Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai tangkal Sang Ibu.
Terdapat sepasang ibu dan anak yang hidup serba daif, yang cuba segalanya untuk kelangsungan hidup. Mereka agak peramah walaupun mempunyai wang yang sedikit. Sang ibu bekerja keras untuk membesarkan anak perempuannya demi menghantarnya ke universiti manakala sang anak perempuan akan menolong di rumah sambil belajar. Ketika tiba masanya sang anak nak mengambil ujian kemasukan universiti, sang ibu memberikan hadiah buatan tangan sendiri. Ia adalah sebuah tangkal.
"Sila buat yang terbaik. Ia adalah tangkal daripada saya" kata sang ibu.
"Terima kasih, saya akan menjaganya dengan baik" jawab sang anak.
"Sila berjaga-jaga. Jikalau kamu membukanya, ia tidak lagi mampu melindungi kamu" amaran sang ibu.
Sang anak berasa bersyukur dengan seluruh raganya dengan pemberian ibunya. Apabila dia diterima masuk ke universiti, dia belajar bersungguh-sungguh sehingga dia graduasi dan mendapat pekerjaan yang baik.
Sebaik sahaja sang anak menerima gajinya yang pertama, dia mengambil keputusan untuk membawa ibunya untuk melancong sebagai tanda berterima kasih. Akan tetapi ibu kesayangannya meninggal dunia dalam satu kemalangan ketika mereka sedang bercuti.
Akhirnya dia seorang diri kesepian, sang anak menjadi sedih apabila dia tidak mempunyai sebarang apa-apa untuk dia mengingati ibunya. Maka dia teringat kepada tangkal dimana sang ibu pernah memberikan kepadanya. Akan tetapi dia terlupa dengan amaran sang ibunya agar tidak membuka kandungan tangkal tersebut.
Di dalam kandungan tangkal tersebut, dia menemui sekeping kertas kecil yang tertulis.
Hidup saya akan lebih baik jikalau kamu tak pernah dilahirkan. Sekarang kamu nak masuk ke universiti... Kamu sepatutnya Mati, Mati, Mati, Mati, Mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan