“Saya tidak tahu apa yang kamu katakan ini, baik kamu
berambus dari sini ataupun saya akan panggil pegawai keselamatan ke sini.”
Marah Encik Kamal.
“Encik Kamal bukan kamu sudah janji, kamu sudah dapat apa
yang kamu hendakkan. Kerana saya la kamu
berjaya. Janji mesti ditunaikan.” Kata Mr M dengan tenang sekali.
“Masa tu saya
masih bodoh lagi tapi tidak sekarang nie.
Lagipun dari pandangan peguam saya, perjanjian yang saya laksanakan dengan kamu
tidak sah. Berani kau katakan ia adalah janji yang saya buat dengan kamu.” Kata
Encik Kamal dengan angkuh sekali.
“Tapi bukan ka
sebab rancangan yang saya berikan kepada kamu adalah puncanya kejayaan kamu.
Jangan kamu nak mengarut yang kamu tidak ingin laksanakan janji kamu itu. Saya
masih ingat lagi kamu datang ke pejabat saya meminta pertolongan dengan saya
untuk memajukan perniagaan kamu. Seorang pemuda yang dibelengu dengan hutang
kerana kegagalan dalam perniagaan. Saya sendiri dah berikan amaran kepada kamu
bahawa rancangan yang akan saya berikan itu amat mahal sekali dan kamu mesti
membayarnya. Kamu inginkan peluang kedua dalam perniagaan tapi kamu sendiri
tahu dunia perniagaan adalah paling kejam sekali daripada peperangan.” Kata Mr
M dengan tenang sekali.
“Kamu beriya-iya nakkan rancangan tersebut dan sanggup
membuat janji dengan saya untuk memberikan 50% keuntungan apabila kamu sudah
berjaya kelak.Sekarang kamu sudah capai apa yang kamu inginkan dan tiba masanya
kamu tunaikan janji kamu itu.” Tambah Mr M lagi.
“Saya tidak peduli apa yang kamu katakan, 50% tu bukan jumlah yang kecil sekali.
Saya tidak peduli saya tak akan membayarnya. Baik kamu berambus sekarang kerana
pegawai keselamatan dalam perjalanan ke mari untuk menyahkan kamu dari syarikat
saya ini.” Kata Encik Kamal dengan nada yang tinggi.
Kedengaran bunyi tapak kaki berhenti di luar pintu
pejabat Encik Kamal. Lalu pintu pejabat dibuka dan kelihatan dua orang pegawai
keselamatan datang. Encik Kamal mengarahkan dua pegawai keselamatan tersebut untuk
menheret keluar lelaki tinggi lampai berambut hitam yang panjang bertocang yang
mengenakan suit berwarna kelabu. Mr M
berpaling ke arah dua orang pegawai keselamatan tersebut, pandangan Mr M cukup
menakutkan dua pegawai keselamatan tersebut terpaku pada lantai sambil
bergetar-getar ketakutan.
“Saya tiada urusan dengan kamu, jika kamu teruskan juga.
Saya sendiri tidak janji kamu akan bernyawa lagi.” Kata Mr M kepada dua pegawai
keselamatan tersebut.
Encik Kamal menjadi berang apabila dia melihat dengan
sendirinya kedua-dua pegawai keselamatannya hanyalah terpaku tidak melakukan
apa-apa. Dengan marah, dia terus mengarahkan kedua-dua pegawai keselamatan
tersebut untuk menjalankan tugas mereka. Kelihatan jelas pada rupa paras
pegawai keselamatan tersebut ragu-ragu untuk melaksanakan arahan yang diberikan
oleh Encik Kamal. Dengan berat hati kedua-dua terpaksa melaksanakan arahan yang
kedua apabila Encik Kamal benar-benar marah kepada mereka.
Salah seorang daripada pegawai keselamatan tersebut
mengeluarkan kayu lalu terus menyerang Mr M, belum sempat kayu tersebut
mengenanya darah merah terpercik ke siling. Pegawai keselamatan tersebut
tersungkur jatuh ke lantai lalu mengerah kesakitan. Walaupun ketakutan ketika seorang
lagi pegawai keselamatan yang menyaksikan apa yang berlaku kepada rakannya, dia
terus cuba menyerang Mr M dengan sebatang besi. Namun nasibnya tidak baik
sekali apabila dia mengerat kesakitan dan darah mereh mulai memercik ke lantai.
Encik Kamal mulai menjadi panik dengan kejadian yang dia
sendiri saksikan tadi. Dia ingin melarikan diri akan tetapi pintu keluar sudah
disekat oleh sepasang kembar lelaki dan perempuan. Pasangan kembar tersebut
memasuki ke dalam pejabat tersebut lalu menutup pintu tersebut dengan rata
sekali sebelum menguncinya.
Encik Kamal terasa dia sudah terperangkap, dia menjadi
cemas apabila kedengaran bunyi jeritan daripada kedua-dua pegawai
keselamatannya. Bak! Bak! Krek!
Bunyi yang jelas sekali yang kedengaran datang daripada kedua-dua pegawai
keselamatan tersebut. Jelas sekali tengkorak kepala kedua-dua pegawai
keselamatan tersebut berlubang dan darah mengalir keluar tanpa henti manakala
jelas kelihatan pada mata mereka yang sudah dicungkil keluar.
“Bukankah saya dah berikan amaran tadi, kira nasib mereka
berdua mati di tangan saya sendiri. Encik Kamal tiada gunanya kamu nak lari.
Apa yang dijanjikan kena dilaksanakan juga jika tidak kamu bakal menerimanya jua.” Kata Mr M yang kelihatan dibasahi
dengan darah pekat dan juga jelas kelihatan pada kedua-dua tangannya adalah
mata milik kedua-dua pegawai keselamatan tersebut.
Keadaan menjadi lebih menyeramkan apabila Mr M menangkat
mata segar tersebut lalu menelannya satu per satu. Darah merah mengalir keluar
daripada mulut Mr M sebelum dia menyerikan barisan gigi yang tajam.
Encik Kamal mulai dilanda dengan ketakutan yang teramat
sekali, dia cuba menelefon polis akan tetapi usahanya dihalang oleh pembantu
wanita Mr M dengan merampas telefon yang berada di mejanya. Apabila dia ingin
menjerit meminta pertolongan akan tetapi usaha keduanya dihalang oleh pembantu
lelaki Mr M dengan menutup mulutnya. Encik Kamal sudah tidak tahu apa yang dia
ingin lakukan apabila kesemua usahanya gagal untuk melepaskan dirinya. Encik
Kamal mulai menangis ketakutan yang dia tahu yang dia bakal menerima nasib yang
sama dengan pegawai keselamatannya.
Dengan tiba-tiba, pejabat Encik Kamal menjadi gelap
padahal pada masa itu hari masih lagi siang. Encik Kamal sudah terpinga-pinga
serta ketakutannya sudah tidak dapat dikawal. Encik Kamal tergaman dengan
ketakutan apabila dia melihat beberapa pasang mata merenung tajam kearahnya.
Kesemuanya merah berkaca dengan setiap mata memandang tepat ke arah Encik Kamal
serta tambah menyeramkan lagi kelihatan gigi yang tajam mengerikan menuju ke
arah Encik Kamal yang sudah terpasung pada kerusinya. Encik Kamal cuba
melepaskan dirinya akan tetapi pegangan erat oleh pembantu Mr M semestinya
tiada tandingannya. Air peluh dingin menitis tanpa henti dari dahi Encik Kamal
manakala matanya terbeliek dengan 13 mata merah memandang tajam ke arahnya.
Kedengaran bunyi ketawa yang menyeramkan sekali datang daripada 13 anak mata.
“Tiada satu manusia pernah terlepas daripada tidak
menbayar, manusia sentiasa memungkiri janji mereka apabila mereka sudah
menerima kesenangan dan kejayaan pada hidup mereka. Kan senang sekali kamu bayar tapi ia sudah terlambat apabila nyawa
kamu sebagai bayarannya kerna kamu
sudah mungkiri janji.” Kata lembaga hitam yang mempunyai 13 mata dan gigi tajam
yang mengerikan.
Lembaga tersebut terus menyerang Encik Kamal, hanya
kedengaran bunyi jeritan daripada Encik Kamal.
Pada keesokkan harinya, keluar pada muka depan surat
khabar Harian. Mengenai kematian yang penuh tragis sekali buat seorang usahawan
produk kesihatan traditional. Encik Kamal Kamaruddin, usahawan muda ditemui
mati di kaki lima banguanan kepunyaan beliau. Kematian cukup tragis sekali
dengan tengkorak kepalanya retak serta matanya dicungkil keluar. Pihak Polis
mengatakan bahawa Encik Kamal telah membunuh diri selepas mereka menemui
sepucuk surat yang mengatakan bahawa Encik Kamal mendapati produknya mempunyai
kesan sampingan yang membuatkan pengunanya kelihatan lebih tua daripada usia
mereka yang sebenarnya serta membuat mereka menjadi senang sekali menhidapi
nyanyuk pada usia yang muda sekali. Encik Kamal mengambil langkah untuk
membunuh diri daripada menerima risiko buruk yang dia kelak terima.
Mayat Encik Kamal sudah dibaluti dengan plastik hitam dan
kelihatan beberapa pegawai forensik membawa mayat tersebut ke dalam van.
Dari jauh kelihatan Mr M bersama-sama dengan pembantunya,
tersenyum dengan apa yang berlaku kepada Encik Kamal. Kelihatan Mr M memegang
erat satu uncang merah dan ia kelihatan berat berisi.
“Tak mungkin, pihak forensik bakal menjumpai mata dan
jantung Encik Kamal.” Kata Jack, pembantu lelaki Mr M.
“Daripada nyawanya melayang kan senang dia bayar terus sekurang-kurangnya dia masih terselamat
lagi.” Sindir Jill, pembantu wanita Mr M.
“Manusia ketika mereka lemah mereka sanggup janji apa
sahaja akan tetapi apabila tamak mulai meresapi diri, segala janji-janji lama
akan dimungkari. Dah lewat mari balik ke pejabat, rasanya sebentar lagi
pelangan baru datang meminta bantuan. Dalam uncang nie nanti ia jadi santapan
ku nanti.” Kata Mr M kepada pembantu-pembantunya.
Kelihatan Mr M dan pembantunya berjalan masuk ke satu
lorong sebelum ghaib daripada pandangan mata umum.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan