Khamis, 19 Disember 2013

Keys : Lost Keys

Ketika Mellisa baru baru dari sekolah. Dia terjumpa sebuah kunci yang ternyata sekalai lama dan reka bentuknya agak antik sekali.Mellisa sudah berulang-ulang kali mengunakan jalan lama tersebut untuk berulang-alik dari rumahnya ke sekolah, dia tidak pernah ternampak benda-benda sebegitu. Pada asalnya Mellisa tidak ingin mengambilnya akan tetapi bagaikan ada satu kuasa datang daripada kunci tersebut untuk dia mengambilnya.

Secara tidak sedar, Mellisa terus mengutip kunci tersebut lalu dia masukkan ke kocek baju sekolahnya itu. Lalu Mellisa menyambungkan perjalanan pulang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Setibanya dia di rumah, kelihatan  ibunya tiada di rumah dan nota yang ditinggalkan mengatakan dia pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan.

Tanpa membuang masa Mellisa menuju ke biliknya serta menyalin pakaiannya. Mellisa terjumpa kunci tersebut di dalam koceknya itu dan dia tidak ingat dia mengutip kunci tersebut semestinya ganjil buat dirinya itu. Mellisa meletakkan kunci tersebut di atas mejanya lalu membuat kerja sekolahnya dahulu.

Mellisa tidak senang duduk malah dia tidak dapat memberikan tumpuan dengan kerja sekolah itu apabila dia sering tertanya-tanya apa kegunaan kunci tersebut dan siapa empunya milik kunci tersebut. Mellisa berhenti membuat kerja sekolahnya itu lalu mengambil kunci tersebut, hatinya ingin tahu apa kunci tersebut boleh buat dan Mellisa tergerak pada hatinya untuk mencuba kunci tersebut pada pintu biliknya sendiri.

Mellisa keluar daripada biliknya lalu dia memasukkan kunci tersebut pada lubang kunci pintu biliknya itu. Ternyata kunci tersebut muat walaupun lubang kunci biliknya itu masih baru. Mellisa memutarkan kunci tersebut dengan tiba-tiba dia terdengar bunyi klik menandakan pintu itu terbuka padahal ketika Mellisa keluar daripada biliknya itu dia tidak langsung menguncinya.

Bulu romanya mulai tinggi menegak dan seram sejuk mulai menghantui dirinya. Dengan perlahan-lahan Mellisa membuka pintu biliknya itu dengan perasaan takut, Mellisa agak terkejut sekali apabila di dalam biliknya ternyata gelap sekali walaupun pada masa itu masih siang lagi. Mellisa bertambah takut lagi apabila dia terdengar bunyi dengusan dari dalam yang perlahan-lahan menuju ke arahnya itu.

Mellisa menjerit sekuat hatinya apabila tiba-tiba tangannya dipegang oleh tangan yang besar berkulit hitam dan berbulu lebat. Kelihatan sepasang mata besar dengan mata merah menyala dengan barisan gigi yang serba tajam. Mellisa terus meronta-ronta meminta tolong apabila dia mulai ditarik ke dalam apabila tangan lembaga tersebut menariknya ke dalam. Jeritan Mellisa terhenti apabila Mellisa berada di dalam bilik gelap tersebut dan pintu terbut tertutup dengan sendirinya menelan gadis remaja tersebut. Kewujudan Mellisa sudah tiada lagi apabila dia ghaib di sebalik pintu tersebut.

Ibubapa Mellisa masih teruskan pencarian anak mereka itu yang hilang tanpa dikesan dan ia berterusan selama 20 tahun berlalu. Tiada langsung khabar berita ke mananya Mellisa telah menghilang bagaikan Mellisa sudah ghaib daripada dunia. Manakala kunci antik tersebut sudah ghaib apabila Mellisa sudah hilangkan diri dan tiada seorang pun tahu kemana kunci itu menghilang. Ada kemungkinan rahsia kunci tidak akan diketahui oleh sesiapa pun apabila ia terus mencari mangsa barunya.


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan