Khamis, 3 Oktober 2013

Pengkongsian bersama

Di sini saya nak kongsikan beberapa buku kegemaran saya sendiri yang ada kaitan dengan seram dan angker. Nie kebanyakkan ada buku2 novel mahupun kisah2 pendek yang kebanyakkan dari dalam Negara serta di luar Negara juga. Agak sukar sekali nak cari buku2 seram klasik dari barat adakala harga di mahal sekali. Dah juga impian kalau dapat pergi London sekurang2nya dapat juga cari buku2 nie di sana kerana di sana adalah punca pengeluar buku2 seram klasik. Dan saya nak pergi juga rumah paling berhantu di London sebab terpengaruh dari cerita daripada buku klasik tu juga.

Di bawah nie adalah koleksi peribadi saya dan saya terlupa nak gambar bersama2 novel seram klasik iaitu Dracula oleh Bram Stoker. 


Macam mana tebal sekali pun buku tu kalau dalam bahasa Melayu sekurang2nya 2-4 hari saya akan habis tu pun tengok mood saya la. Bukan nak kerek sangat pun memang betul sebab saya ada teknik membaca yang paling pantas sekali. Sapa tau scanning method tu la saya gunakan.

Nie pula koleksi peribadi komik seram. Kira paling banyak sekali adalah dari Jepun manakala dari Malaysia punya pun saya ada. Kira penyokong kepada kartunis Malaysia la. Saya juga ada beberapa dari Hong Kong dan baru 1 dari Thailand. Kalau ada sahaja komik seram di pasaran semestinya saya akan rebat kecuali saya sudah bacalah tu pun ada beberapa saya tidak beli sebabnya saya ada membacanya online. Ada pula yang remake tapi saya sudah ada yang asal walaupun kartunisnya yang kita minat tu pun nak jimat2 untuk buku2 yang akan datang juga. 


Nampak bukan memang kebanyakkan daripada GempakStarz, kira minat sangat la. Kartunis di majalah gempak ada ramai saya minat termasuk beberapa nie yang membuat genre seram. Tapi saya juga ada minat beberapa genre lain juga la. Tapi kira jarang sekali ada cerita baru yang benar2 seram. Kalau dari Jepun memang tidak lari Junji Ito mangaka genre seram paling saya minat. Hanya karyanya betul2 ada feeling seram, dan karyanya banyak diadaptasi ke layar perak. Memang seram sekali penceritaannya.

Nie sahaja saya akan  kongsikan kepada kamu semua, kalau nak saya kongsikan koleksi dvd seram tu sampai tidak terkira banyaknya sehinggakan saya sendiri tidak tau mana separuh sudah saya simpan manakala saya turut ada beberapa anime seram juga tapi tidak banyaklah bukan senang nak cari tapi saya banyak layan sudah yang online punya la. Dvd anime bukannya murah lebih mahal daripada buku2 yang saya pernah beli. 

Oklah sampai disini sahaja la, lebih baik terus layan cerita yang saya bakal kongsikan kepada kamu semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan