Khamis, 25 April 2024

Sembunyi - sembunyi seorang diri

 


Salam Malam Jumaat semua, 


Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban terkenal dari Jepun mengenai satu upacara atau permainan menyeramkan, dimana ia adalah permainan yang paling berbahaya seperti permainan kucing dan tikus dengan menggunakan anak patung yang dirasuk.


Permainan ini dikenali sebagai "Hitori Kakurenbo", Hide and Seek Alone atau permainan sembunyi-sembunyi seorang diri. Ia salah satu permainan paling berisiko tinggi serta membahayakan, maka tidak digalakkan untuk dimainkan. 


Cara untuk bermain, kamu perlukan sebuah anak patung (jenis kain serta cukup sifat dengan adanya kaki dan tangan), 1 beg kecil beras yang belum dimasak (cukup untuk dimasukkan di dalam anak patung), jarum & benang merah, sebilah pisau yang tajam, secawan air garam (digalakkan menggunakan garam asli). Kamu kena memilih sebuah bilik kecil atau almari untuk dijadikan tempat persembunyian kamu. 


  1. Buka / belah anak patung itu dan keluarkan isinya. Isi di dalamnya beras yang belum dimasak. (Di dalam kepercayaan Asia, beras yang belum dimasak mampu menarik semangat atau hantu). 
  2. Potong kuku jari kamu, lalu masukkan ke dalam anak patung (ia menyatukan kamu dengan anak patung tersebut dengan kamu).
  3. Jahit kembali anak patung dengan benang merah kemudian lilitkan pada keseluruhan anak patung dengan benang yang sama. (Benang merah melambangkan saluran darah dan mengikat semangat / hantu itu ke dalam anak patung). 
  4. Isi tab mandi atau besen dengan air. 
  5. Letakkan 1 gelas air garam di tempat persembunyian kamu. 
  6. Pilihkan nama untuk anak patung itu (pemberian nama pada semangat / hantu bakal membuatkannya lebih kuat). 
  7. Pada jam 3 pagi, pergi ke bilik mandi, ambil anak patung lalu berkata sebanyak 3 kali "(nama kamu) yang akan mencari dahulu." 
  8. Letakkan anak patung tersebut di dalam tab mandi / besen, ambil pisau bersama kamu dan matikan keseluruhan lampu di dalam rumah. Nyalakan tv dan biarkan ia dalam keadaan statik dengan saluran bunyi putih. 
  9. Pergi ke tempat persembunyian kamu, pejamkan mata dan kira sampai 10.
  10. Kembali ke bilik mandi dengan pisau di tangan. 
  11. Katakan "Saya sudah menemui kamu, (nama anak patung)." Lalu menusuk anak patung itu dengan pisau. 
  12. Katakan sebanyak 3 kali, "Sekarang giliran kamu (Nama anak patung)". Letakkan anak patung dan pisau di dalam tan mandi / besen. 
  13. Kemudian dengan segera ke tempat persembunyian kamu dan tunggu. 

Pada masa ini, kamu akan terdengar bunyi tapak kaki kecil. Jikalau anak patung itu dekat, terdapat perubahan pada bunyi pada saluran tv. Selain daripada bunyi tapak kaki dan kedengaran bunyi bergerak, ada mereka yang melaporkan terhidu bau yang kurang menyenangkan, perubahan suhu dan tv akan tutup dengan sendirinya atau suara kelantangan tv akan berubah dengan drastik. Terdapat juga yang melaporkan perasan disentuh dan ditarik. 

Jikalau kamu merasakan anak patung itu bakal menemui kamu, maka tamatkan permainan dengan segera. 

Caranya dengan memasukkan penuh air garam di dalam mulut. Kekalkan di dalam mulut. Jangan sesekali tertelan air tersebut. Keluar dari tempat persembunyian, lalu mencari anak patung itu. Anak patung itu tidak semestinya di dalam bilik mandi, ia ada kemungkinan dimana-mana. Apa juga terjadi kekalkan air garam dalam mulut sampai kamu menemui anak patung itu.

Apabila kamu menemuinya, tuangkan keseluruhan air dalam di dalam gelas ke anak patung dan sembur keluar air garam di dalam mulut kamu keluar. Kemudian katakan sebanyak 3 kali "Saya menang" dan potong benang merah yang dililit pada anak patung. Ia sepatutnya membebaskan semangat / hantu itu dan ia menandakan tamatnya upacara atau permainan tersebut.

Selepas kamu mengeringkan anak patung tersebut, disarankan kamu membakarnya atau menanamnya. 


Peraturan:
  1. Jangan berhenti separuh jalan dalam upacara ini. 
  2. Jangan keluar daripada rumah. 
  3. Jangan main lebih daripada 2 jam kerana semangat / hantu tersebut akan menjadi lebih kuat dan mustahil untuk pisahkan dengan anak patung.
  4. Kamu kena seorang diri di dalam rumah dan kamu boleh bermain dengan kawan. Akan tetapi kehadiran mereka bukan permain, ada kemungkinan tinggi dalam keadaan bahaya jikalau anak patung itu menemui mereka. 
  5. Semasa kamu kembali ke tempat persembunyian, jangan pandang belakang. 
  6. Kamu kena padamkan selalu lampu dan kena dalam keadaan senyap dalam masa bersembunyi. 
  7. Jangan keluar dari tempat persembunyian kamu, tanpa air garam di dalam mulut kamu. Ini akan memudahkan anak patung itu mencari kamu dengan mudah sekali. 
  8. Bagi mereka yang nakkan perlindungan, sila bawa barang atau simbol keagamaan bersama di tempat persembunyian kamu. 

Ia adalah upacara yang membahayakan dan tidak digalakkan kamu mencubanya. Saya tidak akan bertanggungjawab jikalau kamu berdegil untuk mencubanya. Sebarang jenis kesilapan akan menyebabkan kamu ditusuk sehingga mati atau dirasuk oleh semangat / hantu jahat. Di dalam bahasa Jepun terutamanya perkataan "It" dalam Hide and Seek adalah "Oni" bermaksud "Demon". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan