Khamis, 29 Ogos 2013

Bab 16 : Gerhana Malam

Salam malam Jumaat semua, sekian sahaja kisah mini siri Consultant jika inginkan sambungannya nantikan sambungan kepada kisah ini pada masa yang akan datang. Baiklah kali ini saya akan sajikan kepada kamu semua semula kisah panjang yang berkaitan dengan karya.

Karya semestinya sepadan buat penulis-penulis diluar sana malah dia adalah tanda ia adalah penulisan buat seorang penulis tersebut. Karya tersebut tidak mengira apa genre yang dipamerkan oleh penulis tersebut dan apa yang diharapkan oleh penulis itu apabila ada orang sudi membaca karyanya itu.

Kali ini, jikalau karya yang ditulis oleh penulis itu boleh membawa kepada kematian buat pembacanya. Semestinya ia menjadi isu yang berat sekali malah ia boleh menjejaskan sebuah karya tersebut bukan? Sesiapa sahaja yang membaca karya tersebut semestinya akan membunuh diri mereka ini. Semestinya penulis tersebut akan dipersalahkan bukan?

Kita hanya tahu menunding jari kepada penulisnya itu sebaliknya kita tidak mengetahui perihal mereka yang tamak yang mengeluarkan buku-buku karya tersebut semestinya penerbit buku itu. Mereka akan memgeluarkan karya buku tersebut dan keuntungan pada buku tersebut bukan semestinya masuk terus ke poket penulis sebaliknya ia bertentangan sekali.

Disini disajikan 2 kisah seram mengenai sebuah karya yang membunuh ramai pembacanya, semestinya penulisnya dipersalahkan akan tetapi kerana ada sebuah pihak menjadi tamak mereka mengeluarkan buku itu walaupun penulis itu sendiri tidak ingin karya itu diterbitkan. Kerana kerakusan ingin mendapat keuntungan banyak nyawa terkorban.

Bahana” adalah sebuah kisah mengenai kes membunuh diri oleh mereka yang membaca karya buku yang terlarang sudah melebihi batasnya. Penulis tidak menerima tanggungjawab tersebut kerana bukan dia yang menerbitkan buku itu sebaliknya karya itu dicuri oleh pembantunya untuk menempah nama buat dirinya sendiri. Penerbit inginkan keuntungan dari jualan buku itu walaupun dilarang keras oleh penulis asalnya. Bahana pengeluaran karya terlarang bakal mengambil lebih banyak nyawa. “Ketamakkan” adalah sebuah kisah mengenai pembantu penulis yang tahu mengenai karya terlarang penulis apabila siri bukunya menjadi sambutan hangat sekali. Dia menjadi hairan mengapa penulis melompat satu siri dan tidak mengeluar siri tanpa sebab. Malah penerbit buku menjadi hairan menegenai perihal tersebut. Penerbit serta pembantu itu berpakat untuk mencuri karya itu untuk diterbitkan akan tetapi aap yang mereka lakukan bakal mendatangkan sesuatu yang buruk bakal menimpah.

Nantikan kisah ini pada malam Jumaat pada minggu hadapan.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,

Bacalah kisah saya.

Creepypasta

Malam nie saya akan kongsikan video creepypasta yang saya minati, banyak juga agak seram sekali, nie saya kongsikan buat pembaca setia.

Nak kasi tau saya hanya ambil link nie dan video nie bukan saya yang punya. Hanya pemberitahuan sahaja.


http://www.youtube.com/watch?v=retjBig3SNs


Consultant : Words

“Habis hancur, musnah dan mustahil untuk saya untuk bangkit. Kesemua yang saya buat untuk mencapai ke peringkat ini bukannya mudah sekali. Beribu-ribu wang saya kena korbankan.” Kata seorang lelaki yang berusia dalam 50’an berlegar-legar dengan perasaan yang cemas.

Keadaan pejabat wakil rakyat tersebut yang menjadi tidak menentu sekali. Kertas laporan penuh di atas meja malah ia turut bersepah-sepah di atas lantai. Manakala di kerusi sofa mengadap meja Encik Omar, kelihatan seorang lelaki berambut hitam sambil bertocang pada belakang dan mengenakan suit kelabu. Disisinya kelihatan seorang lelaki dan wanita yang kelihatan seperti sepasang kembar. Mereka hanya menunggu dan menanti dengan tenang sekali.

Encik Omar sudah tidak tahu apa yang harus dia lakukan apabila kesemua rancangan yang diberikan oleh Mr M sudah tidak menjadi. Penyokong-penyokongnya mulai berpindah arah malah ada mereka bergaduh sesama sendiri dan kerjasama yang dipupuk selamanya itu, hilang entah ke mana.

“Rancangan yang kamu buat sudah tidak boleh dipakai lagi. Adakah menipu dengan saya? Rancangan kamu adalah rancangan menipu sahaja.” Kata Encik Omar dengan berang sekali.

“Jangan kamu katakan bahawa rancangan saya tidak menjadi, padahal punca itu datang daripada kamu sendiri juga. Dah saya katakan kepada kamu bahawa kamu kena ikutnya 100%, jika tidak padahnya menimpah pada kamu seperti sekarang ini.” Kata Mr M dengan tenang sekali.

“Tak mungkin saya mengikutnya 100% malah saya buat apa yang tertulis pada rancangan tersebut juga serta saya pastikan hanya saya sendiri yang menegtahui perihal rancangan tersebut.” Kata Encik Omar dengan tegas sekali.

“Tak semestinya dari rancangan tu tapi sebaliknya kamu sendiri telah melanggar perjanjian yang kita telah buat untuk memastikan rancanagan itu berjalan dengan lancar sekali. Jangan kamu menidakkan ia kerna saya tahu mengenai kamu mengambil duit tersebut.” Kata Mr M sambil tersenyum.

Encik Omar bagaikan terkejut dengan apa yang dikatakan pleh Mr M bagaikan dia berada di situ ketika dia mengambil duit tersebut. Bagaikan Mr M berada di sana padahal hanya dirinya seorang sahaja yang mengetahui perihal tersebut malah penyokongnya sendiri tidak mengetahuinya.

“Tak, Tak mungkin kamu boleh tahu hal itu. Kamu spy saya ka?” soal Encik Omar yang ternyata pada nadanya rasa bersalah.

“Dah terbukti yang kamu terima rasuah, bukan ka perjanjian kita mengatakan kamu kena mengikut 100% rancangan saya serta tidak akan mengambil rasuah dan ia akan tidak menjadi. Kamu ingin menjadi wakil rakyat yang dikenali ramai bukan?” soal Mr M dengan nada menyindir.

“Walau bagaimanapun ia adalah salah kamu juga kerna rancangan yang kamu berikan sudah tidak menjadi, walaupun saya mengambil rasuah pun kerna kewangan mulai menyusut sebaliknya rancangan kamu memakan wang saya tanpa henti sekurang-kurangnya saya masih ada wang masuk ke kewangan saya sebaliknya rancangan kamu tidak pernah memberikan sebarang galakkan wang masuk.” Perli Encik Omar untuk menyembunyikan kesilapannya.

Jack mulai hilang sabar dengan  apa yang dikatakan oleh Encik Omar, yang dia anggap kurang ajar baginya yang bagaikan menhina Mr M. Sebaliknya Mr M menghalang daripada Jack ingin menumbuk Encik Omar, bagaikan Jack mengerti maksudnya lalu menarik Jill untuk kearah pintu.

Encik Omar berasa hairan dengan kelakuan pembantu Mr M apabila kedua-dua meninggalkan bilik tersebut dan meninggalkan Enciki Omar dengan Mr M.

“Baiklah saya tunaikan kira saya ambil mudah sahaja. Lupakan rancangan saya itu lebih baik saya pastikan kamu dikenali ramai.” Kata Mr M sambil berdiri daripada tempat duduknya.

Encik Omar mulai berasa seram sejuk apabila keadaan bilik pejabatnya mulai menjadi gelap dengan tiba-tiba, walaupun pada masa itu masih lagi waktu siang hari. Encik Omar melihat kearah Mr M dan ternyata dia sudah ghaib, dia mulai tercari-cari kemana dia sudah menghilangkan diri. Dengan tiba-tiba kaki Encik Omar mulai bergegar dengan ketakutan apabila kelihatan pada kelilingnya beribu-ribu mata berwarna hitam dan beranak mata merah memandang kearah Encik Omar.

Kedengaran bunyi seram seperti bunyi ketawa yang terasa dekat pada telinganya, hanya pada masa ituberibu-ribu memandang tajam kearah Encik Omar serta keadaan yang yang serba gelap.

“Encik Omar kamu benar-benar ingin menjadi yang dikenali bukan? Biar saya laksanakan ia, saya tak boleh terima penhinaan kamu terhadap rancangan yang saya berikan kepada kamu.” Kata Mr M apabila dia muncul dengan tiba-tiba di depan Encik Omar dengan menyerikan 13 mata merahnya serta memberikan senyuman yang mengerunkan sekali dengan menunjukkan barisan giginya yang tajam.

“Siapa kamu sebenarnya dan apa yang kamu hendak lakukan kepada saya?” soal Encik Omar yang dalam ketakutan.

“Aku hanyalah dewa kuno yang teramat jahat sekali yang manusia seperti kamu menyembah aku. Aku di dikenali sebagai Evil Eye. Sekarang tiba masanya aku membuatkan kamu menjadi orang yang dikenali.” Kata Mr M.

Kedengaran bunyi jeritan Encik Omar daripada pejabatnya, manakala pembantu Mr M yang tersenyum sekitka mereka mendengar kehadiran suara jeritan tersebut.

Pada keesokkan harinya, mayat wakil rakyat ditemui mati di dalam pejabatnya dalam keadaan yang tragis sekali. Matanya dirobek keluar serta banyak darah mengalir tanpa henti darinya. Mayat Encik Omar ditemui oleh salah seorang daripada pembersih bangunan yang pada keika untuk menjalankan tugasnya untuk  membersihkan  pejabat  tersebut. Kelihatan sebuah trak hitam milik pihak polis menantikan mayat Encik Omar mengusung masuk  ke dalamnya. Pihak Polis menyatakan bahawa kematian Encik Omar ada kaitan dengan pembunuhnya dimana terdapat bukti ia adalah pembuatan dendam. Malah mereka menjumpai sejumlah wang yang banyak di sebuah beg hitam yang ada kaitan dengan kes rasuah.

Apabila pihak polis menyiasat lebih dalam, mereka mendapati Encik Omar menerima rasuah untuk sebuah projek awam yang pada asalnya dilarang meneruskan pembinaannya, sebaliknya ia diberikan lampu  hijau daripada seorang wakil rakyat yang tidak diketahui. Ia ternyata adalah pembuatan Encik Omar sendiri, wang daripada rasuah tersebut akan disalurkan kepada kempen tabung pilihan raya kelak.

Dari jauh daripada pandangan umum, di kawasan yang terlindung daripada pejabat Encik Omar. Kelihatan Mr M serta pembantu-pembantunya berdiri melihat keadaan yang sibuk di tempat kejadian. Malah  kelihatan jelas pada tangan Mr M adalah satu uncang yang ternyata berat sekali bagaikan ada sesuatu padanya. Manakala pembantu Mr M hanyalah tersenyum apabila mereka tahu Mr M sudah menerima bayarannya.

“Akhirnya Encik Omar menerima apa yang dia sendiri kehendaki. Dia inginkan menjadi mereka yang dikenali akan tetapi dia tidak dapat merasakannya sudah.” Kata Mr M.

“Jikalau dia mengikut rancangan itu semestinya dia dapat apa yang dia kehendaki malah wang akan masuk dengan sendirinya, itu pun kalau dia tidak langgar perjanjiaan dengan Mr M.” Kata Jack.

“Apabila manusia menjadi mulai tamat serta gilakan kuasa, apa-apa yang dijanjikan akan dilupakan kerna ia lebih bermakna buat mereka yang sudah sesat dengan kuasa.” Kata Jill.

“Itulah sebabnya mengapa kami sebagai dewa-dewi kuno meninggalkan manusia ini apabila ajaran kami dihina. Ia membuatkan benci kepada mereka ini, malah kami membalas perbuatan mereka dengan cara ini sahaja.” Kata Mr M.

“Baiklah jangan kita membuang masa disini lagi, rasanya pelanggan kita akan datang dengan sendirinya ke pejabat kita nanti. Saya sudah dapat apa yang saya nakkan dan semestinya mereka tidak akan menemui semula jantung Encik Omar itu.” Seruan Mr M.

Kelihatan pembantu Mr M hanyalah menangguk kepala mereka sebagai menandakan mereka faham dengan seruan Mr M. Maka mereka bersama-sama dengan Mr M berjalan memasuki satu lorong lalu ghaib daripada pandangan mata khalayak ramai.


Sekian.

Khamis, 22 Ogos 2013

Consultant : Plan

Suasana M Consultant Advisor Ltd, cukup kacau-bilau. Kedengaran beberapa bunyi das tembakkan kedengaran. Beberapa pelangan yang menunggu giliran berjumpa dengan Mr M, kelihatan ketakutan. Manakala pembantu-pembantu Mr M dikumpulkan bersama-sama dengan pelangan Mr M, mereka berdua tidak mampu berbuat apa-apa malah mereka tidak dapat menyelamatkan Mr M yang berada di dalam pejabatnya yang menjadi tawanan kepada Ketua perompak bank.

2 anak buah kepada ketua perompak berjaga-jaga di luar dan memastikan tiada kejadiaan yang tidak diingini daripada berlaku serta mereka memastikan pihak polis tidak memasuki pejabat tersebut. Ketua perompak tersebut tanpa henti memaki hamun di dalam pejabat Mr M. Adakala beberapa kali dia menhalakan pistolnya ke arah Mr M. Mr M hanyalah kelihatan tenang sekali di dalam keadaan yang huru-hara yang berlaku kepadanya.

“Ia adalah salah kamu, rancangan yang kamu bagi gagal. Kamu punya pasal la 3 anak buah saya terbunuh.” Marah ketua perompak tersebut.

“Bukan ka saya sudah beritahu kamu balik-balik yang kamu ikut 100% dengan rancangan yang saya telah buat untuk kamu. Tapi kamu melanggar dengan penjanjian kita berdua maka ia bukan lagi tanggung-jawab saya dalam hal ini.” Kata Mr M dengan tenang sekali.

“Saya tidak langsung melanggar penjanjian kita, yang sebenarnya rancangan yang kamu buat tu gagal. Bukannya murah saya bayar untuk mendapatkan rancangan tu daripada kamu.” Marah Ketua perompak tu lagi.

“Jangan kamu nak buang masa saya, kegagalan tu bukan berpunca daripada rancangan yang saya dah aturkan akan tetapi kamu sendiri adalah punca kegagalan itu sendiri. Kalau kamu ikut semestinya anak buah kamu masih hidup lagi malah kamu juga dapat hasil rompakan tu juga bukan?” soalan yang berbau menyindir dari Mr M.

“Malah anak buah yang terbunuh tu ingin merampas hasil rompakan tersebut selepas kamu berjaya membawa hasil tu keluar. Dia ingin membunuh kamu demi hasil rompakan tu juga. Kira kamu bernasib baik bukannya kamu yang mati sebalik dia yang menjadi mangsa. Itulah siapa yang gatal tangan sangat nak ambil rantai belian tu lagipun ia tiada dalam rancangan tu, terkantoi juga.” Kata Mr M lagi.

“Macam mana kamu tau hal tu, kamu pun berada di sana ka? Ataupun kamu orang dalam bagi bank tu ka?” soalan bertubi-tubi ditujukan kepada Mr M oleh ketua perompak tersebut.

“Tidak la, saya langsung tidak ke mana-mana. Lagipun saya ada cara ku sendiri untuk mengetahui apa yang kamu lakukan di bank semalam.” Jawab Mr M dengan ringkas sekali.

“Tipu! Baik kamu beritahu saya sekarang atau kau nak anak buah saya bunuh pembantu-pembantu kamu di luar sana ka?” Marah ketua perompak tersebut.

“Silakan, lagipun saya bukannya risaukan pembantu-pembantu saya akan tetapi kamu sendiri kena risaukan anak buah sendiri. Lagipun diluar pejabat nie sudah kedengaran sunyi sekali dan rasanya mereka sudah berjaya lepaskan diri mereka. Rasanya sebentar lagi kamu bakal dengar bunyi siren polis.” Kata Mr M sambil tersenyum.

Dengan tiba-tiba kedengaran bunyi siren polis berada di luar bangunan. Ketua perompak mulai dilanda ketakutan apabila dia mula mendengar bunyi siren di luar bangunan pejabat. Adakalanya dia sempat melihat keluar dan mendapati kedua-dua anak buahnya sudah meniarap di atas lantai serta kelihatan darah mengalir daripada kepala mereka.

Kedengaran bunyi amaran daripada seorang pihak polis yang memgunakan pembesar suara ke arah pejabat tersebut. Mr M hanya la tersenyum manakala ketua perompak tersebut sudah panik dan pistol pada tangannya tidak langsung dilepaskannya.

“Tiada guna lebih baik kamu menyerah kepada pihak polis sekurang-kurangnya kamu masih hidup lagi, jika tak kamu bakal menerima nasib yang sama seperti anak-anak buah kamu jua.” Kata Mr M.

“Kamu diam! Bagus lagi saya bunuh kamu sahaja sebab ia berpunca daripada kamu juga. Kalau bukan rancangan kamu gagal semestinya saya tak akan berbuat seperti sekarang nie.” Marah ketua perompak sambil mengacungkan pistol ke arah Mr M.

Dengan perlahan-lahan Mr M bangun daripada kerusinya lalu menuju ke arah ketua perompak tersebut.

“Semestinya kamu tertanya-tanya bagaimana saya tahu sebab ia adalah salah satu rancangan saya. Saya dah awal-awal agak kamu akan gagal dan saya sudah pun rancang jikalau kamu menjadikan saya tebusan. Itupun saya dapat tau selepas kamu menjadi tamak.” Kata Mr M.

“Saya tak peduli apa lagi yang kamu nak katakan biar saya bunuh sahaja kamu sekurang-kurangnya saya boleh terlepas lagi.” Marah ketua perompak tu lagi.

Belum sempat ketua perompak hendak lepas das tembakkan kearah Mr M, dia mulai terkaku dengan apa yang dilihat di depannya. Ketakutan mulai menghantuinya serta suaranya mulai tersekat pada kerongkongnya. Didepannya Mr M memandang tajam ke arahnya dengan 13 mata merah menyala. Mata-mata yang menyeramkan mulai keluar daripada dinding, siling serta lantai; memandang tajam ke arah ketua perompak tersebut.

Ketua perompak tersebut pucat dengan ketakutan yang teramat sekali, dimana-mana tempat dilihatnya ada beberapa jelingan mata melihat ke arahnya.

“Tiada gunanya kamu nak lepaskan diri kamu lagipun pejabat ini sudah dikepung oleh pihak polis dan ia sangat mustahil kamu untuk lepaskan diri. Lagipun saya tidak boleh lepaskan kamu juga, nanti kamu akan menuduh saya komplot bersama dengan kamu dalam hal rompakan semalam. Walaupun ia benar tak mungkin saya lepaskan.” Kata Mr M.

Dengan tiba-tiba sekumpulan polis memecah masuk ke dalam pejabat. Ketua perompak tu masih lagi pucat ketakutan dengan keadaan Mr M dan tangannya masih memegang picu pistol tersebut. Pihak polis memberi amaran kepada ketua perompak tersebut untuk melepaskan senjatanya. Diluar pemikiran ketua perompak tersebut masih melihat dengan jelas sekali Mr M masih memandangnya dengan 13 matanya yang merah menyala serta memberikan senyuman yang cukup mengerikan sekali manakala pihak polis tidak melihatnya kerana pandangan mereka adalah belakang Mr M.

Bang!

Satu bunyi das tembakkan mengena tepat pada kepala. Dengan serta-merta tubuh menjadi kaku dan kesakitan yang teramat pedih sekali. Darah keluar dengan deras dan harapan untuk selamat cukup tipis sekali. Ketua perompak tersebut sudah rebah menyembah bumi apabila satu seorang daripada pihak polis melepaskan satu das tembakkan ke arah ketua perompak yang pada masa itu betul-betul mengacukan pistolnya ke arah Mr M.

Pihak polis terus tergesa-gesa masuk dan memastikan bahawa ketua perompak tersebut benar-benar mati. Mr M kelihatan tersenyum apabila dia melihat mayat yang terkujun kaku sebelum beredar dari situ selepas diiringi oleh beberapa orang polis.

Jauh daripada pandangan orang ramai, pembantu-pembantu Mr M jauh daripada pandangan umum selepas mereka memberi penerangan mereka kepada pihak polis. Kelihatan jelas pada tangan pembantu-pembantu Mr M memegang beberapa uncang merah yang ternyata yang mempunyai isi lalu diberikan kepada Mr M. Malah Mr M pun turut memegang satu uncang merah juga sebelum dia mengambil 2 uncang tadi daripada pembantu-pembantunya.

“Bila masa Tuan ambil daripada ketua perompak tu bukan ka pihak polis berada di sana.” Soal Jack yang berasa hairan apabila dia melihat Mr M ada satu uncang merah yang dibawa bersamanya.

“Abang nie bukan kamu sudah lupa yang Tuan nie ada caranya.” Perli Jill sambil menghulurkan uncang merah kepada Mr M.

“Maaf Tuan, lupakan apa yang saya soal tadi.” Mohon maaf Jack kepada Mr M.

“Nampak buat sementara kita kena guna tempat lama untuk terus berniaga, tempat baru kita nie tidak boleh digunakan buat sementara waktu. Baik la kita pergi sekarang kerna saya ada banyak rancangan perlu saya buat.” Arah Mr M kepada pembantu-pembantunya.

Tak sampai beberapa saat mereka bergerak, kelibat mereka terus ghaib daripada pandangan mata umum.



Sekian.

Khamis, 15 Ogos 2013

Consultant : Promise

“Saya tidak tahu apa yang kamu katakan ini, baik kamu berambus dari sini ataupun saya akan panggil pegawai keselamatan ke sini.” Marah Encik Kamal.

“Encik Kamal bukan kamu sudah janji, kamu sudah dapat apa yang kamu hendakkan. Kerana saya la kamu berjaya. Janji mesti ditunaikan.” Kata Mr M dengan tenang sekali.

“Masa tu saya masih bodoh lagi tapi tidak sekarang nie. Lagipun dari pandangan peguam saya, perjanjian yang saya laksanakan dengan kamu tidak sah. Berani kau katakan ia adalah janji yang saya buat dengan kamu.” Kata Encik Kamal dengan angkuh sekali.

“Tapi bukan ka sebab rancangan yang saya berikan kepada kamu adalah puncanya kejayaan kamu. Jangan kamu nak mengarut yang kamu tidak ingin laksanakan janji kamu itu. Saya masih ingat lagi kamu datang ke pejabat saya meminta pertolongan dengan saya untuk memajukan perniagaan kamu. Seorang pemuda yang dibelengu dengan hutang kerana kegagalan dalam perniagaan. Saya sendiri dah berikan amaran kepada kamu bahawa rancangan yang akan saya berikan itu amat mahal sekali dan kamu mesti membayarnya. Kamu inginkan peluang kedua dalam perniagaan tapi kamu sendiri tahu dunia perniagaan adalah paling kejam sekali daripada peperangan.” Kata Mr M dengan tenang sekali.

“Kamu beriya-iya nakkan rancangan tersebut dan sanggup membuat janji dengan saya untuk memberikan 50% keuntungan apabila kamu sudah berjaya kelak.Sekarang kamu sudah capai apa yang kamu inginkan dan tiba masanya kamu tunaikan janji kamu itu.” Tambah Mr M lagi.

“Saya tidak peduli apa yang kamu katakan, 50% tu bukan jumlah yang kecil sekali. Saya tidak peduli saya tak akan membayarnya. Baik kamu berambus sekarang kerana pegawai keselamatan dalam perjalanan ke mari untuk menyahkan kamu dari syarikat saya ini.” Kata Encik Kamal dengan nada yang tinggi.

Kedengaran bunyi tapak kaki berhenti di luar pintu pejabat Encik Kamal. Lalu pintu pejabat dibuka dan kelihatan dua orang pegawai keselamatan datang. Encik Kamal mengarahkan dua pegawai keselamatan tersebut untuk menheret keluar lelaki tinggi lampai berambut hitam yang panjang bertocang yang mengenakan suit berwarna kelabu. Mr M berpaling ke arah dua orang pegawai keselamatan tersebut, pandangan Mr M cukup menakutkan dua pegawai keselamatan tersebut terpaku pada lantai sambil bergetar-getar ketakutan.

“Saya tiada urusan dengan kamu, jika kamu teruskan juga. Saya sendiri tidak janji kamu akan bernyawa lagi.” Kata Mr M kepada dua pegawai keselamatan tersebut.

Encik Kamal menjadi berang apabila dia melihat dengan sendirinya kedua-dua pegawai keselamatannya hanyalah terpaku tidak melakukan apa-apa. Dengan marah, dia terus mengarahkan kedua-dua pegawai keselamatan tersebut untuk menjalankan tugas mereka. Kelihatan jelas pada rupa paras pegawai keselamatan tersebut ragu-ragu untuk melaksanakan arahan yang diberikan oleh Encik Kamal. Dengan berat hati kedua-dua terpaksa melaksanakan arahan yang kedua apabila Encik Kamal benar-benar marah kepada mereka.

Salah seorang daripada pegawai keselamatan tersebut mengeluarkan kayu lalu terus menyerang Mr M, belum sempat kayu tersebut mengenanya darah merah terpercik ke siling. Pegawai keselamatan tersebut tersungkur jatuh ke lantai lalu mengerah kesakitan. Walaupun ketakutan ketika seorang lagi pegawai keselamatan yang menyaksikan apa yang berlaku kepada rakannya, dia terus cuba menyerang Mr M dengan sebatang besi. Namun nasibnya tidak baik sekali apabila dia mengerat kesakitan dan darah mereh mulai memercik ke lantai.

Encik Kamal mulai menjadi panik dengan kejadian yang dia sendiri saksikan tadi. Dia ingin melarikan diri akan tetapi pintu keluar sudah disekat oleh sepasang kembar lelaki dan perempuan. Pasangan kembar tersebut memasuki ke dalam pejabat tersebut lalu menutup pintu tersebut dengan rata sekali sebelum menguncinya.

Encik Kamal terasa dia sudah terperangkap, dia menjadi cemas apabila kedengaran bunyi jeritan daripada kedua-dua pegawai keselamatannya. Bak! Bak! Krek! Bunyi yang jelas sekali yang kedengaran datang daripada kedua-dua pegawai keselamatan tersebut. Jelas sekali tengkorak kepala kedua-dua pegawai keselamatan tersebut berlubang dan darah mengalir keluar tanpa henti manakala jelas kelihatan pada mata mereka yang sudah dicungkil keluar.

“Bukankah saya dah berikan amaran tadi, kira nasib mereka berdua mati di tangan saya sendiri. Encik Kamal tiada gunanya kamu nak lari. Apa yang dijanjikan kena dilaksanakan juga jika tidak kamu bakal menerimanya jua.” Kata Mr M yang kelihatan dibasahi dengan darah pekat dan juga jelas kelihatan pada kedua-dua tangannya adalah mata milik kedua-dua pegawai keselamatan tersebut.

Keadaan menjadi lebih menyeramkan apabila Mr M menangkat mata segar tersebut lalu menelannya satu per satu. Darah merah mengalir keluar daripada mulut Mr M sebelum dia menyerikan barisan gigi yang tajam.

Encik Kamal mulai dilanda dengan ketakutan yang teramat sekali, dia cuba menelefon polis akan tetapi usahanya dihalang oleh pembantu wanita Mr M dengan merampas telefon yang berada di mejanya. Apabila dia ingin menjerit meminta pertolongan akan tetapi usaha keduanya dihalang oleh pembantu lelaki Mr M dengan menutup mulutnya. Encik Kamal sudah tidak tahu apa yang dia ingin lakukan apabila kesemua usahanya gagal untuk melepaskan dirinya. Encik Kamal mulai menangis ketakutan yang dia tahu yang dia bakal menerima nasib yang sama dengan pegawai keselamatannya.

Dengan tiba-tiba, pejabat Encik Kamal menjadi gelap padahal pada masa itu hari masih lagi siang. Encik Kamal sudah terpinga-pinga serta ketakutannya sudah tidak dapat dikawal. Encik Kamal tergaman dengan ketakutan apabila dia melihat beberapa pasang mata merenung tajam kearahnya. Kesemuanya merah berkaca dengan setiap mata memandang tepat ke arah Encik Kamal serta tambah menyeramkan lagi kelihatan gigi yang tajam mengerikan menuju ke arah Encik Kamal yang sudah terpasung pada kerusinya. Encik Kamal cuba melepaskan dirinya akan tetapi pegangan erat oleh pembantu Mr M semestinya tiada tandingannya. Air peluh dingin menitis tanpa henti dari dahi Encik Kamal manakala matanya terbeliek dengan 13 mata merah memandang tajam ke arahnya. Kedengaran bunyi ketawa yang menyeramkan sekali datang daripada 13 anak mata.

“Tiada satu manusia pernah terlepas daripada tidak menbayar, manusia sentiasa memungkiri janji mereka apabila mereka sudah menerima kesenangan dan kejayaan pada hidup mereka. Kan senang sekali kamu bayar tapi ia sudah terlambat apabila nyawa kamu sebagai bayarannya kerna kamu sudah mungkiri janji.” Kata lembaga hitam yang mempunyai 13 mata dan gigi tajam yang mengerikan.

Lembaga tersebut terus menyerang Encik Kamal, hanya kedengaran bunyi jeritan daripada Encik Kamal.

Pada keesokkan harinya, keluar pada muka depan surat khabar Harian. Mengenai kematian yang penuh tragis sekali buat seorang usahawan produk kesihatan traditional. Encik Kamal Kamaruddin, usahawan muda ditemui mati di kaki lima banguanan kepunyaan beliau. Kematian cukup tragis sekali dengan tengkorak kepalanya retak serta matanya dicungkil keluar. Pihak Polis mengatakan bahawa Encik Kamal telah membunuh diri selepas mereka menemui sepucuk surat yang mengatakan bahawa Encik Kamal mendapati produknya mempunyai kesan sampingan yang membuatkan pengunanya kelihatan lebih tua daripada usia mereka yang sebenarnya serta membuat mereka menjadi senang sekali menhidapi nyanyuk pada usia yang muda sekali. Encik Kamal mengambil langkah untuk membunuh diri daripada menerima risiko buruk yang dia kelak terima.

Mayat Encik Kamal sudah dibaluti dengan plastik hitam dan kelihatan beberapa pegawai forensik membawa mayat tersebut ke dalam van.

Dari jauh kelihatan Mr M bersama-sama dengan pembantunya, tersenyum dengan apa yang berlaku kepada Encik Kamal. Kelihatan Mr M memegang erat satu uncang merah dan ia kelihatan berat berisi.

“Tak mungkin, pihak forensik bakal menjumpai mata dan jantung Encik Kamal.” Kata Jack, pembantu lelaki Mr M.

“Daripada nyawanya melayang kan senang dia bayar terus sekurang-kurangnya dia masih terselamat lagi.” Sindir Jill, pembantu wanita Mr M.

“Manusia ketika mereka lemah mereka sanggup janji apa sahaja akan tetapi apabila tamak mulai meresapi diri, segala janji-janji lama akan dimungkari. Dah lewat mari balik ke pejabat, rasanya sebentar lagi pelangan baru datang meminta bantuan. Dalam uncang nie nanti ia jadi santapan ku nanti.” Kata Mr M kepada pembantu-pembantunya.

Kelihatan Mr M dan pembantunya berjalan masuk ke satu lorong sebelum ghaib daripada pandangan mata umum.


Sekian.

Khamis, 8 Ogos 2013

Bab 15:- Mini Siri : Consultant

Salam Malam Jumaat semua, maka tamat kisah mini siri “Place”. Bagaimana perasaan anda ketika membacanya? Adakah ia seram sehingga tulang? Baiklah, kali ini saya akan kongsikan buat santapan kamu semua mengenai satu kisah seram yang membuatkan kita sedar.

Kita manusia sering mencari jalan penyelesaian mahupun jalan untuk menempah kejayaan. Semestinya ramaikan akan mencubanya dengan keupayaan diri sendiri akan tetapi di luar sana ada juga yang mencari jalan lain untuk mencapai kejayaan. Di sini saya ingin ceritakan jika ada satu peluang dimana ada seorang boleh menjanjikan kepada kamu untuk mengambil jalan pintas untuk mencapai kejayaan itu. Yang boleh dikatakan ia memberikan pulangan 100% akan berjaya. Adakah kamu akan melepaskan peluang tersebut ataupun sebaliknya, ia terpulang kepada anda.
Ini adalah sebuah kisah mengenai sebuat syarikat perunding, yang mempunyai seorang yang bijak membuat rancangan untuk apa-apa sahaja yang manusia inginkan. Namanya Mr M bersama-sama dengan dua orang penolongnya yang bernama Jack & Jill yang merupakan sepasangan adik-beradik kembar. Mr M akan menyoal kepada kliennya tujuaannya sebelum memberikan rancangan tersebut. Mr M tidak menyatakan harganya hanya satu perkara dia minta hanyalah kliennya kena setia dengan rancangan yang sudah diaturnya akan tetapi jika dilanggar bayarannya berat sekali.

Disini akan sajikan 3 buah kisah iaitu “Promise” adalah kisah mengenai seorang usahawan meminta pertolongan daripada Mr M malah dia berjanji untuk memberikan 50% keuntunggannya kepada Mr M, jika perniagaannya berjaya. Usahawan itu mungkir janjinya dan tanpa membayar bayaran kepada Mr M, akan tetapi rancangan itu masih lagi digunakan dan ada sesuatu buruk bakal berlaku kepadanya. “Plan” adalah kisah mengenai seorang ketua perompak yang menyalahkan Mr M kerana rancangan yang diberikan olehnya gagal dan mengambil keputusan menjadikan Mr M tebusan. Kesetiaan kepada rancangan itu dilanggar dan sesuatu buruk akan menimpah ketua perompak itu. “Words” adalah kisah mengenai seorang ahli politik untuk menjadi seorang yang ternama dengan meminta rancangan daripada Mr M. Akan tetapi ahli politik tersebut membuat satu perkara yang melanggar rancangan tersebut maka sesuatu buruk akan menimpah kepadanya.

Nantikan kisah ini, yang membuatkan kamu seram dan sedar dengan perkara yang sering berlaku di dunia ini. Nantikannya untuk santapan anda pada Malam Jumaat.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasanan sepi,

Bacalah kisah saya.

Diucapkan Selamat Hari Raya buat pembaca2 setia, Maaf zakir dan batin jika ada terkasar bahasa mahupun perkara yang kurang enak dari penulisan mahupun kisah seram saya ini.

Pintu sudah terbuka dan "mereka" sudah bebas keluar. "Mereka" akan terus mengacau dan menyakat anda pada malam nie. Nantikan kisah seram yang lebih menakutkan sehingga tulang anda. 

Place : Lake

Kedengaran bunyi enjin bot berbunyi serta kelihatan sepasang suami isteri  di atas bot berwarna putih. Jasper kelihatan kurang selesa dengan keadaan tasik tersebut pada waktu malam. Manakala suaminya, James satu per satu memeriksa mata kail yang bakal dia gunakan untuk memancing ikan. Adakala kedengaran bunyi Jasper mengomel dengan suaminya kerana mengambil keputusan untuk memancing pada waktu malam sambil berpeluk tubuh menahan kesejukkan malam.

Ikan sentiasa mengena dan tanpa henti James menaikkan ikan-ikan tersebut ke dalam bot. Jasper terpaksa membantu suaminya menarik ikan-ikan tersebut walaupun ia terpaksa menahan kesejukkan malam. James lebih suka memancing pada waktu malam di Tasik Sirenity kerana pada waktu siang ia padat dengan bot-bot yang lain untuk mencari rezeki dan James terpaksa bergaduh untuk mendapat tepat yang bagus. Sejak dia mengambil keputusan untuk memancing pada waktu malam serta rezeki masuk dengan banyak sekali.

Pada asalnya rakan kongsi James, Joseph melarang keras James untuk memancing pada waktu malam kerana ada kisah seram mengenai tasik tersebut pada waktu malam serta ia agak menbahaya sekali. Akan tetapi nasihat tersebut ditolak bulat-bulat oleh James kerana dia tidak mempercayai kisah-kisah dan menanggap ia karut. Kebiasaan James akan pergi seorang diri oleh kerana pada waktu malam ikan terus mengena umpannya dan agak sukar baginya seorang diri untuk menariknya lalu dia mengajak isterinya untuk membantunya.

Ketika mereka sedang sibuk menarik umpan, kedengaran bunyi seperti ada sesuatu dengan menyanyi dengan mendayu-dayu. Jasper mulai berasa seram sejuk manakala James mulai tercari-cari dari mana datangnya bunyi nyanyian tersebut kerana mereka tidak langsung membawa radio kerana khuatir ia akan menyebabkan ikan akan lari. Apa yang mereka tahu bahawa hanyalah mereka berdua berada di tasik tersebut.

Kedengaran bunyi air dipecahkan permukaannya, James terus menyuluh lampu suluhnya ke arah bunyi tersebut dan dia ternampak ada satu bayang-bayang di dalam air yang sedang menuju ke arah bot mereka. Jasper dan James terus menjerit ketakutan apabila mereka melihat satu lembaga hitam dengan rambut yang panjang dan bersisik seperti seekor ikan dengan mata yang merah berkaca serta mulutnya menyerikan gigi yang tajam sekali. Jasper mulai menangis ketakutan sambil menarik lengan suaminya, James tak sengaja menjatuhkan lampu suluhnya ke lantai bot dan ia terus menyuluh tepat ke arah lembaga tersebut. Jelas sekali lembaga tersebut menyerupai seperti ikan duyung yang mengerikan sekali.

Pada keesokkan harinya, penduduk tempatan menjumpai bot milik James terdampar di gigi tasik. Di dalamnya kelihatan mayat pasangan suami isteri yang mati cukup mengerikan sekali dengan perut mereka terburai bersama-sama usus terkeluar. Manakala ada kesan gigit pada tangan dan kaki mereka malah sebahagian daripada isinya menunjukkan tulang bagaikan ia dimakan oleh sesuatu. Lebih sadis lagi apabila kedua-dua dada mereka dirobek dan jantung mereka diambil. Muka pasangan tersebut cukup mengerikan dengan matanya terbeliak bagaikan mereka melihat sesuatu yang mengerikan datang menamatkan riwayat hidup mereka berdua.

Setiap larangan ada sebabnya untuk mengelak daripada satu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Sekarang terpulang pada anda kerana puaka yang tinggal di dalam tasik sentiasa menunggu mereka yang degil.


Sekian.

Place : House

Kelihatan sebuah lori putih berhenti di depan sebuah rumah lama 2 tingkat, keluar daripada lori tersebut sepasang suami isteri. Alice kelihatan gembira sangat apabila dia melihat rumah tersebut dengan dia mengukirkan senyuman lalu dia mencium suaminya Simon. Simon membeli rumah tersebut dengan harga yang agak murah sekali daripada ejen hartanah adakalanya dia sangsi mengapa ejen tersebut menjualnya dengan harga yang murah. Ketika mereka memungah barang-barang mereka ke dalam rumah tersebut, ada beberapa jirannya berada disitu sambil berbisik-bisik satu sama lain. Alice berasa hairan dengan kelakuan mereka, lalu dia berjalan ke arah jiran hanyalah untuk menyapa akan tetapi jiran tersebut terus masuk ke dalam rumah mereka masing-masing kerana terkejut. Alice hanya mengomel dengan Simon dengan mengatakan bahawa jiran mereka agak kurang ajar dan tidak sopan sekali, Simon hanyalah menyenangkan isterinya untuk bersabar.

Walaupun mereka berdua sudah tinggal 3 hari di rumah tersebut, jiran-jirannya masih menghiraukan mereka bagaikan ada sesuatu rahsia yang disembunyikan daripada mereka berdua. Bermula kisah yang menakutkan mereka berdua bermula apabila Alice bersendirian di rumah tersebut adakalanya dia terasa pergerakkannya sering kali diawasi oleh sesuatu. Apabila mereka berdua tidur, mereka sering kali terdengar bunyi seperti bunyi cakaran pada atap rumah mereka dan juga bunyi rantai diheret di luar pintu bilik mereka berdua.

Ada sesuatu yang membuatkan Simon dan Alice bakal ketakutan teramat sekali apabila pada malam ke-6. Alice terbangun daripada tidurnya kerana kehausan lalu di turun untuk mengambil air minuman. Jam menunjukkan 1 pagi, ketika Alice minum air dari ekor matanya dia terlihat seperti satu lembaga putih berada berdekat dengan tepi tangga. Apabila dia melihat untuk memastikan, gelas yang dipegangnya terus terjatuh berkecai di lantai. Alice terus menjerit ketakutan dengan lembaga wanita bergaun putih yang penuh dengan darah. Tanpa membuang masa, Alice terus berlari mendapatkan suaminya yang masih lagi berada di bilik tidur di tingkat atas. Dari ekor matanya, ternampak jelas wanita berambut panjang tersenyum yang mengerikan sekali ke arahnya.

Simon terus terbangun daripada tidurnya apabila dia terdengar bunyi jeritan daripada Alice. Simon terus bangun daripada katilnya dan mendapati lantai tersebut menjadi basah dengan sesuatu belum sempat Simon menghidupkan lampu mejanya. Pintu bilik dibuka dengan kuat sekali lalu Alice mulai menangis ketakutan lalu berlari ke arah Simon lalu mendakapnya. Kedengaran bunyi rantai diheret menuju ke arah bilik mereka, betul-betul dimuka pintu adalah lembaga wanita berambut panjang paras pingang sambil bergaun putih labuh yang penuh dengan bintik-bintik darah merah dan pada kakinya nampak jelas rantai yang sudah berkarat. Lalu lembaga wanita terus berjalan masuk ke arah Simon dan Alice.

Alice masih dalam ketakutan yang teramat sekali apabila dia melihat lembaga wanita tersebut sambil memeluk erat pada suaminya. Simon mulai menjadi pucat dengan ketakutan kerana dia nampak jelas sekali lembaga wanita tersebut. Dengan perlahan-lahan lembaga wanita tersebut mulai mendekati mereka berdua bagaikan cuba mencapai dengan mulut ternganga besar dan menangis darah pekat.

Dengan semangat yang Simon ada, dia cuba mencapai ke arah lampu meja yang berada di tepi katil. Dengan tiba-tiba lampu pada bilik tersebut hidup apabila Simon menghidupkan dari sius lampu mejanya. Simon dengan gerun sekali dengan apa yang dilihatnya iaitu lantai, dinding dan siling bilik tersebut diselembungi dengan darah merah pekat dan ia masih mengalir keluar tanpa henti.

Lembaga wanita tersebut terus mengilai dan darah terus memercik ke mereka berdua sebelum berjalan ke arah katil. Simon sudah tidak tahan perasaan ketakutannya lalu dia menarik isterinya untuk melarikan diri mereka daripada lembaga wanita tersebut. Adakala kaki Simon dan Alice tersandung dengan tangga kerana terlampau panik sekali untuk mereka melarikan diri. Kedengaran bunyi mengilai datang daripada lembaga wanita tersebut dari belakang mereka manakala dinding dan siling pada rumah tersebut mulai mengalir darah keluar.

Apabila tiba pada muka pintu rumah mereka, Alice menjadi lebih panik lagi apabila dia mendapati lembaga wanita berdarah mulai mendekati mereka. Simon terus menarik Alice keluar daripada rumah tersebut, terus berlari keluar daripada pintu pagar rumah tersebut dan meninggalkan kesemuanya kepentingannya di rumah puaka. Simon menarik nafas lega apabila dia mendapati lembaga wanita tersebut tidak lagi mengejar mereka keluar manakala Alice masih menangis teresak-esak.

Dengan tiba-tiba mereka berdua disapa oleh seseorang daripada belakang, Alice dan Simon berasakan nasib buruk mereka belum lagi selesai. Mereka berdua cukup bersyukur apabila mereka dipelawa oleh jiran mereka yang tinggal di depan rumah puaka tersebut untuk ke dalam rumah tersebut. Pak Man serta Mak Bidah berasa simpati dengan apa yang dialami Alice dan Simon dengan mempelawa mereka berdua untuk bermalam di sana.

Apa yang diceritakan oleh Pak Man, bukan hanya Alice dan Simon sahaja pernah mengalaminya yang sebenarnya sudah 7 pasangan suami isteri yang pernah tinggal di rumah tersebut mengalaminya. Rumah tersebut berpuaka atas satu kejadian yang menyayat hati apabila ada satu suami bertindak tidak keperimanusian apabila dia percaya isterinya curang kepadanya dengan merantai kaki isterinya dengan rantai besi yang berat. Setiap malam si suami memukul isterinya dengan kejam sekali, kedengaran bunyi meminta tolong dan pinta simpati daripada isteri tersebut yang tidak bersalah. Akhirnya kerana jiran-jiran sudah tidak tahan mendengar penderaan oleh si suami kepada isteri tersebut, mereka terus menelefon pihak polis. Akan tetapi mereka sudah terlambat apabila si isteri sudah meninggal dunia dengan penderaan yang teramat kejam sekali dengan tengkorak kepalanya pecah dihentak pada dinding bilik tidur manakala badannya penuh dengan luka-luka dan tulang pada tubuhnya banyak berpatahan. Lebih dayus sekali apabila bayi yang dikandung oleh si isteri dikerat-kerat oleh si suami selepas dia menarik keluar daripada perut isteri tersebut. Si suami akhirnya ditahan oleh pihak polis kerana kesalahan membunuh dan apa yang dikhabarkan bahawa si suami membunuh diri di dalam penjara.

Dikatakan bahawa roh ister tersebut masih lagi berada di dalam rumah tersebut sehinggakan sesiapa sahaja pasangan suami isteri yang tinggal di rumah tersebut akan meninggal rumah tersebut dalam masa seminggu. Ia membuatkan ejen hartanah yang membeli rumah tersebut mendapat kesukaran untuk menjualnya walaupun usaha untuk membersihkan rumah tersebut hanya menghasilkan kegagalan. Akan tetapi ejen-ejen ini masih berusaha menjualnya walaupun mereka sanggup menyembungikan hal yang sebenarnya.

Apabila Alice dan Simon mendengar perihal yang sebenarnya daripada Pak Man, mereka berdua terus berpindah keluar daripada rumah puaka tersebut sebelum menyaman syarikat ejen hartanah tersebut. Bagi mereka berdua, yang penting mahal asalkan ia bukan murah yang bakal menakutkan mereka. Terutamanya Simon dia sudah serik daripada membeli rumah yang murah.


Sekian.

Khamis, 1 Ogos 2013

Place: Hospital

Suasana hospital agak suram sekali serta ia agak menyeramkan sekali apabila malam menjelang. Kebanyakkan pesakit di ward 4 sudah bertiduran dan kelihatan beberapa jururawat masih berlegar-legar memeriksa satu per satu di ward yang lain. Zt masih lagi melaksanakan tanggung jawabnya dengan tekun sekali dengan memeriksa carta pesakit sebelum dia menuju ke meja jururawat. Baginya ia adalah pengalaman yang pertama kali buat dia dengan tugasan yang diberikan buat jururawat pelatih untuk bekerja pada shift malam. Ketika dia berjalan di lorong yang sepi menuju ke meja jururawat, dia kedengaran bunyi batuk-batuk yang kuat sekali. Zt terus tercari-cari dari mana datangnya bunyi tersebut dan dia mendapati ia datang daripada bilik ward yang paling hujung sekali. Tanpa membuang masa dia terus menuju ke bilik tersebut, kelihatan seorang wanita berumur terbatuk-batuk tanpa henti. Zt terus menuju ke arah wanita tersebut untuk membantunya akan tetapi langkahnya terhenti apabila wanita tersebut mulai memuntahkan darah dengan banyak sekali. Darah yang keluar tanpa henti daripada mulut wanita tersebut lebih teruk lagi darah tersebut berwarna hitam. Zt mulai dilanda ketakutan apabila wanita tersebut mulai menangis darah hitam dan darah masih mengalir keluar daripada mulutnya. Wanita tersebut terus terjatuh daripada katil dengan hentakkan yang kuat lalu dengan perlahan-lahan wanita tersebut terus menuju ke arah Zt bagaikan meminta pertolongan. Tanpa membuang masa Zt terus melarikan dirinya dengan ketakutan yang teramat sekali.

Hati Zt berdenyut kencang apabila dia mendapati wanita tersebut mulai bergentayang dan mengilai mengejarnya.Dia ingin meminta tolong akan tetapi suaranya tidak mampu dikeluarkan sekali. Apabila dia terlihat yang dia berdekatan dengan sebuah chapel. Dengan segala tenaga yang dia ada, dia membawa kakinya untuk menuju ke chapel tersebut. Dia terus memasuki ke dalam chapel dengan harapan ia mampu melindungi diri daripada wanita tersebut. Tanpa henti dia terus berdoa dengan harapan dia berlindung daripada wanita tersebut.Dengan tiba-tiba, pintu chapel tersebut terbuka dengan sendirinya dan kelihatan wanita tersebut tersenyum dengan mengerunkan sekali. Zt masih lagi berdoa meminta pertolongan dengan tiba-tiba wanita tersebut mulai menjerit kesakitan. Dengan perlahan-lahan Zt membuka matanya dan mulai melihat, dia mendapati wanita tersebut mulai dimamah oleh api. Akhirnya wanita tersebut terlepas dan mulai melarikan dirinya, Zt terasa bahawa malam pertamanya adalah malam yang paling menyeramkan baginya.

Apa yag Zt dapat tahu bahawa bilik ward paling hujung sekali sudah tidak digunakan lagi kerana dahulunya ia menempatkan pesakit-sakit yang sudah kritikal dan tidak dapat diubati lagi. Pendek kata ia adalah tempat pesakit untuk menunggu maut datang sahaja. Pada masa dahulu ward tersebut tidak langsung dipedulikan oleh jururawat dengan membiarkan pesakit-pesakit tersebut merana dengan penyakit mereka. Akhirnya bilik tersebut diminta ditutup kerana ia tidak keperimanusian langsung membiarkan pesakitnya merana. Bilik tersebut dikosongkan dan tiada langsung pesakit diletakkan di bilik tersebut kerana roh-roh pesakit terdahulu masih lagi disana walaupun beberapa priest cuba menyucinya akan tetapi ia tidak membawakan hasilnya. Lalu sebuah chapel kecil dibina di tingkat yang sama dengan bilik tersebut dengan harapan roh-roh tersebut kembali aman.

Selepas Zt mengalaminya, setiap kali dia ditugaskan ke tingkat tersebut dan bekerja pada shift malam dia akan membawa Bible dan rantai cross setiap masa kerana dia tidak ingin mengalaminya lagi. Apa yang dia tahu dia akan mengelak daripada pergi ke bilik tersebut dan dia berjanji yang dia akan lebih banyak berdoa.


Sekian.