Kedengaran bunyi enjin bot berbunyi serta kelihatan
sepasang suami isteri di atas bot
berwarna putih. Jasper kelihatan kurang selesa dengan keadaan tasik tersebut
pada waktu malam. Manakala suaminya, James satu per satu memeriksa mata kail yang
bakal dia gunakan untuk memancing ikan. Adakala kedengaran bunyi Jasper
mengomel dengan suaminya kerana mengambil keputusan untuk memancing pada waktu
malam sambil berpeluk tubuh menahan kesejukkan malam.
Ikan sentiasa mengena dan tanpa henti James menaikkan
ikan-ikan tersebut ke dalam bot. Jasper terpaksa membantu suaminya menarik
ikan-ikan tersebut walaupun ia terpaksa menahan kesejukkan malam. James lebih
suka memancing pada waktu malam di Tasik Sirenity
kerana pada waktu siang ia padat dengan bot-bot yang lain untuk mencari
rezeki dan James terpaksa bergaduh untuk mendapat tepat yang bagus. Sejak dia
mengambil keputusan untuk memancing pada waktu malam serta rezeki masuk dengan
banyak sekali.
Pada asalnya rakan kongsi James, Joseph melarang keras James
untuk memancing pada waktu malam kerana ada kisah seram mengenai tasik tersebut
pada waktu malam serta ia agak menbahaya sekali. Akan tetapi nasihat tersebut
ditolak bulat-bulat oleh James kerana dia tidak mempercayai kisah-kisah dan
menanggap ia karut. Kebiasaan James akan pergi seorang diri oleh kerana pada
waktu malam ikan terus mengena umpannya dan agak sukar baginya seorang diri
untuk menariknya lalu dia mengajak isterinya untuk membantunya.
Ketika mereka sedang sibuk menarik umpan, kedengaran bunyi
seperti ada sesuatu dengan menyanyi dengan mendayu-dayu. Jasper mulai berasa
seram sejuk manakala James mulai tercari-cari dari mana datangnya bunyi
nyanyian tersebut kerana mereka tidak langsung membawa radio kerana khuatir ia
akan menyebabkan ikan akan lari. Apa yang mereka tahu bahawa hanyalah mereka
berdua berada di tasik tersebut.
Kedengaran bunyi air dipecahkan permukaannya, James terus
menyuluh lampu suluhnya ke arah bunyi tersebut dan dia ternampak ada satu
bayang-bayang di dalam air yang sedang menuju ke arah bot mereka. Jasper dan
James terus menjerit ketakutan apabila mereka melihat satu lembaga hitam dengan
rambut yang panjang dan bersisik seperti seekor ikan dengan mata yang merah
berkaca serta mulutnya menyerikan gigi yang tajam sekali. Jasper mulai menangis
ketakutan sambil menarik lengan suaminya, James tak sengaja menjatuhkan lampu
suluhnya ke lantai bot dan ia terus menyuluh tepat ke arah lembaga tersebut.
Jelas sekali lembaga tersebut menyerupai seperti ikan duyung yang mengerikan
sekali.
Pada keesokkan harinya, penduduk tempatan menjumpai bot
milik James terdampar di gigi tasik. Di dalamnya kelihatan mayat pasangan suami
isteri yang mati cukup mengerikan sekali dengan perut mereka terburai
bersama-sama usus terkeluar. Manakala ada kesan gigit pada tangan dan kaki
mereka malah sebahagian daripada isinya menunjukkan tulang bagaikan ia dimakan
oleh sesuatu. Lebih sadis lagi apabila kedua-dua dada mereka dirobek dan jantung
mereka diambil. Muka pasangan tersebut cukup mengerikan dengan matanya
terbeliak bagaikan mereka melihat sesuatu yang mengerikan datang menamatkan
riwayat hidup mereka berdua.
Setiap larangan ada sebabnya untuk mengelak daripada satu
kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Sekarang terpulang pada anda
kerana puaka yang tinggal di dalam tasik sentiasa menunggu mereka yang degil.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan