Khamis, 12 Disember 2013

Bab 22 : Keys

Salam Malam Jumaat semua, maka tamatlah kisah mengenai Passion. Bagaimana kisah tersebut semestinya ia agak berbeza dengan cara penulisan saya terdahulu bukan. Kebiasanya saya akan letakkan element yang menyeramkan sebaliknya saya lebih tertumpukan kepada semangat sesorang yang mulai twisted demi memastikan passion terhadap sesuatu diteruskan dengan apa jua caranya sehinggakan ia memakan tuannya sendiri. Kali ini saya kembali kepada element saya semula iaitu element seram dengan mengaitkan dengan kisah mengenai satu kunci antik yang boleh membuka apa-apa jenis pintu, peti mahupun apa-apa yang diperlukan kunci untuk membukanya.

Kunci sudah lama kita gunakan untuk mengunci mahupun membuka serta ia mampu menyimpan rahsia yang ramai tidak mengetahuinya. Kunci sering kali dikaitankan dengan rahsia yang terselindung serta ia membawa kepada kita sebagai pengubah matlamat hidup kita dengan membuat keputusan dengan sendiri tanpa mengharapkan keputusan yang dibuat oleh orang lain. Maka ia tidak hairanlah kunci sering kali digunakan sebagai simbolik apabila sesorang itu menjangkau umur 21 tahun. Beralih kepada kisah yang saya akan kongsikan kepada kamu semua. Ia adalah sebuah kunci misteri buat sesiapa sahaja yang menemui kunci tersebut dan membuat sesiapa sahaja yang memegang kunci tersebut untuk tergerak untuk memasukkannya ke lubang kunci tak kira tempat mahupun objek. Asal-usul  kunci tersebut ternyata misteri sekali dan ia mampu membuat sesiapa sahaja tertanya-tanya apa kegunaan kunci tersebut. Kunci tersebut bertambah misteri apabila ia mampu membuka apa-apa sahaja tak kira lubang itu kecil mahupun besar. Apa yang berada disebaliknya semestinya di luar jangkaan.

Lost Keys” adalah kisah mengenai seorang gadis menemui kunci aneh semasa dia baru balik daripada sekolah. Dia tertanya-tanya apa kegunaan kunci tersebut malah dia memcubanya dengan memasukkan kunci tersebut pada lubang kunci pada pintu biliknya dan ternyata ia sesuai sekali. Apakah yang berada disebaliknya? “Keys Collection” adalah kisah seorang yang suka mengumpul koleksi kunci-kunci antik sehinggakan yang aneh. Dia menemui kunci tersebut ketika dia baru balik dari bekerja. Pengumpul kunci tersebut tidak pernah melihat kunci tersebut dan terdetik untuk mencubanya dengan memasukkannya di dalam keyholes di bilik stor dan ternyata ia padan walaupun ia adalah moden. Apakan yang kunci tersebut buka di sebalik pintu? “Safe Keys” adalah kisah mengenai seorang pencuri menemui sebuah kunci misteri selepas dia memecah masuk ke sebuah rumah. Pencuri tersebut tertanya-tanya kegunaan kunci tersebut yang ternyata aneh sekali, akhir dia mencubanya dengan memasukkan ke dalam keyholes sebuah peti kecil yang  ternyata muat sekali. Apakah benda yang berada di dalam peti tersebut serta rahsia yang bakal dibuka?

Nantikan kisah nie pada masa yang akan datang.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana sepi,

Bacalah kisah saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan