Khamis, 5 September 2013

Bahana

Kelihatan seorang remaja lelaki berlari-lari ke arah rumah dengan perasaan gembira sekali, ditangannya dipegang erat sekali plastik membungkus seperti sebuah buku. Setiba sahaja Alex tiba ke rumah, semestinya dia berasa kepenatan apabila dia berlari terus ke rumahnya. Dia memakan dahulu makanan tengah hari yang ibunya masak pagi tadi sebelum keluar mencari rezeki. Sebaik sahaja Alex selesai memakan makanannya, dia terus menuju ke biliknya dengan perasaan yang tidak sabar.

Buku yang dia nanti-nantikan sudah keluar akhirnya walaupun siri itu dikiranya isu lompat. Adakalanya sebagai seorang peminat kepada karya bersiri Gerhana Malam yang ditulis oleh penulis kembara misteri yang terkenal sekali dengan nama penanya Pheo. Bagi Alex sendiri tidak mengenali penulis itu malah dia sendiri tidak kisah dengan nama asli penulis itu sendiri, yang penting sekali adalah gaya penulisan itu.

Di rak buku Alex tersusunnya siri Gerhana Malam dari 1-5 tidak nombor 4 kerana Alex baru sahaja membelinya. Alex cukup hairan apabila dia mendapati apabila penerbit buku Gerhana Malam terus mengeluarkan siri ke-5 bukan ke-4 tanpa sebab malah peminat-peminat yang lain turut merasakan keganjilan itu juga. Tanpa disedari selepas 4 bulan selepas keluarnya Gerhana Malam siri 5 keluar, siri ke-4 telah dikeluarkan.

Akhirnya hati Alex berdebar-debar membuka bungkus plastik pada buku tersebut kerana hatinya tidak mampu menahan dirinya untuk membacanya. Sebaik sahaja dia membuka bungkusan tersebut, dia terus berbaring pada katilnya dan memulakan bacaannya.

Pertengahan bacaannya karya Gerhana Malam siri 4 iaitu Kebenaran, Alex bagaikan rasa kurang selesa dengan apa yang dibacanya serta gaya penulisan penulis amat ganjil sekali. Dia terasa untuk memberhentikan pembacaannya akan tetapi bagaikan ada satu kuasa memaksa dia untuk membaca kesemuannya. Ketika dia membacanya rohnya bagaikan keluar daripada tubuh badannya dan terbang ke dunia Gerhana Malam.

Keadaan dunia Gerhana Malam ternyata suram sekali serta cahaya pari-pari ghaib daripada pandangan mata ia amat berbeza sekali ia sentiasa menerangi dunia tersebut. Tak kira persekitaran mahupun langitnya menjadi gelap tanpa sebarang cahaya menerangi. Alex semestinya kenal sekali dunia Gerhana Malam ketika dia membaca siri yang lain, apabila dia sendiri rasakan dirinya berada di dunia tersebut ternyata berlainan sekali dengan apa yang dibacanya. Alex melihat kelilingnya dia mendapati ada satu bangunan dimamah oleh api berwarna hitam manakala kota yang mengelilingi bangunan tersebut mengalami kemusnahan yang teramat tragis sekali.

Alex menjadi takut dan risau, tertanya-tanya kemana hilangnya penjaga-penjaga kota malah hero serta heroin bagi kisah gerhana malam sudah tidak kelihatan. Kemusnahan yang teramat teruk sekali dan ia berbeza sekali dia kisah-kisah terdahulunya yang indah bagaikan syurga serta ia sentiasa aman.

Alex cuba menyedarkan dirinya kerana dia tidak ingin menyaksikan kemusnahan yang tragis ini. Dia menanggap dirinya bermimpi dan dia ingin keluar dari mimpi ngeri ini. Walaupun usahanya tidak membawakan hasil untuk menyedarkan dirinya daripada mimpi ini maka dia mengambil keputusan untuk meminta tolong. Dengan perlahan-lahan dia menuju ke piung kota dengan harapan ada mereka yang masih hidup yang mampu memberitahu kepadanya untuk keluar daripada dunia Gerhana Malam.

Kelihatan banyak mayat-mayat bergelimpangan di dalam kota, mereka dibunuh dengan kejam sekali dan tanpa perasaan kemanusian langsung. Dengan tiba-tiba air mata Alex mengalir dengan sendirinya taktala melihat kemusnahan pada kota tersebut yang tidak disangka baginya.

Entah dari mana kedengaran ada orang meminta tolong dari bangunan pada tengah-tengah kota, sayup-sayup kedengaran suara yang lemah bagaikan nyawanya seperti kelak pergi.  Alex tergerak untuk mencari suara tersebut untuk membantunya serta memberitahu kepadanya cara untuk pergi dari alam ngeri ini.

Alex terkilan dengan keadaan kota yang hancur dan ia amat berbeza sekali dikhabarkan di siri ke-3, bagaikan ia adalah kisah disebalik kisah kota tersebut. Ketika dia mencari-cari jika terdapatnya orang yang masih hidup untuk keluar dari sana, dengan tiba-tiba ekor matanya melihat satu kelibat melintasi runtuhan bangunan.

Dia menjadi teramat takut apabila kedengaran bunyi dengusan serta bunyi tapak kaki yang teramat menakutkan sekali. Dengan perlahan-lahan Alex berpaling ke belakangnya,  dia terus berdiri kaku dengan satu lembaga yang teramat besar sekali yang berwarna jingga dengan sayapnya seperti seekor burung merah. Lembaga tersebut berapi-api dengan mulut seperti paruh yang penuh dengan gigi yang serba tajam sekali. Lembaga tersebut seakan-akan seekor burung merah bagaikan garuda tengah kelaparan. Matanya merah memandang tepat ke arah Alex yang berdiri kaku dengan ketakutan yang termat sekali. Ia mengeluarkan satu suara yang kuat sekali seperti seekor T-Rex mengaum sebelum menuju ke arah Alex.

Alex memberanikan dirinya untuk bergerak supaya dia dapat menyelamatkan nyawanya daripada terkorban. Dia terus berlari dengan sekuat hatinya dan lembaga garuda tersebut terus mengejarnya. Bumi terus bergegar dengan dahsyat sekali apabila garuda tersebut mengejar Alex.

Dengan tiba-tiba entah dari mana satu anak panah menikam tepat ke kepala garuda tersebut, lalu garuda tersebut mengaum kesakitan sebelum ia menyembah bumi. Alex terasa dirinya sudah selamat daripada ancaman Garuda dan dia terus tercari-cari penyelamatnya yang menyelamatkan nyawanya itu.

Alex mulai dilanda ketakutan yang teramat sekali apabila dia melihat penyelamatnya, sangkaannya jauh sekali meleset apabila dia melihat satu lembaga putih dengan sayap putih bagaikan malaikat berada di belakangnya. Darah merah pengalir deras dari sayap putih tersebut serta terdapat beberapa kepala yang dipancung diikat pada pinggang lembaga tersebut dan antara satu kepala yang dipenggal tersebut, Alex cukup kenali sekali ia adalah kepala heroin tersebut iaitu Ratu Alam iaitu pemaisuri kepada kota Dunia Gerhana Malam. Alex tidak menyangka ia akan terjadi sekali apa yang dia baca semestinya sebalik dengan kebenaran yang diterangkan pada depannya apabila lembaga yang Alex takuti adalah hero kepada siri Gerhana Malam yang diagongkan selamanya.

Alex sudah tidak boleh menerima kebenarannya dan ia cukup menyakitkan dirinya serta mentalnya untuk menerimanya. Siri-siri yang terdahulunya menceritakan mengenai persahabatan serta mementingkan kepada keadilan. Apa kebenaran yang diberitahu kepada dirinya tidak sama sekali sama dengan prinsipnya, Alex benar-benar tidak boleh menerima kebenaran apabila hero dia membunuh keseluruh warga kota malah membunuh sahabat baiknya atas nama keadilan.

Alex tidak boleh menerima kebenarannya apabila punca mengapa hilang  Heroin dari siri ke-5, kota tersebut tidak lagi menjadi tempat yang sering kali diceritakan dan kebenaran yang amat penting sekali apabila pembalasan buat Hero pada penhujung cerita apabila dia dibunuh oleh dewa langit kerana perbuatannya terdahulu.  Hero membunuh seluruh kota untuk membalas dendam dengan pembunuhan kaumnya oleh warga kota tersebut dan dia menyembunyikan identitinya daripada Ratu Alam untuk membalas dendam dengan perbuatan mereka sendiri.

Alex sudah berduka dengan kebenaran yang diberitahu kepadanya, dia tidak menyangka kebenaran pada gerhana malam sungguh tragis sekali. Hero yang dianggapnya orang baik rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia.

Tak habis-habis Alex menyangkal kebenaran yang dia tahu malah dia balik menidakkan kebenaran tersebut apabila dia melihat heronya di depannya menjadi kejam yang teramat sekali apabila dia membunuh kesemua warga kota tersebut dengan kejam sekali.

Alex terus mengambil besi patah di sebelahnya lalu terus menikam jantungnya, dia tak sanggup menerima kebenaran tersebut.

_ _ _

Sementara itu Ibu Alex baru sahaja balik daripada mencari rezeki, dia tercari-cari anak remajanya yang kebiasaannya akan menunggunya di ruang tamu. Ibu tunggal ini dengan tekun sekali menjaga anak tunggalnya selepas dia diceraikan oelh suaminya atas sebab dia tidak membenarkan suaminya berkahwin lagi. Walaupun pada masa itu Alex masih kecil lagi akan tetapi dia lebih memihakkan ibunya daripada ayahnya yang sudah lama mengabaikan dirinya serta ibunya atas sebab dia lebih mencintai perempuan lain.

Ibu Alex terus menuju ke bilik Alex untuk memberitahu bahawa dia ada membelikan makan malam mereka. Kedengaran bunyi yang aneh dari bilik Alex, dengan gerun sekali buat Ibu Alex apabila dia mendapati Alex telah menilkam dirinya bertubi-tubi dengan gunting. Darah pekat terpercik pada katil serta dinding bilik Alex, dengan perlahan-lahan Alex mulai menjadi lemah lalu jatuh menyembah bumi. Dengan serta-merta Ibu Alex terus menjerit nama Alex berkali-kali sambil memikul anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi.

***

Kedengaran pada berita di muka Tv mengenai kes membunuh diri yang amat membimbangkan sekali. Bukan satu atau dua akan tetapi dekat beribu-ribu telah membunuh diri. Ia berpunca daripada mereka membaca siri ke-4 Gerhana Malam iaitu Kebenaran. Sebaik sahaja mereka yang membacanya, mereka terus membunuh diri tanpa memberitahu sebab dan mengapanya.  Pejabat penerbitan buku Gerhana Malam diserbu oleh penunjuk perasaan yang amat berang dengan mereka yang menerbitksn buku tersebut dan menyalahkan mereka punca kematian ahli keluarga mereka tersayang terkorban. Pihak Polis terpaksa meleraikan penunjuk perasaan tersebut untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Manakala mereka yang menerbitkan buku tersebut talah menghilangkan diri mereka untuk mengelak daripada tindakan undang-undang. Manakala penulis Gerhana Malam dapat ditemui dan menjelaskan perihal yang sebenarnya di press conference.

“Saya langsung tidak setuju untuk mengeluarkan siri ke-4 iaitu kebenaran atas sebab peribadi. Saya telah menegaskan kepada penerbit saya agar tidak menerbitkan siri tersebut akan tetapi karya tersebut dicuri oleh pembantu saya dan diterbitkan terus tanpa persetujuaan daripada saya sendiri. Saya telah membuat laporan pada Pihak Polis mengenai kecurian tersebut malah saya ada membawa bukti yang saya ada membuat laporan tersebut.”  Kata Penulis Pheo sambil menunjukkan sekeping surat kepada para wartawan.

“Malah dalam perjanjian saya dengan syarikat penerbit ada mengatakan bahawa saya ada hak untuk tidak akan mengeluarkan karya jikalau saya sendiri tak ingin ia diterbitkan. Ia tertulis hitam putih pada surat perjanjian saya dengan syarikat penerbitan tersebut.” Kata Penulis Pheo lagi sambil menunjukkan surat perjanjiannya.

“Saya ada sebab mengapa siri ke-4, saya tak ingin ia dikeluarkan kerana ia adalah bahagian yang saya buang keluar daripada siri yang terdahulu. Saya sendiri tak sangka ia menjadi begitu tebal sekali apabila saya membuang bahagian tertentu tersebut. Kita manusia semestinya sukar sekali untuk menerima kebenaran bukan saya nak menyingung siapa pun tak ia adalah perihal yang sebenarnya. Saya sebagai penulis kena sembunyikan kebenarannya mengenai penulisan saya sendiri maka ia menjadi bahan reject saya.” Kata penulis Pheo dengan tenang sekali.

Pheo, jika apa yang kamu tu benar mengapa kamu tidak memusnahkan karya tersebut semestinya kes membunuh diri tak akan berlaku. Semestinya ia tidak berlaku bukan?” soal wartawan dengan tegas sekali.

“Pada asalnya saya ingin memusnahkannya akan tetapi ia adalah dari karya aku sendiri, semestinya saya tidak sanggup melakukannya. Saya tidak menyangka bahawa ia akan dicuri untuk kepentingan diri sendiri.” jawab Penulis Pheo dengan jujur sekali.

“Apa yang terjadi sekarang nie, adakah kamu bersalah dalam hal ini bukan jumlah yang kecil angka korbannya?” soal wartawan dari Warkah Rakyat.

“Ia bukan tanggung-jawab saya kerana saya tidak membenarkan mereka mengeluarkannnya malah saya telah menyaman syarikat penerbitan tersebut malah saya sendiri meminta penjualan buku tersebut dihentikan, ia terpulang mereka sama ada teruskan atau tidak. Yang sebenarnya keuntungan dari penjualan buku tersebut tidak pernah saya terima malah buku-buku terdahulu saya dermankan kepada kebajikan.” Jawab Penulis Pheo.

“Biar saya beritahu kamu semua bahawa, siri ke-4 sebenarnya tidak dibenarkan diterbitkan pada asalnya. Apabila mereka ini menghantarnya untuk penapisan di Lembaga Penapis, pengawai yang diberikan tanggung-jawab tersebut menemui ajal ketika membacanya malah bukan seorang tetapi dekat 5 orang kesemuanya. Syarikat penerbitan terpaksa membeli surat kebenaran palsu untuk membolehkan mereka menerbitkan buku tersebut. Semestinya ada di kalian kamu semua tertanya-tanya dimanakah saya mengetahui perihal tersebut bukan? Saya ada seorang kawan berkerja di Jabatan berkenaan dan dia juga yang melaporkan kepada saya mengenai buku tersebut. Dari situ la saya mendapat tahu karya saya dicuri.” Kata Penulis Pheo dengan tegas sekali.

Keadaan pada dewan tersebut mulai kacau-bilau sebaik sahaja mereka mendengar kenyataan daripada Penulis Pheo malah ada terus menelefon syarikat pemgeluar surat khabar untuk memberhentikan pengeluaran kerana mereka menerima berita hangat yang harus menjadi topik muka depan untuk keesokkan harinya.

Kelihatan beberapa pihak polis memasuki dewan lalu menuju ke arah penulis Pheo. Pihak Polis meminta kerjasama daripada penulis tersebut dengan kenyataan yang diberikan tadi kerana bagi mereka ia adalah isu yang berat dan ia boleh digunakan sebagai bukti untuk menangkap pembantu penulis serta penerbit tersebut. Penulis Pheo bersetuju untuk memberikan kerjasamanya lalu dia memberitahu bahawa press conference bahawa ia sudah tamat kerana dia akan mengikuti Pihak polis untuk memberikan kenyataan.

Ada beberapa wartawan tidak puas hati, terus-menerus menyoal penulis tersebut untuk mendapatkan info yang lebih lanjut akan tetapi persoalan tersebut dihiraukan apabila penulis keluar daripada dewan bersama-sama Pihak Polis.

_ _ _

Penjualan buku Gerhana Malam siri ke-4 diberhentikan dan ia menjadi bahan terlarang.  Malah buku-buku yang tidak terjual pula dihapuskan kesemuanya. Manakala tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada penulis buku Gerhana Malam kerana dia tidak bersalah dalam kes tersebut. Tak lama kemudian penulis telah menghilangkan dirinya dan tiada sesiapapun tahu kemana hilangnya penulis tersebut. Manakala syarikat penerbitan disita oleh kerajaan apabila pemilik syarikat tersebut menghilangkan diri.

Pembantu Penulis Pheo dan penerbit tersebut masih lagi tiada berita mengenai mereka berdua malah pihak polis masih giat mencari mereka berdua untuk dikenakan tindakan undang-undang. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa mereka berjaya melarikan keluar negara serta ada mengatakan bahawa mereka sudah meninggal dunia.

Dalam beberapa minggu, pihak polis berjaya menemui pembantu serta penerbit tersebut di rumah yang terbiar. Semestinya khabar angin tersebut adalah benar apabila pihak polis menemui mayat kedua-duanya dengan penuh ngeri sekali dimana mereka berdua telah membunuh diri dengan menikam jantung masing-masing ketika mereka berdua gantung leher mereka.

Selepas penemuan mayat tersebut satu lagi khabar angin berlegar-legar mengatakan bahawa ada beberapa orang yang membaca buku tersebut, terselamat menjadi mangsa korban membunuh diri. Mereka yang terselamat hanya mampu mengatakan bahawa mereka ini membaca amaran pada muka depan terlebih dahulu sebelum mereka membuka muka surat yang mereka harus baca sebelum memulakan pembacaan mereka. Dengan itu mereka terselamat daripada termasuk ke alam dunia Gerhana Malam.

Kelihatan jelas sekali pada muka surat pertama amaran yang perlu diambil kira sebelum memulakan pembacaan kisah pada buku tersebut. Walaupun ia dikira mengarut sekali sekurang-kurangnya pembaca terlepas daripada menjadi korban membunuh diri.

‘Dilarang sama sekali membacanya, jika kamu ingin juga membacanya kamu mesti membacanya sehingga habis jika tidak kamu bakal menerima sesuatu ajaran yang boleh mengambil kamu. Ini amaran terakhir berhenti membaca buku jika kamu masih sayangkan nyawa anda. Jika tetap berdegil juga sila baca pada muka surat 44, sekuat suara kamu sebagai perlindungan sebelum kamu memulakan pembacaan kamu. Ini adalah pengingatan terakhir jangan membacanya jika kamu tidak melakukan perlindungan tersebut.’

Pada muka surat 44, kelihatan beberapa potong ayat dileperkan pada sekeping kertas yang mengatakan.

‘Pelindungan bacaan ku dari pengambilan ku ke alam ngeri. Cahaya pari-pari terus menerangi alam.’

Bagi mereka yang tidak mengikuti langkah-langkah pelindungan tersebut semestinya menjadi mangsa korban membunuh diri malah mereka tidak langsung perasaan dengan kewujudan muka surat 44 daripada pandangan mata mereka bagaikan ia ghaib dari buku tersebut. Muka surat tersebut hanya muncul buat kali pertama apabila mereka yang perasan dengan amaran tersebut.

Jikalau mereka ini mengikuti langkah tersebut semestinya nyawa mereka tidak akan menjadi korban manakala mereka yang mengikutinya semestinya mereka adalah manusia yang bijak sekali dengan membuat keputusan yang boleh menyelamatkan nyawa mereka sendiri.

Malah terdapat perubahan ketara pada buku tersebut apabila muka bukunya pada asalnya berwarna merah mulai berubah warna, bagi mereka yang membunuh diri ia bertukar menjadi warna hitam manakala bagi mereka yang terselamat pula ia bertukar warna menjadi putih. Ia satu-satu keganjilan yang mereka tidak akan sedari.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan