Suasana kampung yang sunyi sepi dikala malam, dengan
tiba-tiba dipecahkan dengan bunyi tangisan bayi. Bunyi tersebut datang dari
salah satu rumah papan yang masih diterangi dengan cahaya lampu. Bukan satu
sahaja tangisan yang didengari tak sampai beberapa minit kedengaran lagi satu
lagi tangisan bayi. Pada ruang tamu kelihatan beberapa orang menunggu
kehadihadiran orang baru buat rumah papan tersebut, Chong sentiasa menanti
ketibaan anaknya yang sulung manakala isterinya Lian sedang bertarung nyawa di
dalam biliknya bersama dengan bidan kampung.
Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan datang daripada
bilik Lian bersalin. Chong berasa terkejut dengan bunyi jeritan tersebut lalu
mengetuk-getuk pintu bilik tersebut dengan perasaan yang agak cemas sekali.
Dengan tiba-tiba kelihatan keluar dari bilik itu adalah bidan dengan perasaan
takut, Chong berasa hairan mengapa bidan tersebut berbuat demikian yang tak
henti-henti menunjukkan jarinya pada bilik tersebut. Malah isterinya Lian turut
menjerit ketakutan bagaikan ada sesuatu yang menakutkan sekali berada di dalam
bilik tersebut. Tanpa membuang masa Chong terus memasuki bilik tersebut dan
mendapatkan isterinya yang dalam ketakutan, dia menanyakan mengapakah isterinya
ketakutan. Lian yang menunjukkan jarinya pada dua bungkusan yang mengandungi
bayi yang baru dilahirnya.
Chong dengan perlahan-lahan mendekati bungkusan tersebut
dan dia mendapati dia dikurniakan sepasang anak kembar satunya adalah lelaki
manakala satu lagi adalah perempuan.Chong tidak merasakan kelain pada bayi
tersebut lalu dia menangkatnya je arah isterinya itu. Lian masih dalam
ketakutan, Chong memujuk isterinya agar tidak gentar kerana bayi kembar
tersebut hanya biasa sahaja. Chong memberitahu kepada isterinya untuk membawa
anak kembarnya untuk diperlihatan kepada ibubapanya serta saudara-maranya
dengan kehadiran orang baru buat keluarganya. Lian pada asalnya menghalang
suami daripada berbuat demikian oleh kerana dia baru sahaja baru habis bersalin
Lian tidak mampu menghalang suaminya itu.
Ibubapa serta saudara-mara Chong berasa bimbang dengan
bunyi jeritan tersebut akan tetapi ia berubah apabila Chong membawa dua anak
kembarnya lalu ditunjukkan kepada mereka. Kegembiran mulai memenuhi ruang tamu
tersebut manakala ibubapa Chong tersenyum gembira yang mereka menerima bukan
satu tetapi dua sekali gus cucu kembar. Chong tersenyum bangga dengan kehadiran
anak kembar itu dan dalam hatinya dia tertanya-tanya mengapa isterinya berasa
takut dengan kehadiran anak kembarnya itu.
Dengan tiba-tiba kegembiraan itu tenggelam dengan bunyi
jeritan ketakutan malah beberapa saudara Chong terlampau takut sehinggakan
mereka lari keluar daripada rumah. Ibu Chong terus pengsan dengan apa yang
dilihatnya manakala ayah Chong sempat menyambut isterinya daripada terus jatuh
dengan kuat sekali. Chong mulai dilanda ketakutan apabila anak kembarnya yang
didukungnya dengan tiba-tiba membuka satu matanya dengan serentak sambil memerhatikan
dengan sepasang mata hitam beranak matakan merah menyala. Ia hanya seketika
sahaja sebelum ia tertutup dengan sendirinya.
Persoalan Chong sudah terjawab apabila dia tahu mengapa
isterinya dalam ketakutan dengan kehadiran anak kembarnya itu malah dia sendiri
turut merasai ketakutan yang teramat menyeramkan itu. Bagi Chong anak kembarnya
itu berbeza daripada anak-anak yang lain.
Khabar angin mulai tersebar ke seluruh kampung dengan
kehadiran anak kembar yang teramat ganjil sekali. Kebiasaan bayi yang baru
dilahirkan tidak mungkin akan terbuka matanya sebaiknya anak kembar Chong mulai
terbuka salah satu matanya dengan sendiri. Jika ia normal semestinya ia sesuatu
yang menakjubkan akan tetapi salah satu mata yang terbuka itu adalah mata yang
hitam beranak matakan merah bukan satu sahaja anak kembar itu memilikinya
sebaliknya kedua-dua memilikinya.
Ada yang mengatakan anak kembar tersebut adalah kelahiran
syaitan malah ada yang mengatakan anak tersebut adalah pembawa nasib malang. Ia
bukan sahaja orang kampung yang mengatakan begitu malah beberapa saudara Chong
bersependapat mengenainya. Oleh kerana kurang ilmu pendidikan, malah ibubapa
Chong turut menpercayainya dengan mengatakan anak kembar itu akan membawa nasib
malang buat keluarga tersebut.
Apa-apa yang buruk terus dipersalahkan anak kembar Chong sehinggakan
membuatkan Chong dan Lian turut berfikirkan anak mereka ini mengundang nasib
malang. Selama kehadiran anak kembar di rumah semestinya mereka juga
dipersalahkan walaupun ia berlaku secara kebetulan.
Anak kembar tersebut dilayan dengan teruk sekali oleh
ibubapa mereka sendiri malah mereka sering didera. Telinga mereka tidak pernah
mendengar ayat-ayat yang indah daripada mulut ibubapa mereka malah hanya keluar
ayat-ayat yang kurang enak yang boleh membuat sesiapa sahaja mendengarnya
terguris hatinya. Kasih sayang tak pernah dicurahkan kepada anak kembar itu
selepas Lian beberapa kali keguguran selepas dia melahirkan anak kembar
tersebut. Tambah memburukkan keadaan apabila Chong mulai menjadi pemabuk
apabila dia kalah dalam perjudian sehinggakan dia kehilangan sumber rezekinya
atas pertaruhannya sendiri. Semestinya dia mempersalahkan anak kembar itu
dengan memukul mereka dalam keadaan mabuk.
Anak-anak orang kampung tidak berani berkawan dengan anak
kembar tersebut, mereka terus-menerus membuli pasangan kembar itu dengan
kata-kata yang cukup menyakitkan sekali. Bermula daripada keluarga kembar itu
sehinggakan kepada orang kampung turut bersependapat bahawa kehadiran pasangan
kembar itu semestinya dikenali sebagai pembawa malang.
Kecuali seorang iaitu Nek Ba yang tinggal bersendirian di
hujung kampung, dia turut merasakan simpati dengan penderitaan yang dialami
oleh pasangan kembar itu kerana dia sendiri dipulaukan oleh penduduk kampung
itu. Selepas sahaja dia kematian suami dan anak-anaknya di satu kemalangan, Nek
Ba tinggal bersendirian dengan menyara hidupnya dengan menjual ubat-ubatan
traditional. Dia turut dikenali sebagai nenek kebayan bagi kampung tersebut.
Jika pasangan kembar itu kesedihan mahupun dianiaya hanya
disitu sahaja mereka bergantung malah Nek Ba menerima kembar tersebut seperti
cucunya sendiri. Semestinya kembar itu sentiasa kali diberitahu bahawa mereka
yang menyakiti pasangan kembar itu bakal menerima balasannya tersendiri,
walaupun pasangan kembar itu sering menanyakan kepada Nek Ba berkata begitu
akan tetapi Nek Ba yang tersenyum tanpa memberitahu sebabnya.
Kesemua berubah apabila pasangan kembar tersebut mendapat
memberitahu kepada Nek Ba mengenai sebuah mimpi dimana mereka diberitahu oleh
sesorang yang mempunyai ribuan mata yang mempunyai mata sama dengan kembar
tersebut bahawa mata mereka itu boleh melaksanakan pembalasan itu juga.
Nek Ba semestinya sudah tersenyum apabila dia mendengar
apa yang diberitahu oleh pasangan kembar tersebut ketika dia sedang nazak iaitu
ketika pasangan kembar tersebut berusia 5 tahun. Nek Ba memberitahu mata yang
ada pada mereka itu bukannya kecacatan sebaliknya ia adalah anugerah. Nek Ba
menasihati pasangan kembar tersebut untuk mengunakan anugerah tersebut untuk
melaksanakan pembalasan.
Pasangan kembar tersebut memahami apa yang dimaksudkan
oleh Nek Ba selepas dia meninggal dunia. Mereka boleh melihat sesiapa pun yang
jauh mahupun disebalik dinding. Orang yang diperhatikan itu bakal terseksa
dengan perlahan-lahan.
Pasangan kembar tersebut memcubanya pada anak ketua
kampung yang sentiasa membuli mereka berdua. Dengan perlahan-lahan anak ketua
kampung mulai berubah daripada seorang yang berani kepada seseorang yang
mengelabah dan sering kali dalam
ketakutan. Tak sampai seminggu anak ketua kampung ditemui mati lemas selepas
terjatuh ke dalam perigi ketika mengambil air. Heboh satu kampung apabila anak
ketua kampung itu sering kali dihantui sepasang mata hitam beranak matakan
merah sebelum dia menemui ajal.
Pasangan kembar itu dipukul separuh mati apabila ibubapa
kembar tersebut mengetahui bahawa kematian anak ketua kampung ada kena mengena
dengan pasangan kembar itu. Dalam kesakitan dan kelaparan, pasangan kembar itu
dikurung oleh ibubapa mereka sendiri. Pintu diketuk bertalu-talu dan pinta
mereka langsung tidak dihindari. Pasangan kembar tersebut berpelukkan satu sama
lain dan menanggung kesakitan yang dialami oleh mereka.
Dengan tiba-tiba sekitar tengah malam, pasangan kembar
tersebut dikejutkan dengan cahaya kemerah-merahan seperti api. Apabila mereka membuka
mata, kelihatan beribu-ribu mata memerhatikan mereka berdua yang sama dengan
apa yang mereka pernah mimpikan dahulu. Pasangan kembar tersebut dalam
ketakutan dengan ribuan mata tersebut di dalam bilik yang gelap. Kemudian
keluar mulut yang besar yang diserikan dengan ribuan gigi yang serba tajam.
Pasangan kembar tersebut berpelukkan ketakutan dan mereka berasakan ada
kemungkinan mereka akan menemui ajal kelak.
Kedengaran suara yang baik keluar daripada mulut raksasa
tersebut yang mengatakan kepada pasangan kembar itu supaya tidak takut kerana
dia datang untuk membantu. Pasangan kembar tersebut agak was-was dengan apa
yang dikatakan oleh ribuan mata tersebut. Mahluk tersebut datang memberitahu
kepada pasangan kembar itu untuk mengunakan mata mereka untuk menghukum ibubapa
mereka serta penduduk kampung tersebut. Ribuan mata tersebut menambah lagi
pasangan kembar tersebut kena memakan muatiara merah hitam untuk mereka berbuat
demikian.
Pasangan kembar itu akur dengan permintaan makhluk
tersebut tanpa berfikir panjang lalu dengan perlahan-lahan mereka mencapai
mutiara yang terkeluar daripada salah satu mata mahluk tersebut. Sebaik sahaja
mereka memakannya, mereka terasa panas sekali terutamanya pada mata mereka.
Lalu mahluk tersebut mengarahkan pasangan kembar tersebut untuk mengunakan mata
mereka pada ibubapa serta penduduk kampung.
+ + +
Lian terbangun daripada tidurnya apabila dia merasakan
badannya menjadi panas dengan tiba-tiba. Dia mendapati suaminya Chong tidak
berada ditempat tidurnya itu. Lian terus mencari kemana hilangnya suaminya lalu
keluar daripada bilik tidurnya. Chong berdiri kaku dengan wajah yang pucat
tidak berdarah sambil menunding jarinya ke arah dinding rumahnya. Lian terus
menjerit ketakutan apabila dia melihat sepasang mata hitam beranak matakan
merah api memerhatikan mereka itu. Lian cuba menarik suaminya untuk melarikan
diri akan tetapi Chong langsung tidak tergerak walau seinci pun. Lian terus
menjerit apabila dengan tiba-tiba Chong mulai terbakar dengan sendirinya. Lian
terus cuba keluar daripada rumah tersebut akan tetapi dia mendapati pagar rumah
sudah dikunci, usahanya mencari kunci tersebut gagal apabila rumah mulai
dijilat api serta kedengaran bunyi jeritan daripada Chong kesakitan yang
teramat bila dia dimamah api.
Lian kedengaran bunyi letupan daripada rumah jirannya dan
dia mendapati rumah jirannya mulai terbakar malah sekitar kampung mulai
terbakar. Kedengaran bunyi jeritan meminta tolong mulai berkumandang di seluruh
kampung. Langit mulai diwarnai dengan kemerahan daripada bahana api yang
teramat marak sekali.
Lian terasa ia ada kaitan dengan anak-anak kembarnya itu
lalu dia tergesa-gesa membuka kunci pada bilik anak kembarnya itu. Lian dilanda
ketakutan yang teramat sekali apabila dia melihat beribu-ribu mata hitam
beranak matakan merah sedang memerhatikannya malah anak kembarnya tu turut
memerhatikannnya. Lian terasa tubuh
badannya mulai menjadi panas dengan tiba-tiba dia turut dimamh dengan api yang
membara. Lian cuba menepis api tersebut akan tetapi api tersebut bertambah
marak lagi.
Dengan perlahan-lahan rumah anak kembar tersebut sudah
dijulangi dengan api serta kedengaran bunyi tangisan serta meminta tolong
kedengaran diseluruh kampung. Pada keesokkan harinya, kesemua penduduk kampung
serta itu ibubapa anak kembar tersebut menjadi mangsa korban kebakaran yang
memusnahkan keseluruhan kampung. Hanya pasangan kembar itu sahaja yang
terselamat daripada menjadi mangsa kepada kebakaran yang teramat dahsyat dalam
sejarah.
Pihak berkuasa menemui pasangan kembar tersebut menangis-nangis
berdekatan sebuah perigi di belakang rumah mereka. Terdapat kesan melecur dan
terbakar pada tubuh badan mereka ini. Apa yang diberitahu bahawa pasangan
kembar tersebut terselamat apabila ibubapa mereka mengorbankan diri mereka
untuk menyelamatkan anak mereka itu. Dan pihak berkuasa percaya dengan apa yang
dikatakan oleh pasangan kembar tersebut, itu pun apa yang mahluk beribuan mata
tersebut katakan kepada pasangan kembar itu kepada pihak berkuasa. Kesan
melecur dan terbakar tersebut hanya ilusi semata-mata untuk mengaburi mata
orang lain yang dibuat oleh pasangan kembar tersebut.
Pasangan kembar tersebut dirawat sebelum dihantar ke
sebuah rumah anak-anak yatim. Pasangan kembar tersebut diberikan nama yang baru
iaitu Jack bagi kembar lelaki manakala Jill kepada kembar perempuan. Pada
asalnya Jack dan Jill ada nama asal mereka oleh sebab mereka tidak menyukai
nama yang diberikan oleh ibubapa mereka yang bermakna tidak baik. Mereka
mengambil kata-kata daripada mahluk tersebut untuk berpura-pura trauma
sehinggakan mereka terlupa nama asal mereka.
Jack & Jill mulai memanjangkan rambut depan mereka
untuk menutup mata mereka itu. Apabila diberikan asalan untuk menyembunyikan
kesan melecur pada wajah mereka. Dan semestinya alasan tersebut diterima tanpa
difikrkan panjang.
Kehidupan pasangan kembar tersebut di rumah anak-anak
yatim bukan yang indah adakala mereka dipinggirkan serta dibuli oleh beberapa
anak yatim yang lebih tua sedikit tanpa penjaga rumah anak yatim tersebut
ketahui. Jack & Jill terasa bagaikan mereka hidup semula di kampung asal
mereka apabila mereka dianiaya oleh pembuli tersebut.
Jack & Jill membalasnya dengan cara mereka lakukan
ketika mereka di kampung asal mereka. Bukan terus membunuhnya sebalik mereka
yang menyeksa pembuli tersebut dengan memerhatikan mereka ini menggunakan mata
tersembunyi itu. Mereka yang membuli pasangan kembar tersebut mulai berubah
sikap dengan menjadi lebih paranoid
serta sering kali dilanda ketakutan. Satu per satu pembuli tersebut mulai mati
satu per satu daripada kemalangan jalan raya sehinggakan kepada membunuh diri.
Penhuni rumah anak-anak yatim tersebut mulai dilanda
ketakutan apabila ada yang ternampak sepasang mata hitam beranak matakan merah
memerhatikan setiap perbuatan mereka itu. Akan tetapi mereka agak bernasib baik
ia berlaku sekali-sekala dan tiada sebarang kematian daripada berlaku.
Apabila Jack & Jill sudah menjadi dewasa, adakalanya
mereka mengunakan mata mereka itu untuk membunuh orang yang mereka bencikan.
Oleh kerana mereka ini bukan daripada mereka yang atasan, adakala mereka yang
berada di atas sering kali meniaya mereka yang bawah daripada mereka mahupun mereka yang berbeza daripada mereka
sendiri.
Mangsa-mangsa Jack & Jill selalu akan membuat perkara
yang tidak baik mahupun disengajakan ataupun sebaliknya. Satu persamaannya
adalah mereka akan ternampak mata hitam beranak matakan merah itu daripada
pasangan kembar itu sebelum mereka akan dihantui oleh mata puaka tersebut
sehinggakan mereka menemui ajal berteman sebuah lagu berirama London Bridge.
We will be always watching
you,
Watching you,
Watching you,
We will be always watching
you,
Until you die.
***
Jack jelihatan termundar-mandir mencari jalan dekat ramai, mereka menjadi korban sejak wajah mereka berdua terpampang pada muka media.
Jill mulai keletihan apabila dia bersama-sama Jack selalu menggunakan mata
puaka mereka untuk membunuh. Semenjak pihak polis mengeluarkan gambar mereka
berdua, mata mereka sering kali melihat mereka yang menjadi pemberi maklumat
kepada pihak polis. Ia berlaku tanpa disangkakan sehinggakan kehidupan mereka
terganggu apabila mereka terasa gentaran daripada mata mereka adakala ia
menyakitkan sekali.
Jill sudah muak membunuh akan tetapi dia bersama
kembarnya Jack terpaksa berbuat demikian apabila wajah dan rahsia mereka sudah
terbongkar. Adakala pasangan kembar tersebut sudah letih dengan ilusi yang
mereka kena buat dan mereka terpaksa hidup dalam kepura-puraan.
Kesemuanya berubah apabila mereka ditemui seorang lelaki
muda dengan berkaca mata berambut hitam bertocang dibelakangnya dan mengenakan
suit kelabu. Jack & Jill berjumpa apabila mereka sudah buntu mencari jalan
penyelesaian. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Andrea
M. Eyelive ataupun lebih dikenali sebagai Mr M. Mr M sudi menolong
mereka berdua dengan satu rancangan yang membolehkan kembar tersebut dapat
hidup tanpa diganggu serta masalah mereka yang dibebani akan selesai jua.
“Mr M, benar ka
rancangan kamu akan berjaya?” soal Jack dalam ragu-ragu.
“Jack, kita terima sahaja la lagipun ia kira penghabisan juga.” Kata Jill dengan confident dengan rancangan yang
dirancang oleh Mr M.
“Kamu tidak perlu risau kerna sayya janjikan ia berjalan
dengan lancar hanya kamu perlu ikut keseluruhannya tanpa berfikir dua kali.”
Jawab Mr M sambil tersenyum.
“Terima sajalah Jack, ini sajalah jalan yang kita ada.”
Pujuk Jill lagi.
“Nanti tak mungkin kamu berikan kami secara percuma
bukan? Apa bayaran yang kami kena jelaskan nanti?” soal Jack apabila dia terasa
bagaikan ada udang di sebalik batu.
“Semestinya service
saya ini bukan murah sekali tapi bagi kes kamu berdua pula agak unik sekali.
Saya nak ambil kamu berdua bekerja dengan saya ataupun sebagai perantis saya
sendiri.” Jawab Mr M sambil tersenyum.
“Ambil kami berkerja? Kamu tidak kenal ka siapa kami berdua? Kami sekarang
diburu polis.” Kata Jack sambil menarik Jill berdekatan dengan dirinya.
“Semestinya saya tahu siapa kamu berdua lagipun saya
sudah kenal kamu berdua agak lama. Kebolehan
kamu berdua cukup bermakna kepada saya terumatanya urusan ini.” Kata Mr M.
Jack agak terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Mr M
dan sangkaannya yang Mr M ada agenda disebaliknya. Jill bagaikan mulai memahami
apa yang difikiran oleh kembarnya Jack dengan perbuatan yang mereka harus
lakukan. Lalu Jack & Jill menyembunyikan mata normal mereka di sebalik rambut
yang disengajakan dibela panjang. Dengan perlahan-lahan mereka membuka mata
puaka itu lalu memandang tajam ke arah
Mr M dengan pandangan mata hitam yang beranak matakan merah darah.
Mr M bagaikan tidak takut mahupun gentar apa yang dibuat
oleh Jack & Jill, Mr M hanyalah tersenyum sebelum mulai ketawa dengan
menyeramkan sekali. Dengan perlahan-lahan senyuman itu bertambah lebar dan
kelihatan gigi yang tajam mulai menunjukkan dirinya. Suasana pejabat Mr M
dengan tiba-tiba bertukar menjadi gelap padahal pada masa itu adalah waktu
siang, yang mulai menyelembungi keseluruhan pejabat. Jack & Jill terus
memegang erat tangan mereka bersama dan ternyata pada hati kecil mereka yang
ketakutan mulai meresapi jiwa mereka. Dengan tiba-tiba keluar beribu-ribu mata
hitam beranak matakan merah darah yang sama seperti Jack & Jill yang tidak
mengira saiz ada yang bersaiz besar ada pula mata puaka tersebut bersaiz kecil.
Jack & Jill tergaman dengan apa yang dilihat apa yang
berada di depan mereka. Kelihatan satu lembaga yang cukup menyeramkan sekali
dengan beribu-ribu mata memerhatikan pasangan kembar tersebut dengan senyuman
yang mengerunkan sekali. Jack & Jill bagaikan tidak percaya ia adalah
raksasa yang mereka menolong mereka ketika mereka masih kecil lagi.
“Sekarang, kalian semestinya mengenali aku bukan? Akulah
yang sentiasa datang ke dalam mimpi kamu berdua serta mengajar kamu berdua cara
untuk mengunakan keajaiban kamu tersebut.” Kata Mr M.
“Siapa kamu?’ soal ringkas daripada Jill yang tidak
menyangka apa yang berlaku pada depan matanya itu.
“Saya adalah Evil
Eyes iaitu salah satu dewa kuno yang sudah dilupakan oleh manusia. Sekarang
saya hidup membuat rancangan buat mereka yang hendakkannya. Dengan kata nama
lain menjadi Mastermind.” Jawab Mr M.
“Bayaran kamu mudah sangat dengan berkerja dengan saya kerna saya tidak cukup mata untuk
membuat kerja saya dan saya nak sedikit bantuan dalam kerja saya nie.” Tambah Mr M lagi.
Tanpa berfikir panjang dengan cadangan daripada Mr M,
Jack & Jill terus bersetuju dengan Mr M dengan menjadi perantis dan bekerja
dengannya. Jika bukan kerana Mr M yang membantu mereka semenjak mereka masih
anak kecil lagi semestinya mereka akan menerima ia jua.
Jack & Jill lakukan apa yang telah dirancangkan oleh Mr
M untuk memerangkap Inspektor Polis yang menyiasat kes kematian misteri
tersebut malah rancangan tersebut berjalan dengan lancar sehinggakan mereka
dapat membunuh kedua-dua Inspektor tersebut dengan mudah sekali. Rancangan Mr M
untuk menyelesaikan masalah mereka sudah terlaksana malah kes tersebut terkubur
hanya begitu sahaja malah Mr M menjanjikan kepada mereka berdua bahawa tiada
sesiapa akan berani akan membuka semula kes fail tersebut kerana Mr M akan
pastikan manusia akan melupakannya jua.
Jack & Jill akhirnya dapat hidup dengan aman tanpa
gangguan daripada dunia luar, walaupun mereka kena menyembunyikan mata puaka
akan tetapi ia cukup berbaloi apabila kisah sedih tak akan berulang lagi.
Mereka diterima seperti seadanya apabila mereka bekerja untuk Mr M malah buat
pertama kali dalam hidup mereka berdua mereka terasa dilindungi.
Jack menjadi penolong kepada Mr M dalam menguruskan pelan
rancangan di bilik kebalnya manakala Jill pula menjadi secretary yang menguruskan temu janji pelanggan Mr M, adakalanya
mereka berdua akan diminta oleh Mr M untuk memerhatikan mereka yang pernah
meminta rancangan daripada Mr M jikalau mereka akan melanggar perjanjian yang
dibuat.
Walaupun mereka mengunakan mata puaka itu sekali-sekala,
setiap kali mereka sedang memerhatikan seseorang bagaikan satu tabiat mereka
akan menyanyikan lagu ala London Bridge ketika mereka memerhatikan orang tersebut dan
Mr M hanya membiarkan mereka berbuat demikian.
Walaupun mata puaka yang menyeksa sesiapa sahaja yang
diperhatikan sudah jarang berlaku mahupun didengari dan jauh daripada
pengetahuan manusia seperti kita ini. Mata hitam beranak matakan merah darah
akan keluar memerhatikan perbuatan serta kelakuan kamu tanpa disedari serta
lagu berirama seperti London Bridge
akan kedengaran ketika ia berlaku.
We will be always watching
you,
Watching you,
Watching you,
We will be always watching
you,
Until you die.
Semestinya kita tidak akan sedar apabila mata puaka
tersebut akan muncul semula dan ada kemungkinan mata hitam beranak matakan
merah darah sedang memerhatikan anda ketika kamu membaca kisah Jack & Jill.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan