Inspektor Mira mulai menjadi tidak tentu arah, pandangan
matanya sering melihat sana sini untuk memastikan dia tidak diperhatikan akan
tetapi kedengaran bunyi nyayian itu tetap berlegar-legar dalam otak fikirannya.
Kedengaran juga bunyi gelak-ketawa di rumah terbiar manakala Mira terus menutup telinganya kerana
dia tidak ingin mendengarnya.
Manakala dibelakang Mira terdapat sekujur tubuh iaitu
rakan sekerjanya Inspektor Osman sudah tidak bernyawa lagi apabila dia sudah
tidak senggup menahan gangguan daripada mata puaka. Dia terus menembak tepat ke
otaknya untuk menamatkan riwayatya.
Inspektor Mira mulai teragak-agak untuk mengambil jalan
yang sama dengan rakan sekerjanya itu apabila didepannya adalah sepucuk pistol
kepunyaannya. Gangguan itu terus menghantuinya dan sentiasa memperhatikan
kelakuan serta perbuatannya setiap masa.
Inspektor Mira terus menjerit ketakutan apabila dia
terlihat sepasang mata hitam beranak matakan merah sedang melihatnya daripada
dinding rumah usang tersebut malah kedengaran bunyi gelak-ketawa yang teramat
menyeramkan sekali. Mira terus mengambil pistolnya lalu melepaskan beberapa das
tembakkan pada dinding tersebut dengan harapan dia membunuh benda itu. Harapan
Mira mata puaka itu sudah mati akan tetapi mata puaka tersebut memunculkan di
tempat lain hanya terus memandang tajam ke arah Mira yang sedang dalam
ketakutan.
Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi gelak ketawa
menghampiri Inspektor Mira yang mengigil ketakutan sambil mengacungkan
pistolnya ke arah pintu apabila kelihatan sepasangan kembar memandang tajam ke
arah Mira sambil mengerikan senyuman yang menakutkan sekali. Kedengaran lagu
seperti London Bridge berulang-ulang
kali dinyanyikan manakala Mira sudah menangis ketakutan.
***
2 bulan yang lalu,
Buku laporan tersun bagaikan pencakar langit tingginya,
suasana pejabat yang sudah tidak terurus dengan kertas laporan di sana-sini.
Manakala rak tempat menyimpanan file sudah penuh disumbat manakala keadaan
pejabat bagaikan dilanggar taufan.
Kedengaran bunyi pintu diketuk, suasana pejabat tadi yang
sunyi sepi kembali ada kehidupan apabila seorang wanita lingkungan 30’an
berambut hitam yang diikat rapi ke belakang mulai keluar daripada timbunan
kertas laporan serta seorang lelaki sasa yang dalam lingkungan 40’an keluar
dari salah satu timbunan kertas laporan juga. Mereka berdua agak gelabah
sebelum memastikan diri mereka kemas sebelum wanita tersebut membuka pintu.
Kelihatan seorang lelaki yang mengenakan pakaian uniform Polis berpangkat
tinggi yang agak berusia memasuki pejabat yang tidak terurus ini.
“Inspektor Osman dan Inspektor Mira ada sebarang
perkembangan mengenai kematian bersiri?” soal Pengarah Ibrahim sambil melihat
ke arah mereka berdua.
“Akhirnya kami ada penunjuk , Tuan pengarah. Boleh Tuan
tunggu sebentar.” Jawab Inspektor Osman sebelum dia menyelam ke dalam timbunan
kertas laporan.
“Mentang-mentang kamu berdua sahaja harapan yang tinggal,
sampai begini teruk kamu berdua kerjakan pejabat ini.” Ejek Pengarah Ibrahim
yang terasa amat menjengkelkan apabila keadaan pejabat yang tidak terurus.
Inspektor Mira hanyalah tersenyum menahan malu selepas
mendengari apa yang dikatakan oleh Pengarah mereka yang ternyata benar sekali.
Memang benar hanya mereka berdua sahaja yang tinggal manakala yang lain menjadi
mangsa kepada pembunuh misteri tersebut. Inspektor Mira tidak dapat mempelawa
Pengarah mereka untuk duduk kerana dia sendiri tidak ingat dimanakah kerusi
pejabat mereka berada yang ditengelami oleh lautan kertas.
Dengan tiba-tiba, Inspektor Osman berjaya keluar daripada
lautan kerta tersebut sambil membawa sebuah fail. Tanpa membuang masa Osman
terus memberikan kepada Pengarah mereka.
“Tuan, ini adalah laporan yang mengatakan bahawa
pembunuhan baru-baru ini kita ada seorang saksi. Saksi sekarang dirawat di
hospital atas trauma yang dialaminya. Pada keesokkan harinya kami berdua akan
bertemu dengan saksi tersebut untuk menanyakan perihal pembunuhan tersebut.”
Kata Osman sambil melihat Pengarah Ibrahim membelek-belek laporan yang
diberikan oleh Inspektor Osman tadi.
“Apa yang kami tahu saksi ini berada di tempat kejadian
serta kami pasti kesemua penunjuk ada pada saksi tersebut.” Tambah Inspektor
Mira lagi.
Pengarah Ibrahim bagaikan puas dengan apa yang terkandung
di dalam buku laporan tersebut dengan menanggukkan kepalanya. Lalu dia mengarah
mereka berdua untuk tidak melepaskan peluang untuk menyiasat kes pembunuhan
misterinya berdasarkan saksi tersebut.
Sebelum Pengarah Ibrahim meninggalkan pejabat tersebut,
dia berpesan kepada mereka berdua untuk mengemas pejabat yang kelihatan seperti
dilanggar taufan ala-ala mengejek mereka berdua. Inspektor Osman dan Inspektor
Mira menundukkan kepalanya menahan malu sebelum memberikan tabik hormat kepada
pengarah Ibrahim sebelum dia meninggal pergi.
“Mira kamu tu
perempuankan jadi kemas-kemas la.”
Arah Inspektor Osman dengan selamba sahaja.
“Banyak hensem, arah-arah saya kemaskan. Kamulah puncanya
pejabat ini menjadi semak.” Marah Inspektor Mira.
“Patutlah tiada
satu lelaki pun nakkan kamu, dah la
malas malah garang bukan main lagi tu.”
Ejek Inspektor Osman.
“Hello, cermin diri tu
dahulu dah sudah macam bujang lapuk. Tiada yang minat dengan kau sampai ada
beberapa orang daripada jabatan yang sangkakan kamu nie gay.” Perli Inspektor
Mira.
Mereka berdua terus mengejek satu sama lain manakala
keadaan pejabat masih terus menjadi serabut tanpa mereka sendiri mengemasnya.
Ia berterusan sehingga masa tamatnya kerja.
Pada keesokkan harinya, Inspektor Osman dan Mira pergi ke
hospital untuk mencari saksi pembunuhan tersebut. Mereka berdua menanyakan
jururawat di sana mengenai saksi tersebut, agak terperanjat bahawa saksi yang
mereka hendak temui ditempatkan di wad masalah mental.
Akan tetapi hanya dari saksi tersebut sahaja mereka boleh
menyelamatkan mereka daripada jalan buntu walaupun mental saksi tersebut sudah
tidak normal. Mereka berdua terus menuju ke wad pesakit mental dan mendapati
saksi tersebut ditempatkan di wad paling hujung sekali.
Dengan tiba-tiba kedengaran seperti bunyi jeritan yang
teramat kuat sekali datang daripada wad saksi tersebut. Kelihatan beberapa
jururawat lelaki berlari memasuki ke dalam wad tersebut dan seorang doktor
terus memasuki wad tersebut dengan tergesa-gesa. Inspektor Osman dan Mira tanpa
membuang masa terus berlari ke dalam wad tersebut, mereka mendapati seorang
lelaki berambut serba putih dalam anggaran 20’an menunjuk jarinya ke arah
dinding wad tersebut sambil terjerit-jerit ketakutan.
“Argg! Mata tu ada di sana! Ia masih melihat saya!
Tolong! Mata tu ada di sana! Argh!” jerit pemuda tersebut.
Pemuda tersebut terus dipasung pada katil wad tersebut
oleh beberapa jururawat lelaki manakala seorang doktor terus menyuntik ke tubuh
pemuda tersebut ubat penyenang. Dengan perlahan-lahan pemuda tersebut menjadi
lemah lalu terlelap.
Satu per satu jururawat lelaki tersebut meninggalkan wad
tersebut manakala tinggal doktor tersebut di wad. Inspektor Osman dan Mira
mulai mendekati pemuda tersebut sebelum di halang oleh doktor tersebut yang
melihat dua orang pegawai polis berada di depannya.
“Maaf Encik dan Cik. Pesakit baru sahaja diberikan ubat
dan sepatutnya kita harus mengganggunya.” Kata Doktor Raju.
“Doktor, kami berdua daripada Jabatan Penyiasatan Jenayah
Berat. Pesakit ini hanyalah satu-satunya saksi pembunuhan baru-baru ini. Kami
mengharapkan kerjasama daripada Doktor untuk membantu kami pihak polis.” Kata
Inspektor Osman.
“Bagaimana keadaan pesakit doktor? Adakah tidak keberatan
membenarkan kami untuk bersoal jawab dengannya.” Kata Inspektor Mira.
“Keadaan pesakit tidak menentu adakalanya dia seperti
normal akan tetapi bila dia bersendiri macam tadi jadinya.” Kata Doktor Raju.
“Lebih Encik dan Cik berdua datang semula apabila pesakit
ini mulai sedarkan diri. Tinggalkan nombor telefon kamu berdua, jika pesakit
sedar nanti kami akan telefon encik dan cik berdua.” Tambah Doktor Raju.
Selepas 3 jam berlalu, Inspektor Osman menerima panggilan
daripada hospital yang mengatakan pesakit tersebut sudah sedarkan diri. Tanpa
membuang masa mereka berdua terus menuju ke hospital.
Kelihatan Doktor Raju berada di samping pemuda tersebut
yang baru sahaja sedar daripada mimpi buruk. Sebaik sahaja Inseptor Osman dan
Mira memasuki wad tersebut, doktor Raju meminta dirinya untuk membolehkan
mereka berdua menjalankan tugasan mereka.
Pemuda tersebut dikenali sebagai Amir adalah rakan
sekelas dengan mangsa pembunuhan misteri tersebut. Amir berada di tempat
kejadiaan apabila dia menerima panggilan telefon daripada si mangsa untuk
menunggunya di bawah flat tempat tinggal si mangsa. Apabila dia tiba sahaja
dengan tiba-tiba si mangsa lompat daripada beranda rumahnya terletak di tingkat
12. Si mangsa mati betul-betul di depan matanya. Tak jauh dari situ Amir terlihat sepasang kembar
memandang ke arah si mangsa yang sudah terkulai tidak bernyawa. Sebaik sahaja
kembar itu perasan bahawa mereka diperhatikan, kembar tersebut terus memandang
tajam ke arah Amir. Ia sesuatu yang menakutkan sekali dengan sepasang mata
hitam beranak matakan merah sedang memperhatikan Amir.
Amir mulai dilanda trauma yang teramat dahsyat sekali dengan
melihat kematian kawannya didepan mata serta sepasang mata yang menyeramkan
sentiasa memperhatikan kelakuan serta perbuatannnya tak kira masa. Dia dilanda
tekanan perasaan dan terpaksa dirawat di wad pesakit mental.
Apabila Inskeptor Mira meminta Amir menjelaskan wajah
pasangan kembar tersebut, pada asalnya Amir agak takut sekali apabila dia
memikirkan sedalam-dalamnya akhirnya dia bersetuju untuk memberitahunya.
Inspektor Osman mendengar dengan teliti sekali ketika dia melakarkan wajah
pasangan kembar tersebut. Adakalanya Inspektor Osman terasa seram sejuk dengan
wajah yang dilakarnya amat menyeramkan sekali apa yang dijelaskan oleh Amir
terutamanya bahagian mata mereka berdua.
Dengan tiba-tiba, Amir mulai menjerit ketakutan sambil
menunding jarinya ke arah dinding wad tersebut. Keadaan mulai menjadi tidak
terkawal apabila Amir mulai membaling kerusi ke arah dinding tersebut. Beberapa
jururawat lelaki memasuki wad tersebut lalu memegang erat tangan Amir sebelum
mengikatnya ke katilnya. Doktor Raju tergesa-gesa masuk ke dalam wad tersebut
sambil menyediakan ubat penyenang sebelum dia menyuntiknya ke tangan Amir.
Dengan perlahan-lahan Amir menjadi lemah lalu terlelap.
Inspektor Osman dan Mira diminta meninggalkan Amir oleh
Doktor Raju untuk memberikan ruang. Doktor Raju cukup ganjil dengan keadaan
Amir yang tiba-tiba berubah menjadi ganas selepas Inspektor Osman menunjukkan
lakaran tersebut kepada Amir. Mujurlah Inspektor Osman dan Mira tidak mengalami
sebarang kecedaraan daripada kejadian yang mengejut tersebut.
Berpandukan kepada
lakaran yang mereka dapat, pihak polis berkuat kuasa mencari pasangan kembar
tersebut. Semestinya orang ramai banyak datang memberikan maklumat akan tetapi
kes pembunuhan misteri terus meningkat dan menjadi-jadi. Kebanyakkan adalah
mereka yang memberikan maklumat itu kepada pihak polis. Orang ramai mulai takut
apabila lakaran yang pada pihak polis adalah berpuaka mahupun disumpah, malah
orang ramai menjadi takut untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
Malah terdapat beberapa kolompok orang awam meminta pihak
polis untuk menarik balik lakaran tersebut daripada media kerana lakaran
tersebut cukup menyeramkan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Lakaran
tersebut bagaikan bernyawa terutamanya bahagian mata yang dilakarkan itu. Mata
daripada lakaran kembar itu cukup tajam sekali melihat mangsanya sehinggakan
menjadi trauma dan paranoid.
Inspektor Osman dan Mira hampir menyelesaikan kes
pembunuhan itu apabila mereka menerima berita mengejut bahawa Amir iaitu saksi
kes pembunuhan misteri itu telah meninggal dunia dengan menjerut lehernya
sendiri mengunakkan tali yang mempasungnya pada katilnya sendiri. Ternyata ia
teramat ngeri sekali malah Doktor Raju menerima tamparan yang kuat sekali
apabila dia berjaya mengubati Amir. Pemergian Amir ternyata di luar
jangkaannya.
Maka bermulanya yang bakal menghantui Inspektor Osman dan
Mira apabila mereka mulai merasakan bahawa mereka mulai diperhatikan oleh
sesuatu. Ia adalah perasaan yang teramat sukar sekali untuk dihiraukan bagaikan
ia terus memerhatikan setiap gerakan, perbuatan dan kelakuan mereka. Ketika
Inspektor Mira baru sahaja balik daripada kerjanya, dia terasa bagaikan ada
sesuatu sedang memperhatikannya dari jauh apabila dia menyiasat hanya dia
seorang diri di kawasan meletakkan kereta di apartmentnya.
Bagi Inspektor Osman pula, semasa dia membersihkan
dirinya selepas daripada membuat senaman di gym.
Dia terasa bagaikan ada sesuatu memerhatikan kelakuannya, sangkaan dia ada
kemungkinan ada seseorang ingin mengambil kesempatan pada dirinya. Lalu dia
membuat siasat di bilik mandi gym
tersebut ternyata hanya dia seorang diri yang mengunakan kemudahan tersebut.
Gangguan seperti diperhatikan mulai menggangu kehidupan
Inspektor Osman dan Mira sehinggakan mereka di tempat kerja turut merasakan
pandangan tajam terus menikam mereka. Perasaan itu hanya mereka sahaja yang
merasakan manakala tidak bagi orang lain.
Ketika Inspektor Osman dengan menaip laporannya dengan
tiba-tiba kelihatan seperti satu berbola mata berwarna hitam beranak matakan
merah sedang melihat tajam kearahnya. Osman terus terjatuh daripada tempat
duduknya kerana terkejut, dia mendapati berbola itu masih lagi memerhatikannya
daripada screen komputernya. Osman
terlompat apabila dia disapa oleh seseorang daripada belakangnya, dia mendapati
Mira yang menyapanya tanpa membuang masa dia melihat semula pada screen komputernya semula dan mendapati
mata tersebut tidak lagi di sana. Osman merasakan adakah dia sedang bermimpi
mahupun adakah berbola mata itu la yang sedang memperhatikanya.
Semasa Inspektor Mira sedang menyusun semula fail untuk kes tersebut pada rak
penyimpanan walaupun pada asalnya dia tidak ingin mengemas pejabat tersebut
akan tetapi apabila ia menyukarkan pergerakkannya maka dia terpaksa lakukannya.
Dengan tiba-tiba satu berbola mata berwarna hitam beranak matakan merah sedang
memerhatikannya dari dindin pejabat tersebut, Mira terus menjerit ketakutan
baginya pandangan mata itu cukup menakutkan kepadanya. Beberapa pegawai polis
daripada jabatan yang berdekat datang ke pejabat dan mendapati Mira sudah menutup
wajahnya sambil menunding jarinya pada dinding tersebut. Seorang pegawai polis
wanita terus memeluk Mira yang dalam ketakutan itu dan cuba menyenangkannya.
Dengan perlahan-lahan Mira melihat semula pada dinding tersebut dan mendapati
berbola mata tersebut sudah ghaib. Mira merasakan dia mulai mengalami apa yang
dialami oleh mangsa-mangsa pembunuhan misteri tersebut dan ada kemungkinan
tinggi dia sudah menjadi kambing korban.
Perubahan mulai ketara apabila kedua-dua mulai menjadi paranoid dengan keadaan persekitaran
mereka malah perubahannya cukup membimbingkan sekali apabila mereka mudah
sekali terkejut dengan sesuatu yang kecil bagi mereka ia adalah perkara besar.
Walaupun perasaan paranoid
menghantui Inspektor Osman dan Mira akan tetapi tugas mereka masih lagi menjadi
kepentingan yang terutama sekali. Akhirnya mereka mendapat berita baik sekali
apabila ada dua orang sanggup memberikan maklumat mengenai pembunuhan tersebut
dengan syarat Inspektor Osman dan Mira kena bersua dengan mereka di satu tempat
yang terpencil dan perihal mereka dirahsiakan.
Tanpa berfikir panjang mereka berdua bersetuju untuk
bersua dengan dua orang pemberi maklumat tersebut, ini kerana apa yang
diberitahu bahawa mereka dapat menangkap kembar tersebut. Inspektor Osman dan
Mira berasakan bahawa kes mereka akan selesai tidak lama lagi dan mereka cukup
gembira ia akan tamat.
Tanpa membuang masa mereka berdua terus menuju ke tempat
yang dijanjikan iaitu sebuah rumah usang yang jauh daripada orang ramai.
Walaupun agak aneh sekali syarat yang diberikan itu ada kemungkinan tinggi
pemberi maklumat itu tidak ingin menjadi mangsa kepada kembar tersebut seperti
terjadi kepada pemberi maklumat yang lain.
Dengan tempat yang terpencil semestinya mendapatkan
bantuan semestinya sukar sekali malah tempat tersebut tidak mempunyai isyarat
telekomunisasi dengan dunia luar. Sebagai langkah berjaga-jaga, Inspektor Osman
dan Mira membawa setiap seorang sepucuk pistol untuk mengelak daripada kejadian
yang tidak ingini daripada berlaku.
Dengan langkah berjaga-jaga, Inspektor Osman dan Mira
memasuki ke dalam rumah usang tersebut. Keadaan rumah yang sudah lama
dibiarkan, dengan dinding rumah yang sudah terkopek dan penuh dengan grafiti.
Penuh dengan sampah-sarap malah ada saki-baki yang menunjukkan rumah tersebut
pernah menjadi sarang kepada penagih dadah. Bau pada rumah usang tersebut
teramat kurang menyenangkan sekali malah persekitarnya boleh membuat sesiapa
sahaja menjadi seram sejuk.
Entah dari mana perasaan paranoid mulai menghantui
Inspektor Osman dan Mira, mereka merasakan bagaikan mereka ini diperhatikan
oleh sesuatu semestinya tidak dapat dibuang sama sekali. Apabila mereka berdua
berada di pada tengah-tengah rumah tersebut mereka melihat dua orang sedang
berdiri menunggu ketibaan Inspektor Osman dan Mira. Kelihatan dua orang yang
mengenakan serba hitam dengan pakaian yang ada hood boleh dikatakan sama satu sama yang lain.
Inspektor Mira mulai menjadi pucat manakala Inspektor
Osman tanpa membuang masa mengeluarkan pistolnya dan mengacukan kepada dua
orang tersebut apabila kelihatan sepasang mata hitam beranak matakan merah
sedang memperhatikan mereka berdua daripada dua orang tersebut. Matanya yang
termata menyeramkan sekali bagaikan pandangan daripada mata tersebut boleh
melihat menembusi Inspektor Osman dan Mira.
Kedengaran bunyi gelak ketawa yang teramat menyeramkan
sekali mulai berkumandang di rumah usang tersebut. Inspektor Osman dan Mira
tahu bahawa yang berada di depan mereka bukan pemberi maklumat sebaliknya
mereka adalah pasangan kembar pembunuhan misteri.
“Akhirnya rancangan itu menjadi la, semestinya mereka memasuki perangkap la Jill.” Kata lelaki di sebelah kiri.
“Mestilah rancangan yang tiada cacat, bukankah dia
janjikan ia akan mengena bukan? Jack” kata perempuan di sebelah kanan.
“Nak mulakan permainan ka? Jill.” Kata lelaki tersebut lagi.
“Semestinya lagipun ia penghabisan juga kan. Jack.” sambung perempuan tersebut
lagi.
Dengan
perlahan-lahan pasangan kembar tersebut berjalan menuju ke Inspektor Osman dan
Mira ambil mengukirkan satu senyuman yang menakutkan serta menyeramkan sebelum
ghaib daripada pandangan mata kedua-dua Inspektor tersebut. Kedengaran bunyi
gelak ketawa yang amat menyeramkan bagaikan pasangan kembar tersebut
bermain-main dengan mangsa mereka seperti kucing.
Inspektor Osman mulai bertindak mencari kemana hilangnya
pasangan kembar tersebut manakala Inspektor Mira masih mengigil dengan
ketakutan sambil menutup telinga daripada mendengar gelak ketawa daripada
kembar tersebut. Inspektor Osman mengarah Mira untuk tunggu di situ manakala
dia pula terus mencari pasangan kembar tersebut.
Inspektor Osman dengan berhati-hati memeriksa setiap
bilik di rumah usang tersebut dan mendapati ia kosong. Pistolnya masih lagi
dalam pegangnya kerana dia tidak tahu keupayaan yang ada pada pasangan kembar
tersebut. Apabila Osman memasuki ke dalam sebuah bilik dengan tiba-tiba pintu
pada bilik tersebut tertutup dengan sendirinya, Osman cuba membukanya akan
tetapi pintu itu bagaikan sudah tersekat. Osman menjadi pucat apabila kelihatan
sepasang mata hitam beranak matakan merah sedang memerhatikannya. Osman menjadi
teramat takut sekali lalu melepaskan beberapa das tembakkan pada dinding bilik
tersebut akan tetapi mata puaka tersebut dengan perlahan-lahan membesar dengan
setiap das tembakkan yang dilepaskan oleh Osman.
Apabila Inspektor Mira mendengar bunyi das tembakkan, dia
terus memberanikan dirinya dan terus menuju ke arah bunyi tembakkan tersebut.
Kedengaran bunyi lagu seperti London
Bridge berkumandang di rumah tersebut.
We will be always
watching you,
Watching you,
Watching you,
We will be always watching
you,
Until you die.
Lagu tersebut didengari sepanjang masa Inspektor Mira
menuju ke bilik yang Inspektor Osman berada. Mira cuba membuka pintu bilik
tersebut akan tetapi dia tidak dapat membukanya. Kedengaran bunyi jeritan dari
Inspektor Osman dari dalam bilik tersebut bagaikan dia mengalami sesuatu yang
teramat menakutkan sekali. Mira tanpa henti mengetuk pintu itu dengan harapan
Osman boleh membukanya akan tetapi ia sia-sia sahaja apabila Osman menjerit
tanpa henti. Mira mengambil keputusan untuk memecahkan pintu tersebut dengan
menyepaknya sekuat hatinya dan akhirnya pintu tersebut terbuka luas.
Bang!
Bak!
Inspektor Mira menjadi pucat bagaikan semangatnya telah
keluar daipada tubuh badannya apabila dia melihat dengan matanya sendiri.
Apabila Inspektor Osman menekan picul pistolnya pada kepalanya sendiri, darah
memercik pada dinding dan sisa otaknya hancur melekat pada dinding rumah
tersebut. Mira menjerit sekuat hatinya apabila Osman mulai rebah menyembah bumi
tidak bernyawa lagi.
Inspektor Mira terus mengendong kepala Osman sambil
menangis baginya dia tidak menyangka bahawa Osman sangguh mengambil tindakan
untuk mencabut nyawanya sendiri. Darah terus mengalir daripada lubang pada
kepala Osman yang mulai membasahi lantai rumah usang itu. Air mata terus
mengalir dari mata Mira dengan kesedihan yang melampau sekali.
Kedengaran bunyi hilaian gelak ketawa masih
berlegar-legar pada rumah tersebut. Inspektor Mira menjadi marah sambil
melepaskan beberapa das tembakkan secara rambang pada bilik tersebut. Mira
terus menjerit dengan kemarahan dengan menyumpah serapah pada kembar tersebut
atas kematian rakannya itu.
Inspektor Mira merasakan bagaikan ada pada belakangnya bagaikan dia sedang
diperhatikan, dengan perlahan-lahan dia berpaling pada belakang dengan
serta-merta dia menjerit sekuat hatinya apabila kelihatan sepasang mata hitam
beranak matakan merah menyala sedang memerhatikan Mira. Mangkin lama mata puaka
tersebut membesar sebesar Mira. Mira boleh melihat jelas mata hitam tersebut
bagaikan dia berada di dalam mata tersebut. Mira terasakan dia berada di satu
tempat yang gelap dengan tiba-tiba api menyala dengan besar sekali bagaikan ia
akan memakan diri Mira. Bunyi hilaian gelak ketawa serta lagu seperti London Bridge terus berlegar-legar pada
otak Mira. Dari bara api keluar satu per satu perkara-perkara yang ditakuti
oleh Mira sehinggakan Mira terjerit-jerit ketakutan yang teramat sandis sekali.
***
Pistolnya masih ditangannya mulai bergetar dengan
ketakutan, Inspektor Mira sudah tidak sanggup apabila ketakutan yang dia alami
pada masa itu benar-benar baginya sesuatu yang tidak disangkakan. Mira melihat
mayat rakannya yang sudah kaku dan sepasang kembar dengan mata berpuaka sedang
memerhatikannya. Mira tidak sanggup menanggungnya dengan cabaran yang dia
sendiri tidak dapat tanggung.
Dengan perlahan-lahan Mira memasukkan mulut muncung
pistolnya, dengan jarinya terketar-ketar dia menekan picu pistolnya.
Bang!
Brak!
Peluru terus menembusi mulutnya lalu mengena otaknya
sebelum keluar daripada kepalanya. Darah terus terpercik keluar manakala
otaknya bersepah keluar. Dengan perlahan-lahan Mira terus menyembah bumi dan
tidak bernyawa.
Pasangan kembar, kelihatan tersenyum apabila mereka
mendapatinya permainan mereka sudah tamat lalu dengan perlahan-lahan
meninggalkan mayat Inspektor Osman dan Mira begitu sahaja kerana tujuan mereka
sudah terlaksana.
Dengan tiba-tiba rumah usang tersebut menjadi gelap lalu
keluar beribu-ribu mata berwarna hitam beranak mata merah memerhatikan kembar
tersebut. Pasangan kembar tersebut agak terkejut dengan apa yang mereka nampak
dan mereka tidak menyangka mata mereka hampir sama dengan ribuan mata tersebut.
Kelihatan satu lembaga hitam mulai berkumpul pada tengah-tengah ribuan mata
tersebut. Kedengaran bunyi tepukkan tangan daripada seorang lelaki muda
berambut hitam bertocang pada belakangnya dan mengenakan suit kelabu.
“Semestinya jangkaan saya tak mungkin salah, kamu berdua
memang sesuai sekali menjadi perantis ku.”
Kata Mr M sambil tersenyum.
“Baiklah kesemua sudah tersedia dan rancangan aku akan
diteruskan juga. Sekarang kamu berdua ikut saya.” Arah Mr M.
Pasangan kembar itu terus mengikuti Mr M memasuki
bayangan gelap dan hilang di bayangan tersebut sebelum beribu-ribu mata
tersebut ghaib daripada pandangan.
Manakala dekat berbulan, pihak polis tidak mendengar
khabar berita kes pembunuhan misteris tersebut bagaikan ia sudah terhenti dan
ia tidak mencari mangsanya semula. Kehilangan Inspektor Osman dan Mira masih
lagi giat dijalankan apabila pemergian tidak diberitahu kepada sesiapapun malah
Pengarah Ibrahim turut menjadi risau kehilangan harapan terkahirnya. Kes
pembunuhan misteri tersebut sudah menjadi sejuk dan tiada berita sebarang kes
tersebut berlaku, dengan hati yang berat fail kes pembunuhan misteri terpaksa
ditutup apabila bukti tidak mencukupi dan kehilangan orang yang ditugaskan
menjalankan kes itu masih belum ditemui.
Pengarah tahu pembunuh masih berada diluar sana dan dia
berharap satu hari pembunuh itu dapat ditangkap jua. Akan tetapi berita buruk
menimpah apabila mayat Inspektor Osman dan Mira ditemui dengan tragis sekali
dengan keadaan reput dan teramat sukar untuk dikenal pasti selepas pihak polis
menemui kereta Polis tersadai di tepi belukar untuk memasuki rumah usang
tersebut. Malah pihak polis menemui satu tulisan pada dinding berdekatan dengan
mayat Inspektor Osman dan Mira yang memberi amaran jika pihak polis meneruskan
juga kes tersebut lebih banyak nyawa akan terkorban dan jika sebaliknya mereka
berdua adalah yang terakhir sekali yang ditulis dengan darah.
Apa yang Pengarah Ibrahim sangkakan menjadi benar,
harapan terkahirnya turut menjadi mangsa. Baginya keputusannya untuk menutup
kes pembunuhan misteri amat dikesalinya akan tetapi apabila harapan terakhir
tutur menjadi mangsa maka dia terpaksa akur dengan keputusannya itu kerana dia
tidak ingin lagi nyawa menjadi korban.
Tiada lagi kelibat pasangan kembar malah kisah pembunuhan
misteri dengan perlahan-lahan hilang. Pandangan mata hitam beranak matakan
merah sekali-sekala kedengaran akan tetapi ia sebentar sahaja. Pasangan kembar
masih lagi berada di luar sana memerhatikan perbuatan kamu tanpa kamu sedari.
Semestinya lagu seperti London Bridge
akan kedengaran jua bila masanya.
We will be always watching
you,
Watching you,
Watching you,
We will be always watching
you,
Until you die.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan