Khamis, 23 Julai 2015

Menyerang di waktu siang hari

Salam Malam Jumaat semua, nie saya inginkan kongsikan kepada kamu semua kisah seram yang saya dengar daripada kakak sepupu saya sendiri yang dengar kisah yang bakal saya ceritakan kepada kamu semua nie daripada abang sepupu dimana dia melihat sendiri kejadian tu. Kisah nie terjadi kepada saudara beliau lelaki saya la.

Kejadian nie berlaku semasa di kampung kira mak saya baru sahaja lepas melahirkan saya di era 1980'an. Masa tu mak saya tinggal di kampung terletak di Kampung Karamunting, Sandakan. Macam masa tu Mak saya baru beberapa bulan lepas melahirkan saya kira masih berpantang la gitu. Lupa nak beritahu juga la biasanya keluarga saya nie ramai tinggal di kampung jadi ia perkara biasa la bagi keluarga berbangsa Brunei nie.

Dipendekkan cerita la, abang sepupu saya nie terdengar ada orang memberikan salam di luar rumah.

"Assalamualaikum... Assalamualaikum.."

Apabila abang sepupu tengok keluar kelihatan satu mak cik tua sambil membawa bakul yang didalamnya ada kuih. Ketika itu arwah nenek menyapu di ruang tamu, lalu menanyakan kepada abang sepupu saya siapa yang bagi salam. Abang sepupu hanya memberitahu bahawa ada orang mahu jual kuih.Apabila arwah nenek keluar, dengan tiba-tiba dia terus memarahi mak cik tua itu sambil mengangkat penyapu lidinya itu. Apa tidaknya pada wajah mak cik tu sudah berubah dengan matanya merah meliar melihat sana-sini terutamanya ke arah dalam rumah sambil air liur meleleh keluar daripada mulutnya itu.

Arwah nenek sudah tahu apa yang dihadapannya dan dia tahu ia adalah jelmaan benda tu(yang saya sendiri pun taboo nak sebut namanya, Kepala terbang). Benda tu datang menyerang diwaktu siang dan mangkin berani la pula nak mendapatkan apa yang ia inginkan. Dah kira Frust sangat la."Pergi kau dari sini, tiada saudara kau di sini. Pergi! Kalau tidak saya hambat kau pakai nie penyapu lidi!" marah arwah nenek saya nie.

Dengan perlahan-lahan mak cik tua tu terus beredar. Syukurlah la ada arwah nenek saya nie kalau tidak ada kemungkianan saya nie tidak hidup di dunia nie sama Mak saya juga. Asalanya arwah nenek sudah tau benda tu akan menyerang apabila rumah kampung kaminie sudah kena pagar dan benda tu tidak akan dapat masuk punya serta sepanjang masa mak saya mengandungkan saya nie, benda tu hanya bertenggek di atas bumbung rumah dan tidak dapat masuk ke dalam rumah. Orang tua-tua dahulu nie banyak ilmu mereka tahu terutamanya keselamatan keluarga.Walaupun kejadian nie sudah lama berlaku akan tetapi apa yang saya dengar-dengar di kampung saya nie masih ada benda tu yang sering kali mencari mangsanya. Walaupun kampung tu dah penuh dengan kilang-kilang minyak dan agak moden sedikit akan tetapi benda tu masih ada di sana.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan