hotel nie bukan? Dikatakan bahawa hotel tersebut berhantu di Sabah ataupun lebih jelas sekali di Malaysia apabila ia termasuk ke dalam carta hotel-hotel berhantu di Malaysia.

Berbalik kepada kisah yang saya bakal ceritakan kepada kamu semua, ia telah berlaku sebelum my mom retired daripada kerja di bank. Kejadian nie berlaku apabila my mom bersama-sama rakan sekerjanya ambil kursus di Kota Kinabalu. Ketika mereka nak balik penerbangan balik ke Sandakan dibatalkan oleh MAS sebagai balasan MAS hantar mereka tinggal di Hotel tersebut apabila ia sudah lewat dan tiada lagi penerbangan seterusnya.

Nasib baik la my mom tidak diganggu kecuali rakan sekerjanya apabila pada masa tu dekat tengah malam, A(kita bagi namanya la bukan yang sebenarnya) terjaga daripada tidurnya entah mengapa dia sukar untuk melelapkan matanya kalau letih bukan main. Dengan tiba-tiba kedengaran macam ada orang sedang mandi di dalam tandas yang pada masa tu ternyata gelap sekali. Yang membuatkan A dalam ketakutan apabila dia melihat pada tepi katil rakannya sebilik tengah tidur. A tidak tahu siapa yang didalam tandas dan bunyi air masih kedengaran. Selepas bunyi air tu terhenti dan kedengaran bunyi pintu tandas dibuka dengan perlahan-lahan.

A terus menjadi lebih takut sekali lalu menyelimutkan dirinya sampai tertidur. Dia dikejutkan oleh rakan sebiliknya yang menanyakan kepada A kalau dia ada pakai tandas awal-awal pagi apabila ternampak jelas lantai tandas basah dengan air yang mereka tahu semalam kedua-dua mereka tiada yang mandi. Maka apa yang A dengar tu bukannya mimpi dan ia benar-benar berlaku. Bersyukurlah apabila mereka hanya bermalam di sana hanyalah satu malam kalau lebih entah apa gangguannya. Kira kesemuanya jadi trauma mendengar kisah A dan tidak ingin lagi tinggal di hotel tersebut kerana tidak mahu menjadi mangsa, cukup seorang daripada keseluruhan bukan?

Akan tetapi kebiasanya setiap rumah tumpangan mahupun hotel sehingga inn semestinya memang ada tapi kita tak pasti di mana bukan. Lagipun bukan kesemua biliknya diduduki dan ia akan penuh pada masa tertentu sahaja. Tapi apa yang penting sekali sebelum masuk ke dalam bilik ketuk beberapa kali sebelum memberikan salam baru masuk, sekurang-kurangnya gangguan tu tidak berlaku juga.


Sekian.

Orang Kenit

Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan sebuah kisah yang saya dengan daripada mak cik saya sendiri ketika menumpang di rumahnya dahulu. Kisah nieberlaku kepada dirinya sendiri dan berlaku di rumah tu juga. Kisahnya hanyalah pendek sahaja ia adalah berkaitan dengan salah satu mahluk ghaib iaitu orang kenit. Ramai semestinya tidak tahu bahawa orang kenit nie kalau translate ke bahasa Inggeris adalah dwarf, gnome dan hampir-hampir macam hobbit juga. Kemunculannya sering kali perbualan masa dahulu dan penampakkan selalu berlaku akan tetapi sekarang ia jarang sekali menampakkan diri serta diceritakan. Orang kenit nie mempunyai kumpulan yang hidup bersama kira satu keluarga mahupun satu perkampungan. Ada pula memilih untuk tinggal bersendirian juga. Ada yang baik manakala ada juga yang nakal dengan mengganggu kita manusia. Tapi kebanyakkan tinggal berdekatan dengan hutan dan nak tahu kehadiran mereka melalui kewujudan cengkerang ataupun kulit siput di pintu gua kerana orang kenitnie suka memakannya.

Berbalik kepada kisah mak cik saya nie, tak pasti permulaan macam mana sudah sebab kisah nie saya dengar agak lama sudah. Apa yang saya ingat, orang kenit nie muncul dengan sendirinya di rumah mak cik saya nie apabila menjadikan semak di belakang rumah mak cik saya nie tempat tinggalnya. Orang kenit nie adakalanya membantu mak cik sayanie apabila urusan rumah dapat dilaksanakan dengan baik sekali malah ayam-ayam ternakan mak cik saya nie dijaga dengan baik. Sebagai balasan mak cik saya akan tinggalkan makanan berdekatan tempat tinggal orang kenit nie sebagai bayaran apabila ia sering kali membantunya. Tapi ia tidak lama apabila orang kenit tu tidak datang lagi kira berpindah apabila kediamannya bakal dimusnah dengan pembinaan kilang papan. Lepastu mak cik saya tak lagi langsung tahu apa yang berlaku kepada mahluk kenit nie lagi.


Ada banyak benda yang kita tidak tahu kewujudan mereka nie apabila mereka juga salah satu ciptaan Yang Maha Esa. Lagipun bukan kita sahaja sebagai manusia yang tinggal di dunia nie malah kita berkongsi bersama dengan mahluk ciptaan Tuhan yang lain. Kita sebagai manusia kena sedar-sedar juga dengan memelihara dan memastikan alam semula jadi kita terjaga sebab ia punca tempat tinggal bukan hanya kepada haiwan serta mahluk-mahluk yang lain apabila ia adalah amanat yang patut kita pegang.

Khamis, 6 Ogos 2015

Bertenggek di jemuran

Salam malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan sebuah kisah seram yang saya dengar daripada my mom. Kisah nie berlaku ketika mereka masih tinggal di Klagan ataupun di Nango, tak pasti di mana la. Dijadikan cerita ia adalah berlaku pada malam harinya pada masa tu mendiang nenek nie mengandung dan kira tunggu masa sahaja nak melahirkan anak (tak pasti siapa pada masa sebab kisah nie agak lama sudah maybe mak cik mahupun pak cik).

Dipendekkan ceritalah, pada masa tu mendiang nenek ada di rumah sementara tu dia terdengar ada bunyi macam dari luar rumah pada masa tu. Perasaan takut mulai menghantui maka dia meminta mendiang datuk untuk tolong tengok-tengokkan di luar rumah. Mendiang datuk terus ke luar, macam ada benda bertenggek di atas jemuran baju nie bukan satu tapi dekat 2-3 begitu sedang melihat ke arah rumah. Ada menyeramkan sekali "kepala" tu selihat ke dalam rumah dengan mata yang merah sambil air liur meleleh dari mulut.

Mendiang nenek tanya dengan mendiang datuk, tapi mendiang datuk tak bagi tengok hanya katakan ada benda "tu" diluar. Mendiang Datuk nie tahu juga sedikit ilmu (tidak hairan pada masa tu apabila banyak orang tua-tua ada ilmu di dada terutamanya tinggal di pendalaman dan kawasan yang baru diterokai). Ada benda mendiang Datuk buat tak lama benda tu lari la tapi benda tu tetap datang sehinggakan mendiang nenek melahirkan anak. Tapi benda tak dapat menyerang apabila banyak petua lama dan benda-benda yang menghalang "benda" tu daripada masuk ke rumah.

"Benda" tu tetap ada setiap kali mendiang nenek saya nie mengandung mahupun masa berpantang, tapi ia perkara biasa pada masa tu dikala di kampung. Ia tak dapat dielakkan apabila pada masa tu ilmu syaitan nie banyak diamalkan. Hanya petua-petua lama digunakan sekurang-kurangnya dapat juga mengelakkan daripada benda tu masuk mahupun menyerang.


Walaupun dunia kita serba moden tapi kita tidak tahu masih ada mereka yang mengalaman ilmu nie. Ada yang mereka ada ilmu nie sebab kepentingan diri sendiri manakala ada pula diturunkan sebagai saka serta ada pula dijangkiti. Maka berhati-hati sahaja lagipun setiap petua orang tua-tua nie agak mengarut apa ia ada sebabnya tersendiri tapi terpulang kepada kita nak percaya mahupun mengamalkan ia..

"Benda" yang dimasukkan adalah B punca 2 jadi faham2 sahaja la.