Khamis, 24 Oktober 2013

Mak...



Kedengaran bunyi jeritan perempuan yang teramat kuat sekali, memecah kesunyian malam. Komiko menarik-narik rambutnya serta kelihatan beberapa gumpalan rambut dicabutnya bertaburan di katilnya. Mak dan Ayah terus memasuki bilik Komiko, Mak cuba menyenangkan Komiko manakala Ayah pula menghalang daripada Komiko meneruskannya.

Mak dan Ayah terus menjadi buntu serta risau dengan keadaan anak mereka yang bagaikan orang yang tidak siuman. Mereka tidak sanggup kehilangan seorang lagi anak mereka selepas kematian kakaknya Himeko. Air mata mencurah-curah tanpa henti apabila Mak tidak sanggup lagi menanggung kesengsaraan yang dialami oleh Komiko.

Sudah berbagai-bagai cara telah diusahakan dan kesemua memberikan keputusan yang sama tak kira klinik mahupun hospital dengan menghantar Komiko ke hospital mental. Akhirnya Mak dan Ayah mengambil keputusan untuk membawa anak mereka ke seorang paderi di sebuah gereja, apabila mereka mendapat tahu bahawa paderi ini dapat mengubati apa jenis penyakit aneh.

Mak dan Ayah agak hairan dengan kelakuan Komiko apabila mereka tiba di geraja tersebut bagaikan dia tahu yang dia bakal diubati. Kelihatan seorang paderi lelaki dalam usia 40’an dan kelihatan seperti orang putih. Disebabkan Paderi tersebut sudah lama bermastautin di negara Jepun maka mudah baginya untuk berbahasa Jepun.

Mak dan Ayah membawa harapan yang tinggi untuk melihat Komiko kembali sihat semula dan mereka meminta bantuan daripada Paderi tersebut. Paderi tersebut tersenyum lalu memberitahu bahawa dia akan mencuba segala upayanya untuk membantu. Paderi tersebut bersembahyang sebentar sebelum dia menyediakan kelengkapan untuk perubatannya.

Mak dan Ayah agak terkejut dengan apa yang mereka dengar daripada Paderi tersebut apabila Komiko yang sebenarnya bukannya sakit sebaliknya dia kena rasuk oleh hantu. Hantu yang merasuk Komiko tidak lain tidak bukan adalah kakaknya sendiri, Himeko. Mak menegaskan Paderi tersebut menghalau roh tersebut akan tetapi permintaannya ditolak apabila Paderi tersebut merasakan ada sesuatu yang curiga pada pensakitnya itu. Kebiasaannya pesakitnya akan meronta-ronta mahupun terjerit-jerit apabila berada di hadapannya akan tetapi roh yang merasuk Komiko berlainan sekali yang kelihatan teramat sopan sekali di hadapannya.

“Apa lagi kamu tunggu! Halau sahaja Hantu jahat nie!” marah Mak kepada Paderi tersebut sebelum Ayah cuba menyenangkan isterinya itu.

Paderi tersebut tidak langsung pedulikan apa yang Mak katakan kepadanya sebaliknya dia meminta Ayah sekeping gambar Himeko. Ayah berasa hairan kerana dia tidak memberitahu bahawa dia ada menyimpan sekeping gambar anak sulungnya itu. Tanpa membuang masa Ayah memberikan gambar tersebut kepada Paderi tersebut manakala Mak bagaikan menjadi berang apabila dia melihat suaminya itu masih menyimpan gambar anaknya Himeko yang sudah lama dibuang itu.

Paderi tersebut membaca sesuatu pada gambar tersebut dengan tiba-tiba Komiko menangis teresak-esak serta kedengaran suara yang sayu mengucapkan keadilan berulang-ulang kali. Paderi tersebut tahu bahawa yang menangis itu tidak lain adalah Himeko, lalu Pederi tersebut menyoal mengapa dia merasuki adiknya serta dia juga menanyakan apa jenis keadilan yang Himeko inginkan.

Himeko yang hanya mengunakan adiknya untuk menumpang sahaja serta Komiko sendiri membenarkan dia berbuat demikian. Punca hanyalah menuntut keadilan keatas kematiannya itu sahaja yang teramat tragis buat Himeko sehinggakan dia tidak akan bersemadi dengan aman selagi keadilan itu tidak tercapai. Paderi tersebut meminta Himeko untuk menceritakan yang sebenarnya didepannya serta ibubapanya. Mak menjadi takut serta panik bagaikan ada sesuatu dia takut untuk didengari daripada Himeko. Mak tanpa membuang masa ingin larikan diri akan tetapi dia dihalang oleh Ayah yang mulai rasa curiga dengan kelakuan Mak selepas dia mendengar permintaan Paderi tersebut.

Himeko menceritakan kisahnya,

Mak bukan ibu saya yang sebenarnya sebaliknya dia adalah ibu tiri saya. Ibu kandung saya meninggal dunia ketika saya berumur 2 tahun dan Ayah berkahwin dengan Mak ketika saya berumur 3 tahun. Pada asalnya Mak melayan saya dengan baik sekali akan tetapi ia berubah selepas Komiko dilahirkan, dari situlah bermulanya kisah gelap yang penuh dengan sengsara.
Saya sering kali didera mahupun dipukul setiap kali saya ingin bermanja kasih sayang dengannya malah saya dipukul lagi teruk apabila saya bersama-sama dengan adik saya ini. Mak sering kali mencari masalah dengan saya walaupun saya langsung tidak lakukan apa-apa sekali pun, semestinya Mak akan mendera saya tak kira masa.

Saya langsung seperti kanak-kanak yang lain kerana saya ada masalah dalam pembelajaran dimana saya sukar sekali belajar. Mak akan mengurung saya di dalam bilik yang gelap hanyalah ditemani sebatang lilin semata-mata untuk saya berlajar dan adakalanya saya langsung tidak diberikan makanan.

Apabila Ayah pulang dari bekerja di luar negara, Mak akan melayan saya bagaikan anaknya sendiri itu hanyalah sandiwara untuk mengaburi mata Ayah. Kesemua kasih sayang yang diberikan kepada saya hanyalah lakonan semata-mata. Apabila Ayah pergi bekerja semula ke luar negara maka saya kembali didera Disebabkan Ayah sekali-sekala balik ke rumah semata-mata untuk mencari rezeki untuk kami bertiga, Mak mengambil kesempatan untuk mendera saya.

Ketika saya berumur 12 tahun dan Komiko pula pada masa itu berumur 10 tahun, ia menandakan kisah hidup saya yang paling gelap sekali. Apabila saya gagal dalam ujian, Mak betul-betul menjadi marah lalu dia menghukum saya dengan mendera dengan teruk sekali sehinggakan tangan kanan saya patah. Ketika saya dihantar ke Hospital, pihak doktor ada menyoal saya punca tangan saya patah. Akan tetapi apabila saya ingin memberitahu yang sebenarnya, Mak menyampuk lalu berbohong mengatakan saya terjatuh dari tangga semata-mata menutup kesalahannya. Peluang keemasan untuk saya sudah dirompak oleh Mak yang ingin memastikan saya terus hidup dengan sengsara.

Sejarah hitam sehinggakan ia menimbulkan trauma kepada diri saya berlaku ketika saya berumur 15 tahun serta umur saya menemui ajal jua. Akhirnya saya menerima berita yang teramat mengembirakan sekali apabila saya mendapat tempat pertama buat pertama kalinya. Saya adalah pelajar yang paling lemah akan tetapi saya mendapat keputusan yang amat kecemerlang sekali sehinggakan saya diterima masuk ke sebuah Sekolah Tinggi yang berpretige tinggi. Segala kepayahan yang saya terpaksa layari akhirnya membuahkan hasil. Itulah hari yang paling mengembirakan buat hidup saya.

Akan tetapi ia berubah hanyalah sekelip mata. Ketika saya berjalan pulang ke rumah saya ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah taman bunga. Saya meronta-ronta apabila salah seorang lelaki tersebut cuba memeluk saya dari belakang manakala seorang lagi meraba-raba saya. Akhirnya 2 lelaki tersebut mengheret saya ke dalam semak, saya merayu dan meminta untuk dilepaskan akan tetapi permintaan saya langsung tidak diindakan dan dari jauh kelihatan Mak tersenyum sebelum ketawa terbahak-bahak sebelum meninggalkan saya. 2 lelaki tersebut telah meragut mahkota saya dengan rakus sekali tanpa balas kasihan.

Harapkan pagar tetapi pagar makan padi, Mak seorang yang saya tidak sangka akan berbuat sedemikan rupa. Ketika emosi dan trauma saya tidak berakhir disitu sebaliknya di rumah, penderaan menjadi langsung tidak keperimanusian langsung serta Mak sering memanggil saya anak kotor. Mak memberitahu kepada saya yang dia bencikan saya apabila saya mendapat tempat pertama di sekolah selepas Mak diberitahu oleh Komiko. Komiko dengan gembira sekali memberitahu kejayaan Himeko dengan harapan Himeko dapat dilayan dengan baik sekali akan tetapi bagi Mak ia adalah sebaliknya. Mak betul-betul menjadi marah dengan kejayaan Himeko dan timbul dalam dirinya ada kemungkinan Himeko akan memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Ayah yang tinggal seminggu lagi sebelum Ayah akan pulang.

Lalu Mak merancang untuk mengupah 2 orang lelaki untuk merogol Himeko semata-mata membuatkan Himeko tertekan sehinggakan dia membunuh diri akan tetapi rancangannya gagal. Hanya tinggal sehari lagi sebelum Ayah balik lalu Mak mengambil keputusan untuk membunuh saya. Mak memastikan Ayah bakal menjadi saksinya yang bakal menyaksikan kematian Himeko didepan matanya sendiri.

Walaupun emosi saya masih tertekan dengan kejadian saya dirogol itu, apabila Komiko curi-curi memberitahu bahawa yang Ayah akan pulang pada keesokkan harinya. Ternyata saya mengambil keputusan untuk memberitahu Ayah yang sebenarnya yang apa terjadi kepada saya malah Komiko juga bersetuju apabila dia tidak sanggup melihat Mak terus mendera saya. 

Pada hari Ayah pulang, saya menunggu ketibaan Ayah di pintu pagar rumah dengan menunggu Ayah diberanda rumah. Sebaik sahaja Ayah berada di muka pintu pagar, wajah Ayah bukannya senyuman sebaliknya ketakutan apabila saya terjatuh daripada beranda rumah.

Punca kematian saya bukan kerna saya terjatuh dari beranda rumah sebaliknya Mak yang menolak saya jatuh daripada beranda. Bukan sahaja saya mati dengan kepala saya terhantuk pada simen malah tubuh saya tertusuk dengan kaca-kaca pecah yang Mak sengaja letakkan pada bawah beranda untuk memastikan saya betul-betul mati.

Ayah melihat jelas sekali dari luar rumah yang saya terjatuh ketika Ayah balik dari bekerja. Mak akan menidakkan perbuatannya itu akan tetapi Komiko nampak dengan sendiri yang Mak menolak saya jatuh, malah dia juga terpaksa menipu yang saya terjatuh itu satu kemalangan selepas Mak memaksanya berbuat demikian. 

Sekarang Ayah sudah tahu perkara yang sebenarnya yang terjadi kepada saya dan saya berharap yang kematian saya boleh mendapat keadilan untuk membolehkan saya bersemadi dengan aman. Ayah maafkan Himeko kerna saya tidak mempunyai semangat untuk memberitahu kepada Ayah yang sebenarnya ketika Himeko masih hidup lagi. Hanya selepas saya mati baru saya berani untuk memberitahu perihal yang sebenarnya, sila maafkan Himeko.
Selesai sahaja Himeko menceritakan kisahnya yang sebenarnya, Ayah menjadi berang lalu menampar Mak berulang-ulang kali sehinggakan pipinya merah padam. Mak terjerit-jerit menidakkan perbuatannyajahatnya itu dengan mengatakan ia hanyalah fitnah semata-mata. 

“Perempuan tidak guna! Saya harapkan kamu menjaga anak saya rupa-rupanya kamu adalah manusia yang kejam, bukan kamu tidak layak dipanggil manusia sebaliknya syaitan! Saya harap kamu ibu yang baik tapi kamu hanyalah binatang!” jerit Ayah sambil memegang erat bahu Mak.

Mak meronta-ronta untuk melepaskan dirinya akan tetapi Ayah memegang erat Mak sehinggakan kakinya tersadung pada patung Holy Mary. Dengan tiba-tiba patung tersebut terjatuh lalu menghentak kaki Mak sehinggakan kedengaran bunyi tulang patah serta kepala Mak terhantuk pada kepala patung tersebut. Darah mulai mengalir keluar daripada kepala Mak serta patung Holy Mary mulai dibasahi dengan darah.

Paderi tersebut menelefon ambulan serta pihak polis manakala Ayah cuba menangkat patung tersebut untuk melepaskan Mak. Komiko memandang ke arah Mak sambil tersenyum dengan mata yang serba merah sebelum dia rebah menyembah bumi.

Suasana di Hospital agak riuh-rendah apabila Mak terjerit-jerit meminta dilepaskan sementara kedua-dua kakinya dibalut simen, kedua-dua tangannya digari. Kelihatan beberapa pegawai polis menjaganya sebelum Mak ditahan atas kesalahan membunuh. Komiko baru sahaja sedar daripada pengsannya dan dia mendapati Ayah berada disampingnya, akhirnya dengan keberanian yang dia ada. Komiko akan memberitahu perkara yang sebenarnya walaupun dia bakal meletakkan Mak ke penjara.

Malah 2 lelaki yang merogol Himeko berjaya ditangkap apabila mereka berdua datang menyerah diri. Apabila ditanya sebabnya mereka dihantui oleh Himeko sehinggakan mereka berdua terpaksa memberitahu kesalahan mereka itu. Maka ia turut menjadi bukti bahawa Mak adalah dalangnya selepas 2 lelaki tersebut mengaku bahawa Mak mengupah mereka berdua untuk merogol anaknya itu sendiri.

Mak didapati bersalah dengan kesalahan membunuh apabila kesemua bukti menunjuk ke arahnya dan Mak bakal dipenjarakan dengan masa yang lama sekali. Semasa Mak dipenjara, dia mulai menjadi mereka yang tidak siuman dan sering terjerit-jerit nama Himeko dengan harpaan dia mendapat kemaafan.

Apabila Komiko kembali sihat, dia bersama Ayah pergi ke tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan gereja. Kelihatan Paderi berdiri dihadapan kubur Himeko dengan membacakan doa buatnya. Ayah mengambil keputusan untuk memindahkan kubur Himeko bersebelahan gereja untuk memudahkan mereka untuk mengunjugi kuburnya itu. Komiko meletakkan sejambak bunga pada kubur Himeko sebelum bersama-sama dengan Ayah berdoa untuk Himeko.

Air mata mengalir daripada Ayah serta Komiko ketika mereka berdoa untuk Himeko. Di luar pandangan mata kasar mereka, kelihatan Himeko terawang-awang di sebelah kuburnya itu sambil tersenyum sambil mengalirkan air matanya itu. Walaupun Ayah dan Komiko tidak dapat melihatnya, Himeko tetap gembira apabila dia sudah mendapat niatnya.

Selesai sahaja Ayah dan Komiko berdoa, mereka berdua bersalam dengan Paderi sebelum meminta diri berlalu pergi. Himeko tersenyum pada Paderi tersebut bagaikan dia mengucapkan terima kasih dimana Paderi tersebut melihatnya dengan jelas sekali.

“Wahai Himeko pergilah kamu ke cahaya itu, Ibu kandung mu sedang menunggu kamu. Pergilah dengan aman dan saya sentiasa mendoakan kamu sejahtera.” Kata Paderi tersebut sambil membalas senyuman Himeko.

Himeko dengan perlahan-lahan menuju ke arah cahaya sebelum ghaib daripada pandangan mata. Paderi tersebut tersenyum sebelum berjalan memasuki gereja.

Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan