Kelihatan sebuah lori putih berhenti di depan sebuah
rumah lama 2 tingkat, keluar daripada lori tersebut sepasang suami isteri.
Alice kelihatan gembira sangat apabila dia melihat rumah tersebut dengan dia
mengukirkan senyuman lalu dia mencium suaminya Simon. Simon membeli rumah
tersebut dengan harga yang agak murah sekali daripada ejen hartanah adakalanya
dia sangsi mengapa ejen tersebut menjualnya dengan harga yang murah. Ketika
mereka memungah barang-barang mereka ke dalam rumah tersebut, ada beberapa
jirannya berada disitu sambil berbisik-bisik satu sama lain. Alice berasa
hairan dengan kelakuan mereka, lalu dia berjalan ke arah jiran hanyalah untuk
menyapa akan tetapi jiran tersebut terus masuk ke dalam rumah mereka
masing-masing kerana terkejut. Alice hanya mengomel dengan Simon dengan
mengatakan bahawa jiran mereka agak kurang ajar dan tidak sopan sekali, Simon
hanyalah menyenangkan isterinya untuk bersabar.
Walaupun mereka berdua sudah tinggal 3 hari di rumah
tersebut, jiran-jirannya masih menghiraukan mereka bagaikan ada sesuatu rahsia
yang disembunyikan daripada mereka berdua. Bermula kisah yang menakutkan mereka
berdua bermula apabila Alice bersendirian di rumah tersebut adakalanya dia
terasa pergerakkannya sering kali diawasi oleh sesuatu. Apabila mereka berdua
tidur, mereka sering kali terdengar bunyi seperti bunyi cakaran pada atap rumah
mereka dan juga bunyi rantai diheret di luar pintu bilik mereka berdua.
Ada sesuatu yang membuatkan Simon dan Alice bakal
ketakutan teramat sekali apabila pada malam ke-6. Alice terbangun daripada
tidurnya kerana kehausan lalu di turun untuk mengambil air minuman. Jam
menunjukkan 1 pagi, ketika Alice minum air dari ekor matanya dia terlihat
seperti satu lembaga putih berada berdekat dengan tepi tangga. Apabila dia
melihat untuk memastikan, gelas yang dipegangnya terus terjatuh berkecai di
lantai. Alice terus menjerit ketakutan dengan lembaga wanita bergaun putih yang
penuh dengan darah. Tanpa membuang masa, Alice terus berlari mendapatkan
suaminya yang masih lagi berada di bilik tidur di tingkat atas. Dari ekor
matanya, ternampak jelas wanita berambut panjang tersenyum yang mengerikan
sekali ke arahnya.
Simon terus terbangun daripada tidurnya apabila dia
terdengar bunyi jeritan daripada Alice. Simon terus bangun daripada katilnya
dan mendapati lantai tersebut menjadi basah dengan sesuatu belum sempat Simon
menghidupkan lampu mejanya. Pintu bilik dibuka dengan kuat sekali lalu Alice
mulai menangis ketakutan lalu berlari ke arah Simon lalu mendakapnya.
Kedengaran bunyi rantai diheret menuju ke arah bilik mereka, betul-betul dimuka
pintu adalah lembaga wanita berambut panjang paras pingang sambil bergaun putih
labuh yang penuh dengan bintik-bintik darah merah dan pada kakinya nampak jelas
rantai yang sudah berkarat. Lalu lembaga wanita terus berjalan masuk ke arah
Simon dan Alice.
Alice masih dalam ketakutan yang teramat sekali apabila
dia melihat lembaga wanita tersebut sambil memeluk erat pada suaminya. Simon
mulai menjadi pucat dengan ketakutan kerana dia nampak jelas sekali lembaga
wanita tersebut. Dengan perlahan-lahan lembaga wanita tersebut mulai mendekati
mereka berdua bagaikan cuba mencapai dengan mulut ternganga besar dan menangis
darah pekat.
Dengan semangat yang Simon ada, dia cuba mencapai ke arah
lampu meja yang berada di tepi katil. Dengan tiba-tiba lampu pada bilik
tersebut hidup apabila Simon menghidupkan dari sius lampu mejanya. Simon dengan
gerun sekali dengan apa yang dilihatnya iaitu lantai, dinding dan siling bilik
tersebut diselembungi dengan darah merah pekat dan ia masih mengalir keluar
tanpa henti.
Lembaga wanita tersebut terus mengilai dan darah terus
memercik ke mereka berdua sebelum berjalan ke arah katil. Simon sudah tidak
tahan perasaan ketakutannya lalu dia menarik isterinya untuk melarikan diri mereka
daripada lembaga wanita tersebut. Adakala kaki Simon dan Alice tersandung
dengan tangga kerana terlampau panik sekali untuk mereka melarikan diri.
Kedengaran bunyi mengilai datang daripada lembaga wanita tersebut dari belakang
mereka manakala dinding dan siling pada rumah tersebut mulai mengalir darah
keluar.
Apabila tiba pada muka pintu rumah mereka, Alice menjadi
lebih panik lagi apabila dia mendapati lembaga wanita berdarah mulai mendekati
mereka. Simon terus menarik Alice keluar daripada rumah tersebut, terus berlari
keluar daripada pintu pagar rumah tersebut dan meninggalkan kesemuanya
kepentingannya di rumah puaka. Simon menarik nafas lega apabila dia mendapati
lembaga wanita tersebut tidak lagi mengejar mereka keluar manakala Alice masih
menangis teresak-esak.
Dengan tiba-tiba mereka berdua disapa oleh seseorang
daripada belakang, Alice dan Simon berasakan nasib buruk mereka belum lagi
selesai. Mereka berdua cukup bersyukur apabila mereka dipelawa oleh jiran
mereka yang tinggal di depan rumah puaka tersebut untuk ke dalam rumah
tersebut. Pak Man serta Mak Bidah berasa simpati dengan apa yang dialami Alice
dan Simon dengan mempelawa mereka berdua untuk bermalam di sana.
Apa yang diceritakan oleh Pak Man, bukan hanya Alice dan
Simon sahaja pernah mengalaminya yang sebenarnya sudah 7 pasangan suami isteri
yang pernah tinggal di rumah tersebut mengalaminya. Rumah tersebut berpuaka
atas satu kejadian yang menyayat hati apabila ada satu suami bertindak tidak
keperimanusian apabila dia percaya isterinya curang kepadanya dengan merantai
kaki isterinya dengan rantai besi yang berat. Setiap malam si suami memukul
isterinya dengan kejam sekali, kedengaran bunyi meminta tolong dan pinta
simpati daripada isteri tersebut yang tidak bersalah. Akhirnya kerana jiran-jiran
sudah tidak tahan mendengar penderaan oleh si suami kepada isteri tersebut,
mereka terus menelefon pihak polis. Akan tetapi mereka sudah terlambat apabila
si isteri sudah meninggal dunia dengan penderaan yang teramat kejam sekali
dengan tengkorak kepalanya pecah dihentak pada dinding bilik tidur manakala
badannya penuh dengan luka-luka dan tulang pada tubuhnya banyak berpatahan.
Lebih dayus sekali apabila bayi yang dikandung oleh si isteri dikerat-kerat
oleh si suami selepas dia menarik keluar daripada perut isteri tersebut. Si
suami akhirnya ditahan oleh pihak polis kerana kesalahan membunuh dan apa yang
dikhabarkan bahawa si suami membunuh diri di dalam penjara.
Dikatakan bahawa roh ister tersebut masih lagi berada di
dalam rumah tersebut sehinggakan sesiapa sahaja pasangan suami isteri yang
tinggal di rumah tersebut akan meninggal rumah tersebut dalam masa seminggu. Ia
membuatkan ejen hartanah yang membeli rumah tersebut mendapat kesukaran untuk
menjualnya walaupun usaha untuk membersihkan rumah tersebut hanya menghasilkan
kegagalan. Akan tetapi ejen-ejen ini masih berusaha menjualnya walaupun mereka
sanggup menyembungikan hal yang sebenarnya.
Apabila Alice dan Simon mendengar perihal yang sebenarnya
daripada Pak Man, mereka berdua terus berpindah keluar daripada rumah puaka
tersebut sebelum menyaman syarikat ejen hartanah tersebut. Bagi mereka berdua,
yang penting mahal asalkan ia bukan murah yang bakal menakutkan mereka.
Terutamanya Simon dia sudah serik daripada membeli rumah yang murah.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan