Jess ternyata suka sekali perhatian yang dia sering
terima daripada pelajar-pelajar di sekolah tingginya, apabila dia adalah
pelajar yang paling terkenal di sekolah tersebut. Sebut sahaja namanya
semestinya ramai yang mengenalinyadengan pembabitan daripada aktiviti sekolah
sehinggakan kepada kelab drama dan hal ekwal pelajar apabila Jess sering kali
dipilih unutk mewakili pelajar disitu.
Jess tidak henti-henti menerima surat cinta yang ternyata
banyak sekali dia dapat sehinggakan seharian loker penuh dengannya. Akan tetapi
Jess menolaknya dengan baik walaupun ada pelajar lelaki tidak berputus asa
untuk menarik hati Jess. Jess masih belum berpunya apabila seseorang datang
untuk menjadikan Jess sebagai teman wanita semestinya Jess akan menolak dengan
baik yang mengatakan dia pentingkan pendidikkannnya.
Diluar pengetahuan umum, yang sebenarnya Jess sukakan
perhatian yang dia terima di sekolah apabila dia sering menjadi rebutan. Passion Jess untuk menjadi popular
menjadikan dia mulai mendapat gangguan mental yang membuatkan dia sanggup
berbuat apa-apa untuk menjadi popular dan perhatian yang dia inginkan. Apabila
Jess terasa yang popular pada dirinya mulai tergugat dia akan pastikan sesiapa
yang yang memgugatnya akan dibunuhnya.
Jess berpura-pura rapat dengan mangsanya itu untuk
menjadi kawan karib semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan mereka. Sebaik
sahaja Jess akan membawa mangsanya ke tempat yang sunyi dengan alasan untuk relationship bonding. Mangsa Jess tidak
menduga yang mereka bakal dibunuh dengan kejam oleh Jess sama ada dengan
menikam mangsanya bertubi-tubi mahupun menjerut leher mangsanya itu. Sebaik
sahaja Jess selesai dengan tugasnya dia akan pastikan tiada bukti yang bakal
membabitkannnya serta dia akan pastikan mayat mangsanya tidak akan ditemui.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ia jatuh ke tanah
juga, apabila Jess berjaya ditangkap oleh pihak polis apabila mereka menenmui
bukti dengan pembabitan Jess dalam pembunuhan apabila Jess tidak sedar yang
mangsanya menarik beberapa helai rambut Jess ketika si mangsa bergelut dengan
Jess. Dari situlah Jess berjaya diberkas dan ia membuatkan sesiapa yang
mengenali Jess tergamam apa yang Jess telah lakukan ternyata diluar jangkaan
langsung dan ia agak logik sekali apabila mereka menyoal dengan Jess kehilangan
kawan karibnya semestinya Jess memberitahu yang dia sendiri tidak tahu mengenai
kehilangan tersebut yang ternyata Jess adalah puncanya.
Ternyata benar yang Jess adalah pembunuhnya oleh kerana
dia masih dibawah umur serta dia mulai mengalami gangguan mental, pihak
berkuasa terpaksa menghantar Jess ke hospital bahagian sebelum Jess
dipenjarakan apabila umurnya sesuai. Jess pada asalnya ditempatkan dengan
pesakit-pesakit yang lain akan tetapi Jess terpaksa ditempatkan di sebuah bilik
yang terasing apabila satu per satu pesakit yang ditempatkan Jess ditemui mati.
Oleh kerana passion
Jess untuk menjadi popular telah menghancurkan dirinya serta pemikirannya, Jess
teruskan pembunuhannya selagi dia akan mendapat perhatian yang dia inginkan
buat selamanya. Jess akan pastikan ia berterusan sehingga dia menemui ajal.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan