Khamis, 27 April 2023

Keitai Baba


 Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai menjaga adap dan kelakuan di tempat awam terutamanya di dalam gerabak kereta api awam. Ia berkaitan dengan Yokai atau semangat yang berkaitan menghukum mereka yang melanggarnya. 

Sekitar 10 tahun yang lalu penggunaan telefon bimbit mulai menjadi terkenal dan orang ramai mulai menggunakannya dimana-mana. Pada satu hari, seorang gadis di dalam sebuah gerabak kereta api awam apabila dia membuat panggilan telefon.

(Ia adalah satu kesalahan untuk membuat panggilan mahupun menerima panggilan telefon terutama di dalam gerabak kereta api awam, apabila ia bakal mengganggu penumpang lain. Maka menjadi kebiasaan penggunaan headphones digunakan buat mereka nak dengar lagu atau menukar peranti kepada mod senyap).

"Kamu di dalam gerabak kereta api dan panggilan kamu mengganggu keamanan penumpang yang lain!" kata seorang penumpang yang duduk di hujung kerusi gerabak yang tiba-tiba bersuara dengan harapan gadis berkenaan menutup panggilan tersebut. Gadis tersebut agak terperanjat dengan teguran tadi lalu berkata.

" Apa yang kamu kata? Ia ok sahaja. "

" Tak" kata temannya dengan marahnya. Kemudian suara itu berubah seakan seorang wanita tua. Gadis itu terus menarik telefonnya dari telinganya, bukan telefon bimbitnya sebaliknya seorang wanita tua yang bersaiz kecil sekitar 15cm tinggi. Wanita tua itu menggigit jari gadis tersebut sebelum ia jatuh pada lantai gerabak lalu menlarikan diri.

Wanita tua itu adalah sejenis Yokai yang dikenali sebagai "Keitai Baba" atau Nenek telefon bimbit. Dia akan munculkan dirinya apabila ada mereka yang mengganggu ketenteraman awam penumpang yang sengaja menggunakan telefon bimbit di dalam gerabak kereta api awam.

Maka berhati-hati semasa di dalam gerabak kereta api awam di Jepun agar tidak mengganggu penumpang dengan bunyi panggilan yang kuat, malah telefon bimbit kamu lesap begitu sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan