Khamis, 13 April 2023

Death Notes

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun akan tetapi cerita ini merebak ke seluruh dunia. Pernah kamu mengenal mengenai Death Note, Nota Kematian? Apabila kamu menulis nama seseorang padanya, orang itu akan meninggal dunia.

Death Note diterbitkan pada majalah Shonen Jump sehinggakan mendapat adaptasi ke anime dan ke layan perak. Ia menjadi impak besar terutamanya kepada golongan muda sehinggakan menyebabkan kerisauan kepada ibubapa pengaruhnya. 

Bukan sahaja ia popular di Jepun malah seluruh dunia. Ia sentiasa tidak membawa khabar yang baik apabila ramai melakukan jenayah mahupun meniru perbuatan jenayah.

Di Belgium, seorang lelaki ditemui mati dengan nota yang di kepit pada celah ketiaknya yang tertulis, "Saya Kira". Penjenayah tidak mempunyai buku nota kematian sebaliknya dia sekadar peminat kepada siri manga berkenaan.

Di Rusia, seorang gadis merupakan seorang peminat kepada siri berkenaan telah mengambil nyawanya. Oleh kerenah itu, Putin mengharamkan sebarang penjualan manga berkenan agar tiada bakal terpengaruhi secara negatif terutamanya buat golongan anak-anak.

Di Jepun, terdapatnya sebut buletin di Internet tanpa nama yang agak popular pada masa itu. Kebanyakan penggunanya menggunakan nama yang sebenarnya atau betul, yang menyebabkan masalah timbul dan salah guna yang sering terkeluar pada muka akbar berita. Apabila tread berkenan yang bertajuk "Sila berikan nama sebenarnya jikalau kamu nak dibunuh." Beberapa individu telah meletakkan nama mereka di tread berkenan, ditemui mati. Apabila ia menjadi lebih terkenal individu-individu berkenan meninggal dunia dalam satu kemalangan bas di lebuh raya di Kanetsu Expressway 2014.

Ada sukar nak bidas sama ada ia sekadar kebetulan atau sebab fanatik, sehinggakan tak dapat membezakan fantasi dengan realiti.


Jikalau ada sebarangan masalah kemurungan dan nak mengambil untuk menamatkan semua, dapatkan pertolongan profesional secepat mungkin. Klinik psikiatri bukan seperti mana media suka tayangkan, ia tempat kamu mendapat rawatan dan tempat kamu meluahkan secara profesional. 

Jikalau kamu nak teman meluahkan jikalau kamu nak menamatkan semua, sila buat panggilan kepada Befriender Kuala Lumpur 03-76272929 yang beroperasi 24jam dan bahasa yang digunakan dalam bahasa Malaysia serta Inggeris. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan