“Habis hancur, musnah dan mustahil untuk saya untuk
bangkit. Kesemua yang saya buat untuk mencapai ke peringkat ini bukannya mudah
sekali. Beribu-ribu wang saya kena korbankan.” Kata seorang lelaki yang berusia
dalam 50’an berlegar-legar dengan perasaan yang cemas.
Keadaan pejabat wakil rakyat tersebut yang menjadi tidak
menentu sekali. Kertas laporan penuh di atas meja malah ia turut bersepah-sepah
di atas lantai. Manakala di kerusi sofa
mengadap meja Encik Omar, kelihatan seorang lelaki berambut hitam sambil
bertocang pada belakang dan mengenakan suit kelabu. Disisinya kelihatan seorang
lelaki dan wanita yang kelihatan seperti sepasang kembar. Mereka hanya menunggu
dan menanti dengan tenang sekali.
Encik Omar sudah tidak tahu apa yang harus dia lakukan
apabila kesemua rancangan yang diberikan oleh Mr M sudah tidak menjadi.
Penyokong-penyokongnya mulai berpindah arah malah ada mereka bergaduh sesama
sendiri dan kerjasama yang dipupuk selamanya itu, hilang entah ke mana.
“Rancangan yang kamu buat sudah tidak boleh dipakai lagi.
Adakah menipu dengan saya? Rancangan kamu adalah rancangan menipu sahaja.” Kata
Encik Omar dengan berang sekali.
“Jangan kamu katakan bahawa rancangan saya tidak menjadi,
padahal punca itu datang daripada kamu sendiri juga. Dah saya katakan kepada
kamu bahawa kamu kena ikutnya 100%, jika tidak padahnya menimpah pada kamu
seperti sekarang ini.” Kata Mr M dengan tenang sekali.
“Tak mungkin saya mengikutnya 100% malah saya buat apa
yang tertulis pada rancangan tersebut juga serta saya pastikan hanya saya
sendiri yang menegtahui perihal rancangan tersebut.” Kata Encik Omar dengan
tegas sekali.
“Tak semestinya dari rancangan tu tapi sebaliknya kamu sendiri telah melanggar perjanjian yang
kita telah buat untuk memastikan rancanagan itu berjalan dengan lancar sekali.
Jangan kamu menidakkan ia kerna saya
tahu mengenai kamu mengambil duit tersebut.” Kata Mr M sambil tersenyum.
Encik Omar bagaikan terkejut dengan apa yang dikatakan
pleh Mr M bagaikan dia berada di situ ketika dia mengambil duit tersebut.
Bagaikan Mr M berada di sana padahal hanya dirinya seorang sahaja yang
mengetahui perihal tersebut malah penyokongnya sendiri tidak mengetahuinya.
“Tak, Tak mungkin kamu boleh tahu hal itu. Kamu spy saya ka?” soal Encik Omar yang ternyata pada nadanya rasa bersalah.
“Dah terbukti yang kamu terima rasuah, bukan ka perjanjian kita mengatakan kamu
kena mengikut 100% rancangan saya serta tidak akan mengambil rasuah dan ia akan
tidak menjadi. Kamu ingin menjadi wakil rakyat yang dikenali ramai bukan?” soal
Mr M dengan nada menyindir.
“Walau bagaimanapun ia adalah salah kamu juga kerna rancangan yang kamu berikan sudah
tidak menjadi, walaupun saya mengambil rasuah pun kerna kewangan mulai menyusut sebaliknya rancangan kamu memakan
wang saya tanpa henti sekurang-kurangnya saya masih ada wang masuk ke kewangan
saya sebaliknya rancangan kamu tidak pernah memberikan sebarang galakkan wang
masuk.” Perli Encik Omar untuk menyembunyikan kesilapannya.
Jack mulai hilang sabar dengan apa yang dikatakan oleh Encik Omar, yang dia
anggap kurang ajar baginya yang bagaikan menhina Mr M. Sebaliknya Mr M
menghalang daripada Jack ingin menumbuk Encik Omar, bagaikan Jack mengerti
maksudnya lalu menarik Jill untuk kearah pintu.
Encik Omar berasa hairan dengan kelakuan pembantu Mr M
apabila kedua-dua meninggalkan bilik tersebut dan meninggalkan Enciki Omar
dengan Mr M.
“Baiklah saya tunaikan kira saya ambil mudah sahaja.
Lupakan rancangan saya itu lebih baik saya pastikan kamu dikenali ramai.” Kata
Mr M sambil berdiri daripada tempat duduknya.
Encik Omar mulai berasa seram sejuk apabila keadaan bilik
pejabatnya mulai menjadi gelap dengan tiba-tiba, walaupun pada masa itu masih
lagi waktu siang hari. Encik Omar melihat kearah Mr M dan ternyata dia sudah
ghaib, dia mulai tercari-cari kemana dia sudah menghilangkan diri. Dengan
tiba-tiba kaki Encik Omar mulai bergegar dengan ketakutan apabila kelihatan
pada kelilingnya beribu-ribu mata berwarna hitam dan beranak mata merah
memandang kearah Encik Omar.
Kedengaran bunyi seram seperti bunyi ketawa yang terasa
dekat pada telinganya, hanya pada masa ituberibu-ribu memandang tajam kearah
Encik Omar serta keadaan yang yang serba gelap.
“Encik Omar kamu benar-benar ingin menjadi yang dikenali
bukan? Biar saya laksanakan ia, saya tak boleh terima penhinaan kamu terhadap
rancangan yang saya berikan kepada kamu.” Kata Mr M apabila dia muncul dengan
tiba-tiba di depan Encik Omar dengan menyerikan 13 mata merahnya serta
memberikan senyuman yang mengerunkan sekali dengan menunjukkan barisan giginya
yang tajam.
“Siapa kamu sebenarnya dan apa yang kamu hendak lakukan
kepada saya?” soal Encik Omar yang dalam ketakutan.
“Aku hanyalah dewa kuno yang teramat jahat sekali yang
manusia seperti kamu menyembah aku. Aku di dikenali sebagai Evil Eye. Sekarang tiba masanya aku
membuatkan kamu menjadi orang yang dikenali.” Kata Mr M.
Kedengaran bunyi jeritan Encik Omar daripada pejabatnya,
manakala pembantu Mr M yang tersenyum sekitka mereka mendengar kehadiran suara
jeritan tersebut.
Pada keesokkan harinya, mayat wakil rakyat ditemui mati
di dalam pejabatnya dalam keadaan yang tragis sekali. Matanya dirobek keluar
serta banyak darah mengalir tanpa henti darinya. Mayat Encik Omar ditemui oleh
salah seorang daripada pembersih bangunan yang pada keika untuk menjalankan
tugasnya untuk membersihkan pejabat
tersebut. Kelihatan sebuah trak hitam milik pihak polis menantikan mayat
Encik Omar mengusung masuk ke dalamnya.
Pihak Polis menyatakan bahawa kematian Encik Omar ada kaitan dengan pembunuhnya
dimana terdapat bukti ia adalah pembuatan dendam. Malah mereka menjumpai
sejumlah wang yang banyak di sebuah beg hitam yang ada kaitan dengan kes
rasuah.
Apabila pihak polis menyiasat lebih dalam, mereka
mendapati Encik Omar menerima rasuah untuk sebuah projek awam yang pada asalnya
dilarang meneruskan pembinaannya, sebaliknya ia diberikan lampu hijau daripada seorang wakil rakyat yang
tidak diketahui. Ia ternyata adalah pembuatan Encik Omar sendiri, wang daripada
rasuah tersebut akan disalurkan kepada kempen tabung pilihan raya kelak.
Dari jauh daripada pandangan umum, di kawasan yang
terlindung daripada pejabat Encik Omar. Kelihatan Mr M serta
pembantu-pembantunya berdiri melihat keadaan yang sibuk di tempat kejadian.
Malah kelihatan jelas pada tangan Mr M
adalah satu uncang yang ternyata berat sekali bagaikan ada sesuatu padanya.
Manakala pembantu Mr M hanyalah tersenyum apabila mereka tahu Mr M sudah
menerima bayarannya.
“Akhirnya Encik Omar menerima apa yang dia sendiri
kehendaki. Dia inginkan menjadi mereka yang dikenali akan tetapi dia tidak
dapat merasakannya sudah.” Kata Mr M.
“Jikalau dia mengikut rancangan itu semestinya dia dapat
apa yang dia kehendaki malah wang akan masuk dengan sendirinya, itu pun kalau
dia tidak langgar perjanjiaan dengan Mr M.” Kata Jack.
“Apabila manusia menjadi mulai tamat serta gilakan kuasa,
apa-apa yang dijanjikan akan dilupakan kerna
ia lebih bermakna buat mereka yang sudah sesat dengan kuasa.” Kata Jill.
“Itulah sebabnya mengapa kami sebagai dewa-dewi kuno
meninggalkan manusia ini apabila ajaran kami dihina. Ia membuatkan benci kepada
mereka ini, malah kami membalas perbuatan mereka dengan cara ini sahaja.” Kata
Mr M.
“Baiklah jangan kita membuang masa disini lagi, rasanya
pelanggan kita akan datang dengan sendirinya ke pejabat kita nanti. Saya sudah
dapat apa yang saya nakkan dan semestinya mereka tidak akan menemui semula
jantung Encik Omar itu.” Seruan Mr M.
Kelihatan pembantu Mr M hanyalah menangguk kepala mereka
sebagai menandakan mereka faham dengan seruan Mr M. Maka mereka bersama-sama
dengan Mr M berjalan memasuki satu lorong lalu ghaib daripada pandangan mata
khalayak ramai.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan