Khamis, 13 Ogos 2015

Kisah daripada Ruby Hotel

Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan kepada kamu semua sebuah kisah yang saya dengar daripada my mom sendiri mengenai ketika mereka bermalam di Ruby Hotel. Semestinya ramai tidak tahu di mana hotel nie bukan? Ia berada di Kota Kinabalu, Sabah berdekatan dengan Kampung Air sana. Kebanyakkan akan tertanya-tanya apa kaitan hotel nie bukan? Dikatakan bahawa hotel tersebut berhantu di Sabah ataupun lebih jelas sekali di Malaysia apabila ia termasuk ke dalam carta hotel-hotel berhantu di Malaysia.

Berbalik kepada kisah yang saya bakal ceritakan kepada kamu semua, ia telah berlaku sebelum my mom retired daripada kerja di bank. Kejadian nie berlaku apabila my mom bersama-sama rakan sekerjanya ambil kursus di Kota Kinabalu. Ketika mereka nak balik penerbangan balik ke Sandakan dibatalkan oleh MAS sebagai balasan MAS hantar mereka tinggal di Hotel tersebut apabila ia sudah lewat dan tiada lagi penerbangan seterusnya.

Nasib baik la my mom tidak diganggu kecuali rakan sekerjanya apabila pada masa tu dekat tengah malam, A(kita bagi namanya la bukan yang sebenarnya) terjaga daripada tidurnya entah mengapa dia sukar untuk melelapkan matanya kalau letih bukan main. Dengan tiba-tiba kedengaran macam ada orang sedang mandi di dalam tandas yang pada masa tu ternyata gelap sekali. Yang membuatkan A dalam ketakutan apabila dia melihat pada tepi katil rakannya sebilik tengah tidur. A tidak tahu siapa yang didalam tandas dan bunyi air masih kedengaran. Selepas bunyi air tu terhenti dan kedengaran bunyi pintu tandas dibuka dengan perlahan-lahan.

A terus menjadi lebih takut sekali lalu menyelimutkan dirinya sampai tertidur. Dia dikejutkan oleh rakan sebiliknya yang menanyakan kepada A kalau dia ada pakai tandas awal-awal pagi apabila ternampak jelas lantai tandas basah dengan air yang mereka tahu semalam kedua-dua mereka tiada yang mandi. Maka apa yang A dengar tu bukannya mimpi dan ia benar-benar berlaku. Bersyukurlah apabila mereka hanya bermalam di sana hanyalah satu malam kalau lebih entah apa gangguannya. Kira kesemuanya jadi trauma mendengar kisah A dan tidak ingin lagi tinggal di hotel tersebut kerana tidak mahu menjadi mangsa, cukup seorang daripada keseluruhan bukan?

Akan tetapi kebiasanya setiap rumah tumpangan mahupun hotel sehingga inn semestinya memang ada tapi kita tak pasti di mana bukan. Lagipun bukan kesemua biliknya diduduki dan ia akan penuh pada masa tertentu sahaja. Tapi apa yang penting sekali sebelum masuk ke dalam bilik ketuk beberapa kali sebelum memberikan salam baru masuk, sekurang-kurangnya gangguan tu tidak berlaku juga.


Sekian.

Orang Kenit

Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan sebuah kisah yang saya dengan daripada mak cik saya sendiri ketika menumpang di rumahnya dahulu. Kisah nieberlaku kepada dirinya sendiri dan berlaku di rumah tu juga. Kisahnya hanyalah pendek sahaja ia adalah berkaitan dengan salah satu mahluk ghaib iaitu orang kenit. Ramai semestinya tidak tahu bahawa orang kenit nie kalau translate ke bahasa Inggeris adalah dwarf, gnome dan hampir-hampir macam hobbit juga. Kemunculannya sering kali perbualan masa dahulu dan penampakkan selalu berlaku akan tetapi sekarang ia jarang sekali menampakkan diri serta diceritakan. Orang kenit nie mempunyai kumpulan yang hidup bersama kira satu keluarga mahupun satu perkampungan. Ada pula memilih untuk tinggal bersendirian juga. Ada yang baik manakala ada juga yang nakal dengan mengganggu kita manusia. Tapi kebanyakkan tinggal berdekatan dengan hutan dan nak tahu kehadiran mereka melalui kewujudan cengkerang ataupun kulit siput di pintu gua kerana orang kenitnie suka memakannya.

Berbalik kepada kisah mak cik saya nie, tak pasti permulaan macam mana sudah sebab kisah nie saya dengar agak lama sudah. Apa yang saya ingat, orang kenit nie muncul dengan sendirinya di rumah mak cik saya nie apabila menjadikan semak di belakang rumah mak cik saya nie tempat tinggalnya. Orang kenit nie adakalanya membantu mak cik sayanie apabila urusan rumah dapat dilaksanakan dengan baik sekali malah ayam-ayam ternakan mak cik saya nie dijaga dengan baik. Sebagai balasan mak cik saya akan tinggalkan makanan berdekatan tempat tinggal orang kenit nie sebagai bayaran apabila ia sering kali membantunya. Tapi ia tidak lama apabila orang kenit tu tidak datang lagi kira berpindah apabila kediamannya bakal dimusnah dengan pembinaan kilang papan. Lepastu mak cik saya tak lagi langsung tahu apa yang berlaku kepada mahluk kenit nie lagi.


Ada banyak benda yang kita tidak tahu kewujudan mereka nie apabila mereka juga salah satu ciptaan Yang Maha Esa. Lagipun bukan kita sahaja sebagai manusia yang tinggal di dunia nie malah kita berkongsi bersama dengan mahluk ciptaan Tuhan yang lain. Kita sebagai manusia kena sedar-sedar juga dengan memelihara dan memastikan alam semula jadi kita terjaga sebab ia punca tempat tinggal bukan hanya kepada haiwan serta mahluk-mahluk yang lain apabila ia adalah amanat yang patut kita pegang.

Khamis, 6 Ogos 2015

Bertenggek di jemuran

Salam malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan sebuah kisah seram yang saya dengar daripada my mom. Kisah nie berlaku ketika mereka masih tinggal di Klagan ataupun di Nango, tak pasti di mana la. Dijadikan cerita ia adalah berlaku pada malam harinya pada masa tu mendiang nenek nie mengandung dan kira tunggu masa sahaja nak melahirkan anak (tak pasti siapa pada masa sebab kisah nie agak lama sudah maybe mak cik mahupun pak cik).

Dipendekkan ceritalah, pada masa tu mendiang nenek ada di rumah sementara tu dia terdengar ada bunyi macam dari luar rumah pada masa tu. Perasaan takut mulai menghantui maka dia meminta mendiang datuk untuk tolong tengok-tengokkan di luar rumah. Mendiang datuk terus ke luar, macam ada benda bertenggek di atas jemuran baju nie bukan satu tapi dekat 2-3 begitu sedang melihat ke arah rumah. Ada menyeramkan sekali "kepala" tu selihat ke dalam rumah dengan mata yang merah sambil air liur meleleh dari mulut.

Mendiang nenek tanya dengan mendiang datuk, tapi mendiang datuk tak bagi tengok hanya katakan ada benda "tu" diluar. Mendiang Datuk nie tahu juga sedikit ilmu (tidak hairan pada masa tu apabila banyak orang tua-tua ada ilmu di dada terutamanya tinggal di pendalaman dan kawasan yang baru diterokai). Ada benda mendiang Datuk buat tak lama benda tu lari la tapi benda tu tetap datang sehinggakan mendiang nenek melahirkan anak. Tapi benda tak dapat menyerang apabila banyak petua lama dan benda-benda yang menghalang "benda" tu daripada masuk ke rumah.

"Benda" tu tetap ada setiap kali mendiang nenek saya nie mengandung mahupun masa berpantang, tapi ia perkara biasa pada masa tu dikala di kampung. Ia tak dapat dielakkan apabila pada masa tu ilmu syaitan nie banyak diamalkan. Hanya petua-petua lama digunakan sekurang-kurangnya dapat juga mengelakkan daripada benda tu masuk mahupun menyerang.


Walaupun dunia kita serba moden tapi kita tidak tahu masih ada mereka yang mengalaman ilmu nie. Ada yang mereka ada ilmu nie sebab kepentingan diri sendiri manakala ada pula diturunkan sebagai saka serta ada pula dijangkiti. Maka berhati-hati sahaja lagipun setiap petua orang tua-tua nie agak mengarut apa ia ada sebabnya tersendiri tapi terpulang kepada kita nak percaya mahupun mengamalkan ia..

"Benda" yang dimasukkan adalah B punca 2 jadi faham2 sahaja la.

Khamis, 30 Julai 2015

Ia datang Menjaga

Salam Malam Jumaat semua, kali nie saya ingin ceritakan anda semua kisah yang saya dengar daripada beliau lelaki saya sendiri. Kisah nie berlaku masih lagi di rumah pertama mereka di kampung air. Tak pasti masa tu usia beliau saya nie berapa la kira masa dia muda.Dipendekkan ceritalah, pada masa tu berlakunya kematian (tak pasti sudah siapa yang meninggal kira saudara la). Sepatutnya malamnya kena berjaga apabila yang meninggal dunia tu meninggal ketika malam hari dan terpaksa dikuburkan pada keesokkan harinya. Semestinya bacaan yasin dikalangan saudara-mara, bila da tengah malam semua balik kecuali keluarga beliau saya la.

Pengurusan jenazah dijalankan dengan sempurna sekali apabila pada keesokkan harinya. Ia semua berubah apabila nie satu keluarga tidak tahu bahawa pada keesokkan harinya ada la satu kawan dah anggap macam keluarga sudah oleh keluarga beliau lelaki saya beritahu dan memarahi mereka kerna tidak berjaga semalam serta kesemuanya tidur dan tiada yang menjaga mayat jenazah tu. Rupa-rupanya si kawan nie ada menziarahi mereka semalam tapi bukan secara full kira kepalanya sahaja yang terbang ke sana. Dia nampak ada beberapa kepala lain bertenggek di atas bumbung rumah beliau lelaki saya nie dan bila-bila masa akan menyerang. Maka si kawan nie memberitahu jangan di apa-apakan sebab di bawah nie adalah keluarganya, tanpa membuang masa kepala-kepala yang lain terbang meninggalkannya dan tidak menyerang. Si kawan nie terus berjaga di sana dan memastikan tiada kepala yang lain datang.


Satu keluarga beliau lelaki saya nie terkejut dan kira bersyukur la ada yang berbuat demikian. Zaman dulu orang yang ada ilmu nie ada yang baik hati dan bersifat kekeluargaan, yang tidak menyerang sebarangan. Mereka nie tahu bahawa mereka ada ilmu tu tapi tahu mengawalnya. Tapi sayang sekali saya tidak tahu apa yang berlaku kepada si kawan saudara beliau saya nie dan apa sudah terjadi kepadanya. Mungkin kisahnie akan membuka mata dan pandangan kamu semua mengenai benda nie (saya masih tak berani nak sebut nama benda nie walaupun tinggal di bandar serta saya masih taboo menyebutnya apabila negeri yang saya tinggal nie cukup terkenal dengan hantu nie). 

Khamis, 23 Julai 2015

Menyerang di waktu siang hari

Salam Malam Jumaat semua, nie saya inginkan kongsikan kepada kamu semua kisah seram yang saya dengar daripada kakak sepupu saya sendiri yang dengar kisah yang bakal saya ceritakan kepada kamu semua nie daripada abang sepupu dimana dia melihat sendiri kejadian tu. Kisah nie terjadi kepada saudara beliau lelaki saya la.

Kejadian nie berlaku semasa di kampung kira mak saya baru sahaja lepas melahirkan saya di era 1980'an. Masa tu mak saya tinggal di kampung terletak di Kampung Karamunting, Sandakan. Macam masa tu Mak saya baru beberapa bulan lepas melahirkan saya kira masih berpantang la gitu. Lupa nak beritahu juga la biasanya keluarga saya nie ramai tinggal di kampung jadi ia perkara biasa la bagi keluarga berbangsa Brunei nie.

Dipendekkan cerita la, abang sepupu saya nie terdengar ada orang memberikan salam di luar rumah.

"Assalamualaikum... Assalamualaikum.."

Apabila abang sepupu tengok keluar kelihatan satu mak cik tua sambil membawa bakul yang didalamnya ada kuih. Ketika itu arwah nenek menyapu di ruang tamu, lalu menanyakan kepada abang sepupu saya siapa yang bagi salam. Abang sepupu hanya memberitahu bahawa ada orang mahu jual kuih.Apabila arwah nenek keluar, dengan tiba-tiba dia terus memarahi mak cik tua itu sambil mengangkat penyapu lidinya itu. Apa tidaknya pada wajah mak cik tu sudah berubah dengan matanya merah meliar melihat sana-sini terutamanya ke arah dalam rumah sambil air liur meleleh keluar daripada mulutnya itu.

Arwah nenek sudah tahu apa yang dihadapannya dan dia tahu ia adalah jelmaan benda tu(yang saya sendiri pun taboo nak sebut namanya, Kepala terbang). Benda tu datang menyerang diwaktu siang dan mangkin berani la pula nak mendapatkan apa yang ia inginkan. Dah kira Frust sangat la."Pergi kau dari sini, tiada saudara kau di sini. Pergi! Kalau tidak saya hambat kau pakai nie penyapu lidi!" marah arwah nenek saya nie.

Dengan perlahan-lahan mak cik tua tu terus beredar. Syukurlah la ada arwah nenek saya nie kalau tidak ada kemungkianan saya nie tidak hidup di dunia nie sama Mak saya juga. Asalanya arwah nenek sudah tau benda tu akan menyerang apabila rumah kampung kaminie sudah kena pagar dan benda tu tidak akan dapat masuk punya serta sepanjang masa mak saya mengandungkan saya nie, benda tu hanya bertenggek di atas bumbung rumah dan tidak dapat masuk ke dalam rumah. Orang tua-tua dahulu nie banyak ilmu mereka tahu terutamanya keselamatan keluarga.Walaupun kejadian nie sudah lama berlaku akan tetapi apa yang saya dengar-dengar di kampung saya nie masih ada benda tu yang sering kali mencari mangsanya. Walaupun kampung tu dah penuh dengan kilang-kilang minyak dan agak moden sedikit akan tetapi benda tu masih ada di sana.  

Bab 23 : Kisah yang saya sendiri baru dengar

Salam Malam Jumaat semua, sudah lama saya tidak post sebarang kisah seram utk malam nie apabila saya nie agak sibuk sedikit. Baiklah buat malam nie saya akan kongsikan beberapa kisah pendek yang berlaku kepada keluarga saya serta berlaku kepada diri sendiri yang saya belum pernah kongsikan sebab pendek sangat dan tak seram sangat.

Kisah-kisah nie saya dengar dari saudara-mara saya sendiri serta ada beberapa kisah pengalaman seram yang saya alami dan belum pernah menceritakan kepada sesiapa pun mahupun di dalam group. Kisahnya kesemuanya memang pendek dan singkat sekali.Disini saya ingin kongsikan tajuk-tajuk yang saya bakal ceritakan kepada kamu semua.
  1. Menyerang di waktu siang hari.
  2. Ia datang menjaga.
  3. Bertenggek di jemuran.
  4. Orang kenit.
  5. KIsah dari Ruby Hotel.
  6. Tanpa sedar.
  7. Hantu tinggi.
  8. Ketukkan di tingkap tandas. 
  9. Pintu jiran diketuk.
  10. Ada benda tersangkut di atas pokok.
  11. Bunyi loceng.
Sila nantikan kisah-kisah seram pendek nie pada setiap malam Jumaat, hanya nak beritahu bahawa ia tidak seram sangat.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,


Bacalah kisah saya.

Khamis, 16 Julai 2015

Salam Malam Jumaat semua

Maaflah agak lama saya tidak posting sebarang blog apabila sibuk dengan kerja dan sibuk selepas menjadi admin buat group di Facebook.

Walaupun saya sudah lama tak posting di sini tapi saya masih aktif posting di Facebook dan keadaan line internet yang tidak mengizinkan seperti Chipsmore. Saya akan bersambung posting pada masa yang terdekat ini. Boleh dikatakan penulisan cerita seram ada terhenti sebentar tapi saya lebih kepada research mengenai sejarah, lagenda dan kepercayaan.

Ada kemungkinan selepas Raya saya akan bersambung berkongsi lagi. Maaf jika saya sudah lama tak posting di blog ini khas buat mereka yang masih setia kepada blog ini.

Jika ada yang berminat sila masuk ke antara 2 group dimana saya menjadi admin iaitu "Cerita-Cerita Mistik dan Seram" dan "cerita-cerita seram dan misteri".

Sekali lagi saya memohon maaf dan Selamat Hari Raya semua.