Khamis, 18 April 2024

Dry Bones

 


Salam Malam Jumaat semua,


Ia adalah upacara permainan menyeramkan dimana kamu bermain sembunyi - sembunyi dengan syaitan atau hantu. Permainan ini mempunyai persamaan dengan "Hide and Seek Alone" dan "The Midnight Man". 

AMARAN: Permainan ini di dalam kategori berbahaya dan disarankan untuk dimainkan sebab ia berkecimpung dengan ilmu ghaib dan memanggil makhluk halus. Kamu sekadar melakukan perbuatan yang kamu sendiri pun tak tahu aka tiada ilmu pengetahuan mengenainya. Ada kemungkinan kamu akan dirasuk, hilang akal fikiran atau lebih teruk dengan kehilangan nyawa sendiri. 


Upacara harus dilakukan seorang diri, serta kamu memerlukan sebuah bilik air, cermin, sebatang lilin dan sekotak mancis. 


  1. Tutup kesemua pintu dan tingkap di dalam rumah. Tutup kesemua kabinet dan almari. Padamkan sebarang jenis peralatan yang menghasilkan cahaya. 
  2. Mulakan permainan pada jam 12.01 pagi tepat. Pergi ke bilik air dan pandang pada cermin. Pastikan keadaannya sunyi dan senyap. Jikalau kamu terdengar bunyian yang ganjil, bererti Dia sudah berada di sana. Maka batalkan permainan dan tinggalkan rumah itu serta-merta. "Dia" sudah berada di samping kamu. 
  3. Fikirkan sesuatu yang kamu mahu. Ini adalah hadiah yang kamu bakal dapat jikalau kamu menang dalam permainan ini.
  4. Nyalakan mancis dan nyalakan pada lilin. Jangan matikan mancis itu dengan menghembuskannya. Pastikan ia terpadam dengan sendirinya. Jikalau mancis itu bertahan lebih 15 saat atau lebih, maka kamu boleh teruskan. 
  5. Baring pada lantai lalu membaca ayat ini. "Saya sedar dengan kehadiran kamu, saya alukan kamu ke rumah saga. Datanglah kemari".
  6. Pergi ke bilik ruangan besar di dalam rumah kamu dan tunggu. Tengok kepada keadaan berapa lama kamu kena tunggu, dari beberapa minit kepada beberapa jam. Kamu hanya perlu bersabar. Apabila Dia sudah datang, kamu akan terdengar bunyi suara mengerang. Jikalau kamu terdengar bunyi lain, sila batalkan permainan dan tinggalkan rumah kamu dengan segera. 
  7. Apabila kamu mendengar bunyi suara mengerang, maka kamu harus memulakan permainan dengan bersembunyi serta-merta. Sila ke tempat kamu bersembunyi dan berharap " Dia" tidak menemui kamu. Sepanjang permainan kamu kena bersembunyi sampai jam 3 pagi. Pada masa kamu bersembunyi Dia akan mencari kamu. Kekalkan berdiam diri dan tidak membuat sebarang bunyi. Jangan lakukan sebarang penggerakkan atau ia akan memudahkan Dia menemui kamu. 
  8. Apabila jam tepat menunjuk jam 3 pagi, maka permainan itu akan tamat dam ia selamat buat kamu untuk keluar dari pensembunyian. Kembali ke bilik ruangan besar di rumah kamu dan lalu berkata, "Terima kasih kerana bermain, akan tetapi kamu keluar sekarang. Kehadiran kamu tidak dialukan lagi". Kamu akan mendengar suara mengerang dan Dia akan pergi. Jikalau kamu berjaya bersembunyi dengan berjaya, kamu akan memenangkan hadiah dan hadiah kamu akan menunggu anda di luar pintu pada keesokan paginya. 

Persoalannya adakah hadiah kemenangan itu berbaloi dengan risiko yang kamu ambil jikalau kamu kalah? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan