Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai tepukan terbalik.
Terdapatnya sepasang kekasih muda keluar memandu pada waktu malam ke sebuah tempat yang dikatakan berpuaka. Setibanya mereka di sana, berlakunya pertengkaran sesama mereka. Sebab terlalu marah, sang teman lelaki memandu pergi meninggalkan teman wanitanya di sana.
Selepas dia tenangkan dirinya, baru dia sedar bahawa dia telah meninggalkan teman wanitanya di tempat berpuaka adalah tindakan yang tidak wajar. Jadi dia memandu kembali ke sana untuk menjemputnya kembali.
Teman wanitanya masih di sana. Sebalik sahaja mereka berbaik semula, mereka meninggalkan tempat tersebut bersama.
Ketika dalam perjalanan pulang, mereka terlihat seorang budak lelaki pada bahu jalan sedang melambai-lambai ke arah mereka. Akan tetapi dia tidak melambai dari tapak tangannya sebaliknya belakang tangannya.
"Keadaan budak itu agak menyedihkan, seorang diri pada waktu malam." kata teman wanita.
"Mari kita tumpangkan dia balik ke rumah." pelawa teman wanita.
"Tak boleh!" jawab teman lelaki dengan tegas sekali.
"Mereka yang melakukan perbuatan yang terbalik adalah mereka yang bukan dari dunia ini lagi." jelas teman lelaki.
"Wow, itu agak menarik!" kata teman wanita sambil bertepuk tangan.
Teman lelaki memandang ke hari bawah, teman wanitanya sedang bertepuk tangan pada belakang tapak tangannya.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan