Suasana M
Consultant Advisor Ltd, cukup kacau-bilau. Kedengaran beberapa bunyi das
tembakkan kedengaran. Beberapa pelangan yang menunggu giliran berjumpa dengan
Mr M, kelihatan ketakutan. Manakala pembantu-pembantu Mr M dikumpulkan
bersama-sama dengan pelangan Mr M, mereka berdua tidak mampu berbuat apa-apa
malah mereka tidak dapat menyelamatkan Mr M yang berada di dalam pejabatnya
yang menjadi tawanan kepada Ketua perompak bank.
2 anak buah kepada ketua perompak berjaga-jaga di luar
dan memastikan tiada kejadiaan yang tidak diingini daripada berlaku serta
mereka memastikan pihak polis tidak memasuki pejabat tersebut. Ketua perompak
tersebut tanpa henti memaki hamun di dalam pejabat Mr M. Adakala beberapa kali
dia menhalakan pistolnya ke arah Mr M. Mr M hanyalah kelihatan tenang sekali di
dalam keadaan yang huru-hara yang berlaku kepadanya.
“Ia adalah salah kamu, rancangan yang kamu bagi gagal.
Kamu punya pasal la 3 anak buah saya
terbunuh.” Marah ketua perompak tersebut.
“Bukan ka saya
sudah beritahu kamu balik-balik yang kamu ikut 100% dengan rancangan yang saya
telah buat untuk kamu. Tapi kamu melanggar dengan penjanjian kita berdua maka
ia bukan lagi tanggung-jawab saya dalam hal ini.” Kata Mr M dengan tenang sekali.
“Saya tidak langsung melanggar penjanjian kita, yang
sebenarnya rancangan yang kamu buat tu
gagal. Bukannya murah saya bayar untuk mendapatkan rancangan tu daripada kamu.” Marah Ketua
perompak tu lagi.
“Jangan kamu nak buang masa saya, kegagalan tu bukan berpunca daripada rancangan
yang saya dah aturkan akan tetapi kamu sendiri adalah punca kegagalan itu
sendiri. Kalau kamu ikut semestinya anak buah kamu masih hidup lagi malah kamu
juga dapat hasil rompakan tu juga bukan?” soalan yang berbau menyindir dari Mr
M.
“Malah anak buah yang terbunuh tu ingin merampas hasil rompakan tersebut selepas kamu berjaya
membawa hasil tu keluar. Dia ingin
membunuh kamu demi hasil rompakan tu
juga. Kira kamu bernasib baik bukannya kamu yang mati sebalik dia yang menjadi
mangsa. Itulah siapa yang gatal tangan sangat nak ambil rantai belian tu lagipun ia tiada dalam rancangan tu, terkantoi juga.” Kata Mr M lagi.
“Macam mana kamu tau
hal tu, kamu pun berada di sana ka? Ataupun kamu orang dalam bagi bank
tu ka?” soalan bertubi-tubi
ditujukan kepada Mr M oleh ketua perompak tersebut.
“Tidak la,
saya langsung tidak ke mana-mana. Lagipun saya ada cara ku sendiri untuk mengetahui apa yang kamu lakukan di bank semalam.”
Jawab Mr M dengan ringkas sekali.
“Tipu! Baik kamu beritahu saya sekarang atau kau nak anak
buah saya bunuh pembantu-pembantu kamu di luar sana ka?” Marah ketua perompak tersebut.
“Silakan, lagipun saya bukannya risaukan
pembantu-pembantu saya akan tetapi kamu sendiri kena risaukan anak buah
sendiri. Lagipun diluar pejabat nie
sudah kedengaran sunyi sekali dan rasanya mereka sudah berjaya lepaskan diri
mereka. Rasanya sebentar lagi kamu bakal dengar bunyi siren polis.” Kata Mr M
sambil tersenyum.
Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi siren polis berada di
luar bangunan. Ketua perompak mulai dilanda ketakutan apabila dia mula
mendengar bunyi siren di luar bangunan pejabat. Adakalanya dia sempat melihat
keluar dan mendapati kedua-dua anak buahnya sudah meniarap di atas lantai serta
kelihatan darah mengalir daripada kepala mereka.
Kedengaran bunyi amaran daripada seorang pihak polis yang
memgunakan pembesar suara ke arah pejabat tersebut. Mr M hanya la tersenyum manakala ketua perompak
tersebut sudah panik dan pistol pada tangannya tidak langsung dilepaskannya.
“Tiada guna lebih baik kamu menyerah kepada pihak polis
sekurang-kurangnya kamu masih hidup lagi, jika tak kamu bakal menerima nasib
yang sama seperti anak-anak buah kamu jua.” Kata Mr M.
“Kamu diam! Bagus lagi saya bunuh kamu sahaja sebab ia
berpunca daripada kamu juga. Kalau bukan rancangan kamu gagal semestinya saya
tak akan berbuat seperti sekarang nie.”
Marah ketua perompak sambil mengacungkan pistol ke arah Mr M.
Dengan perlahan-lahan Mr M bangun daripada kerusinya lalu
menuju ke arah ketua perompak tersebut.
“Semestinya kamu tertanya-tanya bagaimana saya tahu sebab
ia adalah salah satu rancangan saya. Saya dah awal-awal agak kamu akan gagal
dan saya sudah pun rancang jikalau kamu menjadikan saya tebusan. Itupun saya
dapat tau selepas kamu menjadi
tamak.” Kata Mr M.
“Saya tak peduli apa lagi yang kamu nak katakan biar saya
bunuh sahaja kamu sekurang-kurangnya saya boleh terlepas lagi.” Marah ketua
perompak tu lagi.
Belum sempat ketua perompak hendak lepas das tembakkan
kearah Mr M, dia mulai terkaku dengan apa yang dilihat di depannya. Ketakutan
mulai menghantuinya serta suaranya mulai tersekat pada kerongkongnya.
Didepannya Mr M memandang tajam ke arahnya dengan 13 mata merah menyala.
Mata-mata yang menyeramkan mulai keluar daripada dinding, siling serta lantai;
memandang tajam ke arah ketua perompak tersebut.
Ketua perompak tersebut pucat dengan ketakutan yang
teramat sekali, dimana-mana tempat dilihatnya ada beberapa jelingan mata
melihat ke arahnya.
“Tiada gunanya kamu nak lepaskan diri kamu lagipun pejabat
ini sudah dikepung oleh pihak polis dan ia sangat mustahil kamu untuk lepaskan
diri. Lagipun saya tidak boleh lepaskan kamu juga, nanti kamu akan menuduh saya
komplot bersama dengan kamu dalam hal rompakan semalam. Walaupun ia benar tak
mungkin saya lepaskan.” Kata Mr M.
Dengan tiba-tiba sekumpulan polis memecah masuk ke dalam
pejabat. Ketua perompak tu masih
lagi pucat ketakutan dengan keadaan Mr M dan tangannya masih memegang picu
pistol tersebut. Pihak polis memberi amaran kepada ketua perompak tersebut
untuk melepaskan senjatanya. Diluar pemikiran ketua perompak tersebut masih
melihat dengan jelas sekali Mr M masih memandangnya dengan 13 matanya yang
merah menyala serta memberikan senyuman yang cukup mengerikan sekali manakala
pihak polis tidak melihatnya kerana pandangan mereka adalah belakang Mr M.
Bang!
Satu bunyi das tembakkan mengena tepat pada kepala.
Dengan serta-merta tubuh menjadi kaku dan kesakitan yang teramat pedih sekali.
Darah keluar dengan deras dan harapan untuk selamat cukup tipis sekali. Ketua
perompak tersebut sudah rebah menyembah bumi apabila satu seorang daripada
pihak polis melepaskan satu das tembakkan ke arah ketua perompak yang pada masa
itu betul-betul mengacukan pistolnya ke arah Mr M.
Pihak polis terus tergesa-gesa masuk dan memastikan
bahawa ketua perompak tersebut benar-benar mati. Mr M kelihatan tersenyum
apabila dia melihat mayat yang terkujun kaku sebelum beredar dari situ selepas
diiringi oleh beberapa orang polis.
Jauh daripada pandangan orang ramai, pembantu-pembantu Mr
M jauh daripada pandangan umum selepas mereka memberi penerangan mereka kepada
pihak polis. Kelihatan jelas pada tangan pembantu-pembantu Mr M memegang
beberapa uncang merah yang ternyata yang mempunyai isi lalu diberikan kepada Mr
M. Malah Mr M pun turut memegang satu uncang merah juga sebelum dia mengambil 2
uncang tadi daripada pembantu-pembantunya.
“Bila masa Tuan ambil daripada ketua perompak tu bukan ka pihak polis berada di sana.” Soal Jack yang berasa hairan
apabila dia melihat Mr M ada satu uncang merah yang dibawa bersamanya.
“Abang nie
bukan kamu sudah lupa yang Tuan nie
ada caranya.” Perli Jill sambil menghulurkan uncang merah kepada Mr M.
“Maaf Tuan, lupakan apa yang saya soal tadi.” Mohon maaf
Jack kepada Mr M.
“Nampak buat sementara kita kena guna tempat lama untuk
terus berniaga, tempat baru kita nie
tidak boleh digunakan buat sementara waktu. Baik la kita pergi sekarang
kerna saya ada banyak rancangan perlu saya buat.” Arah Mr M kepada
pembantu-pembantunya.
Tak sampai beberapa saat mereka bergerak, kelibat mereka
terus ghaib daripada pandangan mata umum.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan