Khamis, 13 April 2023

Mayat dibawah Pokok Bunga Sakura 🌸


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya ingin berkongsi salah satu urban legend daripada Jepun dimana tak ramai ketahui sama ada dengar atau membacanya. 

" Terdapatnya mayat dikebumikan dibawah Pokok Bunga Sakura." Apabila musim bunga sakura berkembang, kamu akan mendengar ungkapan ini sebelumnya. Kebiasaannya bunga sakura berwarna merah jambu pucat, akan tetapi wujudnya yang berwarna merah darah. 

Seperti mana kamu pernah membuat experiment di sekolah semasa kecil. Apabila kamu mengambil bunga putih, lalu diletakkan pada larutan dye merah. Bunga tersebut akan bertukar menjadi merah. Jikalau kamu mengebumikan mayat di bawah pokok bunga sakura, pokok berkenan akan menyedut darah daripada mayat, lalu menyebabkan perubahan warna kepada merah. 

Pada masa dahulu, terdapat perbezaan yang ketara di antara pokok sakura yang lain apabila ada diantaranya mempunyai perbezaan pada warnanya. Menjadi kebiasaannya penduduk akan mengalir di bawah pokok, mereka akan menemui satu kerangka manusia. Akan tetapi kebiasaannya seorang individu hanya mampu menghasilkan 6.4 liter darah, ia agak sedikit untuk sepohon untuk menukar bunganya menjadi merah. Kecuali mangsa pengorbanan kepada dewa serta dewi atau mereka yang terkorban dalam peperangan. 

Dikatakan orang ramai mulai menyebarkan cerita urban legend ini semua atas jasa cerita pendek oleh Kajii Motojiro yang bertajuk "Dibawah Pokok Bunga Sakura." Apabila ia adalah ayat pembukaan pada permulaan penceritaan. "Terdapatnya mayat di bawah pokok bunga sakura!" Dimana kesemuanya bermula dengan ungkapan ini. 

Akan tetapi wujud specis bunga Sakura yang berwarna merah. Ada kemungkinan tinggi bunga itu jarang atau tak pernah ditanam di kawasan tersebut yang mengiyakan Urban legend ini. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan