Suasana hospital agak suram sekali serta ia agak
menyeramkan sekali apabila malam menjelang. Kebanyakkan pesakit di ward 4 sudah
bertiduran dan kelihatan beberapa jururawat masih berlegar-legar memeriksa satu
per satu di ward yang lain. Zt masih lagi melaksanakan tanggung jawabnya dengan
tekun sekali dengan memeriksa carta pesakit sebelum dia menuju ke meja
jururawat. Baginya ia adalah pengalaman yang pertama kali buat dia dengan
tugasan yang diberikan buat jururawat pelatih untuk bekerja pada shift malam. Ketika
dia berjalan di lorong yang sepi menuju ke meja jururawat, dia kedengaran bunyi
batuk-batuk yang kuat sekali. Zt terus tercari-cari dari mana datangnya bunyi
tersebut dan dia mendapati ia datang daripada bilik ward yang paling hujung
sekali. Tanpa membuang masa dia terus menuju ke bilik tersebut, kelihatan
seorang wanita berumur terbatuk-batuk tanpa henti. Zt terus menuju ke arah
wanita tersebut untuk membantunya akan tetapi langkahnya terhenti apabila
wanita tersebut mulai memuntahkan darah dengan banyak sekali. Darah yang keluar
tanpa henti daripada mulut wanita tersebut lebih teruk lagi darah tersebut
berwarna hitam. Zt mulai dilanda ketakutan apabila wanita tersebut mulai
menangis darah hitam dan darah masih mengalir keluar daripada mulutnya. Wanita
tersebut terus terjatuh daripada katil dengan hentakkan yang kuat lalu dengan
perlahan-lahan wanita tersebut terus menuju ke arah Zt bagaikan meminta pertolongan.
Tanpa membuang masa Zt terus melarikan dirinya dengan ketakutan yang teramat
sekali.
Hati Zt berdenyut kencang apabila dia mendapati wanita
tersebut mulai bergentayang dan mengilai mengejarnya.Dia ingin meminta tolong
akan tetapi suaranya tidak mampu dikeluarkan sekali. Apabila dia terlihat yang
dia berdekatan dengan sebuah chapel.
Dengan segala tenaga yang dia ada, dia membawa kakinya untuk menuju ke chapel tersebut. Dia terus memasuki ke
dalam chapel dengan harapan ia mampu melindungi diri daripada wanita tersebut.
Tanpa henti dia terus berdoa dengan harapan dia berlindung daripada wanita
tersebut.Dengan tiba-tiba, pintu chapel
tersebut terbuka dengan sendirinya dan kelihatan wanita tersebut tersenyum
dengan mengerunkan sekali. Zt masih lagi berdoa meminta pertolongan dengan
tiba-tiba wanita tersebut mulai menjerit kesakitan. Dengan perlahan-lahan Zt
membuka matanya dan mulai melihat, dia mendapati wanita tersebut mulai dimamah
oleh api. Akhirnya wanita tersebut terlepas dan mulai melarikan dirinya, Zt
terasa bahawa malam pertamanya adalah malam yang paling menyeramkan baginya.
Apa yag Zt dapat tahu bahawa bilik ward paling hujung
sekali sudah tidak digunakan lagi kerana dahulunya ia menempatkan pesakit-sakit
yang sudah kritikal dan tidak dapat diubati lagi. Pendek kata ia adalah tempat
pesakit untuk menunggu maut datang sahaja. Pada masa dahulu ward tersebut tidak
langsung dipedulikan oleh jururawat dengan membiarkan pesakit-pesakit tersebut
merana dengan penyakit mereka. Akhirnya bilik tersebut diminta ditutup kerana
ia tidak keperimanusian langsung membiarkan pesakitnya merana. Bilik tersebut
dikosongkan dan tiada langsung pesakit diletakkan di bilik tersebut kerana
roh-roh pesakit terdahulu masih lagi disana walaupun beberapa priest cuba
menyucinya akan tetapi ia tidak membawakan hasilnya. Lalu sebuah chapel kecil dibina di tingkat yang sama
dengan bilik tersebut dengan harapan roh-roh tersebut kembali aman.
Selepas Zt mengalaminya, setiap kali dia ditugaskan ke
tingkat tersebut dan bekerja pada shift malam dia akan membawa Bible dan rantai
cross setiap masa kerana dia tidak ingin mengalaminya lagi. Apa yang dia tahu
dia akan mengelak daripada pergi ke bilik tersebut dan dia berjanji yang dia
akan lebih banyak berdoa.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan