Salam malam Jumaat semua, sekian sahaja kisah mini siri Consultant
jika inginkan sambungannya nantikan sambungan kepada kisah ini pada masa yang
akan datang. Baiklah kali ini saya akan sajikan kepada kamu semua semula kisah
panjang yang berkaitan dengan karya.
Karya semestinya sepadan buat penulis-penulis diluar sana
malah dia adalah tanda ia adalah penulisan buat seorang penulis tersebut. Karya
tersebut tidak mengira apa genre yang dipamerkan oleh penulis tersebut dan apa
yang diharapkan oleh penulis itu apabila ada orang sudi membaca karyanya itu.
Kali ini, jikalau karya yang ditulis oleh penulis itu
boleh membawa kepada kematian buat pembacanya. Semestinya ia menjadi isu yang
berat sekali malah ia boleh menjejaskan sebuah karya tersebut bukan? Sesiapa
sahaja yang membaca karya tersebut semestinya akan membunuh diri mereka ini.
Semestinya penulis tersebut akan dipersalahkan bukan?
Kita hanya tahu menunding jari kepada penulisnya itu
sebaliknya kita tidak mengetahui perihal mereka yang tamak yang mengeluarkan
buku-buku karya tersebut semestinya penerbit buku itu. Mereka akan memgeluarkan
karya buku tersebut dan keuntungan pada buku tersebut bukan semestinya masuk
terus ke poket penulis sebaliknya ia bertentangan sekali.
Disini disajikan 2 kisah seram mengenai sebuah karya yang
membunuh ramai pembacanya, semestinya penulisnya dipersalahkan akan tetapi
kerana ada sebuah pihak menjadi tamak mereka mengeluarkan buku itu walaupun
penulis itu sendiri tidak ingin karya itu diterbitkan. Kerana kerakusan ingin
mendapat keuntungan banyak nyawa terkorban.
“Bahana”
adalah sebuah kisah mengenai kes membunuh diri oleh mereka yang membaca karya
buku yang terlarang sudah melebihi batasnya. Penulis tidak menerima
tanggungjawab tersebut kerana bukan dia yang menerbitkan buku itu sebaliknya
karya itu dicuri oleh pembantunya untuk menempah nama buat dirinya sendiri.
Penerbit inginkan keuntungan dari jualan buku itu walaupun dilarang keras oleh
penulis asalnya. Bahana pengeluaran karya terlarang bakal mengambil lebih
banyak nyawa. “Ketamakkan” adalah
sebuah kisah mengenai pembantu penulis yang tahu mengenai karya terlarang
penulis apabila siri bukunya menjadi sambutan hangat sekali. Dia menjadi hairan
mengapa penulis melompat satu siri dan tidak mengeluar siri tanpa sebab. Malah
penerbit buku menjadi hairan menegenai perihal tersebut. Penerbit serta
pembantu itu berpakat untuk mencuri karya itu untuk diterbitkan akan tetapi aap
yang mereka lakukan bakal mendatangkan sesuatu yang buruk bakal menimpah.
Nantikan kisah ini pada malam Jumaat pada minggu hadapan.
Ingat
matikan lampu,
Nyalakan
lilin,
Dengan
suasana sepi,
Bacalah
kisah saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan