Khamis, 10 Oktober 2013

Simpati

Dengan langkah yang agak lambat sekali, Aisha melangkah kakinya. Kakinya masih lagi dalam kesakitan dan setiap langkah agak menyakitkan bagi dia apabila kakinya terseliuh. Pakaian baju kurung sekolahnya sudah dikotori dengan lumpur pekat.

Aisha tidak menyangka hidupnya malang sekali apabila dia sering kali dibuli di sekolah atas sebab dia hanyalah anak yatim. Aisha tidak meminta dia menjadi anak yatim malah takdir daripada ketentuan Ilahi apabila ibubapanya terlibat dalam satu kejadian jalan raya ketika Aisha masih kecil lagi. Aisha cukup bersyukur apabila Puan Mariam iaitu bukan daripada saudara-maranya akan tetapi rakan karib ibunya sanggup mengambilnya sebagai anak angkat dan terus menjaganya seperti anaknya sendiri.

Aisha terpaksa menanggung nasibnya secara terbuka walaupun ia agak menyedihkan hatinya. Bukan sekali sekala dia dibuli sebaliknya dia menerima seksaan daripada dua pembuli iaitu Aida dan Aina sejak dari sekolah rendah sehinggakan dia berada di tingkatan 3. Aisha terpaksa berdiam diri dan menangungnya sendiri apabila pembuli tersebut adalah anak mereka yang berpengaruh besar.

Dengan perlahan-lahan, Aisha mengerakkan kakinya walaupun ia agak pedih sekali. Aisha ingin balik secepat yang mungkin dan dia tidak mahu menyusahkan Puan Mariam. Kes buli yang terjadi kepadanya boleh ditangani jika dia memberitahu kepada Puan Mariam iaitu Pengetua Smk Perempuan Sri Anggerik dimana Aisha bersekolah sekarang. Aisha tidak ingin membebani Puan Mariam apabila ibubapa pembuli adalah AJK PIBG sekolah tersebut dan Aisha mengelak daripada Puan Mariam kehilangan punca pencariannya jika dia berbuat demikian apabila ibubapa pembuli tersebut boleh menbuatkan Puan Mariam dipecat.

Sepanjang jalan dengan langkah yang berat, Aisha melangkah hatinya berduka dengan nasib yang menimpah pada dirinya. Ketika dia lalu sebuah terowong yang sering kali dia gunakan untuk tiba ke rumah penjaganya, Aisha terdengar bunyi kucing yang bagaikan mengiau kesakitan. Aisha tercari-cari dari mana datangnya bunyi tersebut, dia mendapati beberapa pelajar lelaki sekolah rendah sedang mengeniayakan seekor kucing yang serba hitam. Perasaan simpati keluar dari hati Aisha dan tanpa membuang masa dia memarahi budak-budak tersebut yang ternyata terkejut apabila mendengari bunyi jeritan marah Aisha. Tanpa membuang masa budak-budak tersebut membuka langkah seribu lalu meninggalkan Aisha dan kucing hitam tersebut.

Dengan perlahan-lahan Aisha mengendong kucing tersebut pada tangannya, kucing tersebut menerima kecederaan yang agak teruk sekali dan juga kelihatan darah mengalir keluar daripada mulutnya. Aisha mengambil sapu tangannya lalu mengesat darah tersebut sambil memberitahu kepada kucing tersebut yang dia sendiri akan memastikan ia tidak akan dianiaya oleh manusia yang kejam. Lalu Aisha mengendong kucing tersebut lalu membawanya ke rumah penjaganya.
Puan Mariam tidak sampai hati untuk menolak permintaan Aisha untuk menjaga kucing tersebut, dia dapat melihat pada wajah Aisha yang dia bersungguh-sungguh untuk menjaga dan merawat kucing hitam tersebut. Kasih sayang Aisha ternyata terpancar dengan cerah sekali sehinggakan Puan Mariam tidak sampai hati untuk menanyakan kepada Aisha mengapa pakaian sekolahnya menjadi kotor oleh lumpur. Puan Mariam ada tergerak hatinya yang Aisha ada sesuatu menyembunyikan daripadanya jauh di lubuk hatinya dan Puan Mariam juga tahu Aisha terpaksa melayarinya setiap hari.

Aisha bersungguh-sungguh menjaga kucing hitam tersebut dengan memastikan kecederaan diubati serta makan dan minum kucing tersebut terkawal dengan baik sekali. Hubungan Aisha dengan Kucing tersebut agak baik sekali sehinggakan haiwan manja ini sudah menjadi jinak kepadanya. Kucing hitam itulah tempat Aisha meluahkan perasaannya dikalanya dia dibuli dan tempat dia menjadi tenang serta gembira, segala-gala kesedihannya terpadam dengan sekelip mata. Aisha memberikan nama kepada kucing hitam iaitu Black apabila bulu pada kucing tersebut serba hitam.

Apabila kucing tersebut benar-benar sembuh, Aisha mengambil keputusan untuk membawa Black bermain di taman permainan yang berdekatan dengan rumah penjaganya. Terpancar pada wajah Aisha keceriaan yang sudah lama tidak dirasainya sejak pemergian ibubapa tercintanya. Segala perasaan sedih dan pilu adakalanya terubat dengan sendirinya.

Akan tetapi keceriaan itu hanya sebentar sahaja apabila Aisha menjadi pucat dengan apa yang dilihatnya yang sedang menuju kearahnya itu. Tanpa membuang masa Aisha terus mengambil Black dan ingin terus meninggalkan taman permainan tersebut akan tetapi dia sudah terlambat. Kelihatan Aida dan Aina sudah berada di hadapan wajahnya itu, ketakutan mulai meresapi jiwanya apabila pembuli yang dia takuti sudah berada di depannya itu.

Hai Aisha, mengapa tergesa-gesa nie?” soal dengan sinis sekali oleh Aina yang berambut brown panjang paras bahunya yang dye olehnya yang  sering kali disembunyikan daripada pengetahuan guru-guru dengan menyembunyikan di bawah tudungnya itu.

“Tadi bukan main ceria sahaja tadi aku tengok, by the way kerja rumah kami berdua sudah siap ke belum?” soal Aida sambil tersenyum sinis dengan rambutnya perang pendek ala-ala tomboy yang sama kes dengan Aina yang menyembunyikan di bawah tudung pakaian seragam sekolahnya itu.

“Belum lagi.” jawab Aisha yang agak gagap dengan ketakutan dan dia mengendong erat Black dengan menyembunyikannya daripada pandangan Aina dan Aida.

“Belum lagi?! Hei perempuan esok kerja rumah tu dah nak kena antar. Kau ada masa lagi bermain-main?” marah Aida sambil menyambar tudung Aisha.

“Kamu tu tiada hak untuk bermain-main berbeza sekali dengan kami. Selagi kamu ada kami tak perlu risau.” Kata Aina dengan penuh dengan keangkuhan sebelum menampar pipi Aisha.

Aisha pinta dia dilepaskan akan tetapi pinta langsung dihiraukan oleh kedua-dua pembuli yang tiada perasaan balas kasihan. Aida melepaskan kemarahannya dengan menarik-narik tudung Aisha sambil menerajang beberapa kali pada kaki Aisha manakala Aina pula memukul tubuh Aisha bertubi-tubi.

Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan dari Aida dan Aina yang menjerit kesakitan apabila tangan mereka mulai menitiskan darah. Kelihatan 3 taris cakaran jelas sekali pada tangan Aida dan Aina, Aisha sudah terduduk pada tanah sambil menangis menahan kesakitan sebelum rebah tidak sedarkan diri apabila dia dikerjakan oleh kedua-dua pembuli tersebut.

Aida dan Aina mulai menjadi takut apabila mereka melihat seekor kucing yang serba hitam sedang memandang tajam ke arah mereka dengan ia menyerikan gigit taringnya serta mata yang serba merah. Aida dan Aina mulai mejadi seram sekali dengan apa yang dilihat oleh mereka lalu tanpa membuang masa mereka terus meninggalkan Aisha serta kucing hitam tersebut. Mereka langsung tidak pedulikan Aisha dengan meninggalkan begitu sahaja tanpa rasa perikemanusian langsung.

Puan Mariam mulai menjadi risau apabila hari mulai senja dan Aisha masih belum lagi balik-balik. Puan Mariam tergerak hatinya untuk mencari Aisha akan tetapi ia terhenti apabila dia terdengar bunyi kucing mengiau daripada pintu hadapannya. Tanpa membuang masa Puan Mariam terus membuka pintu dan dia mendapati Black berada di hadapan pintu rumahnya. Black bagaikan memberitahu kepada Puan Mariam untuk mengikutinya untuk mendapatkan Aisha. Tanpa membuang masa Puan Mariam terus mengekori Black dari belakang ke taman permainan yang berdekatan dengan rumahnya itu.

Hatinya bagaikan nak jatuh apabila dia melihat Aisha terbaring tidak menyedarkan diri. Black cuba menyedarkan Aisha dengan menjilat pada wajah Aisha akan tetapi ia hanya usaha yang sia-sia. Puan Mariam beristigafar banyak-banyak pada hatinya apabila dia mendapatkan Aisha lalu tanpa henti dia memanggil nama Aisha dengan harapan dia akan membuka matanya akan tetapi usahanya gagal.

Puan Mariam terus mengendong Aisha lalu terus berlari ke rumahnya sebelum memasukkannya ke dalam kereta Proton Perdananya. Hatinya mulai menjadi cemas apabila Aisha masih belum lagi sedarkan dirinya, tanpa membuang masa Puan Mariam terus memandu laju ke hospital.

Dari jauh kelihatan Black memandang kereta Puan Mariam berlalu pergi meninggalkannya. Dengan tiba-tiba matanya mulai bertukar menjadi merah menyala serta bayang-bayang gelap mulai keluar daripada kakinya yang agak angker sekali. Black melihat ke arah langit yang mulai bertukar menjadi gelap dan awan gelap mulai berdentum yang menandakan bila-bila masa sahaja ia bakal mencurahkan air matanya kelak. Tanpa membuang masa Black membuka langkahnya seribu ke arah barat sebelum ghaib daripada pandangan mata.

***
 Aina membalut tangan yang terluka itu, walaupun dia sudah menyapukan ubat pada kesan cakaran tersebut akan tetapi kesakitan tersebut masih lagi dia rasai. Terasa seperti denyutan yang teramat pedih sekali dari tangannya itu bagaikan cakaran itu bukan alang-alang sekali.

Aina sering seorang diri di rumah manakala ibubapanya sibuk mencari rezeki di luar, Aina kurang mendapat perhatian daripada ibubapanya dengan membuli sahaja terasa baginya kebahagian. Apa sahaja Aina hendakkan daripada ibubapanya tanpa merasa hampa dia akan mendapatnya apa jua kepentingan tersebut. Dengan pemberian barang-barang sahaja ibubapa Aina dapat mencurahkan kasih sayang mereka yang teramat sukar meluang masa bersama-sama dengan Aina akan tetapi ia disalah erti buat Aina itu sendiri apabila dia mulai pandai berbohong serta menipu.

Dengan tiba-tiba, Aina terasa seperti ada sesuatu sedang memerhatikannya di dalam bilik serta kedengaran bunyi cakaran dari luar rumahnya itu. Aina terus dilanda ketakutan apabila dia mendengar bunyi kucing mengiau yang teramat berbeza sekali daripada biasa yang bagaikan lebih menyeramkan sekali.

Dengan perlahan-lahan Aina membuka langsir tingkapnya, matanya terpaku manakala mulutnya mulai ternganga dan hatinya mulai dilanda ketakutan yang teramat sekali. Didepan matanya adalah seekor kucing serba hitam dengan mata merah menyala, lebih menakutkan sekali apabila saiz kucing tersebut bagaikan sebesar gergasi. Kucing hitam tersebut mengerikan dengan menyerikan barisan giginya yang serba tajam serta 4 pasang taring yang cukup tajam sekali. Tingkap bilik Aina bagaikan bergegar apabila beribu-ribu tangan bayangan cuba memecah masuk ke bilik Aina.

Aina terus menjerit ketakutan apabila tingkap biliknya itu pecah dan beribu-ribu tangan  bayangan masuk ke dalam biliknya itu sebelum mencapai ke tubuh Aina. Aina cuba melepaskan dirinya daripada gengaman tangan-tangan tersebut akan tetapi pergelutan tersebut hanyalah sia-sia sahaja apabila Aina ternyata lemah sekali daripada kuasa tangan bayangan tersebut.

Dengan perlahan-lahan Aina diheret keluar oleh beribu-ribu tangan bayangan tersebut, Aina cuba menjerit meminta tolong akan tetapi tiada seorang pun mendengar bunyi jeritan Aina. Aina mulai menangis ketakutan apabila dia diangkat dihadapan kucing hitam tersebut yang tanpa henti memandang tajam ke arah Aina dengan mata yang merah menyala. Kucing hitam tersebut membuka mulutnya besar-besar bagaikan ia ingin memakan Aina yang ternyata meronta-ronta ketakutan sebaik sahaja Aina rasakan dia bagaikan menjadi mangsa kepada kucing tersebut.

Tangan bayangan tersebut terus melontar Aina masuk ke dalam mulut kucing hitam tersebut manakala Aina menjerit sekuat hatinya. Bunyi menjadi sepi apabila kucing hitam tersebut menutup mulutnya itu dan kelihatan darah merah pekat mengalir keluar daripada mulutnya itu. Kedengaran bunyi tulang berpatahan apabila kucing hitam tersebut mengunyah habuannya itu. Dengan sekali teguk kesemuanya sudah berakhir dan tamatnya riwayat hidup Aina yang tidak bermakna itu.

Kucing hitam tersebut dengan perlahan-lahan mengecil menjadi saiz seekor kucing biasa. Ia membersihkan dirinya sebentar manakala bayangan-bayangan hitam masih lagi kelihatan. Dengan matanya yang serba merah, ia melihat kearah langit malam sebelum ia berlari ke arah selatan dan hilang daripada pandangan mata.

***
Kedengaran bunyi jeritan kesakitan datang daripada sebuah rumah teras 2 tingkat, kelihatan Aida terjerit kesakitan apabila pembantu rumahnya menyapukan ubat pada luka cakaran ditangannya. Oleh kerana Aida tidak dapat menahan kesakitannya lalu dia menedang pembantu rumah yang tidak bersalah tersebut sebelum dimarahi dengan kata-kata yang kurang enak dari mulut Aida.

Dengan menahan kesakitan akibat ditedang oleh Aida, pembantu rumah yang dalam usia 50’an tersebut cuba bangun sementara melihat Aida meninggalkannya tanpa rasa bersalah. Luka cakaran kucing pada tangan Aida semestinya berdenyut-denyut apabila bisanya menyerap kedalam isinya.

Aida terus menuju ke biliknya sebelum menutup pintunya dengan kuat sekali sehinggakan kedengaran di tingkat bawah. Aida langsung tidak peduli kepada pembantu rumahnya itu yang selamanya melayan kerenah Aida sejak ibubapanya telah bercerai. Aida tinggal bersama-sama dengan ibunya apabila ibunya telah mendapat hak perjagaan Aida. Rumah yang Aida sayangi runtuh apabila cemburu ibunya terhadap ayahnya yang tidak bersalah yang lebih mempercayai cakap orang luar bukan dari orang itu sendiri. Tapi hati kecilnya Aida ingin tinggal bersama-sama dengan ayahnya sebalik ibunya yang sibuk dengan urusan kerja yang tanpa mempedulikan Aida. Aida dahaga kesih sayang daripada ibunya akan tetapi dia lebih rindukan kasih sayang ayahnya yang sudah membawa diri ke luar negara apabila gagal mendapat hak perjagaan Aida.

Aida menjadi marah apabila luka pada tangannya semestinya teramat pedih sekali, kalau diikutkan hatinya dia akan teruk kerjakan Aisha. Dia langsung tidak pedulikan apa yang terjadi kepada Aisha dengan keadaan yang sudah tidak sedarkan diri apabila dia meninggakannnya selepas dia dan Aina dicakar oleh kucing hitam tersebut.

Dengan tiba-tiba Aida terdengar bunyi seperti kucing mengiau di luar tingkap biliknya manakala dia turut terdengar bunyi cakaran pada dindingnya juga. Bulu roma Aida terus tegak berdiri dan seram sejuk mulai menyerangnya. Dengan perlahan-lahan Aida bergerak ke arah tingkapnya belum sempat Aida membuka langsir tingkapnya, satu dentuman kilat menyambar berdekatan dengan rumahnya. Rumah Aida terus ditelan oleh kegelapan, Aida terus tercari-cari telefon bimbitnya lalu menghidupkannya dan dia mendapati bekalan elektrik sudah terputus. Aida terjerit-jerit memanggil pembantu rumahnya akan tetapi tiada sebarang respon daripadanya. Aida menjadi marah lalu terjerit-jerit memanggil pembantu rumahnya sebelum Aida keluar daripada biliknya dengan berbekalkan cahaya daripada telefon bimbitnya dia terus mencari pembantu rumahnya itu.

Aida tercari-cari kemana pembantu rumahnya telah menghilangkan diri, selama 5 minit mencari dia mendapati pembantu rumahnya berada diuar rumah sambil membelakangkan tubuhnya. Aida terjerit-jerit memanggil pembantu rumah itu berulang-ulang kali akan tetapi dia langsung tidak dihiraukan. Aida menjadi marah lalu berlari ke arah pembantu rumahnya itu.

Aida menjadi hairan apabila pembantu rumahnya itu diluar tanpa memakai alas kaki dan bagaikan dia terapung-apung. Aida menjadi ketakutan apabila pembantu rumah tersebut berpaling kearahnya dengan mata yang serba merah menyala. Aida terus menjerit ketakutan dan mulai berlari masuk rumahnya akan tetapi pintu rumahnya itu tertutup dengan sendirinya bagaikan ada kuasa menutupnya. Aida cuba melepaskan dirinya dan dia terus menjerit dengan harapan jeritannya didengari oleh jiran-jirannya. Akan tetapi suaranya tenggelam setiap dentuman guruh di langit. Aida cuba larikan dirinya, dia mendapati pintu pagar rumahnya telah berkunci dan dia mengegarkan pintu besi apabila dia tiada tempat untuk lepaskan dirinya.

Dengan perlahan-lahan pembantu rumah Aida bergerak ke arah Aida yang sudah terduduk sambil menangis ketakutan. Mata yang serba merah sambil memberikan satu senyuman yang amat menakutkan sekali dengan barisan gigi yang serba tajam sambil air liur mulai menitis ke tanah bagaikan asid.

Dengan perlahan-lahan pembantu rumah tersebut mulai bertambah seram apabila dia mulai berubah seperti seekor kucing hitam yang ternyata saiznya agak besar sekali daripada biasa. Ia memandang tajam ke arah Aida yang sudah kelihatan pucat dengan ketakutan yang teramat sekali selepas dia melihat perubahan tersebut. Dengan tiba-tiba keluar beribu-ribu tangan bayangannya keluar daripada belakang kucing hitam tersebut dan ia menuju kearah Aida. Setiap anggota tubuh Aida telah dipegang erat oleh tangan-tangan tersebut manakala Aida cuba lepaskan dirinya akan tetapi usahanya hanyalah sia-sia.

Tangan-tangan bayangan tersebut menheret Aida ke arah Kucing hitam tersebut yang sudah ternganga mulutnya yang serba mengerikan dengan barisan gigi yang serba tajam. Aida terus menjerit-jerit meminta tolong serta dia masih bergelut untuk melepaskan dirinya itu.

Aida terus menjerit sekuat hatinya apabila dia telah dilambung oleh beribu-ribu tangan bayangan tersebut ke mulut kucing hitam itu. Suasana menjadi sepi dan hanya kedengaran bunyi tulang-tulang berpatahan datang daripada mulut raksasa tersebut. Darah pekat mulai mengalir keluar daripada mulut kucing hitam tersebut semasa ia sedang mengunyah habuannya. Dengan sekali teguk maka tamatlah hidup Aida serta kewujudannya di dunia ini.

Lalu kucing hitam tersebut dengan perlahan-lahan mulai mengecil sementara ia membersihkan dirinya. Tangan bayangan tersebut mulai ghaib satu per satu semasa ia masih membersihkan dirinya itu.  Kucing hitam tersebut melihat ke arah langit yang kelihatan gelap sekali bagaikan ia bakal hujan bila-bila masa sahaja dengan mata yang serba merah menyala. Tanpa membuang masa ia terus berlari ke arah Selatan sehingga ia ghaib daripada pandangan mata.

***
Di hospital, Puan Mariam berada di sisi Aisha yang masih lagi belum  sedarkan dirinya. Air mata masih mencucuri wajah Puan Mariam yang bersedih dengan keadaan Aisha. Bunyi mesin hayat terus berbunyi yang menunjukkan bahawa Aisha masih lagi bernyawa. Laporan daripada doktor memberitahu bahawa salah satu organ dalam Aisha cedera parah manakala otaknya terdapatnya darah beku padanya. Puan Mariam terasa bersalah dengan apa yang menimpah pada Aisha selepas dia telah diamanatkan oleh arwah rakan karibnya untuk menjaga Aisha. Puan Mariam tidak dapat redah dengan ketentuan daripada Ilahi.

Tanpa disedari dengan tiba-tiba mesin nyawa mulai berbunyi bagaikan ia memberikan amaran. Puan Mariam menjadi panik apabila dia mendapati screen mulai menunjukkan tanda jalurnya mulai mendatar. Puan Mariam terus terjerit-jerit meminta pertolongan akan tetapi jeritannya tidak langsung didengari serta walaupun Puan Mariam berulang kali menekan loceng perminta bantuan akan tetapi ia tidak mendatangkan sebarang hasil. Tanpa membuang masa Puan Mariam terus berlari keluar untuk mencari bantuan.

Bagaikan masa terhenti dengan tiba-tiba, suasana menjadi sunyi dan sepi. Kelihatan satu lembaga serba hitam yang kelihatan seperti berjubah labuh berdiri betul-betul dihadapan Aisha. Kelihatan sebuah sabit yang besar dikeluarkan daripada jubahnya itu. Lembaga tersebut tidak lain tidak bukan adalah Malaikat Maut itu sendiri yang datang mengambil Aisha. Maut terus mengangkat sabitnya tinggi-tinggi sebelum dia ingin menyabit keluar roh Aisha.

Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi daripada belakang Maut untuk dia berhenti daripada tugasnya itu. Dengan perlahan-lahan Maut berpaling kebelakang dan mendapati seorang lelaki berambut hitam sambil bertocang pada belakangnya serta dia mengenakan pakaian yang serba putih serta disisinya adalah seekor kucing hitam.

“Minta maaf wahai Malaikat Maut, masanya belum tiba lagi. Hajat hatinya belum lagi dilaksanakan lagi. Boleh ditundakan dahulu.” Pinta Lelaki serba putih tersebut.

“Akan tetapi ia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjalankannya. Apabila pihak atasan sudah memberitahu kepada saya untuk mengambilnya.” Kata Maut sebelum dia meletakkan sabitnya itu.

“Maaflah bukan saya nak menghalang kerja kamu yang mulia itu. Rasanya pihak atasan tidak akan marah jika kamu mengambil dua nyawa yang sepatutnya diambil. Bukan yang ini dan terimalah dua nyawa ini sebagai galang gantinya.” Kata lelaki itu sambil menghulurkan 2 berbola serba hitam ke arah Maut.

“Baiklah saya terimanya tapi ingat saya tidak akan tangguhkan bila saya datang buat kali kedua. Faham.” Kata Maut sebelum dia ghaib daripada pandangan mata.

Black ingat ini adalah kali terkahir saya buat untuk kamu faham. Saya tahu ia adalah simpati daripadanya kepada kamu membuatkan kamu ingin menyelamatkannnya serta membalas mereka yang melukakannya. Lagipun kalau ketua saya tahu teruk saya dikerjakan, ingat ini yang kali terakhir.” Kata lelaki tersebut sebelum mendekati Aisha lalu dia meletakkan tangannya pada kepada Aisha.

Bagaikan seperti satu cahaya bercampur hitam dan putih mulai meresapi kedalah tubuh Aisha, lebam-lebam mulai perlahan-lahan telah susut sehinggakan ia hilang daripada pandangan. Cahaya tersebut kelihatan jelas pada tubuh badan yang tergerak-gerak ke arah kecederaan yang dihadapi oleh Aisha.

Lelaki tersebut mengangkat tangannya dan kelihatan cahaya hitam putih turut keluar daripada jasad Aisha.

“Kesemuanya sudah selesai, kalau kamu mahu menemani Aisha. Silakan. Lagipun saya ada pelanggan sedang menunggu saya. Ingat balik kepada saya selepas dia sudah laksanakan hajat hatinya itu.” Kata lelaki tersebut sebelum dia ghaib daripada pandangan mata.

Kucing hitam tersebut berjalan ke arah Aisha lalu dia menjilat-jilat pada pipi Aisha. Dengan perlahan-lahan mata Aisha mulai terbuka, Aisha tersenyum apabila dia melihat Black berada di hadapannya.  Masa sudah kembali ke asal dan kedengaran bunyi tapak kaki berlari menuju ke arah bilik rawatan Aisha. Puan Mariam bersama-sama dengan beberapa jururawat dan seorang doktor memasuki bilik tersebut. Kucing hitam tersebut agak terkejut lalu bersembunyi di belakang langsir bilik tersebut.

Puan Mariam agak terkejut apabila dia melihat Aisha sudah sedarkan dirinya sementara seorang doktor dan beberapa jururawat membuat pemeriksaan pada Aisha. Ia bagaikan satu keajaiban yang Aisha sudah sedarkan dirinya yang pada masa itu sedang berlawan dengan maut.

Doktor berasa hairan dengan apa yang berlaku kepada Aisha bagaikan dia telah sembuh dengan tiba-tiba sahaja malah kecederaan yang dia sendiri periksa sudah tiada disitu. Puan Mariam tanpa henti bersyukur kepada Ilahi apabila Aisha sudah sedarkan dirinya itu. Dari jauh Kucing hitam tersebut tersenyum dengan matanya merah menyala apabila ia tahu bahawa Aisha akan memberitahu hajat hatinya nanti.

Doktor dan jururawat meninggalkan bilik tersebut untuk membolehkan Aisha berehat bersama-sama dengan tanda tanya. Puan Mariam terus memeluk Aisha dan berkali-kali berminta maaf dengannya jika dia bertindak lebih awal semestinya ia tidak akan berlaku. Aisha turut meminta maaf dengan Puan Mariam yang dia telah membuatkan Puan Mariam menjadi risau dengan dirinya sendiri. Aisha belum terbuka hatinya untuk berbuka dengan Puan Mariam mengenai isi hatinya sejak pemergiaan ibubapanya tersayang.

Akhirnya Aisha membuka hatinya kepada Puan Mariam dan mulai menerimanya sebagai ibunya sendiri serta dia akan mulai menjadi berani untuk berbuka perasaannya. Aisha memberitahu kepada Puan Mariam sambil berlinangan dengan air mata, Puan Mariam terasa terharu apa yang dikatakan oleh Aisha dengan perlahan-lahan air matanya mengalir.

Kedengaran bunyi kucing mengiau, Puan Mariam dan Aisha terus melihat ke arah tingkap lalu mereka melihat kucing hitam tersebut berada di tingkap yang terbuka. Aisha berasa hairan dengan kelakuaan Black yang melihatnya dengan sayu sekali. Dengan perlahan-lahan Black melangkah ke tingkap yang terbuka tersebut sebelum memaling ke arah Aisha bagaikan ia mengucapkan selamat tinggal. Dengan tidak disangkakan ia terus melompat keluar dari tingkap tersebut dan ghaib daripada pandangan mata ketika Aisha bergegas mendapatkan Black. Black sudah tiada dan tiada sebarang jejak kelihatan apabila Aisha berada di tingkat 5 di hospital tersebut.

Aisha menangis kesedihan dengan pemergian sahabatnya itu yang berada disampingnya atas rasa simpati seperti dia simpatikan haiwan manja ini. Aisha terus menangis sementara Puan Mariam memeluknya dari belakang dengan harapan meredahkan kesedihannya itu.

***
Kedengaran mengenai berita kehilangan Aida dan Aina sehinggakan pihak berkuasa menjadi buntu apabila kehilangan mereka bagaikan mereka ini sudah tidak wujud lagi. Aina disangkakan ada kemungkian melarikan daripada rumah manakala Aida pula hilang semasa rumahnya tiada elektrik, pembantu rumahnya itu baru selesai bersolat dan mendapati Aida sudah hilang. Keluarga mereka terus mencari mereka berdua tanpa jemu dengan harapan mereka berdua akan ditemui semula.

Apa yang kita tahu ia adalah mustahil apabila kita tahu apa yang sebenarnya bukan? Bagi Aisha pula kehidupannya terus maju kehadapan dan dia menemui penganti kasih sayangnya selepas pemergian ibubapanya dengan selagi ada yang masih menyayanginya sudah berbaloi.

Kucing hitam tersebut terus merayau-rayau mencari mereka yang baik mahupun yang sebaliknya sama ada untuk menolongnya mahupun menhukum mereka ini. Sementara menunggu Tuannya selesai dengan tugasnya itu dan berpindah ke tempat lain.




Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan