Khamis, 2 Januari 2014

Keys : Safe Keys

Pat mulai tergesa-gesa mengambil barang yang dia dapat capai apabila kedengaran bunyi loceng keselamatan. Pat tidak sengaja membunyikannya apabila dia cuba memecahkan peti keselamatan rumah yang dia pecah masuk itu. Dia sendiri pastikan rumah tersebut tidak berpenhuni apabila tuan rumah tersebut pergi melancong dan bagi dia yang tida sangka bahawa tuan rumah ada memasang sistem keselamatan pada rumah tersebut. Langkahnya sudah tidak tentu arah dan apa sahaja yang dia berjaya mencapainya sekurang-kurang ada juga dia mencuri. Pat terus membuka langkah seribu apabila dia mulai terdengar bunyi siren polis dari jauh, meninggalkan rumah tersebut tanpa berfikir panjang.

Setiba sahaja Pat pada tempat pensembunyiannya, Pat terus geledah barang-barang yang dia curi tadi. Habuannya tidak sebanyak yang dia inginkan dan dia tidak mampu membuka sebuah peti kecil yang ternyata ia terkunci. Hatinya mulai menjadi panas apabila hasil kerjanya tidak membawa hasil yang banyak buat dirinya lalu dia menjatuhkan kesemuanya pada lantai dengan marah sekali. Pat terdengar sesuatu lalu dia tercari-cari apa benda yang membuat bunyi seperti besi terjatuh ke lantai.

Pat melihat sebuah anak kunci antik berwarna hitam, Pat mengambilnya bagi dia langsung tidak ingat yang  dia ada mengambil kunci itu. Pat tertanya-tanya pada dirinya apa kegunaan kunci itu dan apa yang mampu dibuka oleh kunci antik. Pat teringat pada peti kecil yang sudah terpelanting jauh ke sudut bilik, dengan tergesa-gesa Pat mendapatkan peti tersebut. Dengan hampa sekali ternyata kunci antik tersebut lebih besar daripada mulut kunci akan tetapi bagai satu kuasa menyuruhnya untuk memasukkan kunci antik tersebut pada lubang kunci walaupun baginya adalah mustahil sekali. Pat agak terkejut besar apabila dengan tiba-tiba lubang kunci pada peti tersebut menjadi besar malah bagaikan magnet menarik kunci antik itu ke dalam lubang kunci. Pat bagaikan terkilan apa yang mustahil menjadi benar dan ia semestinya diluar pemikiran logik akal. Pat dengan perlahan-lahan memutarkan kunci antik dan kedengaran bunyi kunci pada peti tersebut sudah terbuka.

Pat sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang ada didalam peti tersebut dan dalam hatinya ia berharap ia sesuatu yang berharga. Dengan perlahan-lahan Pat membuka peti tersebut dengan tiba-tiba Pat menjerit ketakutan apabila kelihatan sepasang mata yang besar dengan merah menyala merenung tajam ke arahnya. Pat cuba menlepaskan dirinya akan tetapi dia tidak mampu apabila sepasang tangan berkulit hitam dengan bulu yang tebal sekali sudah memegang erat kedua-dua tangan Pat. Pat cuba bergelut untuk melepaskan dirinya akan tetapi genggaman lembaga tersebut semestinya bukan lawannya.

Dengan perlahan-lahan Pat ditarik ke dalam peti tersebut, Pat masih terjerit-jerit meminta tolong dengan harapan suaranya didengari akan tetapi tiada yang datang membantunya. Tagan lembaga tersebut cuba menarik Pat ke dalam peti akan tetapi mulut peti tersebut ternyata kecil sekali, lalu lembaga tersebut dengan ganas sekali memaksa Pat masuk ke dalam peti tersebut.

PRAK! PRAK! PRAK!

Kedengaran bunyi tulang berpatahan serta darah pekat mulai mengalir dan Pat mulai terjerit-jerit kesakitan yang terlampau baginya. Dengan perlahan-lahan tubuh badan Pat ditarik secara paksa oleh lembaga tersebut serta bunyi tulang berpatahan masih lagi kedengaran berulang-ulang kali. Dengan tiba-tiba peti tersebut tertutup dengan kuat sekali apabila keseluruhan tubuh Pat sudah ditarik masuk. Darah mengalir keluar dari mulut peti tersebut manakala Kunci antik itu sudah ghaib daripada pandangan.

Kehilangan Pat tiada seorang pun disedari apabila nasib pencuri ini tidak bermakna kepada orang dikelilingnya. Mereka yang sentiasa berbuat jahat tidak mungkin akan dikenang walaupun dia sudah berubah mahupunh sudah bertaubat. Manakala Kunci antik yang tiada seorang tahu kemana hilangnya ada kemungkian ia terus mencari mangsanya yang baru yang mempunyai perasaan ingin tahu yang menebal serta ketamakkan pada hati setiap manusia sebagai perangkap buat mangsa kunci antik hitam ini.


Sekian.

Salam Malam Jumaat semua


Disini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru buat pembaca2 yang setia. Diharapkan para pembaca setia blog nie akan terus menyokong penulisan saya nie yang dikatakan baru berkembang.

Nak dikatakan yang saya cuba akan memperbaiki lagi penulisan saya nie serta kongsikan penulisan kisah seram berterusan selagi saya ada masa terluang untuk menulisnya walaupun saya selalu sibuk sekali. Saya berharap sangat respon daripada penulisan mengenai penulisan serta cerita saya nie yang selama nie belum ada lagi sampai ke tahun  baru nie.

Nak beritahu bahawa buat beberapa minggu nie ada kemungkian saya akan memberhentikan penulisan saya buat sementara waktu untuk membolehkan saya masa untuk menulis kisah seram saya nie serta saya nak beritahu bahawa kisah yang seterusnya dah sampai seperti yang saya post di akaun Facebook saya sendiri serta apabila saya jadi admin kepada satu group di sana, kerja mencari info tu lebih banyak daripada biasa jadi ia membuatkan tiada masa untuk menulis kisah seram saya nie.

Saya akan cuba postkan sebarang kisah jika saya ada masa yang terluang maka saya akan kongsikan. Nantikan sahaja. 

Khamis, 26 Disember 2013

Keys : Keys Collection

Thomas suka sekali mengumpul koleksi kunci-kunci antik walaupun orang lain menanggapnya hobi yang agak ganjil sekali. Thomas minat sekali reka bentuk kunci-kunci ini yang teramat unik sekali tak kira saiznya dari yang paling kecil sehinggakan yang paling besar. Thomas tidak puas selagi dia tidak mencari mahupun membeli kunci-kunci antik ini sehinggakan dia sanggup menghabiskan duit gajinya semata-mata mendapatkan kunci-kunci ini.

Ketika Thomas baru balik daripada pasar tani dimana dia berjaya menemui sebuah gerai menjual barangan antik dengan memborong beberapa kunci antik, Thomas tidak menyangka yang dia menemui sebuah kunci antik berada dipenjuru kaki jalan. Tanpa membuang masa Thomas terus mengambilnya tanpa berfikir panjang, dia agak terpegun dengan reka bentuk kunci antik tersebut yang dia belum pernah lihat selama hidupnya itu. Tanpa membuang masa dia meletakkanya ke dalam beg yang menempatkan kunci-kunci yang dibeliknya di pasar tani tadi.

Setibanya di rumahnya, Thomas membersihkan kunci-kunci yang dibelinya itu bersama-sama dengan kunci yang dia temui tadi. Thomas mengambar kunci-kunci tersebut untuk menandakan dia sudah mempunyainya dan dia tidak ingin mempunyai sepasang kunci yang sama. Thomas meletakkan kunci-kunci tersebut di dalam peti kaca bagaikan ia menunjukkan koleksinya yang ternyata banyak seklai yang dia telah kumpul selama 30 tahun.

Thomas ingin menyelidik lebih lanjut mengenai kunci antik yang dia temui di kaki jalan, dia tidak pernah menemui kunci tersebut yang agak aneh sekali reka bentuknya itu. Thomas terus mencari mengenai kunci tersebut di buku-buku rujukkannya serta dia mencarinya di laman web. Jika dia tidak menemui asal-usul kunci tersebut Thomas akan membawanya ke kawanya yang mempunyai sebuah kedai antik. Nampaknya dia tidak perlukan lakukannya apabila dia menemui maklumat kunci tersebut di laman web apabila reka bentuknya sama sekali serta dinyatakan asal-usul kunci tersebut, Thomas tersenyum bangga yang dia sudah kunci tertua sekali. Thomas mulai curiga apabila kunci yang dimiliki olehnya itu berwarna hitam manakala yang digambar itu dibuat daripada perak. Thomas tidak pedulikan hal tersebut apabila dia tahu kunci antik tersebut paling berharga sekali.

Thomas tergerak hatinya untuk mencuba kunci tersebut pada pintu bilik stornya itu hanya memuaskan ingin tahunya itu. Thomas memasukkan kunci tersebut pada lubang kunci pintu stor itu dan ternyata ia muat sekali walaupun lubang kunci tersebut lebih besar daripada kunci antik tersebut. Dengan tiba-tiba Thomas terdengar bunyi klik bagaikan kunci tersebut membuka kunci pintu stor itu. Kedengaran dari sebalik pintu itu bunyi dengusan serta ada bunyi yang ganjil memanggil Thomas untuk memasuki pintu tersebut.

Apabila Thomas memulas tombol pintu tersebut, seperti ada satu kuasa yang kuat sekali menedang pintu itu dan sepasang tangan besar berkulit hitam serta berbulu lebat terus mencapai tubuh Thomas. Thomas terus menjerit ketakutan dan cuba bergelut untuk lepaskan dirinya itu akan tetapi usahanya itu ternyata sia-sia sekali. Thomas lebih menjerit sekuat hatinya apabila didepannya terdapat sepasang mata yang besar dengan merah menyala serta barisan gigi yang serba tajam. Thomas ditarik ke dalam sebelum ditelan oleh kegelapan dan dengan serta-merta pintu tersebut tertutup dengan sendirinya.

Thomas sudah menghilangkan dirinya sehinggakan majikannya melaporkan kehilangan Thomas kepada Pihak Polis serta tiada seorang rakan-rakan Thomas telah menghilangkan diri. Apabila pihak polis mengeladah rumah Thomas apa yang mereka temui sekeping gambar kunci antik berwarna hitam  dengan tompokkan darah padanya. Pihak polis tidak dapat menemui kunci antik tersebut bagaikan ia sudah ghaib dari dunia ini.

Tiada seorang pun tahu kemana hilangnya kunci antik tersebut malah orang terakhirnya pula masih lagi hilang bersama-sama dengan rahsia yang ada pada kunci antik tersebut. Kemana kunci itu menghilang tiada satu yang tahu ada kemungkianan ia mencari mangsanya yang baru serta perasaan ingin tahu yang mendalam sebagai perangkapnya.


Sekian.

Salam Malam Jumaat semua,


Dari penulis blog nie ingin mengucapkan buat warga pembaca yang setia Selamat Menyambut Hari Natal! Apa yang buruk itu dibuang jauh2 manakala menerima apa yang baik bersama-sama.

Diharapkan pembaca2 sekalian akan terus menyokong penulisan saya nie pada tahun hadapan serta doakan ia akan berterusan sentiasa. Penulis blog nie juga terfikir untuk menulis blog yang berbeza sekali dari blog nie sendiri, semestinya ia jauh sekali daripada genre seram dan apa2 yang menakutkan sekali.

Blog yang seterusnya pula adalah blog tips dan pengkongsian recipi pastry buat mereka yang berminat. Nie adalah bidang asal saya manakala menulis kisah seram tu hanyalah hobi semata2. Bagi blog nie akan diteruskan juga manakala blog yang terbaru tu belum tentu lagi, apabila saya jarang ada masa terluang untuk menulis.

Here I share some secret that I haven't writing any scary story near a month because I quick busy during the festive season. Chinese New Year just around the corner too and I haven't sure that I have time to do so.

Anyway

Selamat Hari Natal dan Merry Christmas to all.

Khamis, 19 Disember 2013

Keys : Lost Keys

Ketika Mellisa baru baru dari sekolah. Dia terjumpa sebuah kunci yang ternyata sekalai lama dan reka bentuknya agak antik sekali.Mellisa sudah berulang-ulang kali mengunakan jalan lama tersebut untuk berulang-alik dari rumahnya ke sekolah, dia tidak pernah ternampak benda-benda sebegitu. Pada asalnya Mellisa tidak ingin mengambilnya akan tetapi bagaikan ada satu kuasa datang daripada kunci tersebut untuk dia mengambilnya.

Secara tidak sedar, Mellisa terus mengutip kunci tersebut lalu dia masukkan ke kocek baju sekolahnya itu. Lalu Mellisa menyambungkan perjalanan pulang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Setibanya dia di rumah, kelihatan  ibunya tiada di rumah dan nota yang ditinggalkan mengatakan dia pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan.

Tanpa membuang masa Mellisa menuju ke biliknya serta menyalin pakaiannya. Mellisa terjumpa kunci tersebut di dalam koceknya itu dan dia tidak ingat dia mengutip kunci tersebut semestinya ganjil buat dirinya itu. Mellisa meletakkan kunci tersebut di atas mejanya lalu membuat kerja sekolahnya dahulu.

Mellisa tidak senang duduk malah dia tidak dapat memberikan tumpuan dengan kerja sekolah itu apabila dia sering tertanya-tanya apa kegunaan kunci tersebut dan siapa empunya milik kunci tersebut. Mellisa berhenti membuat kerja sekolahnya itu lalu mengambil kunci tersebut, hatinya ingin tahu apa kunci tersebut boleh buat dan Mellisa tergerak pada hatinya untuk mencuba kunci tersebut pada pintu biliknya sendiri.

Mellisa keluar daripada biliknya lalu dia memasukkan kunci tersebut pada lubang kunci pintu biliknya itu. Ternyata kunci tersebut muat walaupun lubang kunci biliknya itu masih baru. Mellisa memutarkan kunci tersebut dengan tiba-tiba dia terdengar bunyi klik menandakan pintu itu terbuka padahal ketika Mellisa keluar daripada biliknya itu dia tidak langsung menguncinya.

Bulu romanya mulai tinggi menegak dan seram sejuk mulai menghantui dirinya. Dengan perlahan-lahan Mellisa membuka pintu biliknya itu dengan perasaan takut, Mellisa agak terkejut sekali apabila di dalam biliknya ternyata gelap sekali walaupun pada masa itu masih siang lagi. Mellisa bertambah takut lagi apabila dia terdengar bunyi dengusan dari dalam yang perlahan-lahan menuju ke arahnya itu.

Mellisa menjerit sekuat hatinya apabila tiba-tiba tangannya dipegang oleh tangan yang besar berkulit hitam dan berbulu lebat. Kelihatan sepasang mata besar dengan mata merah menyala dengan barisan gigi yang serba tajam. Mellisa terus meronta-ronta meminta tolong apabila dia mulai ditarik ke dalam apabila tangan lembaga tersebut menariknya ke dalam. Jeritan Mellisa terhenti apabila Mellisa berada di dalam bilik gelap tersebut dan pintu terbut tertutup dengan sendirinya menelan gadis remaja tersebut. Kewujudan Mellisa sudah tiada lagi apabila dia ghaib di sebalik pintu tersebut.

Ibubapa Mellisa masih teruskan pencarian anak mereka itu yang hilang tanpa dikesan dan ia berterusan selama 20 tahun berlalu. Tiada langsung khabar berita ke mananya Mellisa telah menghilang bagaikan Mellisa sudah ghaib daripada dunia. Manakala kunci antik tersebut sudah ghaib apabila Mellisa sudah hilangkan diri dan tiada seorang pun tahu kemana kunci itu menghilang. Ada kemungkinan rahsia kunci tidak akan diketahui oleh sesiapa pun apabila ia terus mencari mangsa barunya.


Sekian.

Khamis, 12 Disember 2013

Bab 22 : Keys

Salam Malam Jumaat semua, maka tamatlah kisah mengenai Passion. Bagaimana kisah tersebut semestinya ia agak berbeza dengan cara penulisan saya terdahulu bukan. Kebiasanya saya akan letakkan element yang menyeramkan sebaliknya saya lebih tertumpukan kepada semangat sesorang yang mulai twisted demi memastikan passion terhadap sesuatu diteruskan dengan apa jua caranya sehinggakan ia memakan tuannya sendiri. Kali ini saya kembali kepada element saya semula iaitu element seram dengan mengaitkan dengan kisah mengenai satu kunci antik yang boleh membuka apa-apa jenis pintu, peti mahupun apa-apa yang diperlukan kunci untuk membukanya.

Kunci sudah lama kita gunakan untuk mengunci mahupun membuka serta ia mampu menyimpan rahsia yang ramai tidak mengetahuinya. Kunci sering kali dikaitankan dengan rahsia yang terselindung serta ia membawa kepada kita sebagai pengubah matlamat hidup kita dengan membuat keputusan dengan sendiri tanpa mengharapkan keputusan yang dibuat oleh orang lain. Maka ia tidak hairanlah kunci sering kali digunakan sebagai simbolik apabila sesorang itu menjangkau umur 21 tahun. Beralih kepada kisah yang saya akan kongsikan kepada kamu semua. Ia adalah sebuah kunci misteri buat sesiapa sahaja yang menemui kunci tersebut dan membuat sesiapa sahaja yang memegang kunci tersebut untuk tergerak untuk memasukkannya ke lubang kunci tak kira tempat mahupun objek. Asal-usul  kunci tersebut ternyata misteri sekali dan ia mampu membuat sesiapa sahaja tertanya-tanya apa kegunaan kunci tersebut. Kunci tersebut bertambah misteri apabila ia mampu membuka apa-apa sahaja tak kira lubang itu kecil mahupun besar. Apa yang berada disebaliknya semestinya di luar jangkaan.

Lost Keys” adalah kisah mengenai seorang gadis menemui kunci aneh semasa dia baru balik daripada sekolah. Dia tertanya-tanya apa kegunaan kunci tersebut malah dia memcubanya dengan memasukkan kunci tersebut pada lubang kunci pada pintu biliknya dan ternyata ia sesuai sekali. Apakah yang berada disebaliknya? “Keys Collection” adalah kisah seorang yang suka mengumpul koleksi kunci-kunci antik sehinggakan yang aneh. Dia menemui kunci tersebut ketika dia baru balik dari bekerja. Pengumpul kunci tersebut tidak pernah melihat kunci tersebut dan terdetik untuk mencubanya dengan memasukkannya di dalam keyholes di bilik stor dan ternyata ia padan walaupun ia adalah moden. Apakan yang kunci tersebut buka di sebalik pintu? “Safe Keys” adalah kisah mengenai seorang pencuri menemui sebuah kunci misteri selepas dia memecah masuk ke sebuah rumah. Pencuri tersebut tertanya-tanya kegunaan kunci tersebut yang ternyata aneh sekali, akhir dia mencubanya dengan memasukkan ke dalam keyholes sebuah peti kecil yang  ternyata muat sekali. Apakah benda yang berada di dalam peti tersebut serta rahsia yang bakal dibuka?

Nantikan kisah nie pada masa yang akan datang.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,

Bacalah kisah saya.

Passion : Popular

Jess ternyata suka sekali perhatian yang dia sering terima daripada pelajar-pelajar di sekolah tingginya, apabila dia adalah pelajar yang paling terkenal di sekolah tersebut. Sebut sahaja namanya semestinya ramai yang mengenalinyadengan pembabitan daripada aktiviti sekolah sehinggakan kepada kelab drama dan hal ekwal pelajar apabila Jess sering kali dipilih unutk mewakili pelajar disitu.

Jess tidak henti-henti menerima surat cinta yang ternyata banyak sekali dia dapat sehinggakan seharian loker penuh dengannya. Akan tetapi Jess menolaknya dengan baik walaupun ada pelajar lelaki tidak berputus asa untuk menarik hati Jess. Jess masih belum berpunya apabila seseorang datang untuk menjadikan Jess sebagai teman wanita semestinya Jess akan menolak dengan baik yang mengatakan dia pentingkan pendidikkannnya.

Diluar pengetahuan umum, yang sebenarnya Jess sukakan perhatian yang dia terima di sekolah apabila dia sering menjadi rebutan. Passion Jess untuk menjadi popular menjadikan dia mulai mendapat gangguan mental yang membuatkan dia sanggup berbuat apa-apa untuk menjadi popular dan perhatian yang dia inginkan. Apabila Jess terasa yang popular pada dirinya mulai tergugat dia akan pastikan sesiapa yang yang memgugatnya akan dibunuhnya.

Jess berpura-pura rapat dengan mangsanya itu untuk menjadi kawan karib semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Sebaik sahaja Jess akan membawa mangsanya ke tempat yang sunyi dengan alasan untuk relationship bonding. Mangsa Jess tidak menduga yang mereka bakal dibunuh dengan kejam oleh Jess sama ada dengan menikam mangsanya bertubi-tubi mahupun menjerut leher mangsanya itu. Sebaik sahaja Jess selesai dengan tugasnya dia akan pastikan tiada bukti yang bakal membabitkannnya serta dia akan pastikan mayat mangsanya tidak akan ditemui.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ia jatuh ke tanah juga, apabila Jess berjaya ditangkap oleh pihak polis apabila mereka menenmui bukti dengan pembabitan Jess dalam pembunuhan apabila Jess tidak sedar yang mangsanya menarik beberapa helai rambut Jess ketika si mangsa bergelut dengan Jess. Dari situlah Jess berjaya diberkas dan ia membuatkan sesiapa yang mengenali Jess tergamam apa yang Jess telah lakukan ternyata diluar jangkaan langsung dan ia agak logik sekali apabila mereka menyoal dengan Jess kehilangan kawan karibnya semestinya Jess memberitahu yang dia sendiri tidak tahu mengenai kehilangan tersebut yang ternyata Jess adalah puncanya.

Ternyata benar yang Jess adalah pembunuhnya oleh kerana dia masih dibawah umur serta dia mulai mengalami gangguan mental, pihak berkuasa terpaksa menghantar Jess ke hospital bahagian sebelum Jess dipenjarakan apabila umurnya sesuai. Jess pada asalnya ditempatkan dengan pesakit-pesakit yang lain akan tetapi Jess terpaksa ditempatkan di sebuah bilik yang terasing apabila satu per satu pesakit yang ditempatkan Jess ditemui mati.

Oleh kerana passion Jess untuk menjadi popular telah menghancurkan dirinya serta pemikirannya, Jess teruskan pembunuhannya selagi dia akan mendapat perhatian yang dia inginkan buat selamanya. Jess akan pastikan ia berterusan sehingga dia menemui ajal.


Sekian.