Khamis, 27 April 2023

Wanita yang melihat pada bintang

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai melihat bintang. 

Terdapat seorang lelaki dalam perjalanan pulang dari bekerja lalu dia terlihat pada lautan bintang terang di angkasa. 

"Berapa lama sudah? Kali terlahir saya melihat bintang?" tanya dirinya. Dengan kesibukan mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, dia lupa untuk menikmati keindahan alam ini apabila buat dirinya menjadi tenang setiap kali dia melihat bintang.

Selepas itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk melihat bintang di beranda apartmennya sekurangnya setiap hari. Pada satu malam, dia perasan seorang wanita yang sebaris dengan apartmennya turut berbuat demikian untuk melihat bintang. Sebelum dua sedar, dia terpegun dengan wanita berkenaan apabila mereka bersama-sama melihat mengamati bintang bersama.

"Siapa dia sebenarnya? Adakah dia tahu yang saya turut melihat bintang?" soal dirinya. Tanpa berfikir panjang dia mengambil keputusan untuk mengunjungi wanita berkenaan.

Hatinya penuh dengan harapan, ketika dia berjalan menuju ke apartmen wanita berkenaan. Sebaik sahaja dia tiba, dia menekan loceng pintu akan tetapi tiada yang menjawabnya. Dia mulai hilang sabar lalu mencapai tombol pintu lalu membukanya. 

Dia dengan gementar memasuki bilik yang gelap, khuatir sebagai penceroboh. Cahaya bulan menerangi melalui tirai yang terbuka dan memantul pada wanita berkenaan. Sebaik sahaja dia melihat wanita berkenaann dia menjadi kaku dengan ketakutan yang teramat sekali.

Wanita tersebut sudah menghembuskan nafas terakhir dengan mengambil nyawanya sendiri, tergantung pada tingkap di beranda seakan-akan wanita itu memandang ke atas untuk melihat bintang. Yang sebenarnya wanita itu tergantung pada tali. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan