Jam
mulai menunjukkan waktunya dekat 11.30 malam, satu per satu pelajar
mulai mengemaskan buku-buku mereka untuk beredar daripada
perpustakaan University.
Peperiksaan akhir semestar mulai dekat dan perpustakaan dibenarkan
buka sehingga tengah malam. Amin masih tekun lagi mengulang kaji dan
dia beberapa kali menolak pelawa rakan sekelasnya untuk pergi minum.
Dia lebih serius sekali bukan kerana apa dia ingin mendapat markah
cemerlang sahaja dan dia tidak gemar untuk bermain-main.
Keadaan
perpustakaan agak sunyi sekali, hanya kelihatan sebilangan kecil
pelajar sahaja kelihatan. Amin lebih gemar duduk di meja hujung
perpustakaan kerana ia lebih sunyi dan jauh sekali daripada gangguan.
Dia sering kali perasan dengan seorang lagi pelajar perempuan yang
duduk berdekatan dengan mejanya. Apabila Amin belajar pada lewat
malam di sana, dia sering melihat pelajar perempuan ini kerana
baginya pelajar tersebut cantik sekali.
Malam
ini, Amin mengambil kesempatannya untuk menyapa pelajar perempuan
tersebut. Dengan hatinya berdebar-debar, dia melangkah ke meja
pelajar tersebut lalu menyapanya. Kelihatan pelajar perempuan
tersebut senyum, Amin bagaikan hatinya dipanah cinta bukan main
dengan kecantikkan pelajar perempuan tersebut. Secara tak langsung,
Amin meminta kebenaran dengan pelajar tersebut untuk duduk di meja
tersebut dan pelajar perempuan tersebut membenarkannya. Amin mendapat
tahu bahawa nama pelajar perempuan ini adalah Rokiah, agak aneh
baginya seperti nama orang lama sahaja.
Ketika
Amin berada bersama-sama dengan Rokiah, dia ada perasan bahawa Rokiah
dengan penuh perhatian dengan satu muka surat sahaja pada buku yang
dibacanya malah dia tak langsung membelak muka surat seterusnya. Amin
berpendapat ada kemungkinan Rokiah lebih fokus kepada muka surat
tersebut kerana mengafalnya.
Dengan
tiba-tiba, pen kepunyaan Amin terjatuh ke bawah meja. Ketika Amin
pergi mengambilnya dia mendapati bahagian bawah badan Rokiah hanyalah
rangka kaki tidak berdaging dengan darah merah mengalir
perlahan-lahan. Amin terus menjadi pucat lalu meminta dirinya kerana
lewat dengan Rokiah secara tergesa-gesa. Rokiah masih tekun melihat
terus bersuara lalu mengatakan “Dah lewat ke atau dah tahu?” Amin
bagaikan tergaman apabila dia dengar kata-kata daripada Rokiah. Tanpa
membuang masa dia terus membuka langkah seribu dan dia juga terdengar
kata-kata tersebut sambil diiringi ketawa mengilai daripada Rokiah.
Selepas
itu Amin terus demam seminggu kira dia bernasib baik la tidak
menerima lebih teruk sekali walau agak sukar baginya ketika dia
menjawab kertas peperiksaannya. Amin benar-benar bersumpah yang dia
tidak lagi akan mengulang-kaji pelajarannya di perpustakaan pada
malam hari serta dia juga ragu-ragu apabila di siang hari juga kerana
dia sudah serik daripada terjumpa dengan Rokiah.
Malah
dia menjadi bahan ejekkan dengan rakan-rakannya apabila Amin berminat
dengan gadis tersebut tetapi ia adalah hantu. Semestinya Amin tidak
akan lupakan daripada ingatannya iaitu apabila Rokiah mengatakan “Dah
lewat ke atau dah tahu”.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan