Khamis, 30 Julai 2015

Ia datang Menjaga

Salam Malam Jumaat semua, kali nie saya ingin ceritakan anda semua kisah yang saya dengar daripada beliau lelaki saya sendiri. Kisah nie berlaku masih lagi di rumah pertama mereka di kampung air. Tak pasti masa tu usia beliau saya nie berapa la kira masa dia muda.Dipendekkan ceritalah, pada masa tu berlakunya kematian (tak pasti sudah siapa yang meninggal kira saudara la). Sepatutnya malamnya kena berjaga apabila yang meninggal dunia tu meninggal ketika malam hari dan terpaksa dikuburkan pada keesokkan harinya. Semestinya bacaan yasin dikalangan saudara-mara, bila da tengah malam semua balik kecuali keluarga beliau saya la.

Pengurusan jenazah dijalankan dengan sempurna sekali apabila pada keesokkan harinya. Ia semua berubah apabila nie satu keluarga tidak tahu bahawa pada keesokkan harinya ada la satu kawan dah anggap macam keluarga sudah oleh keluarga beliau lelaki saya beritahu dan memarahi mereka kerna tidak berjaga semalam serta kesemuanya tidur dan tiada yang menjaga mayat jenazah tu. Rupa-rupanya si kawan nie ada menziarahi mereka semalam tapi bukan secara full kira kepalanya sahaja yang terbang ke sana. Dia nampak ada beberapa kepala lain bertenggek di atas bumbung rumah beliau lelaki saya nie dan bila-bila masa akan menyerang. Maka si kawan nie memberitahu jangan di apa-apakan sebab di bawah nie adalah keluarganya, tanpa membuang masa kepala-kepala yang lain terbang meninggalkannya dan tidak menyerang. Si kawan nie terus berjaga di sana dan memastikan tiada kepala yang lain datang.


Satu keluarga beliau lelaki saya nie terkejut dan kira bersyukur la ada yang berbuat demikian. Zaman dulu orang yang ada ilmu nie ada yang baik hati dan bersifat kekeluargaan, yang tidak menyerang sebarangan. Mereka nie tahu bahawa mereka ada ilmu tu tapi tahu mengawalnya. Tapi sayang sekali saya tidak tahu apa yang berlaku kepada si kawan saudara beliau saya nie dan apa sudah terjadi kepadanya. Mungkin kisahnie akan membuka mata dan pandangan kamu semua mengenai benda nie (saya masih tak berani nak sebut nama benda nie walaupun tinggal di bandar serta saya masih taboo menyebutnya apabila negeri yang saya tinggal nie cukup terkenal dengan hantu nie). 

Khamis, 23 Julai 2015

Menyerang di waktu siang hari

Salam Malam Jumaat semua, nie saya inginkan kongsikan kepada kamu semua kisah seram yang saya dengar daripada kakak sepupu saya sendiri yang dengar kisah yang bakal saya ceritakan kepada kamu semua nie daripada abang sepupu dimana dia melihat sendiri kejadian tu. Kisah nie terjadi kepada saudara beliau lelaki saya la.

Kejadian nie berlaku semasa di kampung kira mak saya baru sahaja lepas melahirkan saya di era 1980'an. Masa tu mak saya tinggal di kampung terletak di Kampung Karamunting, Sandakan. Macam masa tu Mak saya baru beberapa bulan lepas melahirkan saya kira masih berpantang la gitu. Lupa nak beritahu juga la biasanya keluarga saya nie ramai tinggal di kampung jadi ia perkara biasa la bagi keluarga berbangsa Brunei nie.

Dipendekkan cerita la, abang sepupu saya nie terdengar ada orang memberikan salam di luar rumah.

"Assalamualaikum... Assalamualaikum.."

Apabila abang sepupu tengok keluar kelihatan satu mak cik tua sambil membawa bakul yang didalamnya ada kuih. Ketika itu arwah nenek menyapu di ruang tamu, lalu menanyakan kepada abang sepupu saya siapa yang bagi salam. Abang sepupu hanya memberitahu bahawa ada orang mahu jual kuih.Apabila arwah nenek keluar, dengan tiba-tiba dia terus memarahi mak cik tua itu sambil mengangkat penyapu lidinya itu. Apa tidaknya pada wajah mak cik tu sudah berubah dengan matanya merah meliar melihat sana-sini terutamanya ke arah dalam rumah sambil air liur meleleh keluar daripada mulutnya itu.

Arwah nenek sudah tahu apa yang dihadapannya dan dia tahu ia adalah jelmaan benda tu(yang saya sendiri pun taboo nak sebut namanya, Kepala terbang). Benda tu datang menyerang diwaktu siang dan mangkin berani la pula nak mendapatkan apa yang ia inginkan. Dah kira Frust sangat la."Pergi kau dari sini, tiada saudara kau di sini. Pergi! Kalau tidak saya hambat kau pakai nie penyapu lidi!" marah arwah nenek saya nie.

Dengan perlahan-lahan mak cik tua tu terus beredar. Syukurlah la ada arwah nenek saya nie kalau tidak ada kemungkianan saya nie tidak hidup di dunia nie sama Mak saya juga. Asalanya arwah nenek sudah tau benda tu akan menyerang apabila rumah kampung kaminie sudah kena pagar dan benda tu tidak akan dapat masuk punya serta sepanjang masa mak saya mengandungkan saya nie, benda tu hanya bertenggek di atas bumbung rumah dan tidak dapat masuk ke dalam rumah. Orang tua-tua dahulu nie banyak ilmu mereka tahu terutamanya keselamatan keluarga.Walaupun kejadian nie sudah lama berlaku akan tetapi apa yang saya dengar-dengar di kampung saya nie masih ada benda tu yang sering kali mencari mangsanya. Walaupun kampung tu dah penuh dengan kilang-kilang minyak dan agak moden sedikit akan tetapi benda tu masih ada di sana.  

Bab 23 : Kisah yang saya sendiri baru dengar

Salam Malam Jumaat semua, sudah lama saya tidak post sebarang kisah seram utk malam nie apabila saya nie agak sibuk sedikit. Baiklah buat malam nie saya akan kongsikan beberapa kisah pendek yang berlaku kepada keluarga saya serta berlaku kepada diri sendiri yang saya belum pernah kongsikan sebab pendek sangat dan tak seram sangat.

Kisah-kisah nie saya dengar dari saudara-mara saya sendiri serta ada beberapa kisah pengalaman seram yang saya alami dan belum pernah menceritakan kepada sesiapa pun mahupun di dalam group. Kisahnya kesemuanya memang pendek dan singkat sekali.Disini saya ingin kongsikan tajuk-tajuk yang saya bakal ceritakan kepada kamu semua.
  1. Menyerang di waktu siang hari.
  2. Ia datang menjaga.
  3. Bertenggek di jemuran.
  4. Orang kenit.
  5. KIsah dari Ruby Hotel.
  6. Tanpa sedar.
  7. Hantu tinggi.
  8. Ketukkan di tingkap tandas. 
  9. Pintu jiran diketuk.
  10. Ada benda tersangkut di atas pokok.
  11. Bunyi loceng.
Sila nantikan kisah-kisah seram pendek nie pada setiap malam Jumaat, hanya nak beritahu bahawa ia tidak seram sangat.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,


Bacalah kisah saya.

Khamis, 16 Julai 2015

Salam Malam Jumaat semua

Maaflah agak lama saya tidak posting sebarang blog apabila sibuk dengan kerja dan sibuk selepas menjadi admin buat group di Facebook.

Walaupun saya sudah lama tak posting di sini tapi saya masih aktif posting di Facebook dan keadaan line internet yang tidak mengizinkan seperti Chipsmore. Saya akan bersambung posting pada masa yang terdekat ini. Boleh dikatakan penulisan cerita seram ada terhenti sebentar tapi saya lebih kepada research mengenai sejarah, lagenda dan kepercayaan.

Ada kemungkinan selepas Raya saya akan bersambung berkongsi lagi. Maaf jika saya sudah lama tak posting di blog ini khas buat mereka yang masih setia kepada blog ini.

Jika ada yang berminat sila masuk ke antara 2 group dimana saya menjadi admin iaitu "Cerita-Cerita Mistik dan Seram" dan "cerita-cerita seram dan misteri".

Sekali lagi saya memohon maaf dan Selamat Hari Raya semua.

Khamis, 2 Januari 2014

Keys : Safe Keys

Pat mulai tergesa-gesa mengambil barang yang dia dapat capai apabila kedengaran bunyi loceng keselamatan. Pat tidak sengaja membunyikannya apabila dia cuba memecahkan peti keselamatan rumah yang dia pecah masuk itu. Dia sendiri pastikan rumah tersebut tidak berpenhuni apabila tuan rumah tersebut pergi melancong dan bagi dia yang tida sangka bahawa tuan rumah ada memasang sistem keselamatan pada rumah tersebut. Langkahnya sudah tidak tentu arah dan apa sahaja yang dia berjaya mencapainya sekurang-kurang ada juga dia mencuri. Pat terus membuka langkah seribu apabila dia mulai terdengar bunyi siren polis dari jauh, meninggalkan rumah tersebut tanpa berfikir panjang.

Setiba sahaja Pat pada tempat pensembunyiannya, Pat terus geledah barang-barang yang dia curi tadi. Habuannya tidak sebanyak yang dia inginkan dan dia tidak mampu membuka sebuah peti kecil yang ternyata ia terkunci. Hatinya mulai menjadi panas apabila hasil kerjanya tidak membawa hasil yang banyak buat dirinya lalu dia menjatuhkan kesemuanya pada lantai dengan marah sekali. Pat terdengar sesuatu lalu dia tercari-cari apa benda yang membuat bunyi seperti besi terjatuh ke lantai.

Pat melihat sebuah anak kunci antik berwarna hitam, Pat mengambilnya bagi dia langsung tidak ingat yang  dia ada mengambil kunci itu. Pat tertanya-tanya pada dirinya apa kegunaan kunci itu dan apa yang mampu dibuka oleh kunci antik. Pat teringat pada peti kecil yang sudah terpelanting jauh ke sudut bilik, dengan tergesa-gesa Pat mendapatkan peti tersebut. Dengan hampa sekali ternyata kunci antik tersebut lebih besar daripada mulut kunci akan tetapi bagai satu kuasa menyuruhnya untuk memasukkan kunci antik tersebut pada lubang kunci walaupun baginya adalah mustahil sekali. Pat agak terkejut besar apabila dengan tiba-tiba lubang kunci pada peti tersebut menjadi besar malah bagaikan magnet menarik kunci antik itu ke dalam lubang kunci. Pat bagaikan terkilan apa yang mustahil menjadi benar dan ia semestinya diluar pemikiran logik akal. Pat dengan perlahan-lahan memutarkan kunci antik dan kedengaran bunyi kunci pada peti tersebut sudah terbuka.

Pat sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang ada didalam peti tersebut dan dalam hatinya ia berharap ia sesuatu yang berharga. Dengan perlahan-lahan Pat membuka peti tersebut dengan tiba-tiba Pat menjerit ketakutan apabila kelihatan sepasang mata yang besar dengan merah menyala merenung tajam ke arahnya. Pat cuba menlepaskan dirinya akan tetapi dia tidak mampu apabila sepasang tangan berkulit hitam dengan bulu yang tebal sekali sudah memegang erat kedua-dua tangan Pat. Pat cuba bergelut untuk melepaskan dirinya akan tetapi genggaman lembaga tersebut semestinya bukan lawannya.

Dengan perlahan-lahan Pat ditarik ke dalam peti tersebut, Pat masih terjerit-jerit meminta tolong dengan harapan suaranya didengari akan tetapi tiada yang datang membantunya. Tagan lembaga tersebut cuba menarik Pat ke dalam peti akan tetapi mulut peti tersebut ternyata kecil sekali, lalu lembaga tersebut dengan ganas sekali memaksa Pat masuk ke dalam peti tersebut.

PRAK! PRAK! PRAK!

Kedengaran bunyi tulang berpatahan serta darah pekat mulai mengalir dan Pat mulai terjerit-jerit kesakitan yang terlampau baginya. Dengan perlahan-lahan tubuh badan Pat ditarik secara paksa oleh lembaga tersebut serta bunyi tulang berpatahan masih lagi kedengaran berulang-ulang kali. Dengan tiba-tiba peti tersebut tertutup dengan kuat sekali apabila keseluruhan tubuh Pat sudah ditarik masuk. Darah mengalir keluar dari mulut peti tersebut manakala Kunci antik itu sudah ghaib daripada pandangan.

Kehilangan Pat tiada seorang pun disedari apabila nasib pencuri ini tidak bermakna kepada orang dikelilingnya. Mereka yang sentiasa berbuat jahat tidak mungkin akan dikenang walaupun dia sudah berubah mahupunh sudah bertaubat. Manakala Kunci antik yang tiada seorang tahu kemana hilangnya ada kemungkian ia terus mencari mangsanya yang baru yang mempunyai perasaan ingin tahu yang menebal serta ketamakkan pada hati setiap manusia sebagai perangkap buat mangsa kunci antik hitam ini.


Sekian.

Salam Malam Jumaat semua


Disini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru buat pembaca2 yang setia. Diharapkan para pembaca setia blog nie akan terus menyokong penulisan saya nie yang dikatakan baru berkembang.

Nak dikatakan yang saya cuba akan memperbaiki lagi penulisan saya nie serta kongsikan penulisan kisah seram berterusan selagi saya ada masa terluang untuk menulisnya walaupun saya selalu sibuk sekali. Saya berharap sangat respon daripada penulisan mengenai penulisan serta cerita saya nie yang selama nie belum ada lagi sampai ke tahun  baru nie.

Nak beritahu bahawa buat beberapa minggu nie ada kemungkian saya akan memberhentikan penulisan saya buat sementara waktu untuk membolehkan saya masa untuk menulis kisah seram saya nie serta saya nak beritahu bahawa kisah yang seterusnya dah sampai seperti yang saya post di akaun Facebook saya sendiri serta apabila saya jadi admin kepada satu group di sana, kerja mencari info tu lebih banyak daripada biasa jadi ia membuatkan tiada masa untuk menulis kisah seram saya nie.

Saya akan cuba postkan sebarang kisah jika saya ada masa yang terluang maka saya akan kongsikan. Nantikan sahaja. 

Khamis, 26 Disember 2013

Keys : Keys Collection

Thomas suka sekali mengumpul koleksi kunci-kunci antik walaupun orang lain menanggapnya hobi yang agak ganjil sekali. Thomas minat sekali reka bentuk kunci-kunci ini yang teramat unik sekali tak kira saiznya dari yang paling kecil sehinggakan yang paling besar. Thomas tidak puas selagi dia tidak mencari mahupun membeli kunci-kunci antik ini sehinggakan dia sanggup menghabiskan duit gajinya semata-mata mendapatkan kunci-kunci ini.

Ketika Thomas baru balik daripada pasar tani dimana dia berjaya menemui sebuah gerai menjual barangan antik dengan memborong beberapa kunci antik, Thomas tidak menyangka yang dia menemui sebuah kunci antik berada dipenjuru kaki jalan. Tanpa membuang masa Thomas terus mengambilnya tanpa berfikir panjang, dia agak terpegun dengan reka bentuk kunci antik tersebut yang dia belum pernah lihat selama hidupnya itu. Tanpa membuang masa dia meletakkanya ke dalam beg yang menempatkan kunci-kunci yang dibeliknya di pasar tani tadi.

Setibanya di rumahnya, Thomas membersihkan kunci-kunci yang dibelinya itu bersama-sama dengan kunci yang dia temui tadi. Thomas mengambar kunci-kunci tersebut untuk menandakan dia sudah mempunyainya dan dia tidak ingin mempunyai sepasang kunci yang sama. Thomas meletakkan kunci-kunci tersebut di dalam peti kaca bagaikan ia menunjukkan koleksinya yang ternyata banyak seklai yang dia telah kumpul selama 30 tahun.

Thomas ingin menyelidik lebih lanjut mengenai kunci antik yang dia temui di kaki jalan, dia tidak pernah menemui kunci tersebut yang agak aneh sekali reka bentuknya itu. Thomas terus mencari mengenai kunci tersebut di buku-buku rujukkannya serta dia mencarinya di laman web. Jika dia tidak menemui asal-usul kunci tersebut Thomas akan membawanya ke kawanya yang mempunyai sebuah kedai antik. Nampaknya dia tidak perlukan lakukannya apabila dia menemui maklumat kunci tersebut di laman web apabila reka bentuknya sama sekali serta dinyatakan asal-usul kunci tersebut, Thomas tersenyum bangga yang dia sudah kunci tertua sekali. Thomas mulai curiga apabila kunci yang dimiliki olehnya itu berwarna hitam manakala yang digambar itu dibuat daripada perak. Thomas tidak pedulikan hal tersebut apabila dia tahu kunci antik tersebut paling berharga sekali.

Thomas tergerak hatinya untuk mencuba kunci tersebut pada pintu bilik stornya itu hanya memuaskan ingin tahunya itu. Thomas memasukkan kunci tersebut pada lubang kunci pintu stor itu dan ternyata ia muat sekali walaupun lubang kunci tersebut lebih besar daripada kunci antik tersebut. Dengan tiba-tiba Thomas terdengar bunyi klik bagaikan kunci tersebut membuka kunci pintu stor itu. Kedengaran dari sebalik pintu itu bunyi dengusan serta ada bunyi yang ganjil memanggil Thomas untuk memasuki pintu tersebut.

Apabila Thomas memulas tombol pintu tersebut, seperti ada satu kuasa yang kuat sekali menedang pintu itu dan sepasang tangan besar berkulit hitam serta berbulu lebat terus mencapai tubuh Thomas. Thomas terus menjerit ketakutan dan cuba bergelut untuk lepaskan dirinya itu akan tetapi usahanya itu ternyata sia-sia sekali. Thomas lebih menjerit sekuat hatinya apabila didepannya terdapat sepasang mata yang besar dengan merah menyala serta barisan gigi yang serba tajam. Thomas ditarik ke dalam sebelum ditelan oleh kegelapan dan dengan serta-merta pintu tersebut tertutup dengan sendirinya.

Thomas sudah menghilangkan dirinya sehinggakan majikannya melaporkan kehilangan Thomas kepada Pihak Polis serta tiada seorang rakan-rakan Thomas telah menghilangkan diri. Apabila pihak polis mengeladah rumah Thomas apa yang mereka temui sekeping gambar kunci antik berwarna hitam  dengan tompokkan darah padanya. Pihak polis tidak dapat menemui kunci antik tersebut bagaikan ia sudah ghaib dari dunia ini.

Tiada seorang pun tahu kemana hilangnya kunci antik tersebut malah orang terakhirnya pula masih lagi hilang bersama-sama dengan rahsia yang ada pada kunci antik tersebut. Kemana kunci itu menghilang tiada satu yang tahu ada kemungkianan ia mencari mangsanya yang baru serta perasaan ingin tahu yang mendalam sebagai perangkapnya.


Sekian.