Khamis, 17 Oktober 2013

Pembalasan

Kedengaran bunyi jeritan datang daripada salah satu bilik di rumah bahagia tersebut dan kelihatan seorang remaja berlingkungan 15 tahun terjerit-jerit meminta pertolongan.

“Kucing hitam tu berada di depan saya! Tolong ia mahu bunuh saya!” pinta Khairi yang sudah diikat erat pada katilnya itu.

Jasmine menangis kesedihan apa yang terjadi kepada adiknya itu manakala Ismail tanpa henti berbincang dengan doktor agar mereka dapat mengubati adik bongsunya itu. Doktor hanya mengatakan bahawa keadaan Khairi berada dikeadaan yang kritical sekali dan amat sukar sekali untuk diubati. Ketakutan yang dialami oleh Khairi telah membuatkannya menjadi kurang waras.

Hati Ismail ternyata berkecai menjadi beribuan keping apabila doktor mengatakan tiada peluang adiknya kembali seperti biasa. Dengan perasaan pilu dia membawa Jasmine meninggalkan Khairi di rumah bahagia tersebut.

“Abang! Kakak! Jangan tinggalkan adik! Kucing tu ada bersama-sama dengan saya! Tolong!” pinta Khairi sambil berlinangan air mata.

Khairi ditinggalkan di rumah tersebut, Khairi menangis kesedihan apabila hajatnya sudah menjadi nyata dengan harga yang berat sekali. Khairi mulai ketakutan apabila dia terlihat pada hadapannya seekor kucing hitam sedang memandang tajam kearahnya dengan mata yang merah menyala. Khairi mulai menangis ketakutan apabila ia mulai perlahan-lahan menuju kearahnya. Khairi sudah tiada tempat untuk lepaskan dirinya apabila dia sudah terpasung pada katilnya itu. Khairi ternyata pucat dengan ketakutan apabila dia bakal menemui pembalasannya kelak.

***
Sebulan yang lalu,

Ismail hanyalah menahan hatinya dan adakalanya dia tidak berani untuk bertentang mata dengan Encik Anuar iaitu pengetua kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Bistari. Manakala disebelah tempat duduknya ada Khairi yang tidak pedulikan keadaan yang sedang alami oleh abangnya itu. Sememangnya ia berpunca oleh dirinya sendiri apabila dia sudah berulang-ulang kali dipanggil apabila dia sering mencari masalah.

Encik Anuar sudah bermasam muka, dia sudah muak melihat Khairi keluar masuk ke pejabatnya malah dia bukan ingin melihat bekas pelajarnya iaitu Ismail untuk bertemu dengannya berulang-ulang kali. Ismail adalah pelajar cemerlang bekas dari sekolah tersebut manakala berbeza dengan Khairi yang berubah sejak kematian ibubapanya dalam kemalangan kapal terbang. Dahulunya Khairi tidak selalu mencari masalah sebaliknya dia lebih berkelakuan baik serta agak cemerlang dalam pembelajarannya. Ia semua berubah menjadi sekelip mata selepas kemalangan tersebut.

“Encik Ismail, kamu tahu mengapa saya memanggil kamu ke sini bukan? Kali nie sudah kali ke 3. Semestinya kamu tahu bahawa saya sudah tiada pilihan bukan?” soal Encik Anuar sambil memerhatikan Ismail yang ternyata menjadi pucat selepas dia mendengar apa yang dikatakan itu.

“Maaf Encik Anuar, bolehkah bagi dia satu lagi peluang. Dulu dia bukan begini yang selepas pemergian ibubapa kami. Harap budi baik Encik Anuar, tolong berikan dia satu lagi peluang.” Pinta Ismail bersungguh-sungguh.

Manakala Khairi tidak langsung memberikan sebarang tindak balas dengan apa yang dilihat di depan matanya itu. Dia langsung tidak peduli dengan keadaan Ismail yang bersungguh-sungguh meminta peluang yang untuk dirinya sendiri.

“Baiklah ini yang kali terakhir walaupun saya sudah melanggarnya. Kerna kamu nie bekas pelajar disini serta banyak bakti kamu disini. Saya akan berikan dia peluang terakhir.” Kata Encik Anuar dengan perasaan kasihan kepada Ismail.

“Terima kasih banyak-banyak Encik Anuar, saya akan pastikan dia tidak akan membawa masalah lagi.” Kata Ismail sambil berjabat tangan dengan Encik Anuar bersungguh-sungguh dikala dalam hatinya dia bersyukur tanpa henti.

“Baiklah Khairi nie adalah peluang terakhir kepada kamu untuk berubah dan jangan sia-siakan peluang yang kamu dapat nie. Jika kamu masih berdegil dan membuat masalah lagi, saya terpaksa membuang kamu. Faham.” Kata tegas dari Encik Anuar kepada Khairi.

Khairi tidak ingin menanggukkan kepalanya akan tetapi Ismail memaksanya untuk menanggukkan kepalanya dengan keras sekali. Selepas itu Ismail memohon diri sambil menarik lengan Khairi keluar dari pejabat Encik Anuar secara paksaan.

Sepanjang perjalanan pulang, Ismail dan Khairi hanyalah berdiam diri didalam kereta. Ismail sudah tidak dapat menahan hatinya untuk memarahi Khairi kerana perbuatannya itu dengan memberikan peluang kepada Khairi untuk membuka mulutnya dahulu sebaliknya Khairi bagaikan sengaja mendiamkan dirinya untuk abangnya lebih panas hati.

Apabila mereka berdua tiba ke rumah mereka, kelihatan seorang wanita sedang menyapu sampah didepan halaman rumah tersebut. Wajah wanita tersebut pada asalnya tersenyum berubah menjadi risau apabila dia melihat adiknya Khairi tergesa-gesa keluar daripada kereta tersebut  manakala muka abangnya Ismail sudah berubah menjadi bengis.

“Khairi! Berhenti disana!” pekik Ismail dengan marahnya selepas dia mematikan kenderaannya.

Khairi buat seperti dia tidak mendengari pekikkan daripada abangnya itu dengan terus berjalan ke pintu rumah. Jasmine sudah tahu bahawa ada kemungkinan Khairi sudah membuat kesalahan dan Ismail semestinya dipanggil ke sekolah lagi. Jasmine cuba memanggil adiknya itu akan tetapi usahanya terhenti apabila Ismail sudah menyambar dari belakang kolar baju sekolah Khairi.

“Kamu tidak dengar ka tadi saya memanggil kamu?! Jangan pula kamu nak lari, dah kamu sudah menyusahkan saya malah habis jatuh air muka saya tadi. Kamu tu buat tiada apa-apa sahaja.” Marah Ismail sambil mengengam erat kolar Khairi.

Jasmine cuba menyabarkan abangnya Ismail untuk mengelak daripada dia membuat perkara yang tidak sepatutnya serta dia tidak ingin melihat adiknya Khairi dikerjakan teruk oleh Ismail.  Jasmine cuba mendapatkan penjelasan dahulu puncanya daripada Ismail sebelum Ismail naik minyak.

Jasmine tidak menyangka apa yang dijelaskan oleh Ismail iaitu mengenai Khairi hampir dibuang daripada sekolah apabila dia membuat satu lagi masalah besar iaitu beberapa cermin tingkap kenderaan milik guru-guru disana dipecahkan olehnya. Air mata mulai mengalir keluar dari mata Jasmine bagaikan dia tidak menyangka bahawa Khairi sanggup berbuat demikian rupa.

“Bukankah Khairi sudah berjanji dengan akak yang kamu tidak lagi akan membawa masalah lagi bukan? Akak betul-betul tidak menyangka adik akan ulanginya lagi. Hancur hati akak bila kamu memungkiri janji adik dengan akak.” Kata Jasmine sambil menangis teresak-esak.

Api kemarahannya Ismail mulai redah apabila dia mendapati adik perempuannya sudah menangis, dia cuba menyenangkan perasaan Jasmine. Khairi menjadi marah dengan apa yang dilihatkan dengan melontar beg sekolahnya ke arah Ismail dan Jasmine dengan sekuat hatinya.

“Abang dan Akak sama sahaja! Bukannya kamu nak pedulikan saya!” marah Khairi sebelum lari keluar dari situ.

Ismail cuba mendapatkan Khairi akan tetapi dia dihalang oleh Jasmine. Ismail terpaksa akur dengan permintaan Jasmine dengan melepaskan Khairi pergi. Dalam hati kecilnya, dia tidak faham mengapa Khairi berubah sedemikian rupa sejak kemalangan tersebut. Ismail serta Jasmine terpaksa mencari rezeki untuk menampung kehidupan mereka selepas perginya ibubapa mereka. Ismail terpaksa bekerja siang dan malam manakala Jasmine akan mencari rezeki pada waktu malam di sebuah kedai serbaneka. Adakah sukar sekali bagi Khairi untuk memahami pergorbanan yang harus mereka berdua tempuhi demi Khairi.

Khairi terus berlari meninggalkan perkara yang berlaku kepadanya tadi, di dalam hatinya masih tidak dapat menerima yang dilakukan oleh abang dan kakaknya. Dia inginkan perhatian apabila sukar baginya sejak kematian ibubapanya dimana dia sering mendapat perhatian yang secukupnya akan tetapi sekarang dia terasa sunyi sekali apabila Ismail dan Jasmine sibuk mencari rezeki.

Khairi tidak sedar bahawa dia sudah berlari memasuki sebuah taman yang agak jauh daripada perumahan serta bandar. Taman itu ternyata agak sunyi sekali dan tiada langsung sesiapa pun yang mengunjungi taman tersebut. Khairi mengambil peluang untuk melepaskan kemarahannya dengan mematahkan beberapa dahan pokok dan merosakkan kerusi batu di taman tersebut. Kemarahannya masih belum terpadam baginya masih lagi belum puas hati dia melepaskan kemarahannya itu. Dengan tiba-tiba Khairi terlihat seekor kucing hitam sedang tidur di bawah pokok yang besar sekali di tengah-tengah taman yang ternyata ia tidur dengan nyenyak sekali.

Tanpa membuang masa Khairi terus menuju ke arah kucing tersebut dengan pemikiran untuk menyeksa kucing tersebut. Dengan sekali sepak yang kuat sekali mengena tubuh kecil kucing hitam tersebut dengan serta-merta kedengaran kucing mengiau terkejut dan kesakitan. Khairi terus menendang kucing tersebut akan tetapi tendangannya itu sering kali tersasar apabila kucing hitam tersebut mengelak beberapa kali. Hati Khairi membuak-buak dengan kemarahan dengan kucing tersebut apabila setiap serangannya gagal.

Khairi sudah dapat menahan kemarahannya lalu dia cuba memukul kucing tersebut memgunakan dahan yang dia sudah patahkan tadi. Dengan sekuat hati Khairi menghayunkan senjatanya itu ke arah kucing tersebut, dengan sekelip mata kucing itu ghaib daripada pandangan. Khairi agak terkejut apabila kucing hitam tersebut ghaib daripada pandangan matanya itu.Dia tercari-cari kemana hilangnya kucing hitam tersebut.

Dengan tiba-tiba Khairi terdengar bunyi kucing mengiau yang bagaikan sedang marah. Khairi menjerit kesakitan apabila lengannya serta mukanya telah dicakar oleh kucing hitam tersebut. Kucing hitam tersebut menyerang Khairi dari atas pokok tersebut selepas Khairi membuat serangan mengunakkan senjata dahan. Darah terus mengalir keluar dari luka pada Khairi sehinggakan dia tersungkur jatuh ke tanah sambil menahan kesakitan.

Khairi menjadi pucat dengan ketakutan apabila kucing hitam tersebut menunjukkan matanya yang serba merah menyala sambil merenung tajam ke arahnya. Khairi menjerit ketakutan apabila kucing hitam tersebut menunjukkan barisan giginya yang serba tajam dengan lidah merah yang teramat panjang sekali. Tanpa membuang  masa Khairi membuka langkah seribu dan meninggalkan kucing hitam tersebut.

Kelibat Khairi sudah tidak lagi kelihatan hanyalah tinggal kucing hitam tersebut menjilat-jilat tempat ia menerima tendangan tersebut. Dengan tiba-tiba dan entah dari mana keluar seorang lelaki yang serba putih, berambut hitam bertocang dan memakai cermin mata bertangkaikan putih dari belakang pokok.

“Apa sudah terjadi dengan tempat saya nie? Habis musnah tempat. Siapa yang punya kerja nie.” Soal lelaki tersebut.

Lelaki tersebut mendengar bunyi kucing mengiau lalu melihat ke arah bunyi tersebut. Dia agak terkejut apa yang terjadi kepada kucing hitam tersebut. Dia terus berlari mendapatkan kucing tersebut dan dia turut mendapati ia sudah cedera. Lelaki tersebut meletakkan tangannya pada kucingnya itu lalu keluar cahaya hitam putih bagaikan ia mengubati kecederaan yang dialami oleh kucing hitam tersebut. Apabila ia selesai cahaya itu ghaib manakala kucing hitam tersebut ternyata sihat seperti ia tidak menerima sebarang kecederaan langsung.

“Nampaknya kamu sudah baik boleh kamu beritahu siapa punya angkara nie?” soal lelaki tersebut sambil menangkat kucing tersebut.

Kucing hitam tersebut mendekatkan kepalanya pada dahi lelaki tersebut dengan sekelip mata lelaki tersebut sudah mengetahuinya.

“Seorang remaja lelaki bukan? Sayang sekali saya terlepas dengan pelanggan saya nie. Kamu ingin membalas bukan? Lagipun tiada gunanya saya menghalangnya bukan, selagi kamu tidak membalasnya selagi itulah kamu tidak akan puas bukan.” Kata lelaki tersebut sambil membelai-belai kucing tersebut.

“Suka hati kamu jika kamu ingin membalasnya tapi ingat dapatkan apa yang saya nakkan. Lagipun tempat nie sudah dimusnahkan oleh remaja tersebut akan tetapi saya tidak akan gunakkannya lagi sebagai tempat pertemuan kerna tempat ini bakal dibangunkan jua. Lagipun saya sudah terlepas pun juga akan tetapi remaja tersebut akan dapat apa yang dia inginkan tu sendiri dengan bantuan kamu juga. Baik kita tinggalkan tempat nie.” Kata lelaki tersebut sambil mendukung kucing hitam tersebut sebelum ghaib daripada pandangan mata.

***
Khairi menahan kesakitannya ketika dia berlari pulang ke rumahnya. Dia sudah tidak sedar bahawa hari sudah malam. Kesakitan daripada luka cakaran kucing itu ternyata pedih sekali dan ia terasa seperti ia berdenyut-denyut dengan kesakitan yang teramat sekali. Khairi mendapati kereta milik Ismail tiada di rumah manakala rumahnya itu terang-menderang. Khairi cuba membuka pintu rumahnya itu dan dia mendapati dia telah dipeluk oleh Jasmine sambil berlinangan dengan air mata. Pipi Khairi beberapa kali dicium oleh Jasmine yang bersyukur yang dia sudah bertemu semula dengan Khairi.

Kedengaran dari luar rumah bunyi enjin kereta dimatikan serta Ismail muncul di muka pintu. Khairi merasakan dirinya bakal dikerjakan oleh abangnya itu akan tetapi ia berlainan apa yang difikirkan oleh khairi apabia Ismail terus mendapatkan Khairi lalu memeluknya.

“Kemana Khairi sudah menghilang, puas abang mencari adik merata-rata.” Kata Ismail.

Akak terpaksa meminta cuti apabila abang tak dapat jumpa adik.” Kata Jasmine mengiakan apa yang dikatakan oleh Ismail tadi.

Khairi bagaikan tidak percaya apa yang didengarinya sebaliknya dia akan dimarahi dengan teruk oleh kedua-dua adik-beradiknya. Buat pertama kali dia dapat apa yang dihajatinya selama ini yang dia mendapat perhatian. Ia adalah sesuatu yang bahagia buat dirinya itu.

“Adik cedera la abang! Banyak darah nie keluar. Kita hantar dia pergi klinik.” Kata Jasmine dengan risau sekali  apabila dia melihat darah menitis ke lantai rumah.

“Mari kita bawa Khairi ke klinik, bila masa kamu cedera nie Khairi. Jasmine mari pimpin Khairi masuk ke dalam kereta.” Arah Ismail sebelum dia menghidupkan keretanya semula.

Khairi sudah terlupa dengan kecederaannya tadi apabila dia alami perhatian yang dia inginkan. Jasmine bergegas menguncikan rumah sebelum memasuki kereta Ismail. Tanpa membuang masa Ismail terus memandu pergi ke klinik yang berdekatan. Khairi terus menjadi pucat apabila dia melihat satu lembaga kecil bagaikan seekor kucing berada di luar pagar rumahnya itu sambil memerhatikannya dengan mata yang serba merah menyala. Khairi tahu bahawa kucing hitam itu sedang menjejakinya.

***
Selepas 2 hari Khairi berehat, walaupun dengan perasaan berat hati dia memasuki perkarangan sekolah dengan tangannya berbalut serta mukanya ditampalkan plaster menutup kecederaan yang dialaminya itu. Tak sampai beberapa minit kedengaran khabar angin yang dia bergaduh dengan satu kumpulan samseng yang menjadi punca dia mengalami kecederaan tersebut yang Khairi tahu sengaja dibesar-besarkan padahal ia tidak benar sama sekali.

Beberapa pelajar bermasalah serta nakal mulai hormat dengan Khairi yang percaya bulat-bulat dari khabar angin tersebut. Bagi Khairi ia bagaikan perhatian yang dia sendiri inginkan apabila dia diangkat sebagai ketua di sekolah tersebut.

Entah mengapa Khairi merasakan ada perubahan yang ketara bukan daripada pelajar-pelajar di sana malah guru-guru yang selama ini memulaukannya mulai memberikan perhatian kepadanya. Adakala Khairi membuat masalah di sekolah tersebut Encik Anuar buat seperti biasa sahaja bukan memanggilnya ke pejabat untuk dinasihat mahupun diberikan amaran.

Akan tetapi ada sesuatu membuatkan Khairi agak paranoid dengan keadaan sekeliling apabila dia sering kali terlihat kelibat bayangan seekor kucing hitam tak kira dia berada malah ia bagaikan mengikutinya kemana-mana. Adakalanya ia membawanya ke alam mimpinya dengan menghantuinya dengan mata yang merah menyala serta barisan gigi yang serba tajam serta mengerikan sekali.

Walaupun apa yang dia inginkan adalah perhatian, Khairi dapat apa yang dia inginkan akan tetapi kelibat kucing hitam terus menghantuinya sehinggakan pemikirannya mulai terganggu seperti mereka yang tidak siuman. Semestinya Ismail dan Jasmine memberikan perhatian sepenuhnya apabila Khairi sering kali terjerit-jerit meminta pertolongan apabila dia mengatakan dia terlihat kelibat kucing hitam.

Tak kira siang dan malam, Khairi akan terjerit-jerit seperti mereka yang tidak siuman hanya satu persamaan adalah dia memberitahu bahawa ada seekor kuing hitam menghantuinya. Ismail dan Jasmine mulai risau dengan keadaan adiknya apabila kelakuaannya sudah mulai tidak terurus malah perbuatannya bagaikan mereka yang sudah hilang akal.

Walaupun agak berat sekali pada hati Ismail untuk membuat keputusan untuk mengantar adiknya ke hospital bahagia walaupun Jasmine tidak setuju dengan rancangan Ismial apabila dia lebih sanggup menjaga dan melayan kerenah adiknya itu. Hancur hati Jasmine apabila dia terpaksa akur dengan keputusan Ismail untuk mengantar Khairi ke pusat tersebut apabila tiada lagi harapan untuk Khairi yang mangkin hari mangkin teruk.

***
Sepanjang jalan balik ke kereta Ismail, Jasmine tanpa henti masih mengalirkan air matanya apabila keputusan untuk meninggalkan Khairi di hospital tersebut. Ismail benar-benar tidak inginkan adiknya dihantar ke sana apabila keadaan Khairi bertambah teruk.

“Abang, baik kita patah balik. Kita ambil adik balik.” Kata Jasmine dengan serbak sekali.

“Jasmine, ini sahaja caranya. Walaupun ia berat tapi ini untuk kebaikkannya jua. Kita doa kepada Ilahi agar Khairi boleh sembuh seperti dia dahulu.” Pujuk Ismail sebelum dia menghidupkan enjin keretanya lalu memandu pergi meninggalkan hospital tersebut.

Khairi sudah terpasung pada katil manakala matanya meliar bagaikan tercari-cari kemana hilangnya kucing hitam tersebut. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan malah dia terjerit-jerit mengenai dia tahu kucing hitam itu ada bersamanya di bilik tersebut.

Beberapa jururawat lelaki masuk bersama-sama dengan seorang doktor lelaki. Jururawat tersebut menahan Khairi di katil yang masih meronta-ronta untuk dilepaskan  manakala doktor tersebut menyuntikkan ubat penenang pada Khairi. Dengan perlahan-lahan Khairi mulai tenangkan dirinya sebelum dia terlelap.

Masa sekitar tengah malam, Khairi terjaga daripada tidurnya apabila dia terdengar bunyi kucing mengiau. Khairi mulai dilanda denga ketakutan yang teramat sekali manakala matanya meliar mencari-cari dimana kucing tersebut. Biliknya agak gelap sekali membuatkan dia lebih sukar sekali untuk mencari kucing tersebut.

Dengan tiba-tiba, Khairi terlihat satu mata merah menyala di hadapannya. Khairi cuba melepaskan dirinya akan tetapi tangan dan kakinya masih terikat pada katil tersebut. Khairi cuba menjerit meminta pertolongan akan tetapi suaranya bagaikan tersekat pada kerongkongnya walaupun dia cuba menjerit sekuat hatinya akan tetapi tiada langsung suara yang keluar.

Dengan perlahan-lahan kucing hitam tersebut mulai mendekati Khairi manakala Khairi masih meronta-ronta untuk melepaskan diri akan tetapi usahanya hanyalah sia-sia. Khairi sudah menangis ketakutan apabial beribu-ribu tangan bayangan keluar daripada belakang kucing tersebut yang mulai mencapai ke arah Khairi.

Darah mulai terpercik di lantai serta dinding bilik tersebut. Kuku yang serba tajam mulai mencakar Khairi tanpa balas kasihan serta darah mulai mengalir tanpa henti. Khairi memohon ampun akan tetapi ia tidak kedengaran langsung apabila dia turut menjerit kesakitan.

Dengan tiba-tiba ia menjadi senyap apabila Khairi tidak lagi menjerit kesakitan kerana dia sudah meninggal dunia. Kucing hitam tersebut mara ke depan Khairi yang sudah tidak bernyawa lalu dia jilat pada darah merah pekat mengalir keluar daripada mulut Khairi. Selepas ia puas lalu ia turun daripada mayat Khairi dan membersihkan dirinya.

Entah dari mana keluar beberapa lilin merah menyala dan ia terapung-apung di udara. Bilik tersebut mulai diterangi dengan cahaya daripada lilin tersebut. Dengan tiba-tiba keluar dari dinding bilik tersebut seorang lelaki serba putih dengan rambut hitam bertocang dibelakangnya serta mengenakan cermin mata bertangkai putih.

“Nampaknya kamu sudah dapat yang kamu mahu. Rasanya kuasa yang saya berikan kepada kamu sudah muncul semula bukan. Pembalasan sudah kamu cekapi dan saya nak apa yang saya inginkan.” Kata lelaki tersebut sebelum berjalan kearah mayat Khairi.

Kucing hitam itu masih membersihkan dirinya dan tidak langsung pedulikan apa Tuannya bakal lakukan. Lelaki tersebut meletakkan tangannya pada dada Khairi dan keluar seperti satu gumpalan daging yang serba hitam. Darah pekat mengalir keluar daripada daging tersebut yang ternyata ia masih segar sekali dan ia tak lain tak bukan hati manusia.

“Hati yang gelap penuh dengan ego dan harapan untuk perhatian sesuatu yang tertanam pada manusia sekian lama. Manusia sanggup buat apa-apa demi mendapatkan perhatian akan tetapi mereka tidak layak menerimanya.” Kata lelaki tersebut sebelum memakan hati tersebut.
Sebaik selesai sahaja lelaki tersebut memakan habuannya, dia mengambil sapu tangan lalu mengesat darah merah pada bibirnya seperti seorang yang budiman selesai dengan santapannya.

“Adakah kamu sudah selesai wahai tuan, saya hanya mengingatkan kamu bahawa kamu ada hajat perlu dilaksanakan.” Kata kucing hitam tersebut selepas ia selesai membersihkan dirinya itu.

“Terima kasih kerna mengingatkan saya. Mari kita beredar sekarang, pelangan saya sedang menunggu sekarang.”  Kata lelaki tersebut.

“Baiklah wahai Pendeta Malam.” Kata kucing hitam tersebut sebelum ghaib bersama-sama dengan lelaki misteri itu dan bilik tersebut mulai ditenggelami dengan kegelapan.

***
Pada keesokkan harinya,

Khairi ditemui mati dengan beribu-ribu cakaran pada tubuhnya, darah membasahi katil serta lantai bilik tersebut. Darah pekat melekat pada setiap dinding bilik tersebut. Kematian Khairi membawa kepada seribu pertanyaan apabila ia mustahil untuk Khairi untuk menyakitkan dirinya apabila kaki serta tangannya masih terikat pada katil tersebut. Yang paling misteri adalah tapak kaki kucing ada pada katil serta lantai dimana Khairi ditemui.

Jasmine meraung sekuat hati dengan kematian adiknya malah Ismail sudah terduduk dengan kematian Khairi yang teramat tragis sekali. Jasmine terpaksa dipegang oleh beberapa jururawat wanita untuk mengelak daripada Jasmine mendapatkan mayat Khairi dimana pihak hospital akan membawanya ke bilik mayat untuk dibedah siasat.

Kematian Khairi adalah sesuatu yang tragis sekali yang tak pernah berlaku di hospital tersebut yang ternyata agak tragis serta misteri sekali. Apabila mereka membedah siasat pada mayat Khairi, mereka mendapati sebahagian daripada hatinya bagaikan hilang secara misteri.

Khairi inginkan perhatian dalam hidupnya akan tetapi perjalanannya tamat begitu sahaja akan tetapi sehingga dia sudah menghembuskan nafasnya dia masih mendapat perhatian apabila perihal kematiannya masih diceritakan sehingga ke hari ini.

Kucing hitam tersebut terus merayau-rayau mencari mereka yang baik mahupun yang sebaliknya sama ada untuk menolongnya mahupun menhukum mereka ini. Sementara menunggu Tuannya selesai dengan tugasnya itu dan berpindah ke tempat lain. Ia akan pastikan mereka ini mendapat yang setimpal dengan perbuatan mereka inie kerana ia tidak akan lepaskan mangsanya begitu sahaja.





Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan