Khamis, 16 Mei 2024

Shirime

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai sejenis hantu Jepun yang tidak mempunyai wajah tapi mempunyai sebiji mata yang besar pada buntutnya. Pada waktu malam, ia gemar menakutkan mere yang tidak berjaga-jaga ketika berjalan di jalan yang sunyi dengan menunjukkan buntutnya. Di dalam Jepun, "Shiri" bermaksud "Buntut") dan "Me" bermaksud "mata", maka nama Shirime bermaksud "Mata di buntut".


Kebiasaan cerita mengenai lagenda Shirime memang agak ganjil dan agak melucukan. Beberapa tahun yang lalu, seorang samurai berjalan pada waktu malam di sebuah jalan di bandaraya Kyoto, Jepun. Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian kimono keluar dari kawasan gelap lalu menghalang jalannya.


"Siapa di sana?" tanya samurai sambil memegang pedang katananya, bersedia menyerang bila-bila masa sahaja.


"Maafkan saya, boleh saya ambil masa kamu seketika?" tanya lelaki tersebut.


Sebelum samurai itu sempat menjawab, lelaki itu terus berputar ke belakang dan menanggalkan pakaiannya lalu membongkokkan tubuh badannya. Buntutnya terbuka luas dan samurai itu dilanda ketakutan apabila sebiji mata besar bersinaran memandang dari buntut lelaki itu.


Samurai itu menjerit ketakutan dan membuka langkah seribu sebaik sahaja dia melihat mata itu.


Shirime merupakan hantu yang terkenal di Jepun kerana ia jenis tak membahayakan mangsanya sebaliknya suka menyakat dan menakutkan mangsanya.


Ia pernah di adaptasi dalam siri "Ge ge ge no Kitaro" dan "Yokai Watch". Jujurnya saya terlepas pandang nak kongsikan di blogspot ini walaupun saya telah tulis di dalam buku nota saya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan