Salam Malam Jumaat semua. Akhirnya berakhirnya sudah
kisah mengenai “Eyes”. Kesemua
persoalan sudah terjawab dan misteri dapat diselesaikan jua. Ingin diberitahu
buat pembaca setia bahawa kisah Jack & Jill akan berakhir disini sahaja dan
nantikan kisah mengenai Mr M pada kisah mengenainya di “Concultant II” pada masa akan datang.
Baiklah kali ini saya akan sampaikan kepada kamu wahai
pembaca mengenai kisah yang ada kaitan dengan seekor kucing hitam. Kucing hitam
semestinya ada kisah misteri mahupun mistiknya tersendiri sejak berkurun
lamanya. Dengan bulunya yang serba hitam dengan matanya hijau mahupun kuning
mulai membuat sesiapa sahaja menjadi gerun dikala waktu malam.
Kucing hitam sering kali kurang diminati dan sering kali
dikaitan dengan pembawa malang kepada sesiapa sahaja akan tetapi ia hanya
kepercayaan yang tidak berasas sekali sehinggakan dijadikan budaya contohnya di
barat dimana jika kamu dilintasi oleh kucing hitam kamu akan menerima nasib
yang malang. Satu lagi kepercayaan bahawa kucing hitam sering dikaitan dengan
syaitan apabila kucing ini dikaitkan dengan penyihir yang sering membuat
perjanjian dengan syaitan dan kucing hitam turut menjadi mangsa kepada manusia
yang pemikiran karut ketika zaman gelap sebagai syaitan dengan membunuhnya.
Semestinya masyarakat kita sendiri turut percayakan
bahawa jika kucing hitam ini melangkah mayat semestinya mayat tersebut akan
hidup kembali oleh itu ketika berlakunya kematian, mereka akan memastikan
kucing tidak berada di sana. Tapi kepercyaaan ini sudah lama bertapak pada hati
masyarakat sehinggakan ada orang percaya darah kucing hitam ini sering
digunakan dalam permujaan dan ia salah dalam sisi agama. Malah kucing hitam
bukan menarik benda-benda tidak sepatutnya masuk ke kediamanan kita sebaliknya
ia menghalang daripada ia daripada masuk, ini daripada pandangan agama Islam
dan sebalik bagi agama lain.
Balik ke kisah yang saya bakal kongsikan kepada kamu
semua, disini saya sertakan 2 kisah yang ada kaitan dengan kucing hitam. “Simpati” adalah kisah mengenai seorang
anak yatim berasa simpati dengan seekor kucing hitam dengan membelanya.
Kejadian baik mulai terjadi kepada anak yatim tersebut dan pembulinya mulai
ghaib satu per satu. “Pembalasan”
adalah kisah mengenai seorang remaja yang sering mencari masalah dan satu
kejadian membuatkan dia mulai berubah apabila dia menyeksa seekor kucing hitam.
Apa yang diinginkan oleh remaja tersebut dia dapat jua dengan harga yang membebani dirinya sendiri.
Nantikan kisah seram saya ini pada masa akan datang.
Ingat matikan lampu,
Nyalakan
lilin,
Dengan
suasana sepi,
Bacalah
kisah saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan