Salam Malam Jumaat semua dan selamat datang ke blog. Blog ini menyajikan koleksi-koleksi pengalaman seram saya, penulisan kisah seram dan infomasi-infomasi yang menarik. Sila ambilah masa kamu untuk membacanya. Seperti saya selalu katakan, "Percaya mahupun tidak itu terpulanglah, tetapi tiada sesiapapun ada hak untuk memaksa kamu untuk mempercayainya."
Khamis, 30 Mei 2024
Salam Malam Jumaat semua,
Khamis, 23 Mei 2024
Kagome Kagome
Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai salah satu cerita mengenai lagu rakyat yang mempunyai maksud yang menakutkan yang tersembunyi iaitu Kagome Kagome.
"Kagome Kagome" (かごめかごめ, atau 籠目籠目) ialah permainan kanak-kanak Jepun dan lagu (Warabe uta) yang dikaitkan dengannya. Seorang pemain dipilih sebagai Oni (menjadi syaitan atau raksasa, tetapi serupa dengan konsep dalam tag) dan duduk dengan mata tertutup (atau dengan kain menutup mata). Kanak-kanak lain akan berpegang tangan dan berjalan dalam bulatan mengelilingi Oni sambil melaungkan lagu untuk permainan itu. Apabila lagu berhenti, Oni cuba menamakan orang yang berdiri betul-betul di belakang mereka. Hampir mempunyai kesamaan dengan permainan tradisi "Nenek-nenek di bongkok tiga".
かごめかごめ 籠の中の鳥は
いついつ出やる 夜明けの晩に
鶴と亀が滑った
後ろの正面だあれ
Kagome kagome / Kago no naka no tori wa
Itsu itsu deyaru / Yoake no ban ni
Tsuru to kame ga subetta.
Ushirono shoumen da are
Kagome kagome / Burung dalam sangkar, **burung dalam sangkar**
Bila, oh bila nak keluar
Pada petang subuh
Bangau dan penyu tergelincir, **tergelincir**
Siapa di belakang awak sekarang?
Lagu ini menjadi subjek yang sangat diminati ramai atas kerana lirik samar-samar yang berbeza dari rantau ke rantau yang lain. Banyak tafsiran wujud, tetapi maksud asalnya tidak diketahui.
Cerita ini diceritakan daripada pandangan pencerita mengenai pengalaman yang dialami oleh ayahnya sendiri.
Cerita ini tidak berlaku kepada saya, ia cerita pengalaman berlaku kepada ayah saya ketika dia masih muda dahulu. Dia mengikuti kelab mendaki masa dia belajar di universiti dan selalu mengikuti aktiviti mendaki. Pada satu hari, dia bersama dengan seorang senior di kelab dimana hanya mereka berdua pergi mendaki. Mereka mendaki ke satu Pergunungan dimana mereka sudah membuat perancangan sebelumnya. Pergunungan ini merupakan bekas gunung berapi yang tidak aktif, kawahnya sudah ditumbuhi dengan tumbuhan hutan.
Apabila mereka menghampiri hutan, cuaca dengan tiba-tiba bertukar menjadi buruk dan kedengaran bunyi guruh berdentum berdekatan. Keadaan agak membahayakan maka mereka mengambil keputusan untuk mencari tempat berteduh daripada terdedah di tempat terbuka, mereka berdebat sama ada nak menunggu di dalam hutan atau membuat keputusan untuk turun gunung berkenaan. Cuaca menjadi lebih teruk, mereka mengambil keputusan untuk menuruni gunung tersebut.
Mereka mulai menjadi takut apabila bunyi dentuman guruh kedengaran berdekatan dan risau dipanah petir, msreke mulai berlari turun dengan lajunya sambil meredah hujan lebat. Oleh kerana kelelahan, mereka berhenti berehat di atas batu dimana mereka boleh berteduh dibawahnya.
Kerana kelelahan mereka tidak mempunyai tenaga untuk berbicara, jadi mereka bersandar pada dinding batu sambil mendengar bunyi gerimis hujan yang sedang turun. Tak lama sekitar itu, Ayah saya terdengar sesuatu yang agak aneh. Sesuatu yang tidak patut didengari semasa hujan lebat. Suara itu datang daripada 2 suara.
Yang pertama adalah kedengaran bunyi nyanyian kanak-kanak, "Kagome Kagome". Kemudian diikuti dengan suara budak perempuan bertanya, "Apa kamu buat di sini?"
"Tak mungkin ada budak-budak di atas sini, mungkin saya penat, saya mulai mendengar bukan-bukan." fikir Ayah saya, untuk mendapatkan kepastian dia menoleh ke arah kawannya.
"Ada kamu dengar tadi?" tanya dia kepada kawannya. Kawannya memberikan reaksi terkejut.
"Ada."
"Apa kamu dengar?"
"Ada beberapa budak bernyanyi" Kagome Kagome. ""
Mereka menjadi takut yang teramat sangat dan mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi hujan berhenti. Mereka terus membuka langkah seribu turun dari gunung tanpa pandang ke belakang.
Khamis, 16 Mei 2024
Shirime
Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai sejenis hantu Jepun yang tidak mempunyai wajah tapi mempunyai sebiji mata yang besar pada buntutnya. Pada waktu malam, ia gemar menakutkan mere yang tidak berjaga-jaga ketika berjalan di jalan yang sunyi dengan menunjukkan buntutnya. Di dalam Jepun, "Shiri" bermaksud "Buntut") dan "Me" bermaksud "mata", maka nama Shirime bermaksud "Mata di buntut".
Kebiasaan cerita mengenai lagenda Shirime memang agak ganjil dan agak melucukan. Beberapa tahun yang lalu, seorang samurai berjalan pada waktu malam di sebuah jalan di bandaraya Kyoto, Jepun. Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian kimono keluar dari kawasan gelap lalu menghalang jalannya.
"Siapa di sana?" tanya samurai sambil memegang pedang katananya, bersedia menyerang bila-bila masa sahaja.
"Maafkan saya, boleh saya ambil masa kamu seketika?" tanya lelaki tersebut.
Sebelum samurai itu sempat menjawab, lelaki itu terus berputar ke belakang dan menanggalkan pakaiannya lalu membongkokkan tubuh badannya. Buntutnya terbuka luas dan samurai itu dilanda ketakutan apabila sebiji mata besar bersinaran memandang dari buntut lelaki itu.
Samurai itu menjerit ketakutan dan membuka langkah seribu sebaik sahaja dia melihat mata itu.
Shirime merupakan hantu yang terkenal di Jepun kerana ia jenis tak membahayakan mangsanya sebaliknya suka menyakat dan menakutkan mangsanya.
Ia pernah di adaptasi dalam siri "Ge ge ge no Kitaro" dan "Yokai Watch". Jujurnya saya terlepas pandang nak kongsikan di blogspot ini walaupun saya telah tulis di dalam buku nota saya.
Khamis, 9 Mei 2024
Bath Game
Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan menyeramkan.
Bath Game atau "Daruma-san" adalah permainan hantu berasal daripada Jepun. Permainan ini akan memanggil hantu yang menakutkan yang akan ikut kamu sepanjang hari. Tujuan permainan untuk mengelak dari ditangkap oleh hantu berkenaan.
AMARAN : Tidak digalakkan untuk memainkan permainan ini apabila ia mempunyai risiko yang teramat tinggi dan perkara tak diingini akan berlaku.
Aturan:
- Sebelum kamu tidur pada waktu malam, tanggalkan pakaian lalu ke bilik mandi m
- Isikan tan mandi dengan air lalu padamkan lampu.
- Duduk pada tengah-tengah ta mandi, sila mengadap pili air.
- Cuci rambut kamu sambil mengulangi perkataan ini. "Daruma-san terjatuh. Daruma-san terjatuh."
- Ketika kamu mencuci rambut, di dalam minda kamu, kamu akan terbayang satu sosok seorang wanita Jepun berdiri di dalam tab mandi. Dia terjatuh di tab mandi dan tertusuk pada pili air berkarat. Dimana pili air itu menembusi matanya lalu membunuhnya.
- Ulangi perkataan "Daruma-san terjatuh. Daruma-san terjatuh" sehingga kamu selesai cuci rambut. Pastikan mata kamu sentiasa tutup. Kamu akan terdengar dan merasai pengerakkan pada air mandian di belakang kamu. Jangan sesekali membuka mata dan berpaling, apabila kamu baru sahaja memanggil hantu. Sosok hantu wanita akan bangkit dari air di belakang kamu. Rambutnya hitam dan kusut-masai. Pakaiannya lusuh, compang-camping dan memburuk. Dia hanya mempunyai 1 mata dan mata kirinya terbeliak serta berdarah. Manakala dimana mata kanan dia berada, hanyalah berlubang serta berdarah.
- Apabila kamu menyedari kehadirannya itu, lalu berkata dengan kuat "Mengapa kamu terjatuh dalam tab mandi?"
- Dengan memejamkan mata kamu dengan erat, berdiri dan keluar dari tab mandi. Berhati-hati daripada terjatuh. Dengan segera tinggalkan bilik mandi dan tutup pintu itu. Sekarang kamu selamat untuk membuka mata. Biarkan air di tab mandi semalaman. Pergi tidur.
- Jangan buka mata kamu apabila hantu itu pertama kali munculkan dirinya.
- Jangan benarkan hantu itu membuat kamu terjatuh semasa kamu keluar dari tab mandi.
- Jangan masuk semula ke bilik mandi selepas kamu keluar.
- Jangan keringkan air di tan mandi sampai keesokan harinya.
- Jangan benarkan wanita bermata 1 menangkap kamu.
Khamis, 2 Mei 2024
Wanita yang membeli mochi
Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai wanita yang membeli mochi.
Di sebuah perkampungan di wilayah Tosa Jepun, terdapat seorang wanita yang mengandung telah meninggal dunia disebabkan penyakit. Sang suami mengebumi mendiang isterinya bersama-sama kimono nipis.
Selepas itu, setiap malam seorang wanita mengunjungi sebuah kedai menjual kuih beras dengan sekeping duit siling perak untuk membeli mochi. Ia berterusan selama 6 malam dan pada malam ketujuh, wanita itu membawa sehelai kimono nipis.
"Sila berikan dengan harga yang layak dari kimono ini" kata wanita dan menukar dengan mochi sebelum berlalu pergi.
Tuan kedai memeriksa kimono itu pada keesokan harinya. Ia dalam keadaan kotor maka dia mengambil keputusan untuk mencucinya lalu menggantungkan untuk di keringkan. Sang suami bagi mendiang isterinya kebetulan lalu di sana, dia ternampak kimono dan dia kenal dimana itulah kimono yang dikenakan oleh mendiang isterinya sebelum di kubur.
"Adakah mereka mengali semula kuburnya dan mencurinya?" tanya sang suami lalu dia bertanya kepada empunya kedai dimana dia menjelaskan kehadiran seorang wanita yang mengunjungi kedainya setiap malam.
Sang suami beranggapan ia kejadian yang aneh, pada malamnya dia melihat kehadiran wanita itu datang ke kedai menjual kuih beras. Wanita itu adalah mendiang isterinya. Dia mengikuti mendiang ke tanak perkuburan dimana dia ghaib dari pandangan.
Walaupun mendiang ghaib, sang suami terdengar sesuatu. Dia tenangkan dirinya, lalu dia cuba mendengar dengan jelas, kedengaran bunyi sayup-sayup bayi menangis. Disebabkan curiga, dia mulai mengali semula kubur mendiang isterinya dan menemui mayat isterinya telah melahirkan seorang bayi lelaki dimana mendiang memeluk pada pangkuannya. Pada mulut bayi adalah mochi yang dibeli.
Sang suami mengambil anak itu kembali dan membesarkannya. Dikatakan apabila usia anak itu mencecah umur 18 /19 tahun pada tahun pertama Era Kambun, dia berhijrah ke Osaka lalu menjadi seorang yang menguruskan perahu di sana.
Walaupun mendiang telah meninggal dunia, seorang wanita keluar merayau-rayau sekadar ingin menyelamatkan anaknya. Tiada yang menyayat hati dan menyentuh perasaan mengenai kasih sayang ibubapa.
Khamis, 25 April 2024
Sembunyi - sembunyi seorang diri
Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban terkenal dari Jepun mengenai satu upacara atau permainan menyeramkan, dimana ia adalah permainan yang paling berbahaya seperti permainan kucing dan tikus dengan menggunakan anak patung yang dirasuk.
Permainan ini dikenali sebagai "Hitori Kakurenbo", Hide and Seek Alone atau permainan sembunyi-sembunyi seorang diri. Ia salah satu permainan paling berisiko tinggi serta membahayakan, maka tidak digalakkan untuk dimainkan.
Cara untuk bermain, kamu perlukan sebuah anak patung (jenis kain serta cukup sifat dengan adanya kaki dan tangan), 1 beg kecil beras yang belum dimasak (cukup untuk dimasukkan di dalam anak patung), jarum & benang merah, sebilah pisau yang tajam, secawan air garam (digalakkan menggunakan garam asli). Kamu kena memilih sebuah bilik kecil atau almari untuk dijadikan tempat persembunyian kamu.
- Buka / belah anak patung itu dan keluarkan isinya. Isi di dalamnya beras yang belum dimasak. (Di dalam kepercayaan Asia, beras yang belum dimasak mampu menarik semangat atau hantu).
- Potong kuku jari kamu, lalu masukkan ke dalam anak patung (ia menyatukan kamu dengan anak patung tersebut dengan kamu).
- Jahit kembali anak patung dengan benang merah kemudian lilitkan pada keseluruhan anak patung dengan benang yang sama. (Benang merah melambangkan saluran darah dan mengikat semangat / hantu itu ke dalam anak patung).
- Isi tab mandi atau besen dengan air.
- Letakkan 1 gelas air garam di tempat persembunyian kamu.
- Pilihkan nama untuk anak patung itu (pemberian nama pada semangat / hantu bakal membuatkannya lebih kuat).
- Pada jam 3 pagi, pergi ke bilik mandi, ambil anak patung lalu berkata sebanyak 3 kali "(nama kamu) yang akan mencari dahulu."
- Letakkan anak patung tersebut di dalam tab mandi / besen, ambil pisau bersama kamu dan matikan keseluruhan lampu di dalam rumah. Nyalakan tv dan biarkan ia dalam keadaan statik dengan saluran bunyi putih.
- Pergi ke tempat persembunyian kamu, pejamkan mata dan kira sampai 10.
- Kembali ke bilik mandi dengan pisau di tangan.
- Katakan "Saya sudah menemui kamu, (nama anak patung)." Lalu menusuk anak patung itu dengan pisau.
- Katakan sebanyak 3 kali, "Sekarang giliran kamu (Nama anak patung)". Letakkan anak patung dan pisau di dalam tan mandi / besen.
- Kemudian dengan segera ke tempat persembunyian kamu dan tunggu.
- Jangan berhenti separuh jalan dalam upacara ini.
- Jangan keluar daripada rumah.
- Jangan main lebih daripada 2 jam kerana semangat / hantu tersebut akan menjadi lebih kuat dan mustahil untuk pisahkan dengan anak patung.
- Kamu kena seorang diri di dalam rumah dan kamu boleh bermain dengan kawan. Akan tetapi kehadiran mereka bukan permain, ada kemungkinan tinggi dalam keadaan bahaya jikalau anak patung itu menemui mereka.
- Semasa kamu kembali ke tempat persembunyian, jangan pandang belakang.
- Kamu kena padamkan selalu lampu dan kena dalam keadaan senyap dalam masa bersembunyi.
- Jangan keluar dari tempat persembunyian kamu, tanpa air garam di dalam mulut kamu. Ini akan memudahkan anak patung itu mencari kamu dengan mudah sekali.
- Bagi mereka yang nakkan perlindungan, sila bawa barang atau simbol keagamaan bersama di tempat persembunyian kamu.
Khamis, 18 April 2024
Dry Bones
Salam Malam Jumaat semua,
AMARAN: Permainan ini di dalam kategori berbahaya dan disarankan untuk dimainkan sebab ia berkecimpung dengan ilmu ghaib dan memanggil makhluk halus. Kamu sekadar melakukan perbuatan yang kamu sendiri pun tak tahu aka tiada ilmu pengetahuan mengenainya. Ada kemungkinan kamu akan dirasuk, hilang akal fikiran atau lebih teruk dengan kehilangan nyawa sendiri.
Upacara harus dilakukan seorang diri, serta kamu memerlukan sebuah bilik air, cermin, sebatang lilin dan sekotak mancis.
- Tutup kesemua pintu dan tingkap di dalam rumah. Tutup kesemua kabinet dan almari. Padamkan sebarang jenis peralatan yang menghasilkan cahaya.
- Mulakan permainan pada jam 12.01 pagi tepat. Pergi ke bilik air dan pandang pada cermin. Pastikan keadaannya sunyi dan senyap. Jikalau kamu terdengar bunyian yang ganjil, bererti Dia sudah berada di sana. Maka batalkan permainan dan tinggalkan rumah itu serta-merta. "Dia" sudah berada di samping kamu.
- Fikirkan sesuatu yang kamu mahu. Ini adalah hadiah yang kamu bakal dapat jikalau kamu menang dalam permainan ini.
- Nyalakan mancis dan nyalakan pada lilin. Jangan matikan mancis itu dengan menghembuskannya. Pastikan ia terpadam dengan sendirinya. Jikalau mancis itu bertahan lebih 15 saat atau lebih, maka kamu boleh teruskan.
- Baring pada lantai lalu membaca ayat ini. "Saya sedar dengan kehadiran kamu, saya alukan kamu ke rumah saga. Datanglah kemari".
- Pergi ke bilik ruangan besar di dalam rumah kamu dan tunggu. Tengok kepada keadaan berapa lama kamu kena tunggu, dari beberapa minit kepada beberapa jam. Kamu hanya perlu bersabar. Apabila Dia sudah datang, kamu akan terdengar bunyi suara mengerang. Jikalau kamu terdengar bunyi lain, sila batalkan permainan dan tinggalkan rumah kamu dengan segera.
- Apabila kamu mendengar bunyi suara mengerang, maka kamu harus memulakan permainan dengan bersembunyi serta-merta. Sila ke tempat kamu bersembunyi dan berharap " Dia" tidak menemui kamu. Sepanjang permainan kamu kena bersembunyi sampai jam 3 pagi. Pada masa kamu bersembunyi Dia akan mencari kamu. Kekalkan berdiam diri dan tidak membuat sebarang bunyi. Jangan lakukan sebarang penggerakkan atau ia akan memudahkan Dia menemui kamu.
- Apabila jam tepat menunjuk jam 3 pagi, maka permainan itu akan tamat dam ia selamat buat kamu untuk keluar dari pensembunyian. Kembali ke bilik ruangan besar di rumah kamu dan lalu berkata, "Terima kasih kerana bermain, akan tetapi kamu keluar sekarang. Kehadiran kamu tidak dialukan lagi". Kamu akan mendengar suara mengerang dan Dia akan pergi. Jikalau kamu berjaya bersembunyi dengan berjaya, kamu akan memenangkan hadiah dan hadiah kamu akan menunggu anda di luar pintu pada keesokan paginya.







