Khamis, 21 Disember 2023

Yama Uba

 



Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Yama Uba. 

Yama Uba merupakan ahli sihir gunung serta juga syaitan dalam kepercayaan atau cerita rakyat Jepun yang tinggal di sebuah pondok di pergunungan dan akan memakan sesiapa sahaja yang bernasib malang dengan bertembung dengannya.

Ia mempunyai wajah wanita tua yang hodoh, bentuk wajah yang muncung, rambut yang serba kekuningan, pandangan yang tajam, berpakaian yang compang-camping serta mempunyai mulut yang ternganga luas dari hujung telinga kiri ke telinga kanan.

Pada asalnya dia hanyalah seorang wanita tua biasa yang tinggal di sebuah perkampungan di pendalaman Jepun. Tempatnya ditimpa musibah dimana kebuluran yang dahsyat berlaku dan menjadikan makanan menjadi sukar ditemui. Anak-anaknya tidak ingin memberikan dia makanan lalu mereka menghalau dia keluar daripada kampung dan meninggalkannya di kawasan hutan dengan harapan dia mati kebuluran.

Sebaliknya Yama Uba tidak meninggal dunia malah dia berjaya naik ke puncak gunung dan menemui perlindungan di dalam sebuah gua. Oleh kerana dia hidup bersendirian agak lama, dia menjadi kurang siuman dan pemakan daging manusia dengan membunuh sesiapa lalui kawasannya lalu memakan daging mereka. 

Dia membina sebuah pondok di dalam hutan dan hidup dengan menjadikan mereka yang tersesat di pergunungan sebagai mangsanya. Dia akan berpura-pura menjadi seorang wanita muda yang cantik dan memberikan perlindungan kepada mereka untuk bermalam mahupun berteduh di dalam pondok untuk malam tersebut. Sebaik sahaja mereka melelapkan mata mereka, Yama Uba akan membunuh da memakan daging mereka. Adakalanya dia akan menggunakan rambut yang mengerbang itu untuk mengikat mangsanya lalu menarik ke dalam mulut besarnya.

Terdapat cerita dimana diceritakan Yama Uba akan menawarkan dirinya untuk memimpin pengembara ke jalan yang betul. Sebaliknya, dia akan memimpin pengembara itu pada hujung tebing lalu menolak pengembara itu jatuh ke kematiannya pada dasar berbatu di bawah. Lalu Yama Uba dengan tergesa-gesa akan turun ke bawah tebing dan dengan rakus melahap mayat pengembara yang malang itu.




Khamis, 14 Disember 2023

Snake Woman

Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Snake Woman (Wanita Ular).

Snake women (wanita ular) atau "Nure Onna" merupakan urban legend Jepun mengenai sejenis mahluk yang ganas yang menyerupai seekor naga yang bertubuh atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya adalah ekor ular. Ia mempunyai mata seperti ular, lengan yang bersisik ular serta mempunyai kuku yang tajam, gigi yang serba tajam dan mempunyai rambut panjang yang cantik.

Ia sukar mencari mangsanya di kawasan perairan atau kawasan pantai dan mangsanya selalunya perenang dan nelayan. Apabila ia menemui mangsanya, ia akan keluarkan daripada air lalu melumpuhkan mangsanya dengan pandangan matanya. Ia akan menggunakan lidah ularnya yang panjang, menyedut keseluruhan dari dari tubuh mangsanya. 

Walaupun ia mempunyai tubuh yang panjang, Nure Onna mampu menyembunyikan dirinya di dalam kolam yang cetak. Ia akan menggunakan kecantikannya untuk mengumpan mangsanya untuk terjerat pada perangkapnya. Dia akan timbulkan kepalanya di atas permukaan air, berlakon sebagai seorang wanita meminta pertolongan daripada lemas. Apabila seseorang datang menyelamatkan dengan menyelam, ia akan bangkit dan menangkap mangsanya menggunakan kuku tajamnya lalu menarik mereka ke dasar laut. 

Apabila kamu terpilih menjadi mangsanya, ia menjadi mustahil untuk kamu melepaskan diri daripada genggaman Nure Onna. Ia akan kemunculankan dirinya dari jauh untuk menangkap kamu, cara terbaik untuk menjaga diri kamu dengan mengelakkan dari berjalan seorang diri di atas pantai pada waktu malam. 




Khamis, 7 Disember 2023

Betobeto - San

 Salam Malam Jumaat,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Betobeto-San. Ia adalah Hantu Jepun (Yokai) yang terkenal, dimana ia suka mengeluarkan bunyi tapak kaki mengekor kamu jikalau kamu berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun pada waktu malam

Pernahkah kamu merasakan perasaan seseorang mengekori? Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan yang teramat rapat di belakang kamu? Jikalau ya, kemungkinan tinggi ia adalah Betobeto-San. Ia adalah Hantu halimunan yang mengeluarkan bunyi tapak kaki mengekori kamu di belakang terutamanya pada jalan yang sunyi pada waktu malam.

Beto... Beto... Beto... Beto... 

Jikalau kamu mendengarinya, dengan lemah lembut mengatakan "Betobeto-San, osakini okoshi", yang bermaksud "Betobeto-San, sila lalu dahulu."

Di Jepun, ia salah satu hantu (Yokai) yang popular atas kerana ia tidak berbahaya dan ada segelintir kaum wanita beranggapan ia sebagai comel. Di Sakaiminato, terdapat patung arca Betobeto-San dan penduduk tempatan sering meletakkan duit siling pada mulutnya untuk menerima nasib baik.



Khamis, 23 November 2023

Little Finger

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan menyeramkan dari Jepun mengenai mimpi pelik. Ia adalah urban legend dimana sering dialami oleh Kanak-kanak dan remaja sahaja akan mengalami mimpi ini. 

Ia adalah permainan yang tergolong dalam kategori berbahaya. Kamu kena fikir. Masak-masak dahulu sebelum memainkan permainan ini (kecuali kamu adalah seorang dewasa). Tiada sebarang upacara, tiada lilin dan tiada sebarang bacaan mantera. Kamu sekadar kena dengar atau membaca cerita di bawah ini.

Amaran utama :

Jikalau kamu tidak ingin bermain permainan ini, jangan serta berhenti membaca sekarang ini juga.

Ia adalah sebuah certs mengenai satu mimpi 

Di dalam mimpi ini kamu berdiri pada tepi sungai. Tiba-tiba kabus tebal meliputi kesemuanya. Kamu melihat seorang wanita tua sedang membongkok bersebelahan dengan sebuah pintu gerbang. Wanita tua ini seperti tergesa-gesa dan terdesak mencari sesuatu dengan membelek - belek pada sekitar rumput panjang.

"Apa yang kamu cari?" tanya kamu

"Saya tengah mencari jari kecil" jawab wanita tua itu sebaik sahaja dia berpaling ke arah kamu.

Wanita tua itu menunjukkan tangan kirinya dan jari kecilnya telah hilang.

"Boleh kamu tolong carikan?" tanya wanita tua itu.

Kamu harus katakan "Ya" dan kamu harus mulai mencari jari kecil itu juga serta-merta.

Kamu kena cari jari kecil wanita tua itu, jikalau tidak. Kamu takkan mampu bangun dan sedar dari tidur kamu lagi. 

Sekarang kamu telah membaca cerita ini, kamu akan mengalami mimpi ini dalam masa 7 hari. 



Khamis, 16 November 2023

Telefon Hitam

 

Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai upacara menyeramkan atau permainan paranormal daripada Jepun. Ia mengenai "How to call the distortion room" atau dikenali "Bagaimana membuat panggilan ke ruang yang asing" yang menggunakan telefon hitam bukan menggunakan lif.

Untuk bermain permainan ini, kamu memerlukan pen, sekeping kertas, sebuah telefon lama berwarna hitam yang menggunakan dail berputar (Rotary) dan 2 utas tali hitam (melebihi 40cm).

Sebelum bermain:
  1. Hanya mereka di dalam rumah, adalah orang yang dibenarkan bermain permainan ini. 
  2. Rumah berkenaan sekurangnya mempunyai 4 bilik kesemuanya. 
  3. Tutup kesemua pintu dan tutup kesemua langsir di dalam rumah. 
  4. Tutup kesemua lampu di dalam rumah kecuali pada dalam bilik (atau lorong rumah) dimana telefon itu berada.
  5. Upacara ini akan gagal jikalau kamu mempunyai garam atau barang yang boleh menghalang atau me halau mahluk ghaib atau semangat jahat. 

Langkah-langkah :
  1. Ikat 1 tali dengan erat pada genggam telefon dimana menghalangnya daripada dikeluarkan. 
  2. Letakkan genggam telefon pada telinga dan mendail nombor ini 2-0-4-0-6-0-8-0. Letakkan genggam telefon, angkat dan dail nombor berkenaan 2-5-5-1-8-2-3,kemudian biarkan genggam telefon itu bergayut. Walaupun ada seseorang menjawabnya, jangan sesekali berbicara dengan mereka.
  3. Dengan perlahan dan senyap, pergi ke bilik berdekatan dan tutup pintu. Tunggu selama 1 minit. 
  4. Kembali pada telefon hitam dan ulang langkah 2 lagi. 
  5. Secara senyap, pergi ke bilik kedua berdekatan dan tutup pintu. Tunggu seminit. 
  6. Kembali ke telefon hitam dan ulang langkah 2 lagi. 
  7. Dengan perlahan dan senyap, pergi ke bilik ketiga berdekatan dah tutup pintu. Tunggu seminit. 
  8. Kembali ke telefon hitam dan dail nombor berkenaan 2-2-8-2-2.
  9. Dengan mata tertutup, pergi ke bilik keempat berdekatan dan tutup pintu. 
  10. Sebaik sahaja kamu masuk, gunakan tali hitam kedua dengan menyimpul angka 8 berganda pada tombol pintu. 
  11. Buka mata kamu dan jangan mengeluarkan sepatah perkataan pun,walau bagaimanapun keadaan sekalipun.
  12. Buka langsir. Jikalau kaca pada tingkap bertukar kepada warna hitam, bererti kamu telah berjaya memasuki ke dunia lain. (Seperti mana dikatakan oleh orang Jepun kamu berjaya memanggil ke dunia putar - belit / asing).

Macam mana nak menamatkan permainan?

Jikalau kamu nak kembali ke dunia nyata. 

  1. Cari nota yang mempunyai 8 digit nombor yang tersembunyi di dalam bilik.
  2. Apabila kamu menemui nombor berkenaan, tutup mata kamu, ulang balik digit nombor tersebut di dalam minda beberapa kali sambil memegang erat pada tali hitam yang diikat pada tombol pintu.
  3. Jangan menjawab jikalau ada yang berbicara dengan kamu jangan lepaskan tombol pintu, walaupun orang atau sesuatu cuba menarik tubuh badan kamu. 
  4. Ulang 8 digit nombor pada minda berulang kali, tidak kisah berapa banyak kali sekalipun. Sehinggakan kamu rasa seperti kembali ke alam nyata kemudian buka pintu. 
  5. Jikalau tingkap pada bilik lain masih hitam, bererti kamu belum kembali ke alam nyata. 

Kamu harus membakar nota yang mengandungi nombor berkenaan dalam masa 7 hari. Letakkan abu pada beg hitam atas bungkuskan ia pada kertas dan bawa bersama kamu sentiasa. 

Selepas ini, dikatakan, kamu akan mengalami kejadian pelik dan apabila kamu mengalami pengalaman pelik ini, dikatakan "Kebahagiaan kamu akan berkurangan."



Khamis, 9 November 2023

Bagaimana nak melihat Hantu

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan menyeramkan atau upacara dimana membenarkan kamu melihat roh mahupun semangat yang sudah mati.

Kamu boleh memainkan permainan ini seorang diri atau ingin mengetahui sama ada kamu mempunyai kelebihan dan kemampuan melihat benda halus. 

* Jangan salahkan saya jikalau kamu menyedari rumah kamu berpuaka, saya sekadar berkongsi sahaja.

Langkah-langkah :

  1. Kamu harus seorang diri di dalam rumah. Cari tempat yang sunji. Tidak kisah sama ada kamu duduk di kerusi mahupun baring diatas katil. 
  2. Tutup mata dan bayangkan rumah dimana kamu lahir dan dibesarkan. 
  3. Bayangkan kamu berdiri di luar rumah pada muka pintu utama. Buka pintu berkenaan dan berjalan masuk ke rumah. 
  4. Berjalan sekitar rumah mengikut arah jam, buka kesemua tingkap satu per satu. 
  5. Sekarang kembali dan mengikut jejak kamu semula langkah melawan arah jam dan menutup kesemua tingkap, satu per satu. 
  6. Tinggalkan rumah itu melalui pintu depan utama dan kemudian buka mata. 
* Jangan baca bahagian ini kecuali kamu telah menyempurnakan kesemua langkah di atas. 

Sekarang persoalannya:
Semasa kamu bayangkan berjalan pada sekitar dalam rumah, kamu ada perasaan kewujudan atau penampakkan lembaga di dalam bilik? 

Jikalau Ya, lembaga yang kamu lihat adalah Hantu 👻. 





Khamis, 2 November 2023

Howling Inunaki Tunnel / Terowong Melolong Inunaki

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban terkenal daripada Jepun mengenai Terowong Melolong Inunaki. 

Ia merupakan satu misteri samaada perkampungan Inunaki itu wujud mahupun rekaan semata-mata. Khabar angin itu bermula sejak secara online dari 1990an sampai ke hari ini. Dikatakan perkampungan ini terletak di kawasan pedalaman Inunaki di wilayah Kyushu's Fujuoka, ia adalah perkampungan yang terbiar dan terowong Inunaki merupakan satu - satunya jalan penghubung ke perkampungan ini.

Ada cerita yang mengatakan sesiapa sahaja yang memasuki perkampungan ini akan menerima nasib yang baru iaitu lebih kepada kematian. Mitos dan cerita turut mengatakan terdapat satu papan tanda rasmi mengatakan "System perundangan dan undang-undang Jepun tidak mempunyai kuasa selepas melintas kawasan ini." bererti sesiapa sahaja yang masuk, tanggungjawab ditanggung oleh diri sendiri dengan kejadian yang sebenarnya dan keseraman yang menakutkan yang bakal berlaku.

Kedengaran bunyi anjing menyalak dan bunyi sayup-sayup jeritan datang daripada dalam terowong.

Menurut cerita bahawa ia berpunca daripada Pembunuhan kejam yang pernah berlaku di dalam terowong Inunaki. Terowong itu agak terpencil dan jarang sekali digunakan, ia menjadi tempat popular buat geng untuk lepak. Pada satu petang pada Disember 1988, sekumpulan remaja telah menculik dan merompak serta menyeksa Umeyama Kouichi yang berusia 20 tahun sebelum membakar pemuda itu hidup-hidup di dalam terowong tersebut.

Sekarang terowong Inunaki atau "Terowong Lolongan Anjing" di dalam Jepun, dianggap salah satu lokasi yang paling keras dan menyeramkan di Jepun. Dinding bata dibina untuk menutup pintu masuk terowong ini (akan tetapi ada mereka tetap berdegil nak masuk juga). Penduduk tempatan mengatakan barang elektronik / peranti elektronik dan kenderaan sentiasa akan tidak berfungsi pada sekitar kawasan terowong dan kedengaran bunyi anjing menyalak dah suara bunyi jeritan datang dari dalam terowong.

Lagenda mengenai Terowong dan perkampungan ini menjadi Inspirasi kepada sebuah filem pada tahun 2020 "Howling Village" oleh Takashi Shimizu iaitu pengarah Filem Seram The Grudge.